23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 12, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Jurutera Tersohor Dalam Sejarah Ketamadunan Manusia

Editor by Editor
20/07/2016
in Tokoh
0 0
0
Oleh – PM Ir. Dr. Rosdiadee Nordin
Fazlur Rahman Khan

FRKhan

Dilahirkan di Dhaka, Bangladesh dan mempunyai kelayakan Ph.D. di dalam bidang kejuruteraan struktur. Khan diletakkan sebagai pelopor binaan pencakar langit moden pada abad ke-20. Beliau telah mencipta rekabentuk yang memudahkan pembinaan bangunan yang tinggi, selain daripada mempelopori penggunaan teknik CAD dalam rekabentuk struktur yang banyak memberi sumbangan kepada kejuruteraan awam moden. Antara sktruktur bangunan ikonik hasil kreativiti beliau adalah Willis Tower di Amerika Syarikat yang pernah memegang status sebagai menara tertinggi dunia selama dua dekad dan Lapangan Terbang Antarabangsa Abdul-Aziz di Jeddah yang telah memenangi pelbagai anugerah, termasuklah sumbangan cemerlang di dalam senibina Muslim.
Leonardo da Vinci

Leonardo

Dikenali sebagai seorang yang mempunyai pelbagai bakat, daripada ilmu seni kepada sains, perubatan dan matematik. Minat mendalam beliau dalam pelbagai bidang ini telah menyumbang kepada pelbagai idea dan projek kejuruteraan yang unik. Kebanyakkan idea dan rekabentuk beliau masih tersimpan di dalam bentuk penulisan jurnal pada waktu itu. Salah satu hasil ciptaan beliau yang berjaya ialah peluncur (hang glider). Walaupun pencapaian beliau tidak memberangsangkan berbanding jurutera lain, kepintaran dan idea geliga meletakkan beliau di kalangan minda teknikal dan artistik yang berpengaruh sepanjang zaman.
Fig 1
Rajah 1: Lakaran Leonardo mengenai konsep peluncur
  1. Steve Wozniak

    wozniak

    Merupakan seorang jurutera elektronik, pengaturcara komputer dan usahawan teknologi. Bergandingan bersama mendiang Steve Jobs dalam merintis bidang kejuruteraan komputer peribadi pada era 1970an. Pencapaian beliau dalam kejuruteraan elektronik dan perisian membenarkan komputer peribadi mampu dimiliki oleh pengguna seluruh dunia sehingga hari ini. Pernah membangunkan komputer Apple I pada 1976 secara solo dengan menggunakan hasil kerja tangan sendiri. Apple I merupakan hasil pertama daripada syarikat Apple. Wozniak merupakan penyumbang terbesar ke atas kejayaan Steve Jobs dan Apple.
Fig.2
Rajah 2: Komputer Apple I yang dicipta oleh Wozniak menggunakan rangka kayu. Dijual pada harga US 666.66 (atau bersamaan dengan USD 2,772 pada tahun 2015)
Elon Musk
MUSKBerasal dari Afrika Selatan dan kini menetap di Amerika Syarikat. Terkenal dengan beberapa inovasi sensasi seperti kereta pintar (Tesla), bandar tenaga suria (Solar City) dan juga pengkomersilan pengangkutan ke angkasa lepas (SpaceX). Turut terlibat dalam mempelopori idea asal Hyperloop. Kritik mengatakan beliau cenderung sebagai seorang usahawan berbanding jurutera, namun, idea inovasi dan teknologi baru di luar kotak yang diketengahkan mengangkat nama beliau di dalam sejarah kejuruteraan. Tahukan anda beliau bercita-cita untuk semadikan jasad beliau di planet Marikh suatu hari nanti?
Henry Ford
Henry-Ford
Terkenal atas sumbangan dalam industri permotoran. Henry Ford telah memperkenalkan teknik kejuruteraan automasi pada barisan pemasangan komponen kereta berskala besar. Pernah bersaing dengan Karl Benz di benua yang lain. Namun pendekatan beliau berjaya meraih keuntungan kepada syarikat oleh kerana menumpukan penghasilan kereta untuk golongan berpendapatan sederhana, lantas memudahkan pengangkutan dan perjalanan manusia. Ford diiktiraf sebagai perintis lanskap industri di Amerika Syarikat.
Orville and Wilbur Wright
Orville_Wilbur_Wright
Kedua-dua adik beradik ini menunjukkan minat yang tinggi dalam bidang penerbangan pada zaman muda mereka. Pada waktu itu, tumpuan umum diberikan kepada sumber tenaga untuk mengerakkan kapal terbang. Namun kedua-dua mereka memberikan tumpuan pada aspek aerodinamik, yang lebih penting untuk membenarkan kapal terbang meluncur pada tahap kecekapan tinggi di atas awan. Mereka telah memperkenalkan bentuk sayap kapal terbang yang kini menjadi rujukan kepada rekabentuk kapal terbang moden dan juga sistem kawalan tiga paksi untuk pengemudian kapal terbang.
Isambard Kingdom Brunel
Isambard-Kingdom-Brunel

Berasal daripada Portsmouth, United Kingdom dan merupakan jurutera awam terkenal pada kurun ke-19. Antara sumbangan terbesar beliau ialah landasan keretapi Great Western, yang masih beroperasi sehingga hari ini, terowong Thames yang kini merupakan sebahagian rangkaian sistem London Underground, rekabentuk jambatan seperti jambatan gantung Clifton di Bristol dan juga kapal layar rentas Lautan Atlantik. UK mengiktiraf beliau sebagai penyumbang utama dalam era revolusi industri pada zaman Victorian di UK.
Fig.3
Rajah 3: Anak penulis, pada tahun 2010. Berlatarbelakang Jambatan Gantung Clifton hasil ciptaan Brunel pada tahun 1864.
Nikola Tesla
tesla31Dikenali sebagai jurutera elektrik, jurutera mekanik dan ahli fizik. Dunia baru sahaja menyambut ulangtahun ke-160 beliau pada 10hb Julai lepas. Banyak inovasi dan ciptaan beliau telah membantu dalam pembangunan teknologi moden, walaupun begitu sukar sekali untuk menentukan produk inovasi beliau yang sebenar. Ini kerana terdapat beberapa hasil ciptaan beliau telah dirompak (atau diciplak) oleh orang lain, seperti Marconi dan Edison. Sebagai contoh, Tesla pernah bekerja di bawah Edison yang terkenal dengan menciplak idea anak buah beliau dan mendapat pengiktirafan dari taktik ini. Berdasarkan rekod, Tesla merupakan orang pertama yang memperkenalkan komunikasi tanpa wayar, radio, kawalan jauh, laser, arus ulang alik, pengimbas belauan X dan juga motor induksi. Tahukah anda Tesla telah memperolehi sebanyak 278 paten di 26 negara?
Tesla terkenal dengan perangai yang aneh dan pelik, maka ramai rakan sekerja menganggap beliau mereng ataupun mengalami gangguan mental. Walau apapun, pencapaian beliau layak dinobatkan sebagai jurutera tersohor disepanjang sejarah ketamadunan manusia. Bayangkan hidup kita hari ini tanpa kewujudan Nikola Tesla.

NOTA KAKI
: Senarai diambil dan diolah dari laman sawang Interesting Engineering
Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Planet Kerdil, 'Saudara' Planet Sistem Suria

Next Post

Pengalaman Belajar Bidang Kimia

Editor

Editor

Related Posts

Nikolai Ivanovich Vavilov: Bapa Bank Biji Benih Dunia
Alam Semulajadi

Nikolai Ivanovich Vavilov: Bapa Bank Biji Benih Dunia

3 months ago
Jejak Kriptanalisis: Sumbangan Cendekiawan Islam Al-Kindi
Berita & Peristiwa

Jejak Kriptanalisis: Sumbangan Cendekiawan Islam Al-Kindi

8 months ago
HARI PENYU SEDUNIA: Bila Cikgu Sains Jadi Sukarelawan Penyu!
Alam Semulajadi

HARI PENYU SEDUNIA: Bila Cikgu Sains Jadi Sukarelawan Penyu!

8 months ago
Islam dan Kalkulus: Sumbangan Ibnu al-Haytham
Astronomi & Kosmologi

Islam dan Kalkulus: Sumbangan Ibnu al-Haytham

2 years ago
Next Post
Pengalaman Belajar Bidang Kimia

Pengalaman Belajar Bidang Kimia

Kategori Produk

  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In