Penulis: Zalhasrah Bt Ahmad Fathillah & Dr Goh Soon Heng
Exotic Animal Teaching Lab (EXOTEL),
Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Malaysia Kelantan
Pengenalan
Malaysia mempunyai pelbagai jenis serangga yang hidup di persekitaran kita. Bukan itu sahaja, serangga juga mempunyai banyak spesies bermakna terdapat kepelbagaian biologi yang tinggi dalam persekitaran tempat mereka tinggal. Terdapat banyak serangga di persekitaran kita tetapi kebanyakannya adalah sangat kecil sehingga kita mengabaikan kebaikan mereka dan kecantikan mereka seperti spesies Malayan jungle nymph yang merupakan spesies serangga ranting yang terkenal di seluruh dunia dan boleh ditemui di hutan Malaysia!
Malayan jungle nymph (Heteropteryx dilatata) tergolong dalam golongan yang sama dengan serangga Daun (Pulchriphyllium spp) yang boleh ditemui di Malaysia, Singapura, Sumatera dan Thailand. Spesies ini boleh membesar sehingga 18cm, malah spesis betina yang mempunyai panjang badannya 15cm telah direkodkan seberat 50g. Jadi mereka dikenali sebagai serangga ranting yang terberat di dunia. Serangga ini adalah aktif pada waktu malam dan akan menggantungkan dirinya tanpa bergerak di daun yang mereka selalu makan untuk menyamar seakan daun atau ranting pada waktu siang bagi melindungi dirinya dari haiwan pemangsa. Malayan jungle nymph juga terkenal di seluruh dunia dan selalu disimpan di institusi zoologi, pameran serangga di zoo dan juga sebagai haiwan peliharaan kepada pencinta serangga. Spesies ini juga dianggap sebagai salah satu spesies serangga ranting yang paling cantik, kerana betinanya sangat besar dan mempunyai warna hijau atau kuning yang cerah.
Tentang Malayan jungle nymph (Heteropteryx dilatata)
Serangga betina kebanyakannya berwana hijau dan kadang kala ada yang berwarna kuning. Sayap untuk betina adalah kecil dan kerana itu betina tidak boleh terbang, badannya mempunyai duri terutama sepanjang tepi badan termasuk perut dan sepanjang kaki belakang, di hujung abdomen betina pula terdapat ovipositor untuk meletakkan telurnya di dalam tanah. Jantan pula kebanyakannya berwarna coklat dengan tompok putih/kelabu dan lebih kecil jika berbanding dengan betina, jantan juga mampu terbang untuk mencari betina dan sayap jantan adalah berwarna merah jambu jika dibuka sepenuhnya.Nimfanya pula berwarna coklat dan sering dilihat dengan kaki depan yang diluruskan untuk menampakkan mereka seakan rupa ranting. Nimfa akan bersalin kulit untuk proses pembesaran sehingga dewasa.
Sayap betina untuk spesis ini terlalu kecil untuk terbang. Walau bagaimanapun, jika anda cuba mengganggu mereka, ia akan mengangkat kaki belakangnya dan akan mengeluarkan bunyi “hiss” dan akan menyepit menggunakan kaki belakangnya dengan duri yang tajam mereka.
Spesis ini juga mengeluarkan antara telur terbesar yang dikeluarkan oleh serangga di dunia pada panjang 1.3cm. Nimfa yang lebih muda memakan banyak daun untuk mereka membesar dan apabila mereka mencapai peringkat dewasa, mereka akan makan lebih sedikit daripada nimfa yang lebih muda.
Malayan jungle nymph hanya memakan daun seperti serangga ranting & serangga daun yang lain. Namun mereka tidak menerima sebarang daun, hanya jenis daun yang tertantu sahaja yang mereka makan,ini sama seperti serangga ranting atau serangga daun yang lain. Nimfa juga lebih suka bertindak seperti sudah mati jika mengganggunya dan akan jatuh ketanah untuk menampakkan mereka seolah olah seperti daun yang kering atau ranting kayu yang kecil.
Taksonomi Malayan jungle nymph
Heteropteryx dilatata ialah satu-satunya wakil genus Heteropteryx yang ditubuhkan oleh George Robert Gray pada tahun 1835 dan telah diterangkan pada tahun 1798 oleh John Parkinson sebagai Phasma dilatatum. Holotype adalah perempuan yang disimpan dalam koleksi Muzium Macleay Universiti Sydney. Semua spesies lain yang diterangkan dalam genus Heteropteryx, seperti Heteropteryx dehaanii, Heteropteryx echinata, Heteropteryx erringtoniae, Heteropteryx grayii, Heteropteryx muelleri, Heteropteryx rosenbergii dan Heteropteryx scabra telah ditukar kepada Haaniella, atau telah bertukar kepada Heteropteryx Dilaxteropteryx seperti Heteropteryx Heteropteryx hopei dan Heteropteryx rollandi. Nama generik Leocrates yang diperkenalkan oleh Carl Stål pada tahun 1875 untuk Leocrates graciosa dan digunakan untuk Leocrates glaber dan Leocrates mecheli oleh Josef Redtenbacher 1906 adalah sinonim dengan Heteropteryx. Kedua-dua spesies yang diterangkan oleh Redtenbacher adalah spesies sah dari genus Haaniella lagi sejak 2016.
Reproduksi Malayan Jungle Nymph
Telur Heteropteryx dilatata adalah 0.7 sentimeter (0.28 in) hingga 0.8 sentimeter (0.31 in) panjang, 0.5 sentimeter (0.20 in) lebar dan kira-kira 70 mg berat. Spesis ini akan mengambil masa antara 12-14 bulan untuk menetas,oleh itu betina akan menetaskan telurnya di dalam tanah untuk melindungi mereka daripada haiwan pemangsa. Nimfa biasanya berwarna coklat cair apabila menetas. Walaupun warna jantan menjadi lebih gelap dengan setiap salit kulit, betina berubah dari kuning air kepada hijau selepas salit kulit yang ketiga. Kira-kira hampir setahun selepas menetas untuk mereka jadi dewasa, iaitu mereka akan salit kulit sehingga kelima untuk menjadi jantan dan akan salin kulit sehingga peringkat keenam untuk menjadi betina. Untuk dewasa jantan akan hidup selama 6-8 bulan,manakala betina pula boleh hidup sehingga 2 tahun. Spesies ini memerlukan jantan dan betina untuk menghasilkan telur yang subur.
Terraristik
Spesies ini ditemui pada tahun 1974 oleh C.C. Chua dari Cameron Highlands di Pahang berhampiran sempadan ke Perak dan dieksport beberapa kali dari Perak ke Eropah oleh pelbagai peniaga pada 1980-an. Stok lain telah diperkenalkan dari rantau ini pada masa lalu dan disimpan dengan nama asalnya. Satu stok dari Tapah Hills (juga Perak dekat Pahang) dan pada tahun 2015 satu lagi dari Yoko Matsumura dari Kuala Boh di Pahang telah dibiakkan.
Saiz terarium yang besar adalah sesuai dengan bilangan haiwan yang banyak. Untuk pasangan, terarium tidak boleh lebih kecil daripada 40 × 40 × 40 sentimeter (16 in). Di pembiakan dalam kurungan,mereka boleh memakan daun mangga dan daun jambu batu yang boleh didapati di persekitaran rumah ataupun nurseri .Suhu antara 20 °C (68 °F) dan 30 °C (86 °F) dan kelembapan yang tinggi diperlukan untuk mereka bersalin kulit. Untuk membolehkan betina bertelur, tanah hendaklah digunakan dalam beberapa sentimeter. Heteropteryx dilatata boleh hidup sehingga dua tahun dalam kurungan.
Malayan jungle nymph juga disenaraikan di bawah jadual pertama Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). Jadi jikalau anda ingin membelanya sebagai haiwan peliharaan,spesies ini memerlukan lesen menyimpan begitu juga dengan penjualan.
Kebaikan serangga ranting atau serangga daun di ekosistem kita
Ramai beranggapan kebanyakkan serangga adalah serangga perosak.Tetapi sebenarnya banyak juga serangga yang memberi manfaat kepada ekosistem kita seperti serangga ranting atau serangga daun hanyalah memakan daun sahaja, Sebagai herbivor, serangga ranting atau serangga daun melakukan fungsi penting untuk ekosistem kita dengan mengurangkan kanopi daun yang tebal sehingga membenarkan cahaya matahari masuk ke tanah dan memperkayakan lagi kualiti tanah dengan membajakan najisnya sendiri. Oleh kerana itu, sayangi lah serangga yang berada di sekeliling kita kerana mereka tetap ada memberi manfaat kepada ekosistem kita.
Rujukan:
- Gray, G.R. (1835) Synopsis of the species of insects belonging to the family of Phasmidae 13, 32.
- “SpeciesFile 28/09/2009 – Phasmid Study Group”. phasmid-study-group.
org. - Bank, S.; Buckley, T. R.; Büscher, T. H.; Bresseel, J.; Constant, J.; de Haan, M.; Dittmar, D.; Dräger, H.; Kahar, R. S.; Kang, A.; Kneubühler, B.; Langton-Myers, S. & Bradler, S. (2021) Reconstructing the nonadaptive radiation of an ancient lineage of ground-dwelling stick insects (Phasmatodea: Heteropterygidae), Systematic Entomology, DOI: 10.1111/syen.12472
- Guinness World Records 2013, Page 050, Hardcover Edition. ISBN 9781904994879
- Hennemann, F. H.; Conle, O. V.; Brock, P. D. & Seow-Choen, F. (2016). Revision of the Oriental subfamiliy Heteropteryginae Kirby, 1896, with a re-arrangement of the family Heteropterygidae and the descriptions of five new species of Haaniella Kirby, 1904. (Phasmatodea: Areolatae: Heteropterygidae), Zootaxa 4159 (1), Magnolia Press, Auckland, New Zealand 2016, ISSN 1175-5326
- Khaironizam, M.Z., Sofian-Azirun, M., Hashim, R. & Daicus, B. (2005). An Annotated Checklist of Stick- and Leaf-insects (Insecta: Phasmida) in Southwestern Endau-Rompin National Park, Johor, Malaysia. The Forests and Biodiversity of Selai Endau-Rompin. pp. 149-152
- Robertson, J.A., Bradler, S & Whiting, MF (2018). Evolution of Oviposition Techniques in Stick and Leaf Insects (Phasmatodea). Front. Ecol. Evol 6 (216). https://doi.org/10.3389/fevo.
2018.00216 — [ Adobe PDF (PDF) ]