23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, May 15, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kenali Spesis Tumbuhan Paku Akuatik Tapak Itik

Kenali Spesis Tumbuhan Paku Akuatik Tapak Itik

Editor by Editor
08/09/2024
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Penulis: ¹Nur Aliah Mohamad Khaduwi (PhD), ²Prof. Madya Dr. Haja Maideen
Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakuti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia¹‚²

Paku Tapak Itik atau juga dikenali sebagai Pokok Semanggi adalah nama tempatan bagi paku pakis Marsilea crenata C. Presl. Di Eropah, paku pakis ini dikenali sebagai water clover kerana mempunyai empat daun klover pada bahagian atas yang terapung di atas permukaan air. Jika dilihat dengan mata kasar, spesies ini tidak menyerupai paku pakis yang biasa dijumpai kerana struktur morfologinya tidak seperti paku pakis yang kebanyakkan dijumpai di kawasan terestrial.

Spesies ini tergolong dalam genus Marsilea, dalam famili Marsileaceae, di bawah order Salviniales dan biasanya dijumpai di kawasan sawah padi, kolam dan juga tasik yang berlumpur serta terdedah kepada cahaya matahari. Taburan spesies ini adalah dari seluruh Malaysia, Filipina, China, Jepun, Thailand, Laos, Indonesia dan Australia.

Gambar 1- Paku akuatik Tapak Itik
Gambar 2 – Paku Tapak Itik

Penemuan makrofosil tertua yang menjadi spesies nenek moyang bagi paku tapak itik iaitu Regnellites nagashimae telah berjaya dijumpai oleh pakar arkeologi di daerah Yamaguchi, Jepun pada tahun 2002. Spesies nenek moyang bagi Marsilea ini telah wujud sejak zaman Upper Jurassic ke Lower Cretaceous iaitu sekitar 163 juta tahun dahulu dan mempunyai ciri sepunya seperti jenis peruratan serta sporokarpa.

Paku tapak itik tergolong dengan spesies paku akuatik yang lain seperti Salvinia molesta– paku air atau kiambang kecil serta Azolla pinnata- “mosquito fern”. Struktur stip dengan empat daun klover yang terapung biasanya berukuran dalam 20 cm panjang manakala daun klover yang terapung yang berbentuk seakan-akan bilahan kipas biasanya mencapai sehingga 2.5 cm panjang dan 2 cm lebar serta membulat di bahagian hujung daun.

Struktur sporangium spesies ini dalam bentuk sporokarpa yang berada pada bahagian pangkal stip atau batang yang tenggelam di dalam air. Sporangium paku tapak itik menghasilkan dua jenis spora (heterospora) iaitu spora bersaiz kecil (mikrospora) dan spora bersaiz besar (megaspora). Ciri ini agak berbeza bagi spesies paku pakis lain yang biasanya menghasilkan hanya satu jenis spora ataupun homospora. Ciri ini penting bagi paku akuatik kerana saiz spora yang lebih kecil (mikrospora) akan membentuk gamatofit jantan dan menghasilkan sel sperma, manakala megaspora pula akan membentuk gametofit betina dan menghasilkan sel telur. Perbezaan saiz spora yang dihasilkan oleh paku tapak itik ini membolehkan pengkhususan gametofit berlaku dan meningkatkan kebarangkalian proses persenyawaan yang berjaya bagi spesies ini. Gametofit jantan dan betina kemudiannya memerlukan medium air bagi membolehkan sperma berenang ke sel telur. Selepas proses persenyawaan, zigot membentuk sporofit (2n) yang kemudiannya menghasilkan tumbuhan Marsilea crenata yang matang.

Manfaat Paku Tapak Itik

Marsilea crenata sering dijadikan sumber makanan khususnya di Surabaya, Indonesia. Bahagian lamina paku tapak itik ini biasanya direbus dan kemudiannya dihidangkan bersama sos kacang. Dalam beberapa kajian saintifik, lamina paku tapak itik telah terbukti mampu mencegah osteoporosis dalam kalangan wanita yang menopaus. Spesies ini juga adalah penting dalam konteks alam sekitar kerana ia mampu berfungsi untuk bioakumulasi logam berat di kawasan akuatik yang tercemar. Paku tapak itik juga mengandungi kandungan antioksida yang tinggi seperti flavonoid yang mampu melindungi daripada kerosakan yang terhasil akibat radikal bebas.

Kesimpulannya, tanaman ini telah terbukti berfungsi secara biologi untuk mengimbangi ekosistem akuatik di samping menawarkan pemandangan yang indah di kawasan seperti kolam, tasik dan sawah padi. Justeru, pendedahan dan perkongsian bagi paku tapak itik ini dapat memberi sedikit gambaran kepada masyarakat awam tentang salah satu spesies paku akuatik yang mempunyai nilai ekonomi dan kepentingannya kepada alam sekitar.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: FST UKMJabatan Biologi FST UKMNur Aliah Mohamad KhaduwiPaku Tapat ItikPM Dr Haja MaideenSemanggi
ShareTweetShare
Previous Post

Tumbuhan Hiperpenumpuk Logam: Khazanah Negara Sektor Fitoperlombongan

Next Post

Konsep Tenaga dalam Makanan dari Perspektif Biokimia

Editor

Editor

Related Posts

Teknologi Perubatan Nuklear – Revolusi dalam Pengesanan Sentinel Kanser Payudara
Berita & Peristiwa

Teknologi Perubatan Nuklear – Revolusi dalam Pengesanan Sentinel Kanser Payudara

6 days ago
Kitaran Batuan: Nadi Dinamik Bumi
Alam Semulajadi

Kitaran Batuan: Nadi Dinamik Bumi

1 week ago
Rahsia Monsun Timur Laut: Di Sebalik Hujan, Angin dan Gelombang
Alam Semulajadi

Rahsia Monsun Timur Laut: Di Sebalik Hujan, Angin dan Gelombang

1 month ago
Penggunaan Probiotik Bacillus velezensis sebagai Biokawalan Patogen Bakteria dalam Akuakultur
Berita & Peristiwa

Penggunaan Probiotik Bacillus velezensis sebagai Biokawalan Patogen Bakteria dalam Akuakultur

1 month ago
Next Post
Konsep Tenaga dalam Makanan dari Perspektif Biokimia

Konsep Tenaga dalam Makanan dari Perspektif Biokimia

Kategori Produk

  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In