23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, April 14, 2021
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Keperluan Pembersih Tangan ‘Hand Sanitiser’ Untuk Nyahjangkitan Kuman

Editor by Editor
02/02/2020
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh :  Dr. Fatimah Binti Salim
Institut Atta-ur-Rahman UITM

Di kala virus novel corona menjadi isu hangat, ramai yang mencadangkan pengunaan nyahjangkit kuman (sanitiser/ antiseptic/ disinfectant). Kuman di sini merujuk kepada mikroorganisma iaitu makhluk tersangat kecil yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti bakteria, virus, fungi dan protozoa (biasa yang jahat iaitu boleh menyebabkan penyakit). Mari kita ambil tahu pasal produk ini.

 

Apakah itu ‘hand sanitiser’?

 

Hand sanitiser merupakan sejenis cecair/gel/buih yang secara amnya digunakan untuk mengurangkan kuman pada tangan. Pengunaannya menjadi popular sekitar tahun 1990s.

 

Terdapat dua jenis hand sanitizer iaitu yang berasaskan alkohol (alcohol-based) dan yang bukan berasaskan alkohol (non alcohol-based).

 

Apakah bahan kimia aktif dalam ‘hand sanitiser’?

 

Bahan kimia aktif untuk hand sanitiser berasaskan alkohol ialah campuran bahan-bahan kimia isopropanol (isopropyl alcohol), ethanol (ethyl alcohol), atau n-propanol. Kandungan alkohol yang paling berkesan dalam membunuh kuman ialah 60-95%. Ini adalah yang disarankan oleh Food and Drug Administration (FDA).

 

Untuk hand sanitiser yang bukan berasaskan alkohol pula mengandungi bahan kimia aktif seperti benzalkonium chloride atau triclosan. Kandungan bahan kimia benzalkonium chloride yang dibenarkan ialah 0.1% sahaja. Ini kerana pada dos yang tinggi, ianya boleh merengsa kulit dan menyebabkan iritasi kepada mata. Ianya juga berpotensi menggangu sistem pernafasan, pertahanan semulajadi badan dan saraf.

 

Bahan kimia aktif triclosan pula disarankan 2% dalam formulasi hand sanitizer. Namun, masih lagi kontrovesi sehingga kini FDA telah menarik penggunaannya. Ini kerana keupayaannya yang boleh mengganggu sistem endokrin (hormon) badan. Pun begitu, ianya (dalam dos yang lebih rendah 0.10–1.00%) banyak digunakan dalam lebih daripada 2000 produk seharian kita termasuklah sabun mandi, shampo, deodorant, ubat gigi, cecair pencuci mulut dan sebagainya. Ianya dikatakan boleh menyumbang kepada masalah alam sekitar di mana dikuatiri berkumpul dalam air buangan seterusnya kembali dalam air minum kita.

ARTIKEL BERKAITAN – Sejarah dan Pemahaman Asas Wabak Novel Coronavirus
ARTIKEL BERKAITAN – Virus Zika; Apa yang Perlu Anda Tahu?
ARTIKEL BERKAITAN – Kanak-kanak Perlukan Kuman, Bukan Antibiotik Untuk Membina Imunisasi Badan

Di sini saya senaraikan kebaikkan dan apa yang kita perlu tahu pasal hand sanitiser ini  sebagai rujukan dalam membuat pertimbangan.

 

Apa yang bagus tentang ‘hand sanitiser’?

  • Membunuh kuman dengan berkesan. Pun begitu para pengguna harus memastikan kandungan alkohol adalah dalam julat 60-95% untuk memastikan keberkesanannya. Jika tidak, usaha hanya sia-sia.
  • Mudah diakses tanpa mengira tempat terutamanya semasa ketiadaan air.
  • Mudah diperolehi, murah, ljangka hayat yang lama dan tahan lama. Dengan harga mampu milik dan mudah diperolehi, sesiapa pun boleh menggunakannya. Dengan pengunaan yang hanya sedikit dan jangka hayat yang lama (2-3 tahun) juga membuatkannya tahan lebih lama, tidak perlu dibeli berulangkali.

 

Apa yang kita perlu ambil tahu tentang ‘hand sanitiser’?

  • Sesetengah jenama tidak menepati kandungan minima (60%) yang disarankan oleh FDA. Maka ianya kurang berkesan.
  • Hanya berkesan membunuh kuman. Ianya tidak mampu menanggalkan racun perosak (pesticides), kotoran, gris, minyak, warna, habuk yang melekat pada tangan. Jelas, kegunaannya tidak mampu menggantikan fungsi sabun dan air sepenuhnya
  • Penggunaan yang terlalu KERAP akan membunuh semua jenis kuman yang mana penting juga dikenali oleh sistem pertahanan semulajadi badan untuk membina imuniti.
  • Mudah meruap dan mudah terbakar, terutamanya yang mengandungi alkohol yang tinggi (lebih daripada 90%). Maka elakkan berdekatan dengan api, dan pastikan semasa pengunaan, ianya betul-betul telah kering pada tangan.
  • Mengeringkan kulit. Namun jenis gel kurang mengeringkan kulit jika dibandingkan dengan sabun yang bersifat antimicrobial. Sesetengah produk ditambah dengan bahan kimia glycerol untuk mengurangkan kulit kering.
  • Hand sanitiser hanya digalakkan sekiranya ketiadaan sabun dan air. Ini kerana hanya sabun dan air boleh membuang spora bakteria (seperti Clostridioides difficile), parasit (seperti Cryptosporidium) dan sesetengah virus (seperti norovirus).
  • 60-80% alkohol mampu membunuh hampir semua jenis bakteria termasuklah TB dan yang telah mempunyai kerintangan.
  • 90% alkohol pula boleh membunuh pelbagai jenis virus termasuk jenis enveloped (seperti virus influenza) . Namun tidak berkesan pada virus rabies.

Benarkah hand sanitizer membunuh bakteria baik di kulit?

Benar. Selain daripada kuman (aka bakteria,virus yang jahat), hand sanitizer juga akan membunuh bersama populasi bakteria baik yang terdapat secara semulajadi pada lapisan kulit kita. Bakteria-bakteria baik ini hidup secara simbiotik dengan membantu dalam menjaga kesihatan kulit kita. Mereka menghasilkan enzim untuk menguraikan sel kulit mati pada kulit dan aktiviti ini menghasilkan minyak yang membantu dalam mengekalkan kelembapan kulit. Selain daripada itu, mereka juga berfungsi sebagai benteng pertahanan terhadap serangan kuman jahat tadi.

 

Pun begitu, kajian juga membuktikan kesan ini hanya seketika. Memandangkan bakteria yang baik ini berada pada semua bahagian kulit kita, maka mereka mudah kembali berpopulasi  setelah dibasuh dengan air.

 

Rujukan:

[1]FDA issues final rule on safety and effectiveness of consumer hand sanitizers. April 2019. fda.gov

[2]Aiello, A.E., Larson, E.L. Levy, S.B. et al., 2007. Consumer antibacterial soaps: effective or just risky?” Clin Infect Dis. 45: S137–47.

[3]Reynolds SA, Levy F, Walker ES. Hand sanitizer alert. Emerg Infect Dis. 2006 Mar; 12(3): 527–529.

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Ahli Matematik Itali dan Ahli Astronomi US terima Hadiah Crafoord 2020

Next Post

Berita Baik, Nantikan April 2020, Vaksin Virus Korona Bakal Diuji!

Editor

Editor

Related Posts

Kesihatan Mental Pesakit COVID-19 Di Unit Rawatan Rapi (ICU), Entiti Yang Hampir Dilupakan
Berita & Peristiwa

Kesihatan Mental Pesakit COVID-19 Di Unit Rawatan Rapi (ICU), Entiti Yang Hampir Dilupakan

9 hours ago
Pepatah Berkepit Macam Belangkas: Satu Tinjauan Saintifik
Alam Semulajadi

Pepatah Berkepit Macam Belangkas: Satu Tinjauan Saintifik

1 day ago
Burung Nokturnal: Burung Hantu, Burung Tukang dan Burung Segan
Alam Semulajadi

Burung Nokturnal: Burung Hantu, Burung Tukang dan Burung Segan

1 day ago
Inovasi Pengusaha Kolam Udang Mencipta Alat Pengukur Kekeruhan Air
Alam Semulajadi

Inovasi Pengusaha Kolam Udang Mencipta Alat Pengukur Kekeruhan Air

1 day ago
Next Post
Berita Baik, Nantikan April 2020, Vaksin Virus Korona Bakal Diuji!

Berita Baik, Nantikan April 2020, Vaksin Virus Korona Bakal Diuji!

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bagaimanakah Melegakan Sedu Semasa Berpuasa?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pepatah Berkepit Macam Belangkas: Satu Tinjauan Saintifik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rumah Tradisional Melayu: Antara Seni, Sains & Realiti

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

Majalah Sains © 2020

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Majalah Sains © 2020

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In