23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, July 31, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Lengkung Umur-Jenayah: Peranan, Model dan Limitasi Statistik dalam Memahami Tingkah Laku Manusia

Lengkung Umur-Jenayah: Peranan, Model dan Limitasi Statistik dalam Memahami Tingkah Laku Manusia

Editor by Editor
31/07/2026
in Berita & Peristiwa, Matematik
0 0
0

Oleh: Dr. Razik Ridzuan Mohd Tajuddin

Pensyarah Kanan
Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains dan Teknologi,Universiti Kebangsaan Malaysia

Apakah yang dimaksudkan dengan Lengkung Umur-Jenayah?

Pernah tak anda perasan, remaja lebih cenderung untuk terlibat dalam pergaduhan, pencurian kecil-kecilan atau memandu melulu berbanding orang dewasa berusia 40-an dan ke atas? Tahukah anda bahawa kadar jenayah ini turun dengan sendirinya apabila mereka membesar, walaupun tiada apa-apa intervensi khas diberikan kepada mereka?

Corak ini dipanggil sebagai lengkung umur-jenayah (age-crime curve). Ia merupakan penemuan berusia hampir 200 tahun oleh Adolphe Quetelet, seorang ahli statistik dan sosiologi kelahiran Belgium. Quetelet (1831) mengambil statistik jenayah kebangsaan Perancis bagi tahun 1826 hingga 1829, dan mendapati kadar jenayah naik selari dengan usia, dengan kadar puncak sekitar 25 tahun, sebelum jatuh mendadak selepas itu. Pada zaman itu, masyarakat awam cuma bergantung pada tanggapan dan cerita untuk memahami jenayah. Quetelet merupakan antara saintis yang pertama menggunakan angka sebenar.

Corak yang dijumpa 200 tahun lepas masih kekal sehingga hari ini. Walaupun begitu, kajian moden mendapati puncaknya sedikit berbeza, sekitar 16 hingga 19 tahun berbanding 25 tahun pada zaman Quetelet. Apakah yang mendorong kepada perubahan ini? Adakah ianya disebabkan oleh perindustrian dan urbanisasi? Atau cara perekodan jenayah pada waktu dahulu dan sekarang telah berubah? Namun begitu, bentuk keseluruhan lengkung itu secara amnya tidak berubah, selari dengan hujah Hirschi dan Gottfredson (1983) menyatakan bahawa lengkung ini seakan-akan “hukum semula jadi” yang kekal merentasi zaman dan budaya. David Farrington (1986) kemudian mendokumenkan semula corak ini menggunakan data moden, dan beliau mendapati corak ini terus muncul berulang kali di pelbagai negara dan zaman. Hal ini merupakan suatu fenomena yang jarang berlaku dalam kajian tentang tingkah laku manusia. Mengapakah perkara sebegini berlaku? Terdapat beberapa penjelasan yang munasabah:

1- Otak remaja masih membesar. Bahagian otak yang bertanggungjawab dalam kawalan diri dan pemikiran jangka panjang belum matang sepenuhnya semasa remaja, sementara keinginan mencuba benda baru dan diterima rakan sebaya berada di tahap tertinggi.

2- Remaja juga memiliki kebebasan yang lebih dan tanggungjawab yang kurang berbanding orang dewasa. Terdapat remaja yang keluar tanpa pengawasan ibu bapa, bergaul tanpa batas, tetapi pada masa yang sama, mereka belum bekerja dan tidak perlu membantu ibu bapa atau penjaga mereka.

Terdapat juga penjelasan optimistik berkenaan lengkung umur-jenayah. Kajian Moffitt (1993) menekankan bahawa kebanyakan remaja yang terlibat dalam salah laku hanya melakukan sedemikian dalam tempoh masa tertentu sahaja. Kajian Sampson dan Laub pula mengembangkan idea ini pada 1990-an dan seterusnya membentuk teori kawalan sosial tidak formal mengikut usia. Hujah utama mereka ialah titik perubahan besar dalam hidup seseorang seperti berkahwin atau bekerja, adalah sebab utama seseorang berhenti melakukan jenayah. Walaupun begitu, teori sahaja tidak mencukupi untuk mengesahkan sama ada corak ini betul-betul wujud atau cuma tanggapan biasa. Di sinilah kerja ahli statistik bermula.

Apakah peranan statistik di sini?

Ramai yang beranggapan bahawa kerja ahli statistik cuma mengira nombor dan melukis lengkung. Sebenarnya, tugas ahli statistik adalah lebih jauh daripada itu. Pertama sekali, ahli statistik mengenal pasti corak dalam data yang bercelaru. Kebiasaannya, data jenayah yang diperoleh melalui laporan polis dan rekod mahkamah bersifat tidak berstruktur dan tidak teratur. Ahli statistik menggunakan kaedah tertentu untuk tapis data sebegini dan seterusnya membina graf sesuai supaya bentuk sebenar lengkung kelihatan jelas dengan bantuan perisian komputer.

Ahli statistik juga mencari maklumat di sebalik pembentukan lengkung umur-jenayah. Mereka perlu memastikan sama ada lengkung yang terhasil menunjukan tingkah laku manusia (penjenayah) atau operasi pihak berkuasa. Oleh yang demikian, perbandingan lengkung mengikut jenis jenayah, jantina dan lokasi perlu dilakukan. Pengesahan data bersama pembekal data seperti pihak berkuasa turut perlu dijalankan bagi memastikan intervensi manusia tidak mengganggu pembentukan lengkung umur-jenayah.

Dari sudut kriminologi, ahli statistik bersama-sama ahli kriminologi kuantitatif perlu mengenal pasti jika seseorang yang ditangkap oleh pihak berkuasa merupakan kesalahan pertama atau berulang. Hal ini kerana undang-undang di sesebuah negara mungkin mengenakan tindakan atau hukuman yang berbeza kepada penjenayah semula (reoffender atau recidivist). Perkara ini perlu diambil kira sebelum pemodelan statistik dijalankan.

Model Statistik mirip Lengkung Umur-Jenayah

Lengkung umur-jenayah merupakan satu lengkung yang terhasil sendiri apabila umur diplotkan menentang bilangan atau kadar jenayah. David Farrington (1986) membangunkan suatu fungsi parametrik matematik yang dinamakan sebagai fungsi umur-jenayah Farrington yang ‘mirip’ dengan bentuk lengkung umur-jenayah. Fungsi ini diberikan sebagai;

yang x merujuk kepada umur, k merujuk kepada parameter skala yang membesarkan atau mengecilkan saiz lengkung, b merujuk kepada parameter bentuk yang mempercepat atau melewatkan kenaikan sehingga titik kemuncak dan c merujuk kepada parameter reput yang mempercepat atau melewatkan penurunan selepas titik kemuncak. Titik kemuncak, xpeak boleh diperoleh dengan mengambil nisbah b kepada c. Fungsi umur-jenayah Farrington boleh mengambil kira nilai kekerapan jenayah secara langsung dan tidak perlu ditukarkan kepada kebarangkalian empirik.

Limitasi statistik dalam lengkung umur-jenayah

Lengkung umur-jenayah dibina berdasarkan rekod polis dan bukan jenayah sebenar. Dengan erti kata lain, lengkung ini mengaitkan umur penjenayah dengan bilangan tangkapan pihak berkuasa. Bilangan jenayah sebenar yang tidak ditangkap lagi ini tergolong dalam ‘populasi tersembunyi’. Terdapat kemungkinan remaja lebih mudah ditangkap kerana kurang pengalaman dalam mengelak daripada ditangkap. Oleh yang demikian, lengkung ini sebenarnya menceritakan hubung kait umur dengan bilangan tangkapan yakni sebahagian daripada bentuk lengkung ini mungkin sebenarnya menunjukkan siapa yang lebih mudah ditangkap dan bukan semata-mata siapa yang paling kerap melakukan jenayah.

Selain itu, kebanyakan lengkung umur-jenayah yang dibina adalah berdasarkan data keratan rentas dan tidak merentasi masa/kohort. Hal ini menimbulkan isu kerana terdapat dua jenis penjenayah remaja iaitu (1) mereka yang melakukan ketika remaja sahaja dan (2) golongan kecil yang melakukan jenayah sepanjang hayat seperti yang ditekankan oleh Moffitt (1993). Apabila data keratan rentas sahaja digunakan, kedua-dua golongan ini akan tercampur dan purata yang terhasil mungkin tidak mewakili trajektori sebenar mana-mana kumpulan dengan tepat. Perkara ini secara langsung memberi kesan ke atas pembentukan dan interpretasi lengkung. Analisis data merentas masa juga perlu dilakukan bagi membolehkan ahli statistik mengesan trajektori individu dari semasa ke semasa, seterusnya membezakan dengan lebih jelas antara kesan umur, kesan kohort dan kesan tempoh yang selama ini bercampur dalam data keratan rentas.

Kenapa lengkung ini penting untuk kita di Malaysia?

Isu jenayah remaja selalu menjadi topik hangat dalam berita dan media sosial di Malaysia. Tanpa data yang kukuh dan benar, masyarakat boleh terbawa emosi, terlalu memaafkan atau terlalu menghukum. Oleh yang demikian, kajian berasaskan data adalah sangat diperlukan dan di sinilah peranan ahli statistik menjadi penting. Ahli statistik bukan sekadar melukis lengkung yang cantik, tetapi memastikan lengkung itu benar-benar mencerminkan apa yang berlaku dan bukan sekadar apa yang direkodkan oleh pihak berkuasa. Di samping itu, kajian sebegini dapat membantu pihak berkuasa mengenal pasti golongan umur yang paling memerlukan bantuan awal sama ada melalui program pemulihan remaja seperti pendidikan di Sekolah Henry Gurney, selari dengan konsep nyah-kriminalisasi (dalam konteks jenayah narkotik) masa kini. Diharapkan kajian sebegini dapat membantu Malaysia dalam pengagihan sumber negara dengan lebih tersasar.

Rujukan

Quetelet, A. (1984). Research on the propensity for crime at different ages (S. Sylvester, Trans.). Anderson. (Karya asal diterbitkan 1831)

Farrington, D. P. (1986). Age and crime. Crime and Justice, 7, 189–250.

Hirschi, T., & Gottfredson, M. (1983). Age and the explanation of crime. American Journal of Sociology, 89(3), 552–584.

Moffitt, T. E. (1993). Adolescence-limited and life-course-persistent antisocial behavior: A developmental taxonomy. Psychological Review, 100(4), 674–701.

Sampson, R. J., & Laub, J. H. (1993). Crime in the making: Pathways and turning points through life. Harvard University Press.

Biodata Penulis

Dr. Razik Ridzuan Mohd Tajuddin merupakan Pensyarah Kanan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Penyelidikan beliau memberi tumpuan kepada kesan ruang-masa jenayah narkotik di Malaysia di samping menggunakan teknik pemodelan statistik dan pembelajaran mesin ke atas data jenayah.

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Adolphe QueteletLengkung Umur-Jenayah?MatematikRazik Ridzuan Mohd Tajuddinruang-masa narkotiksains pengesanan jenayahStatistiktingkah laku manusiaUKM
ShareTweetShare
Previous Post

Nanoteknologi: Dunia Kecil yang Mengubah Kehidupan Moden

Next Post

Memahami Konsep Matematik Mudah di Sebalik Kemeriahan Pilihan Raya Malaysia

Editor

Editor

Related Posts

Memahami Konsep Matematik Mudah di Sebalik Kemeriahan Pilihan Raya Malaysia
Berita & Peristiwa

Memahami Konsep Matematik Mudah di Sebalik Kemeriahan Pilihan Raya Malaysia

1 hour ago
Nanoteknologi: Dunia Kecil yang Mengubah Kehidupan Moden
Berita & Peristiwa

Nanoteknologi: Dunia Kecil yang Mengubah Kehidupan Moden

11 hours ago
Asas Kriptografi dalam Dunia Pendigitalan
Berita & Peristiwa

Asas Kriptografi dalam Dunia Pendigitalan

3 days ago
Mengapa Kemahiran Mikroskop dan Analisis DNA Menjadi Aset Penting Graduan TVET Masa Hadapan?
Berita & Peristiwa

Mengapa Kemahiran Mikroskop dan Analisis DNA Menjadi Aset Penting Graduan TVET Masa Hadapan?

3 days ago
Next Post
Memahami Konsep Matematik Mudah di Sebalik Kemeriahan Pilihan Raya Malaysia

Memahami Konsep Matematik Mudah di Sebalik Kemeriahan Pilihan Raya Malaysia

Kategori Produk

  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In