23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Monday, December 15, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Makanan Retort Mudahkan Pengurusan Bantuan Makanan

Makanan Retort Mudahkan Pengurusan Bantuan Makanan

Editor by Editor
02/02/2025
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Dr. Nur Huda binti Faujan¹, Noor Izzati binti Umor²

¹Pensyarah Kanan, Program Bioteknologi Makanan,
Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia

²Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi,
Program Sijil Teknologi Pemprosesan Makanan,
Kolej Komuniti Sabak Bernam

 

Makanan retort merupakan produk makanan yang telah melalui proses pensterilan menggunakan haba tinggi dalam pembungkusan kedap udara. Proses pensterilan dilakukan untuk memastikan makanan tahan lebih lama tanpa ditambah bahan pengawet makanan. Makanan retort semakin popular kerana mempunyai pelbagai kelebihan.

Kelebihan utama makanan retort adalah produk makanan dapat disimpan pada suhu bilik untuk jangka masa panjang antara 12 hingga 24 bulan, tanpa risiko kerosakan. Ini menjadikan produk makanan retort sangat sesuai untuk bantuan misi kemanusiaan seperti bantuan mangsa banjir, gelandangan, serta kepada penduduk miskin tanpa pembaziran makanan yang berlebihan. Ini berbeza dengan makanan yang dimasak, dan sekiranya tidak diurus dengan baik, hanya akan dapat bertahan antara 4 sehingga 6 jam sahaja.

Kedua, makanan retort mudah dibawa, disimpan, dan dipanaskan terus dalam bungkusan tanpa perlu dipindahkan ke bekas lain. Makanan seperti rendang, sambal, gulai, dan kari boleh juga dimakan terus tanpa memanaskannya. Ini amat praktikal untuk misi bantuan makanan kerana makanan retort merupakan produk makanan sedia untuk dimakan.

Selain itu, makanan retort masih mengekalkan kualiti nutrisi, tekstur, warna, dan rasa yang hampir sama dengan makanan yang baru disediakan. Teknologi ini memastikan kehilangan nutrien adalah minimum berbanding proses pemprosesan makanan lain. Produk makanan retort juga adalah selamat dan bersih yang mana proses pensterilan haba yang tinggi membunuh hampir semua mikroorganisma berbahaya, termasuk bakteria patogen seperti Clostridium botulinum.

Di samping itu, produk makanan retort juga adalah mesra alam kerana pembungkusannya ringan, tahan lama, dan boleh dikitar semula. Ini membantu mengurangkan sisa pembungkusan berbanding pembungkusan tin. Pembungkusan yang ringan juga akan lebih mudah dibawa untuk bantuan kemanusiaan seperti mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara, kawasan penduduk yang mengalami kekurangan makanan, serta gelandagan. Ini juga memudahkan organisasi yang memberi bantuan dalam mengagihkan bekalan makanan dibuat secara sistematik, dan cepat ke kawasan-kawasan yang sukar diakses.

Justeru, makanan retort merupakan alternatif terbaik untuk menyokong operasi bantuan kecemasan seperti mangsa banjir, kekurangan makanan, gelandangan, serta masyarakat yang miskin kerana makanan retort memastikan mangsa menerima makanan yang selamat, dan berkhasiat tanpa beban logistik yang rumit. Ini kerana makanan retort merupakan inovasi makanan moden yang mengekalkan keselamatan dan kualiti, serta pembungkusannya yang ringan, tahan lasak, dan tidak memerlukan penyimpanan sejuk. Pada masa akan datang, penyediaan makanan retort boleh juga menjadi sebahagian daripada strategi pengurusan bencana yang lebih berkesan di Malaysia.

Kredit foto-nippondotcom

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Kolej KomunitiMakanan RetortUSIM
ShareTweetShare
Previous Post

Perubahan Iklim Tingkatkan Risiko Ozon Paras Tanah sebagai Pencemar Udara Sekunder

Next Post

Aplikasi Teknologi Geofizik dalam Pengurusan Tanah Tercemar

Editor

Editor

Related Posts

Penyakit Radang Usus: Keradangan Sistem Gastrousus yang Sering Diabaikan
Berita & Peristiwa

Penyakit Radang Usus: Keradangan Sistem Gastrousus yang Sering Diabaikan

2 days ago
Pokok Air Mata Pengantin
Alam Semulajadi

Pokok Air Mata Pengantin

2 days ago
Bagaimana Puasa Berselang (Intermittent Fasting) membantu Menurunkan Berat Badan
Berita & Peristiwa

Bagaimana Puasa Berselang (Intermittent Fasting) membantu Menurunkan Berat Badan

6 days ago
Halia dan Sistem Imun dalam Mencegah Kanser
Alam Semulajadi

Halia dan Sistem Imun dalam Mencegah Kanser

6 days ago
Next Post
Aplikasi Teknologi Geofizik dalam Pengurusan Tanah Tercemar

Aplikasi Teknologi Geofizik dalam Pengurusan Tanah Tercemar

Kategori Produk

  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In