23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, February 1, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Malas Baca Label? Tiada Masalah! IKON PEK HADAPAN Sedia Membantu Anda

Info Pemakanan

Saiful Bahari by Saiful Bahari
18/02/2021
in Berita & Peristiwa, Isu Semasa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh : Kumutha Valli Ganesan & Dr Nurul Huda Razalli
Pengajian Sarjana Pemakanan Klinikal, Fakulti Sains Kesihatan, UKM

 

Apa itu Ikon Pek Hadapan atau Front of Pack (FOP) Labelling?

Ikon Pek Hadapan (FOP) merupakan label pemakanan yang ringkas dengan penggunaan simbol, ikon, kod warna dan grafik yang menarik serta mesra-pengguna. Penggunaan FOP disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai langkah bagi menangani peningkatan beban penyakit berkaitan pemakanan yang semakin meningkat secara global. Tambahan pula, dengan hanya sekilas pandang pada hadapan bungkusan produk makanan dan minuman, pengguna FOP dapat membuat pilihan produk makanan dan minuman yang lebih sihat dengan cepat dan mudah. FOP sangat bermanfaat kepada pengguna terutamanya dalam kalangan pengguna yang sudah berumur dengan masalah penglihatan atau pengguna dengan tahap pendidikan yang rendah dalam proses pemilihan produk yang lebih sihat.

Sebagai contoh, penggunaan label pemakanan semakin menurun dalam kalangan individu yang semakin tua kerana mereka mengalami masalah penglihatan dan sukar membaca label pemakanan disebabkan oleh saiz cetakan yang kecil. Selain itu, individu yang berpendidikan tinggi lebih ketara memahami label pemakanan berbanding individu dengan tahap pendidikan yang rendah. Ini disebabkan oleh tahap pengetahuan berkaitan pemakanan dan penyakit agak tinggi dalam kalangan individu yang berpendidikan tinggi. Oleh itu, dengan wujudnya label pemakanan yang ringkas dalam bentuk warna, grafik dan simbol ini, pengguna dari semua latar belakang dapat menjalankan proses pemilihan produk makanan dan minuman yang lebih sihat dengan mudah.

 

Jom ketahui lebih mengenai FOP ini!

Terdapat beberapa jenis Ikon Pek Hadapan di Malaysia. Antaranya ialah:

 

 

Contoh 1

 

Contoh 2

 

Akuan Pemakanan

Apakah itu akuan pemakanan?     

Akuan pemakanan ialah sebarang akuan yang dibuat pada label pemakanan tentang kualiti pemakanan.

Akuan seperti “bebas lemak”, “tinggi vitamin C” atau “gula dikurangkan” boleh dijumpai pada produk yang memenuhi syarat-syarat tertentu untuk membuat akuan berkaitan.

 

Kepentingan akuan makanan kepada pengguna

Pengguna boleh memilih produk yang mengandungi nutrien yang berguna untuk kesihatan seperti tinggi protein, tinggi vitamin atau mineral dan rendah lemak.

Namun, pengguna perlu berhati-hati sekiranya sesuatu produk makanan atau minuman mengaku bahawa ia boleh mengubati, merawat atau mencegah daripada sesuatu penyakit kerana undang-undang tidak membenarkan akuan sebegitu.

 

CONTOH:

Produk yang mempunyai kandungan kalsium yang tinggi boleh menggunakan akuan makanan seperti kalsium boleh membantu mengurangkan risiko osteoporosis

TETAPI

Pengeluar produk makanan dan minuman tidak dibenarkan menggunakan akuan seperti produk ini boleh mengubati atau merawat pesakit osteoporosis.

Oleh itu, pengguna perlu bijak memilih produk makanan dan minuman yang sesuai dan selamat dengan merujuk kepada label pemakanan yang lain.

 

 

 

Ikon Pek Hadapan untuk Tenaga

Apakah ini Ikon Pek Hadapan untuk Tenaga?

Merupakan label yang menunjukkan jumlah tenaga (dalam kcal) yang terdapat dalam satu hidangan makanan tersebut.

Ia juga menunjukkan peratusan jumlah tenaga hidangan tersebut daripada keperluan kalori harian (2000 kcal) yang disyorkan untuk seorang individu.

 

Kepentingan Ikon pek hadapan untuk tenaga kepada pengguna

Ikon ini berguna kerana ia membantu pengguna mengawal pengambilan tenaga dan memudahkan mereka merancang pemakanan yang seimbang dan sihat.

 

Selain FOP, beberapa maklumat asas seperti senarai ramuan, penandaan tarikh dan informasi mengenai pengilang atau pengeluar juga amat penting semasa pemilihan produk makanan dan minuman.

 

Adakah anda kerap merujuk pada senarai ramuan sesuatu produk semasa membelinya?

Ingat! Senarai ramuan merupakan cara terbaik untuk mengetahui ramuan yang boleh menyebabkan alahan makanan. Beberapa  perkara yang perlu anda ketahui mengenai maklumat senarai ramuan adalah:

 

Kesimpulan

Label pemakanan yang menggunakan simbol dan logo ini bukan sekadar hiasan pada bungkusan sahaja tetapi ia dapat membantu pengguna membuat pilihan makanan yang lebih sihat dalam jangka masa yang singkat. Beberapa kajian juga mendapati bahawa risiko mendapat penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan hiperlipidemia dapat dikurangkan dengan amalan penggunaan label pemakanan.

“PERJALANAN SERIBU BATU BERMULA DENGAN SATU LANGKAH”… Mulakan amalan hidup sihat dengan menggunakan label pemakanan seperti IKON PEK HADAPAN!

Pilihan bijak di tangan anda….

 

Rujukan

  1. https://europepmc.org/article/med/31908864
  2. https://www.researchgate.net/publication/329147868_Determinants_of_the_use_of_nutritional_information_among_grocery_shoppers_in_Penang
  3. https://www.researchgate.net/publication/280499962_Factors_influencing_consumers%27_attitudes_and_purchase_intentions_of_e-deals
  4. http://nutrition.moh.gov.my/logo-pilihan-lebih-sihat/
  5. http://www.myhealth.gov.my/panduan-membaca-label-makanan/
  6. http://nutrition.moh.gov.my/wp-content/uploads/2020/05/GP%20HCL%2013052020.pdf

 

Hasil Penulisan :

Penulis
Kumutha Valli Ganesan
(kumuthaganes@gmail.com)
Pelajar siswazah bagi Pengajian Sarjana Pemakanan Klinikal, Fakulti Sains Kesihatan, UKM

 

Penyelia
Dr. Nurul Huda Razalli (nurulhuda.razalli@ukm.edu.my)
Pensyarah Program Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan, UKM

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr Nurul Huda RazalliFakulti Sains KesihatanIkon Pek HadapanInfo PemakananKumutha Valli GanesanPengajian Sarjana Pemakanan KlinikalUKM
ShareTweetShare
Previous Post

Usaha Untuk Masa Depan Yang Lebih Hijau : Biogreen Week 1.0

Next Post

Dari Bumi ke Marikh: Perseverance 'Mata-Mata' Terkini di Planet Merah

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

3 days ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

1 week ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

1 week ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Next Post
Dari Bumi ke Marikh: Perseverance ‘Mata-Mata’ Terkini di Planet Merah

Dari Bumi ke Marikh: Perseverance 'Mata-Mata' Terkini di Planet Merah

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In