23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, November 9, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Memahami Kepentingan Prinsip dan Keutamaan Pelaksanaan Amalan Keselamatan Terbaik di Dalam Makmal Pengajaran dan Pembelajaran

Memahami Kepentingan Prinsip dan Keutamaan Pelaksanaan Amalan Keselamatan Terbaik di Dalam Makmal Pengajaran dan Pembelajaran

Editor by Editor
01/07/2024
in Berita & Peristiwa, Kimia
0 0
0

Penulis: En. Syazuan Abd. Latip¹, En. Khairul Imran Sainan²

¹Pensyarah Kanan Pusat Asasi UiTM, Kampus Dengkil, Universiti Teknologi MARA
²Pensyarah Kanan Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Kolej Kejuruteraan, Universiti Teknologi MARA

 

Umum mengetahui makmal adalah merupakan tempat dan ruang kerja yang lazimnya digunakan oleh seseorang individu atau secara berkumpulan bagi tujuan menjalankan sesuatu tugasan berasaskan eksperimen yang merujuk kepada bidang ilmu tertentu untuk mencapai objektif pembelajaran amali yang telah dikhususkan. Secara spesifiknya, makmal sains diklasifikasikan sebagai sebuah lokasi dan ruang kerja yang disediakan bagi tujuan pelaksanaan eksperimen yang berhubungkait dengan aspek dan skop pembelajaran sains yang lazimnya meliputi bidang ilmu fizik, kimia dan biologi. Sebagai contoh, di makmal fizik, para pelajar pelajar dapat mempraktikkan latihan amali dan eksperimen tentang hukum Newton, manakala di makmal kimia, eksperimen dan kajian berkenaan bahan-bahan terhadap sesuatu agen dapat dilakukan dan di makmal biologi pula, para pelajar akan melaksanakan kajian terhadap benda hidup sama ada bercirikan tumbuhan ataupun haiwan. Asasnya terdapat pelbagai jenis makmal sains dan sudah semestinya, setiap dari bidang ilmu ini mempunyai perincian keperluan serta kriteria yang berbeza-beza dari segi penyediaan bahan, peralatan (mesin) dan aparatus eksperimen yang melibatkan bahan-bahan yang berunsurkan sama ada terdiri dari pepejal, cecair ataupun gas.

 

Oleh yang demikian, harus difahami dengan jelas bahawa setiap bahan dari unsur seperti yang telah dinyatakan ini mempunyai tatacara pengendalian yang khusus dimana ianya perlu dikendalikan dengan betul berdasarkan kepada tahap risiko yang berbeza-beza merujuk kepada piawaian akta pengurusan dan pengendalian yang wajib dipatuhi oleh setiap individu yang menjalankan tugasan eksperimen. Maka, tatacara pengendalian bahan di dalam makmal sains khususnya, secara langsung sangat berkait rapat dengan hal ehwal prinsip amalan keselamatan di dalam makmal yang penting untuk difahami da dilaksanakan sepenuhnya oleh setiap pengguna makmal baik melibatkan di peringkat pelajar mahupun penyelidik di kalangan para akademia.

 

Menyedari akan kepentingan perkara ini, Unit Makmal Sains Pusat Asasi UiTM kampus Dengkil telah mengambil inisiatif dan langkah proaktif dengan menganjurkan sesi webinar sulung berkaitan prinsip dan amalan keselamatan terbaik di dalam makmal sains pada bulan Mei 2024 yang lalu. Intipati perkongsian ilmiah sepanjang sesi berlangsung secara asasnya menekankan tentang beberapa perihal dan aspek utama berkaitan prinsip dan amalan keselamatan makmal sains yang menyentuh tentang prosedur kerja, kaedah pengendalian eksperimen yang selamat, kefahaman asas berkaitan peralatan keselamatan dan penggunaannya, tatacara pembuangan sisa bahan kimia yang betul, dan pelan tindakan kecemasan (ERP). Penekanan dari aspek inventori bahan serta kefahaman terhadap klasifikasi risiko bahan juga turut dikongsikan bersama hampir 200 orang para peserta yang telah hadir secara atas talian sepanjang sesi berlangsung selama hampir 2 jam.

 

Selain dari itu, pemakluman berkenaan beberapa kes kemalangan sebenar yang pernah terjadi di dalam makmal sains juga turut dikongsikan bersama bagi tujuan memahami risiko kemalangan yang berkemungkinan berlaku tanpa kita sedari dan boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna. Sebagai contoh, kejadian pencemaran merkuri akibat dari termometer pecah yang telah berlaku di salah sebuah sekolah sekitar Nilai, Negeri Sembilan pada tahun 2023 yang lalu. Selan itu, bencana kebakaran yang telah berlaku di makmal sains sebuah sekolah di Gombak, yang melibatkan motor penyedut asap sehingga menyebabkan kerosakan pada peralatan dan infrastruktur yang berlaku pada tahun 2022, serta kejadian pada tahun yang sama juga di mana seorang pembantu makmal dikejarkan ke klinik akibat terkena tumpahan cecair kimia di salah sebuah sekolah di Melaka seperti yang telah dilaporkan. Secara dasarnya, kejadian kecemasan di makmal adalah melibatkan bahan kimia berbahaya seperti asid, pelarut dan gas beracun, alatan makmal yang tidak disenggara atau rosak dan juga turut melibatkan faktor kecuaian pengendalian oleh individu yang disebabkan oleh kurang berpengalaman atau kurang pendedahan terhadap latihan yang sewajarnya.

Ini memberikan gambaran yang jelas kepada para peserta bahawa kemalangan di dalam makmal sains adalah isu yang tidak boleh diambil mudah dan seharusnya perlu dipandang serius dimana ianya bukan sekadar menyebabkan kerosakan harta benda makmal, tetapi yang amat dibimbangkan adalah turut mengundang kecederaan sehingga boleh menyebabkan kematian. Selain itu juga, penekanan terhadap pelan tindakan kecemasan (ERP) yang merujuk kepada pengetahuan asas berkaitan kesedaran dan kefahaman infografik (poster) peraturan keselamatan asas di dalam makmal sains memfokuskan kepada kaedah pengendalian eksperimen, kepentingan kotak pertolongan kecemasan serta penjelasan tentang perlunya memahami dengan jelas berkenaan isu kebakaran turut dinyatakan dan dikongsikan bersama para peserta sepanjang sesi webinar berlangsung.

 

Di akhir sesi webinar, beberapa buah fikiran turut diketengahkan yang antaranya melibatkan cadangan mewujudkan makmal pintar (smart lab) yang juga turut mesra pengguna terutamanya bagi golongan orang kelainan upaya (OKU) supaya menjadikan makmal bukan sekadar ruang kerja menjalankan tugasan eksperimen malahan turut mesra pengguna dari pelbagai latarbelakang golongan pengguna. Seiringan dengan itu, pihak penceramah dan penganjur program turut berhasrat agar program ini dilestarikan melalui integrasi sesi latihan dan simulasi bencana makmal yang boleh disertai oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan berkaitan melibatkan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan Jabatan Penerangan Malaysia (JPM). Sesi latihan ini bukan sahaja bakal memberikan sebuah pengalaman yang sangat bermanfaat, malahan turut melatih kesiapsagaan dan sebagai pendedahan awal kepada para peserta bagi menghadapi bencana dan kemalangan di makmal yang dikhuatiri boleh berlaku tanpa mengira waktu dan hari.

 

Jelaslah bahawa inisiatif penganjuran sesi webinar prinsip dan amalan keselamatan terbaik di dalam makmal yang dilaksanakan oleh Unit Makmal Sains Pusat Asasi UiTM kampus Dengkil ini bukan sahaja memberikan input perkongsian ilmiah yang berharga kepada setiap para perserta, malahan turut memberikan impak positif secara menyeluruh dari aspek mewujudkan kesedaran dan membudayakan pematuhan terhadap prinsip dan amalan keselamatan di dalam makmal di setiap peringkat bermula dari sekolah umumnya, sehinggalah ke institusi pengajian tinggi khususnya. Dengan kerjasama erat melibatkan ekosistem daripada entiti yang terdiri dari pihak sekolah, institusi pengajian tinggi, dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, diharapkan inisiatif ini dapat diperluas dan dilestarikan bagi melahirkan kelompok generasi pekerja minda kelas pertama yang bukan sahaja prihatin malahan memiliki jatidiri yang berintegriti dan bersifat penuh bertanggungjawab terhadap keutamaan dan kepentingan pelaksanaan prinsip dan keselamatan di dalam makmal pada setiap masa kelak.

Sumber gambar- Shutterstock

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: amalan terbaikkeselamatan makmalKhairul Imran SainanSyazuan Abd. LatipUiTM Dengkil
ShareTweetShare
Previous Post

Impak Terapi Pertuturan terhadap Kemahiran Komunikasi Kanak-Kanak Autistik

Next Post

Iklim Ganas: Ancaman kepada Kesuburan Manusia

Editor

Editor

Related Posts

Vape dan Kesihatan Mulut Remaja
Berita & Peristiwa

Vape dan Kesihatan Mulut Remaja

1 week ago
Pengembaraan Matematik Si Bulus Penjelajah Dengan Algoritma Dijkstra
Berita & Peristiwa

Pengembaraan Matematik Si Bulus Penjelajah Dengan Algoritma Dijkstra

2 weeks ago
Retak Rapuh (fragility fracture): Ancaman Senyap Tulang Lemah
Berita & Peristiwa

Retak Rapuh (fragility fracture): Ancaman Senyap Tulang Lemah

2 weeks ago
Tarikan Warga Emas: Permainan Interaktif Menjadi Pilihan Meniti Hari Tua
Berita & Peristiwa

Tarikan Warga Emas: Permainan Interaktif Menjadi Pilihan Meniti Hari Tua

2 weeks ago
Next Post
Iklim Ganas: Ancaman kepada Kesuburan Manusia

Iklim Ganas: Ancaman kepada Kesuburan Manusia

Kategori Produk

  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In