23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 9, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Memahami Penyakit Strok

Editor by Editor
16/10/2010
in Perubatan & Kesihatan
0 0
0
 
Oleh : Mazira Mohamad Ghazali
 
Strok (angin ahmar) merupakan masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan gangguan bekalan darah ke bahagian-bahagian otak yang mengakibatkan bahagian tersebut tidak mendapat cukup oksigen. Biasanya penyakit ini menyerang seseorang secara tiba-tiba sehingga boleh menyebabkan kematian ataupun lumpuh separuh badan. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan strok. Faktor ini terbahagi kepada dua jenis iaitu faktor yang tidak boleh diubahsuai seperti usia yang lanjut dan jantina manakala faktor yang boleh diubahsuai di antaranya ialah tekanan darah tinggi, tabiat merokok, paras kolesterol yang tinggi, obesiti dan pengambilan alkohol.
 
95% daripada semua serangan strok melibatkan mereka yang berusia 45 tahun ke atas dan 2/3 strok berlaku di kalangan mereka yang berusia melebihi 65 tahun. Dengan peningkatan faktor usia, risiko seseorang menemui ajal sekiranya diserang strok juga turut meningkat. Walaubagaimanapun strok boleh menyerang pelbagai peringkat umur termasuk janin. Faktor jantina juga memainkan peranan yang penting; iaitu kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding dengan kaum wanita yang putus haid (menopaus). Sesetengah pendapat juga mengatakan bahawa lelaki mempunyai kemungkinan 1.25 kali ganda lebih berisiko untuk diserang strok berbanding wanita. Walaubagaimanapun, 60% punca kematian yang diakibatkan oleh strok berlaku di kalangan wanita.
 
Tekanan darah tinggi dan paras kolesterol yang tinggi merupakan faktor risiko yang penting yang boleh diubah dan dikawal melalui pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Merokok pula boleh menyebabkan kerosakan pada jantung yang disebabkan oleh pembentukan plak pada salur darah. Obesiti atau kegemukan dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit strok. Pengenalpastian obesiti adalah dengan menilai Indeks Jisim Tubuh (BMI) iaitu berat badan (kg) ÷ ketinggian (meter)2. Pengambilan alkohol yang berlebihan turut menyumbang kepada penyakit ini.
           
               Strok boleh dikategorikan kepada dua iaitu iskemia (salur darah tersumbat) dan strok pendarahan. Strok iskemia lebih cenderung berlaku ke atas individu yang berusia 60 tahun ke atas. Ianya terjadi apabila salur darah ke otak tersumbat yang menyebabkan aliran darah menjadi perlahan dan gumpalan akan terbentuk serta ianya menghalang pengaliran darah ke otak. Hampir 80% daripada strok adalah strok iskemia. Manakala strok jenis pendarahan adalah jarang berlaku iaitu antara 15-20%. Ianya adalah sejenis strok yang terjadi apabila salah satu daripada salur darah di dalam otak pecah atau berdarah. Ianya lebih berbahaya dan boleh menyebabkan ajal serta peluang pemulihan sepenuhnya agak tipis.
             
              Hasil daripada kajian yang dijalankan, lemak LDL adalah berlebihan di dalam pesakit strok yang menyebabkan ianya melekat pada dinding salur darah dan akan menyempitkan saluran darah tersebut yang menyumbang kepada strok. Paras kolesterol yang normal sepatutnya tidak melebihi 5.2 mmol/L atau 200 mg/dL.
 
Rawatan untuk penyakit ini adalah bergantung kepada faktor penyebabnya. Walaubagaimanapun, mendapat terapi rehabilitasi adalah kemestian bagi pesakit ini. Jurupulih anggota dan juga jurupulih pertuturan akan membantu pesakit untuk “mempelajari semula” fungsi-fungsi yang telah hilang dan pesakit harus bersedia untuk menghadapi sesuatu yang tidak dapat dipulihkan.
 
Terdapat kajian yang melibatkan eksperimentasi menggunakan agen vasodilasi, ubat yang mengembangkan salur darah dan meningkatkan pengaliran darah ke otak. Ubat vasodilator ini sudah lama digunakan bagi merawat banyak jenis penyakit, termasuklah penyakit jantung. Penyelidik berharap dapat membantu rehabilitasi mangsa strok dengan meningkatkan pengaliran darah ke otak. Malangnya, buat masa ini kejayaannya adalah terhad, mungkin kerana ianya tidak diberi lebih awal sebaik sahaja pesakit mendapat strok.
Kajian-kajian asas juga memfokuskan kepada aspek genetik strok dan faktor risiko strok. Satu bahagian kajian melibatkan genetik adalah terapi gen. Ianya dilakukan dengan memasukkan gen bagi protein yang dikehendaki ke dalam sel badan.
 
Pencegahan merupakan satu faktor kesihatan awam yang penting. Oleh itu kita haruslah mengawal pemakanan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk menghindari daripada strok.

Catatan : // Rencana ini disumbangkan oleh Pegawai Sains di Jabatan Neurologi USM merangkap Penulis Sains Malaysia
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Biologihadiah nobel fizikkesihatan
ShareTweetShare
Previous Post

Dalam Kenangan : Prof. Madya Dr. Zainol Abidin Abd. Rashid (1962-2006)

Next Post

Sumbangan Teknologi Angkasa Lepas

Editor

Editor

Related Posts

Sistem Pertahanan Badan dan Kanser
Berita & Peristiwa

Sistem Pertahanan Badan dan Kanser

2 months ago
Kesan Sampingan dan Ketoksikan Radioterapi berkait dengan Faktor Genetik
Berita & Peristiwa

Kesan Sampingan dan Ketoksikan Radioterapi berkait dengan Faktor Genetik

5 months ago
Pasukan Inovasi SEBARU Hasilkan “AnaSer-iii”: Produk Larvicidal Bergred Makanan untuk Kawalan Pembiakan Nyamuk
Berita & Peristiwa

Pasukan Inovasi SEBARU Hasilkan “AnaSer-iii”: Produk Larvicidal Bergred Makanan untuk Kawalan Pembiakan Nyamuk

6 months ago
Ektoparasit pada Haiwan Peliharaan Anda
Alam Semulajadi

Ektoparasit pada Haiwan Peliharaan Anda

6 months ago
Next Post
Sumbangan Teknologi Angkasa Lepas

Sumbangan Teknologi Angkasa Lepas

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Nanoteknologi dalam Sektor Pertanian di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nanoteknologi: Ilmu yang Mengubah Kualiti Kehidupan Manusia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aplikasi Nanoteknologi Dalam Bidang Perubatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In