23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, July 10, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Memperkukuh Pengetahuan STEM di Kalangan Murid Dalam Suasana Yang Menyeronokkan

Memperkukuh Pengetahuan STEM di Kalangan Murid Dalam Suasana Yang Menyeronokkan

Editor by Editor
03/07/2025
in Berita & Peristiwa, STEM
0 0
0

Oleh: Encik Hamdan Hj Abu
Ahli dan Penggiat Malaysian Amateur Radio Transmitters’ Society (MARTS)

 

JENJAROM (2 Julai 2025): Sebanyak 30 unit penapis air buatan sendiri (DIY) siap  dihasilkan oleh murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Saujana Putra pada program Saputera Citra Cendekia (SCC) hari ini dengan bimbingan tenaga akademik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Berdasarkan pengalaman yang dilalui, penapis air DIY itu boleh dihasilkan oleh murid-murid di rumah kerana ia hanya menggunkan barang-barang atau peralatan sedia ada atau yang terpakai seperti  botol air plastik, pasir dan batu kerikil serta arang.

Program SCC tersebut dianjurkan oleh guru-guru dengan matlamat untuk memperkukuh  pengetahuan berkaitan  Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di kalangan murid-murid dan  komuniti setempat dengan  kerjasama pihak ketiga.  Selain melihat pameran beberapa peralatan dan teknologinya,   pameran seperti itu dapat memupuk minat menyukai ilmu pengetahuan di kalangan murid-murid  dalam suasana yang menyeronokkan serta  melibatkan diri dengan amali dan menyertai kuis kerjaya.

YBrs. Ts. Dr. Noor Aina binti Misnom, Pensyarah Fakulti Kejuruteraan UPNM  berkata, pihaknya bersedia memberikan bimbingan kepada para sekolah yang berminat untuk menyertai pameran interaktif mengenai teknologi dan kejuruteraan khususnya yang berkaitan dengan STEM.

“Program STEM seperti ini adalah yang kelima dilaksanakan oleh fakultinya di beberapa buah sekolah sejak tahun lalu dan saya melihat kecenderungan murid meningkat melalui pameran interaktif yang disertai”, kata Ts. Dr. Noor Aina yang ditemui pada program berkenaan.

Selain itu, lima  imej  Slow Scan Television (SSTV) berjaya dipancarkan menerusi frekuensi dan peralatan radio dua hala tanpa ketersambungan talian telefon dengan kerjasama petugas Malaysian Amateur Radio Transmitters’ Society (MARTS).

Untuk rekod,  imej  SSTV yang dipancarkan dari sesuatu lokasi boleh diterima pada jarak jauh bergantung kepada kualiti radas  atau peralatan yang digunakan. Melalui komunikasi radio dua hala, dilaporkan salah satu imej SSTV tersebut yang dipancarkan dari SMK Saujana Putera telah diterima oleh  beberapa stesen radio amatur di Shah Alam, Kajang dan Putrajaya pada jarak udara sehingga lebih 20 kilometer.

“Sekaligus, ia memberi pengetahuan kepada murid mengenai kaedah alternatif untuk menghantar maklumat pada masa kecemasan sekiranya talian telefon terputus terutama dalam  tempoh lama”, kata seorang petugas MARTS.

SSTV mungkin tidak diketahui oleh ramai orang melainkan yang terlibat sebagai pengendali radio amatur. Ia adalah salah satu cabang dalam komunikasi radio amatur selain daripada komunikasi suara dalam mood analog dan digital menerusi frekuensi sangat tinggi (VHF) atau frekuensi ultra tinggi (UHF).

Untuk rekod, angkasawan stesen angkasa lepas (ISS) misalnya menggunakan kaedah SSTV untuk menghantar imej-imej yang dirakam di angkasa kepada pusat kawalan di bumi jika imej tersebut diperlukan segera.

Selain UPNM dan MARTS, turut serta dalam pameran sehari itu ialah Fakulti Pertanian Universiti Pertanian Malaysia (UPM), serta  penglibatan beberapa syarikat swasta. Selain itu, panitia-panita matapalajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains mempamerkan modul pembelajaran interaktif. di reruai masing-masing.

Kira-kira 2,000 murid SMK Bandar Saujana Putra menghadiri pameran sehari itu dan  kebanyakan mereka menimba banyak pengetahuan daripada pameran yang diadakan.  Bagi menyuntik semangat murid-murid yang hadir, kira-kira 1,200 kupon makanan diberikan kepada murid-murid yang menyertai pameran interaktif daripada pempamer.

Gambar 1. Ts. Dr. Noor Aina Misnom, Pensyarah Fakulti Kejuruteraan UPNM
Gambar 2. Ts. Dr. Aina Misnom di reruai UPNM berkongsi maklumat pembuatan penapis air DIY kepada murid-murid.
Gambar 3: Sebahagian murid yang hadir menyaksikan pelbagai pameran
Gambar 4: Petugas MARTS, Mohd Azlan Mohd Nor memberi penerangan mengenai peralatan radio amatur.
Gambar 5. Penerangan kepada pelajar yang hadir

Nota editor -En. Hamdan Hj. Abu ialah penggiat radio Amatur di Selangor dan Kuala Lumpur yang juga ahli MARTS dengan isyarat panggilan 9W2HXO.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Hamdan Hj. AbuMalaysian Amateur Radio Transmitters’ Society (MARTS)MARTSSaputera Citra Cendekia (SCC)STEMUPNM
ShareTweetShare
Previous Post

Hidrogel Buka Jalan Baharu dalam Pengkulturan Mikroalga

Next Post

Ancaman Patogen Selepas Bencana Banjir: Peranan Komuniti dan Kesihatan Planet

Editor

Editor

Related Posts

Tumbuhan Hoya R.Br. Si Cantik Yang Wangi
Alam Semulajadi

Tumbuhan Hoya R.Br. Si Cantik Yang Wangi

17 minutes ago
Program University Social Responsibility (USR): Menyatukan Ilmu Tahfiz dan STEM dengan Pendekatan Saintifik
Berita & Peristiwa

Program University Social Responsibility (USR): Menyatukan Ilmu Tahfiz dan STEM dengan Pendekatan Saintifik

36 minutes ago
Tanah Liat Lembut: Cabaran, Punca dan Penyelesaian Mampan dalam Sektor Pembinaan dan Pertanian di Malaysia
Alam Semulajadi

Tanah Liat Lembut: Cabaran, Punca dan Penyelesaian Mampan dalam Sektor Pembinaan dan Pertanian di Malaysia

4 days ago
Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam untuk Masa Depan
Alam Semulajadi

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam untuk Masa Depan

6 days ago
Next Post
Ancaman Patogen Selepas Bencana Banjir: Peranan Komuniti dan Kesihatan Planet

Ancaman Patogen Selepas Bencana Banjir: Peranan Komuniti dan Kesihatan Planet

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In