23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, January 6, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Mengubah Iklim Kewartawanan Sains: Tips kepada Penyelidik

Adee by Adee
07/03/2017
in Suara Saintis Muda
0 0
0

Artikel ini merupakan artikel keenam kerjasama antara MajalahSains dan Young Scientist Network (YSN). Artikel tertumpu kepada liputan bengkel kewartawanan sains anjuran bersama Akademi Sains Malaysia (ASM) dan British Council pada 6-8 Mac, 2017.

_____________________________________________________

Oleh:
Prof Madya Ir. Dr. Rosdiadee Nordin
Penasihat, Majalah Sains
Ahli, Young Scientists Network

Terima kasih kepada Young Scientists Network (YSN), di bawah naungan Akademi Sains Malaysia (ASM) kerana menjemput Majalah Sains untuk menghadiri bengkel sains kewartawanan baru-baru ini. Bengkel bertemakan ‘Changing the Climate Between Scientists & Journalists’ dan dihadiri oleh peserta-peserta daripada dua kerjaya berbeza, iaitu saintis dan wartawan. Saintis terdiri daripada kebanyakkan penyelidik daripada universiti awam & swasta serta agensi/institut penyelidikan, manakala wartawan-wartawan terdiri daripada pelbagai agensi media, seperti Astro Awani, Utusan Malaysia, New Straits Times (NST), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Petridish dan majalah I-Sihat. Tenaga pengajar untuk bengkel didatangkan daripada Institute of Environmental Analytics, University of Reading (United Kingdom) dan bengkel ini ditaja oleh Newton Ungku Omar Fund (NUOF).

CEO ASM, Puan Hazami Habib memberi kata-kata aluan kepada peserta di hari pertama bengkel

Bengkel pada hari pertama berkisar bagaimana saintis dan wartawan boleh bekerjasama untuk menyampaikan ilmu dan hasil kajian sains kepada umum. Berikut adalah beberapa tips daripada beberapa wartawan kepada penyelidik:

  • Menggunakan istilah mudah, ataupun layman dan elakkan daripada penggunaan istilah canggih ataupun teknikal untuk memudahkan pemahaman pembaca. Istilah mudah dalam konteks ini diibaratkan seperti perbualan antara cucu (dalam kes ini penyelidik) dengan seorang nenek (masyarakat umum).
  • Salah satu tips ialah menggunakan analogi ataupun perumpamaan untuk membantu penerangan saintifik. Jika analogi tidak dapat membantu, gunakan contoh mudah dalam kehidupan harian ataupun daripada berita semasa untuk memudahkan pemahaman pembaca.
  • Penyelidik seorang yang pakar di dalam sesuatu bidang dan mempunyai keterampilan asas melalui media sosial, badan profesional ataupun di kalangan komuniti penyelidikan beliau.
  • Selain daripada kepakaran, penyelidik mempunyai sumber dan hubungan yang luas dengan penyelidik dalam bidang sama ataupun rentas bidang.
  • Penyelidik menyediakan senarai fakta, seafdalnya dalam dwi bahasa (Bahasa Malaysia & Inggeris) untuk memudahkan rujukan oleh kedua-dua wartawan dan saintis sewaktu sesi temuduga. Pilihan dwibahasa ini dibuat oleh kerana kedua-dua bahasa ini mendominasi dunia media massa buat masa ini. Laman sawang berkaitan dan grafik, seperti geraf, infografik ataupun rajah mudah boleh membantu memudahkan penghasilan artikel
  • Penyelidik perlu memahami fokus utama majikan wartawan dan juga demografi pembaca mereka.
  • Kaitkan kajian & fokus penyelidikan dengan polisi/dasar kerajaan ataupun berita semasa.
  • Akhir sekali, komunikasi wujud dua hala; amat penting kepada kedua-dua saintis dan wartawan supaya berinteraksi untuk memperbaiki sesuatu karya sebelum ianya disebarkan kepada umum.

Namun, terdapat beberapa cabaran dalam kewartawanan sains di Malaysia:

  • Sains dan teknologi bukanlah topik yang mampu menarik minat pembaca Malaysia, berbanding drama politik, kisah sensasi dunia hiburan mahupun ‘teori konspirasi’. Ini menyebabkan berita sains mudah tenggelam apabila dilaporkan media.
  • Konflik penggunaaan istilah mudah (layman) berbanding kerja penyelidikan sebenar yang dilakukan oleh saintis. Pada pendapat saintis, istilah mudah seakan menggambarkan bahawa kerja penyelidikan yang dilakukan terlalu mudah dikalangan komuniti penyelidikan mereka. Ada di antara kerja penyelidikan mengambil masa bertahun-tahun untuk dilengkapkan.
  • Kenyataan penyelidik disensasikan oleh penyunting. Rujuk kepada komunikasi dua hala terdahulu untuk salah satu tips bagi mengatasi cabaran ini.
  • Wujudnya produk berasaskan sains palsu (pseudoscience), di mana iklan mereka terpampang di dada-dada media massa. Wujud konflik antara menegakkan fakta saintifik, berbanding nilai komersil pada produk berasaskan sains palsu ini.

Realitinya, saintis dan wartawan memerlukan satu sama lain. Sudah tiba masanya untuk penyelidik di Malaysia mengubah iklim kewartawanan sains dalam penyebaran ilmu kepada masyarakat. Di saat masyarakat umum tertanya-tanya mengenai hasil penemuan penyelidik daripada dana tajaan kerajaan dan tahap kesedaran umum yang rendah mengenai topik sains, inilah peluang penyelidik untuk berkongsi kepakaran penyelidikan mereka melalui kewartawanan sains.


Video ringkas daripada wartawan Astro Awani untuk liputan hari pertama bengkel (Kredit: Tan Su Lin melalui FB beliau)

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

#TanyaSaintis - Gelombang Bunyi dan Harmonik

Next Post

Bagaimana Pembelahan Nuklear Berlaku

Adee

Adee

Related Posts

Penyelidik Masa Hadapan: Superhuman atau Mangsa Brain Outsourcing?
Berita & Peristiwa

Penyelidik Masa Hadapan: Superhuman atau Mangsa Brain Outsourcing?

14 hours ago
Kebebasan Rekreasi juga Hak Kanak-kanak: Persekitaran Sihat dan Selamat Faktornya!
Alam Semulajadi

Kebebasan Rekreasi juga Hak Kanak-kanak: Persekitaran Sihat dan Selamat Faktornya!

2 years ago
10 Soalan Untuk Saintis: Dr. Izwandy Idris
Berita & Peristiwa

10 Soalan Untuk Saintis: Dr. Izwandy Idris

5 years ago
Campylobacter: Bakteria Penyebab Keracunan Makanan dan Penyakit Autoimun
Berita & Peristiwa

Campylobacter: Bakteria Penyebab Keracunan Makanan dan Penyakit Autoimun

5 years ago
Next Post
Bagaimana Pembelahan Nuklear Berlaku

Bagaimana Pembelahan Nuklear Berlaku

Kategori Produk

  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In