23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, May 30, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Menguruskan Alam Sekitar Menerusi Pembacaan

Editor by Editor
24/10/2009
in Alam Semulajadi
0 0
0

reading

Oleh: Khairusy Syakirin Has-Yun Hashim

Tentunya jijik apabila melihat sampah-sarap bertaburan di atas jalan. Meloyakan apabila melihat pelbagai jenis sampah yang berupa pelbagai jenis mula membusuk dan berair. Siapa yang tidak rimas dan tidak selesa dengan keadaan-keadaan begini. Menyakitkan mata apabila melihat ia bertaburan di merata tempat, terutamanya di tempat-tempat awam yang sentiasa dikunjungi. Namun, tentunya sampah-sampah itu terhasil daripada beberapa punca. Dan tentunya punca utamanya ialah manusia itu sendiri. Manusia, seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran, adalah sebaik-baik makhluk yang dicipta-Nya untuk mentadbir dan menjadi khalifah di muka dunia ini. Walaupun ada makhluk-makhluk lain yang lebih besar dan gagah yang telah ditawarkan oleh Allah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini, manusia menerimanya. Iblis pula yang ketika itu adalah ketua malaikat terus menjadi kafir kerana mengingkari perintah Allah untuk sujud menghormati Adam. Maka, apa keistimewaan kita sebagai makhluk yang terpilih untuk memerintah dan mengurus alam? Yang padahal, juga disebut di dalam Al-Quran, manusialah juga yang akan memusnahkan alam ini. Sejak kedatangan spesis manusia ke muka bumi, memang sudah banyak kemajuan dan kemusnahan yang kita lakukan. Kita telah memusnahkan hutan, langit dan lautan untuk dijadikan sebagai tempat kita berteduh, menggunakan sumber-sumber yang ada untuk kehidupan dan memuaskan nafsu dan kehendak. Memang tak salah untuk menggunakan segala apa yang ada di bumi. Malah, Allah telah menjadikan bumi ini sebagai tempat kita hidup sementara menanti kehidupan abadi. Tetapi, yang menjadi isunya ialah penggunaan sumber tanpa pengurusan yang cekap, sehingga memusnahkan bumi. Untuk mengurus, seseorang pengurus perlulah berilmu. Namun ilmu tanpa amal tidak akan ke mana. Ilmu perlu diiringi dengan amal. Amal tanpa menulis pula tidak akan mampu mewujudkan satu gelombang ilmu baru. Maka lingkaran ilmu ini perlu untuk memastikan pengurusan sesuatu perkara itu cekap. Ilmu boleh didapati daripada pelbagai sumber. Dan antara sumber tentunya dari buku dan bahan bacaan.  Tentunya terdapat banyak buku atau bahan bacaan yang berkaitan dengan pengurusan alam sekitar. Apabila isu ini hebat diperkatakan sejak Persidangan Bumi (Earth Summit) yang berlangsung di Rio de Janeiro pada tahun 1992, telah memberi kesedaran kepada hampir 100 buah negara untuk bersama-sama menilai semula kaedah mereka menjaga alam sekitar dan seterusnya melaksanakan pembangunan mampan (sustainable development) di negara masing-masing. Persidangan ini amat penting pada ketika bumi sedang menghadapi banyak masalah berkaitan dengan persekitaran. Kepada para pencinta alam, persidangan ini banyak membantu kebanyakan negara untuk menghadapi masalah-masalah kini dan masa hadapan. Apabila sesuatu isu itu hebat dibincang dan diperdebatkan, hasil-hasilnya akan ditulis dan dibukukan, sama ada dalam bentuk buku, majalah, risalah malah menerusi teknologi internet. Masyarakat yang membaca tentunya akan lebih peka terhadap alam sekitar. Antara majalah-majalah elektronik yang terdapat di seluruh dunia yang boleh diakses dan dimuat turun secara percuma adalah SEPA View terbitan Scottish Environmental Protection Agency, Era Hijau terbitan Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Impak terbitan Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Our Planet terbitan United Nations Environment Programme (UNEP), Friends of the Earth News Magazine terbitan Friends of the Earth, Environmental Health in Germany: Everyday Examples terbitan Federal Office for Radiation Protection Germany dan puluhan lagi. SEPA View misalnya merupakan antara majalah elektronik percuma yang bermaklumat dan mempunyai rekaletak yang cantik. Ia mudah dilayari dan mesra pengguna. Malah laman web SEPA sentiasa dikemaskini. Semua statistik dan laporan terkini mudah dimuat-turun, malah secara percuma, memudahkan para penyelidik melayarinya. Bagi penulis sendiri yang pernah menyelidiki pengurusan sampah di Edinburgh, Scotland, tidak perlu ke pejabat SEPA sebaliknya hanya perlu memuat-turun ke komputer riba penulis. SEPA View pula melengkapkan maklumat-maklumat itu. Impak, terbitan Jabatan Alam Sekitar Malaysia juga antara majalah elektronik tempatan yang berinformasi. Ia boleh dilayari dan dimuat-turun secara percuma daripada laman web Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Selain daripada Impak, Jabatan Alam Sekitar Malaysia juga menerbitkan Era Hijau, yang difokuskan kepada para pelajar sekolah. Ia tentunya dapat mendekatkan lagi generasi muda dengan pengurusan alam sekitar. Tentnya untuk mewujudkan satu gelombang kesedaran pengurusan alam sekitar yang cekap, masyarakat perlu dididik sama ada secara formal seperti di universiti-universiti dan juga secara tidak formal seperti menerusi media dan buku. Internet sememangnya merupakan salah-satu medium yang sempurna untuk tujuan ini. Malaysia seharusnya memperbanyakkan lagi kandungan internetnya jika ingin melihat masyarakat terdidik dengan lebih meluas.

 

Penulis merupakan Setiausaha Komuniti BukuOnline dan juga pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa, UIA. Blog beliau boleh dilawati di http://kembarapencintabuku.blogspot.com

 

Nota Editor://Artikel ini pernah tersiar di Utusan Malaysia pada 24/03/2008

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: pengotor
ShareTweetShare
Previous Post

Sains Islam Bukan Hasil Bucaillisme | Bahagian 1

Next Post

Ulang Tahun INTERNET ke 40

Editor

Editor

Related Posts

Kenali Apa itu Herbarium?
Alam Semulajadi

Kenali Apa itu Herbarium?

9 mins ago
Mengenali Spesis Paku-pakis Akuatik
Alam Semulajadi

Mengenali Spesis Paku-pakis Akuatik

2 days ago
Kenali Serangga Ranting Terberat Di Dunia, Malayan Jungle Nymph
Alam Semulajadi

Kenali Serangga Ranting Terberat Di Dunia, Malayan Jungle Nymph

1 month ago
Menyingkap Peranan Kelenjar Air Liur bagi Kemandirian Serangga
Alam Semulajadi

Menyingkap Peranan Kelenjar Air Liur bagi Kemandirian Serangga

1 month ago
Next Post
Ulang Tahun INTERNET ke 40

Ulang Tahun INTERNET ke 40

  • Teori dan Falsafah Teknologi

    Teori dan Falsafah Teknologi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiada Bukti Pokok ‘Duit-Duit’ Penyebab Kanser

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In