23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Monday, August 15, 2022
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Pasukan Malaysia Rangkul Tiga Pingat Gangsa dan Satu Sanjungan Kehormat dalam International Physics Olympiad 2022

Pasukan Malaysia Rangkul Tiga Pingat Gangsa dan Satu Sanjungan Kehormat dalam International Physics Olympiad 2022

Editor by Editor
18/07/2022
in Berita & Peristiwa, Fizik
0 0
0

Oleh: Wan Mohd Aimran Wan Mohd Kamil

Pensyarah, Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains & Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia

Ahli pasukan Malaysia telah berjaya memperolehi tiga pingat gangsa dan satu sanjungan kehormat dalam pertandingan International Physics Olympiad (IPhO) 2022 yang berlansung secara dalam talian dari 10 sehingga 18 Julai 2022. Switzerland merupakan tuan rumah bagi IPhO 2022.

Chang Kian Yau dari Sunway College, Lim Yu Cheng dari SMK Damansara Jaya, Selangor, dan Ong Zhi Zheng dari Chung Ling Private High School, Pulau Pinang masing-masing telah mendapat pingat gangsa, manakala Matthew Heng Yu Jie dari SMJK Jit Sin, Pulau Pinang telah mendapat sanjungan kehormat (honourable mention).

Pertandingan International Physics Olympiad merupakan pertandingan terulung dalam bidang fizik yang melibatkan para pelajar sekolah menengah daripada 80 buah negara berlainan.

Para peserta akan bersaing secara individu untuk menyelesaikan masalah fizik bertaraf universiti dalam ujian amali (melakukan dua eksperimen dalam tempoh lima jam) dan ujian teori (menjawab tiga soalan dalam tempoh lima jam).

Untuk IPhO 2022, para peserta berpeluang melakukan eksperimen maya melibatkan jatuhan bebas sebutir bola di sebuah planet asing, dan menyiasat sifat elektrik diod berbentuk silinder. Dalam ujian teori pula, para peserta meneroka sifat magnet kekal, rekabentuk kejuruteraan Teleskop Angkasa James Webb, dan hukum berskala dalam pelbagai cabang fizik.

Pasukan negara ke IPhO 2022 terdiri daripada empat orang pelajar dan dua orang ketua pasukan, iaitu Encik Wan Mohd Aimran Wan Mohd Kamil, pensyarah Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Cik Chan Phaik Ying, guru SMJK Chung Hwa Confucian, Pulau Pinang.

Pasukan negara telah berkampung di Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia daripada 4 sehingga 18 Julai untuk menjalani bengkel latihan secara bersemuka seterusnya bertanding secara dalam talian.

Setakat ini, pasukan Malaysia telah berjaya mengutip satu pingat emas (2011), satu pingat perak (2008), 14 pingat gangsa (2022, 2019, 2018, 2017, 2016, 2013, 2010, 2007, 2006, 2005) dan 30 sanjungan kehormat. Penyertaan pertama pasukan Malaysia adalah pada tahun 2002.

Proses saringan dan latihan pasukan negara dalam IPhO dikendalikan oleh Jawatankuasa Olimpiad Fizik Malaysia (OFM) yang berpusat di Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jawatankuasa Olimpiad Fizik Malaysia ini terdiri daripada para pensyarah program fizik dan guru-guru fizik tingkatan enam, selain wakil-wakil daripada Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kolej MARA Banting, program ASASIpintar UKM, dan program Asasi Sains UM.

IPhO 2023 akan diadakan di Tokyo, Jepun dari 10 sehingga 17 Julai 2023.

Ahli pasukan negara ke IPhO 2022. Dari kiri ke kanan: Ong Zhi Zheng, Chang Kian Yau, Matthew Heng Yu Jie, dan Lim Yu Cheng.
Ahli pasukan negara bersama pengawas ujian. Dari kiri ke kanan: Tan Soon Wah (pengawas ujian dan wakil negara dalam IPhO 2017), Cik Chan Phaik Ying (ketua pasukan), Ong Zhi Zheng, Lim Yu Cheng, Matthew Heng Yu Jie, Chang Kian Yau, Hoh Mee Kee (pengawas ujian), dan Encik Wan Mohd Aimran Wan Mohd Kamil (ketua pasukan).
Para peserta menduduki ujian secara dalam talian di Makmal Pengajaran Fizik Tahun Satu, Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Para peserta menduduki ujian secara dalam talian di Makmal Pengajaran Fizik Tahun Satu, Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ketua pasukan sedang mengikuti mesyuarat soalan secara dalam talian bersama ketua pasukan negara lain.
Ketua pasukan dan pengawas sedang menyemak kertas jawapan para pelajar.
Lawatan pasukan negara ke makmal-makmal penyelidikan di Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Lawatan pasukan negara ke makmal-makmal penyelidikan di Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: FST UKMIPhOMalaysiaolimpiad fizikPhysics OlympiadUKM
ShareTweetShare
Previous Post

Kewartawanan Data dan Masa Depan Kewartawanan

Next Post

Kesan Sampingan Terburuk Perubatan Ganja Kepada Kesihatan Mental

Editor

Editor

Related Posts

Pasukan Inovasi SEBARU Hasilkan “AnaSer-iii”: Produk Larvicidal Bergred Makanan untuk Kawalan Pembiakan Nyamuk
Berita & Peristiwa

Pasukan Inovasi SEBARU Hasilkan “AnaSer-iii”: Produk Larvicidal Bergred Makanan untuk Kawalan Pembiakan Nyamuk

4 hours ago
Pengvisualan dan Penceritaan Membawa Makna kepada Data
Berita & Peristiwa

Pengvisualan dan Penceritaan Membawa Makna kepada Data

1 week ago
Ektoparasit pada Haiwan Peliharaan Anda
Alam Semulajadi

Ektoparasit pada Haiwan Peliharaan Anda

1 week ago
Memperkasakan Produktiviti Ternakan Melalui Teknik Penyelarasan Estrus Bagi Menjamin Sekuriti Makanan Negara
Berita & Peristiwa

Memperkasakan Produktiviti Ternakan Melalui Teknik Penyelarasan Estrus Bagi Menjamin Sekuriti Makanan Negara

2 weeks ago
Next Post
Kesan Sampingan Terburuk Perubatan Ganja Kepada Kesihatan Mental

Kesan Sampingan Terburuk Perubatan Ganja Kepada Kesihatan Mental

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • ‘Monday Blues’ – Fakta atau Mainan Psikologi?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In