23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 12, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik dan Implikasi terhadap Keselamatan dan Kesihatan Pengguna

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik dan Implikasi terhadap Keselamatan dan Kesihatan Pengguna

Editor by Editor
18/12/2025
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Mohd Firdaus bin Yhaya¹ (Ph.D.) & Nurul Ainun binti Hamzah² (Ph.D.)

¹Pusat Pengajian Sains Pergigian, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia
²Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

 

Pada zaman dahulu, pembungkusan makanan seperti nasi lemak biasanya menggunakan daun pisang yang telah dilayur di atas api bagi tujuan pensterilan manakala  kertas suratkhabar terpakai pula digunakan sebagai pembalut luar. Namun begitu, seiring dengan perkembangan teknologi pemprosesan dan perubahan gaya hidup masyarakat, penggunaan bahan pembungkusan telah berkembang dengan pesat, khususnya bagi makanan siap dimakan, makanan terproses, dan makanan yang dipasarkan secara komersial.

Pada masa kini, pembungkusan makanan bukan sekadar berfungsi sebagai pembalut, malah merupakan komponen kritikal dalam rantaian bekalan makanan moden. Pembungkusan berperanan penting dalam melindungi makanan, mengekalkan kualiti, memastikan keselamatan, serta memanjangkan jangka hayat produk makanan. Walau bagaimanapun, peningkatan penggunaan bahan pembungkusan, terutamanya berasaskan bahan sintetik seperti plastik (polimer), telah menimbulkan kebimbangan terhadap potensi risiko toksikologi akibat migrasi bahan kimia daripada pembungkusan ke dalam makanan.

Pendedahan kronik terhadap bahan kimia tertentu dalam jangka masa panjang pada kepekatan yang rendah masih berpotensi memberikan kesan buruk terhadap kesihatan manusia. Oleh itu, aspek keselamatan pembungkusan makanan perlu diberi perhatian serius, khususnya dari perspektif toksikologi dan perlindungan kesihatan awam.

Fungsi Pembungkusan Makanan

Secara umumnya, pembungkusan makanan mempunyai beberapa fungsi utama. Pertama, ia berfungsi melindungi makanan daripada pencemaran fizikal seperti habuk dan bendasing, pencemaran biologi oleh mikroorganisma, serta pencemaran kimia daripada persekitaran [1]. Kedua, pembungkusan membantu mengekalkan kualiti makanan dari segi rasa, warna, tekstur, dan kandungan nutrien. Selain itu,  pembungkusan juga berperanan memanjangkan jangka hayat makanan dengan mengawal pendedahan kepada oksigen, cahaya, dan kelembapan.

Di samping itu, pembungkusan makanan turut memainkan peranan penting dalam penyampaian maklumat kepada pengguna melalui pelabelan seperti tarikh luput, senarai ramuan, maklumat pemakanan, dan amaran alergen. Daripada  sudut pemasaran pula, reka bentuk dan ilustrasi pembungkusan yang menarik boleh mempengaruhi pilihan pengguna. Namun demikian, kepentingan ini perlu diseimbangkan dengan pemilihan bahan pembungkusan yang selamat serta  tidak mendatangkan  risiko terhadap kesihatan pengguna.

Jenis dan Bahan Pembungkusan Makanan

Pembungkusan makanan secara amnya boleh dikelaskan kepada tiga kategori, iaitu pembungkusan primer, sekunder, dan tertier. Pembungkusan primer bersentuhan secara langsung dengan makanan, seperti botol plastik minuman, tin makanan, dan pembalut plastik. Sebaliknya, pembungkusan sekunder berfungsi melindungi pembungkusan primer, manakala pembungkusan tertier digunakan bagi tujuan pengangkutan dan penyimpanan secara pukal.

Dari segi bahan, plastik merupakan bahan pembungkusan yang paling banyak digunakan kerana sifatnya yang ringan, mudah dibentuk , dan kos yang lebih murah. Namun begitu, penggunaan, penggunaan bahan alternatif seperti bioplastik dan pembungkusan terbiodegradasikan (biodegradable) semakin mendapat perhatian sebagai pilihan yang lebih mesra alam. Selain plastik, bahan seperti kaca, logam (aluminium dan tin besi), kertas dan kadbod turut digunakan secara meluas.

Dalam artikel ini, penekanan diberikan kepada bahan plastik (polimer) disebabkan penggunaannya yang lebih meluas sebagai pembungkusan primer, sekunder, dan tertier. Antara plastik yang lazim digunakan ialah polietilena tereftalat (PET), polietilena (PE), polivinil klorida (PVC), polipropilena (PP), dan polistirena (PS), serta kategori lain  (Other) yang merangkumi gabungan beberapa bahan. Semua plastik dilabelkan berdasarkan Kod Pengitaran Semula Plastik (Plastics Recycling Code) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 dan Jadual 1.

Rajah 1: Kod Pengitaran Semula Plastik

Konsep Toksikologi dalam Pembungkusan Makanan

Toksikologi pembungkusan makanan merujuk kepada kajian tentang kesan bahan kimia yang berasal daripada bahan pembungkusan terhadap kesihatan manusia. Secara umumnya, pendedahan berlaku melalui proses migrasi, iaitu pemindahan bahan kimia daripada pembungkusan ke dalam makanan. Proses ini dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti jenis bahan pembungkusan, suhu, tempoh sentuhan, dan sifat makanan seperti kandungan lemak dan keasidan. Walaupun kebanyakan bahan pembungkusan direka bentuk bagi memenuhi piawaian keselamatan, pendedahan jangka panjang terhadap bahan kimia tertentu masih menimbulkan kebimbangan, terutamanya dalam kalangan kumpulan rentan seperti kanak-kanak, wanita hamil, dan warga emas. Sebagai contoh, suhu yang tinggi seperti pemanasan makanan di dalam bekas plastik boleh meningkatkan kadar migrasi bahan kimia. Selain itu, tempoh penyimpanan yang lama serta makanan berlemak dan berasid turut meningkatkan risiko pemindahan bahan kimia lipofilik (suka lemak) ke dalam makanan.

Bahan Kimia Berisiko dan Implikasi Kesihatan

Bisphenol A (BPA) ialah bahan kimia yang digunakan dalam penghasilan plastik polikarbonat dan resin epoksi, terutamanya pada lapisan dalaman tin makanan. BPA dikenali sebagai bahan pengganggu endokrin (endocrine disruptor) yang boleh meniru hormon estrogen [2]. Sehubungan itu, pendedahan BPA sering dikaitkan dengan gangguan sistem hormon, masalah pembiakan, dan peningkatan risiko penyakit metabolik.

Ftalat digunakan sebagai bahan pelembut (plasticizer) dalam plastik  khususnya PVC bagi meningkatkan kebolehlenturan. Namun, bahan ini boleh berpotensi bermigrasi ke dalam makanan terutamanya makanan berlemak dan telah dikaitkan dengan gangguan perkembangan serta sistem pembiakan. Tambahan pula, PVC boleh mengurai pada suhu melebihi 80 oC dan membebaskan hidrogen klorida (HCl) yang bersifat toksik.

Bagi plastik PVC dan PS, sisa monomer seperti vinil klorida dan stirena boleh bermigrasi ke dalam makanan, khususnya apabila digunakan untuk membungkus makanan yang panas dan berlemak. Selain itu, dalam pembungkusan berasaskan logam atau bahan bercetak, logam berat seperti plumbum (Pb) dan kadmium (Cd) boleh wujud dalam dakwat atau salutan tertentu [3]. Antimoni trioksida (Sb2O3) pula digunakan sebagai mangkin dalam penghasilan plastik PET. Justeru itu, botol air mineral yang terdedah kepada suhu tinggi, contohnya di dalam kereta yang diparkir di bawah cahaya matahari tidak digalakkan untuk diminum. Pendedahan kepada logam berat juga boleh mendatangkan kesan toksik terhadap sistem saraf, buah pinggang, dan sistem hematopoietik. Selain itu, bahan sisa daripada dakwat percetakan pembungkusan turut menimbulkan kebimbangan toksikologi sekiranya tidak dikawal dengan baik. Berdasarkan perbincangan ini, plastik yang lebih sesuai untuk pembungkusan makanan ialah PET (bersyarat), HDPE, LDPE, PP, dan kategori lain (bersyarat), manakala penggunaan PVC dan PS seharusnya dielakkan.

Peraturan dan Kawal Selia di Malaysia

Di Malaysia, keselamatan pembungkusan makanan dikawal selia melalui Akta Makanan 1983 (Akta 281) [4] dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 [5]. Peraturan ini menetapkan bahawa bahan pembungkusan yang bersentuhan dengan makanan mestilah selamat serta tidak memindahkan bahan berbahaya ke dalam makanan. Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertanggungjawab untuk memantau dan menguatkuasakan pematuhan terhadap peraturan ini.

Selain itu, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) turut berperanan melindungi pekerja yang terlibat dalam industri pembungkusan makanan daripada pendedahan bahan kimia berbahaya di tempat kerja [6]. Bagi mengurangkan risiko toksikologi, pemilihan bahan pembungkusan yang selamat, penggunaan bahan bebas BPA, pengurangan ftalat serta kawalan ketat terhadap dakwat percetakan adalah amat penting [7]. Di samping itu, inovasi dalam pembungkusan lestari seperti pembungkusan biodegradasi dan pembungkusan aktif berpotensi mengurangkan kesan terhadap kesihatan dan alam sekitar.

Pembungkusan makanan memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan dan kualiti makanan. Namun, daripada perspektif toksikologi, penggunaan bahan pembungkusan tertentu boleh mendatangkan risiko kesihatan sekiranya tidak dikawal dengan baik. Oleh itu, pemahaman tentang risiko toksikologi, pematuhan terhadap peraturan, serta penggunaan bahan pembungkusan yang lebih selamat dan lestari amat penting bagi melindungi kesihatan pengguna. Justeru, pendekatan bersepadu yang melibatkan  pengilang, pengawal selia, dan pengguna amat diperlukan bagi memastikan keselamatan makanan secara menyeluruh.

Kredit foto-food navigator

Rujukan

  1. Food and Agriculture Organization of the United Nations. (2019). Food packaging and safety. FAO.
  2. European Food Safety Authority. (2015). Scientific opinion on the risks to public health related to the presence of bisphenol A (BPA) in foodstuffs. EFSA Journal, 13(1), 3978.
  3. World Health Organization. (2017). Evaluation of certain contaminants in food. WHO Press.
  4. Kementerian Kesihatan Malaysia. (1983). Akta Makanan 1983 (Akta 281). Kuala Lumpur.
  5. Kementerian Kesihatan Malaysia. (1985). Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Kuala Lumpur.
  6. Kementerian Sumber Manusia. (1994). Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514). Kuala Lumpur.
  7. Muncke, J. (2011). Endocrine disrupting chemicals and other substances of concern in food contact materials. Food and Chemical Toxicology, 49(7), 1435–1446.

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: kesan kesihatan pembungkus plastikMohd Firdaus bin YhayaNurul Ainun binti Hamzahpembungkus plastikPembungkusan Makananpencemaran mikroplastikPlastik biodegradasiPusat Pengajian Sains Pergigian dan Pusat Pengajian Sains Kesihatan Kampus Kesihatanrisiko kesihatanUniversiti Sains Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Perak Man: Menyingkap Kehidupan dan Minda Manusia Prasejarah

Next Post

Pencarian Antibiotik Baru: Sejarah, Sumber Semulajadi dan Potensi Alga dalam Perubatan

Editor

Editor

Related Posts

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan
Berita & Peristiwa

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan

3 hours ago
Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia
Alam Semulajadi

Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia

4 days ago
Teknologi Percetakan 4D Polimer
Berita & Peristiwa

Teknologi Percetakan 4D Polimer

4 days ago
Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama
Berita & Peristiwa

Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama

4 days ago
Next Post
Pencarian Antibiotik Baru: Sejarah, Sumber Semulajadi dan Potensi Alga dalam Perubatan

Pencarian Antibiotik Baru: Sejarah, Sumber Semulajadi dan Potensi Alga dalam Perubatan

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In