Thursday, September 11, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Pengalaman menghadiri Lindau Nobel Laureate Meeting 2025

Pengalaman menghadiri Lindau Nobel Laureate Meeting 2025

Editor by Editor
01/09/2025
in Berita & Peristiwa, Kimia
0 0
0

Oleh:Muhammad Syukri Bin Mohamad Misenan
Pelajar Ijazah Kedoktoran, tajaan Dieter Schwarz Stiftung
Department of Chemistry, College of Arts and Science, Yildiz Technical University,
Istanbul, Turkiye

 

Lindau terletak sebuah pekan kecil di selatan Jerman, berlatar belakang pergunungan Alps dan dikelilingi tasik jernih yang menjadi sempadan empat negara iaitu Jerman, Austria, Liechtenstein dan Switzerland. Di sinilahberlangsungnya Lindau Nobel Laureate Meeting 2025, salah satu pertemuan saintifik paling berprestij di dunia.

Pertemuan ini bukan program konferens biasa. Ia menghimpunkan 30 pemenang Hadiah Nobel dan 620 saintis muda dari lebih 85 buah negara, dalam satu suasana santai namun sarat dengan perbincangan ilmu. Dengan memberi fokus kepada bidang Kimia, Lindau kali ini membawa tema perbincangan ‘Chemistry Transforming Society’. Tiga tema utama yang diketengahkan ialah:

  1. Peranan Transformasi Kecerdasan Buatan (AI) dalam penyelidikan kimia; bagaimana AI membuka dimensi baharu dalam penemuan dan pembangunan sains.
  2. Kelestarian dalam Kimia; merangkumi bukan sahaja makmal hijau dan kecekapan sumber, tetapi juga kelestarian dari sudut dasar, pendidikan dan kepimpinan.
  3. Diplomasi Sains; sains sebagai jambatan untuk memupuk kerjasama antarabangsa dalam menangani cabaran global.

Penulis amat tertarik bagaimana ketiga-tiga tema ini bukan sahaja relevan dalam penyelidikan makmal, malah mencerminkan peranan saintis sebagai agen perubahan dalam masyarakat.

Bagaimana Saya Terpilih ke Lindau?

Ramai yang menyangka penyertaan ke Lindau Nobel Laureate Meeting hanya melalui pencalonan oleh institusi atau organisasi penyelidikan tertentu misalnya dari Akademi Sains Negara (ASM) untuk Malaysia. Namun sebenarnya, terdapat juga saluran permohonan terbuka (open application) yang membolehkan saintis muda dari seluruh dunia yang bekerja atau belajar di negara lain memohon secara langsung.

Saya sendiri memohon melalui saluran ini disebabkan saya merupakan pelajar Ijazah Kedoktoran (PhD) di Yildiz Technical University, Istanbul. Permohonan terbuka dibuat melalui laman web rasmi Lindau. Prosesnya kompetitif dan telus, melibatkan beberapa peringkat penilaian:

  1. Penghantaran borang permohonansecara dalam talian yang merangkumi latar belakang akademik, senarai penyelidikan, dan penglibatan dalam komuniti saintifik.
  2. Penyediaan surat motivasiyang menjelaskan niat, potensi sumbangan kepada komuniti sains, serta bagaimana pengalaman ini akan dimanfaatkan selepas kembali.
  3. DuaSurat Sokongan dari golongan profesional terutama dari penyelia tesis atau pensyarah.
  4. Penilaian oleh Lindau Selection Committee, yang menilai berdasarkan merit akademik, keaktifan dalam penyelidikan, dan komitmen terhadap perkembangan sains global.

Setelah berjaya melepasi saringan, saya dipadankan dengan Dieter Schwarz Stiftung Foundation, yang kemudiannya menaja penyertaan saya ke Lindau 2025. Bagi saintis muda dari Malaysia  termasuk mereka yang sedang melanjutkan pengajian di luar negara, ini adalah peluang yang sangat berharga. Permohonan terbuka biasanya dibuka setiap tahun antara Ogos hingga Oktober, dan saya sangat menggalakkan anda menyemaknya di laman web rasmi Lindau: https://www.lindau-nobel.org/young-scientists/

Saya bersyukur apabila dipilih dan kemudiannya ditaja sepenuhnya oleh Dieter Schwarz Stiftung, sebuah yayasan dari Jerman yang menyokong bakat muda dalam bidang STEM.

Tinggal Bersama Keluarga Angkat

Sepanjang berada di Lindau, saya memilih untuk tinggal bersama keluarga angkat Jerman  iaitu Martin dan Isabel, sukarelawan program. Mereka menyambut saya seperti keluarga sendiri: menjemput di stesen kereta api, meminjamkan basikal, dan menyediakan sarapan setiap pagi sambil berbual tentang budaya masing-masing.

Saya belajar tentang falsafah hubungan sosial di Eropah, persahabatan dibina perlahan-lahan atas asas kepercayaan dan sempadan peribadi. Namun mereka membuktikan, keikhlasan tidak memerlukan masa yang panjang.

Setiap malam, Martin mengajak saya berbual  “Let’s talk 5 minutes,” yang sering berlanjutan hingga satu setengah jam. Kami berbincang isu politik, pendidikan, ekonomi dan kehidupan. Ia memberi saya perspektif baharu tentang nilai kekeluargaan dan kemanusiaan merentas budaya.

Ilmu yang Merentasi Sempadan

Setiap hari bermula dengan sesi perbincangan dan pembentangan yang padat namun berlansung dalam suasana santai dan tidak terlalu formal. Pembentangan lebih kepada perkongsian cerita, cabaran, dan inspirasi. Majoriti penerima Hadiah Nobel berkongsi pengalaman bahawa mereka tidak menjangka  akan memenangi Hadiah Nobel, ada dalam kalangan mereka membuat penemuan besar yang terhasil daripada kesilapan atau kebetulan. Kuncinya kekal mencuba dan kekal konsisten. Antara yang paling menyentuh hati saya ialah apabila salah seorang pemenang Hadiah Nobel berkongsi bagaimana beliau hampir berputus asa sebelum penemuannya diiktiraf. Ia mengingatkan saya bahawa kegagalan itu sebahagian daripada proses. Mereka juga berpesan untuk menjalinkan kerjasama merentas sempadan negara, budaya dan bangsa.

Sesi bersama para Nobel Laureate sangat rendah hati dan terbuka. Mereka tidak sekadar berkongsi pencapaian, malah menceritakan detik kegagalan, putus asa, dan kejayaan yang muncul dari kebetulan. Antara momen yang paling saya kenang:

Klaus von Klitzing (Nobel 1985)

“After 5 years, change your surroundings. Please move to another city, you will learn a lot.”

Beliau turut membenarkan saya memegang pingat Nobel miliknya.

 

Akira Yoshino (Nobel 2019), pencipta bateri lithium-ion, ketika ditanya sama ada beliau menjangka revolusi teknologi bateri:

“I cannot predict the future, but I can smell a little bit of it,” katanya sambil mencium jarinya secara simbolik.

 

Peter Agre (Nobel 2003) memberi nasihat yang penuh makna:

“Turn the light at night,” katanya ketika kami menemuinya berehat di lereng bukit. Beliau menyambung, “Everyone can interpret it differently.”

Identiti Budaya di Pentas Antarabangsa

Kenangan manis yang tidak dapat saya lupakan sepanjang berada di Lindau adalah apabila kami mengambil bahagian dalam acara Bavarian Night,  malam yang meraikan budaya dan tradisi Bavaria. Dalam suasana penuh warna dan kehangatan, saya memilih untuk memakai Baju Melayu, pakaian tradisional Malaysia, sebagai simbol kebanggaan terhadap warisan dan identiti budaya Malaysia. Pemakaian tersebut bukan sahaja menarik perhatian rakan-rakan saintis dari seluruh dunia, malah membuka ruang untuk perbualan dan pertukaran budaya yang lebih mendalam. Ramai yang tertanya-tanya tentang makna dan sejarah di sebalik pakaian kami, dan saya mengambil peluang itu untuk berkongsi tentang kekayaan tradisi Malaysia. Pengalaman ini mengingatkan saya bahawa walaupun kita berkumpul di pentas global yang sarat dengan ilmu dan inovasi, identiti budaya tetap penting sebagai penghubung manusia dan sebagai lambang asal usul kita. Memperkasa budaya sendiri di pertemuan antarabangsa bukan sahaja memperkukuh jati diri, tetapi juga memupuk rasa hormat dan kefahaman antara pelbagai bangsa dan latar belakang.

Refleksi: Untuk Rakan Saintis dan Pelajar Sains

Lindau mengingatkan saya bahawa sains bukan semata-mata tentang penerbitan jurnal atau pencapaian akademik, tetapi tentang hubungan manusia, kolaborasi, dan tanggungjawab sosial. Sebagai saintis muda, kita perlu terus terbuka, konsisten, dan berani menyumbang dalam komuniti global, tidak kira sama ada di makmal, di persidangan, atau di ruang-ruang perbincangan antara budaya. Kejayaan saintifik bukan milik individu semata-mata, tetapi lahir daripada semangat saling menyokong dan berkongsi. Saya pulang dari Lindau bukan hanya dengan semangat baharu, tetapi dengan rasa tanggungjawab untuk terus berkongsi ilmu, membimbing generasi baharu, dan menjadikan sains lebih inklusif dan relevan.

Keluarga angkat Martin dan Isabel
Bersama delegasi dari Malaysia
Makan malam bersama rakan-rakan Malaysia
Akira Yoshino (Pemenang Hadiah Nobel 2019)
Klaus von Klitzing. Pemenang Hadiah Nobel 1985
Peter Agre. Nobel Prize Winner 2003
Bersama John Jumper. Pemenang Hadiah Nobel 2024.
Pingat Emas Hadiah Nobel.
Pingat Emas Hadiah Nobel.
Frances Arnold. Pemenang Hadiah Nobel 2018. Antara 64 orang wanita yang memenangi Hadiah Nobel.

 

 

 

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: College of Arts and ScienceDepartment of ChemistryIstanbulLindau Nobel Laureate Meeting 2025Mesyuarat Hadiah Nobel Lindau 2025Muhammad Syukri Bin Mohamad MisenanTurkiyeYildiz Technical University
ShareTweetShare
Previous Post

Moringa oleifera: Alternatif Semula Jadi dalam Pengurusan Kesihatan Mental

Next Post

Mempromosi Rumah Api di Sarawak Menerusi Gelombang Radio Amatur Antarabangsa

Editor

Editor

Related Posts

Penggunaan Bateri Litium Menyokong Teknologi Hijau
Berita & Peristiwa

Penggunaan Bateri Litium Menyokong Teknologi Hijau

7 days ago
Malaria: Penyakit Purba yang Masih Mengancam Dunia
Berita & Peristiwa

Malaria: Penyakit Purba yang Masih Mengancam Dunia

7 days ago
Buah Gac (Momordica cochinchinensis): Mutiara Merah Asia yang Kaya dengan Potensi Nutrisi dan Ekonomi Tinggi
Alam Semulajadi

Buah Gac (Momordica cochinchinensis): Mutiara Merah Asia yang Kaya dengan Potensi Nutrisi dan Ekonomi Tinggi

1 week ago
Mempromosi Rumah Api di Sarawak Menerusi Gelombang Radio Amatur Antarabangsa
Berita & Peristiwa

Mempromosi Rumah Api di Sarawak Menerusi Gelombang Radio Amatur Antarabangsa

1 week ago
Next Post
Mempromosi Rumah Api di Sarawak Menerusi Gelombang Radio Amatur Antarabangsa

Mempromosi Rumah Api di Sarawak Menerusi Gelombang Radio Amatur Antarabangsa

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In