Penyakit Gout merupakan satu bentuk penyakit arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout dan pasti ada bagi penyakit gout walaupun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gaut. Gout memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada sekalipun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus. Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.
Gout mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dulu dan dikatakan antara penyakit tertua di dunia. Dahulunya ia dipanggil penyakit ’orang-orang kaya’ lantaran ia dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat. Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit. Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.
FAKTOR RISIKO
(d) Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat — Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkangout.
Individu yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba dan terlantar lama juga boleh mengalami peningkatan asid urik dalam badannya. Malah, ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan pesakit.
(f) Umur — Biasanya gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid. Bila sepatutnya mendapatkan rawatan? Menurut Dr Penafort, apabila sendi berasa panas, bengkak dan sakit kerana jika tidak dirawat masalah ini akan bertambah buruk serta boleh menyebabkan kerosakan sendi. Malah, individu yang mengalami masalah kencing manis, obesiti, anemia, pesakit buah pinggang atau pengambilan ubat yang mengganggu pengkumuhan asid urik turut berisiko mendapat gout. Menurut Dr Penafort, asid urik biasanya disingkirkan daripada badan melalui air kencing dan najis. Kegagalan badan mengeluarkan asid urik berlebihan akan menyebabkan ia mendak dan berkumpul sama ada di sendi, buah pinggang atau kulit.
Rawatan awal adalah penghilang sakit. Apabila diognasa telah disahkan, dadah pilihan adalah (colchicine, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), atau intraarticular glucocorticoids).
Rawatan jangka panjang adalah terapi antihyperuricemik. Perubahan permakanan mampu membuat perubahan kecil kepada mengurangkan aras plasma urate jika diet rendah ( purines ) diambil. Rawatan utama gaut adalah dadah allopurinol, satu pemendam xanthine oxidase, yang bertindak dengan mengurangkan penghasilan asid urik, dan meningkat penyingkiran asid urik berlebihan melalui air kencing. Keputusan mengambil allopurinol sering kali merupakan keputusan sepanjang hayat. Terdapat pesakit yang berhenti pengambilan allopurinol diketahui kembali mendapat gaut arthritik akut, disebabkan pertukaran aras serum urate kelihatannya meningkatkan penghasilan kristal.
Oleh kerana arterial hypertension sering wujud seiring dengan gout rawatan yang diberikan dengan menggunakanlosartan, musuh penerima AT, mungkin mempunyai kebaikan tambahan pada aras plasma asid urik. Dengan ini, losartan boleh mengimbangi kesan sampangin negetif thizides pada metabolisma pesakit gaut. Menariknya, sejenis dadah lain,fenofibrate, digunakan untuk merawat hyperlipidemia, juga memberikan kesan baik pada kesan uricosuric.
Foto: Health.com