23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, February 1, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Penyelidik UPM Hasilkan Nanoselulosa Biomas Sawit Skala Komersial

Berita Inovasi

Saiful Bahari by Saiful Bahari
18/03/2022
in Berita & Peristiwa, Tempatan
0 0
0

Oleh: Nor Azizah Ismail
Bhg. Promosi dan Pengkomersilan Inovasi, Putra Science Park

 

Pertukaran MoA antara UPM dan ZoepNano Sdn Bhd

 

Malaysia merupakan salah satu pengeluar utama minyak sawit di dunia dan ini telah menjadikan industri minyak sawit sebagai salah satu penyumbang kepada pembangunan ekonomi di Malaysia. Semasa proses pengekstrakan minyak sawit, dianggarkan 44 juta tan sisa biomas sawit dihasilkan dan ini menyumbang kepada lambakan sisa industri sawit.

Biomas sawit merupakan bahan lignoselulosa yang mempunyai banyak potensi untuk penghasilan pelbagai produk. Pasukan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diketuai oleh Prof. Ts. Dr Hidayah Ariffin dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul telah membangunkan inovasi Nanoselulosa Biomas Sawit yang mempunyai pelbagai kegunaan, contohnya dalam bidang polimer dan bahan komposit, pulpa dan kertas, bahan kosmetik, cat serta industri makanan. Teknologi yang dibangunkan di UPM dengan kerjasama Kyushu Institute of Technology (Kyutech), Jepun ini telah dipertingkatkan kepada skala komersil melalui pemeteraian memorandum perjanjian pelesenan (MoA) bersama syarikat ZoepNano Sdn Bhd (ZoepNano).

Prof. Hidayah yang telah memulakan penyelidikan ini sejak hampir 10 tahun yang lalu telah berkongsi keunikan produk inovasi ini.

“Nanoselulosa yang dihasilkan dari biomas sawit merupakan bahan yang versatil oleh kerana potensi penggunaannya yang merentasi pelbagai bidang – dari industri polimer, bahan kimia, kosmetik, farmaseutikal sehinggalah kepada industri makanan. Pasukan kami telah berjaya menghasilkan nanoselulosa dalam bentuk kering (serbuk), dan mengekalkan saiz partikel dalam skala nano (30 – 50 nm) tanpa sebarang modifikasi atau penambahan bahan kimia.  Teknik yang digunakan adalah mudah dan menarik minat pemain industri untuk dikomersilkan bagi memenuhi pelbagai keperluan industri di pasaran”, jelas Prof. Hidayah.

Selain itu, sifat istimewa nanoselulosa yang memberi kekuatan dari segi mekanikal, mempunyai luas permukaan spesifik yang tinggi, diperbuat dari bahan boleh diperbaharui serta boleh terurai secara bio (boleh biodegradasi) merupakan ciri penting yang dijangka mampu menarik minat ramai pihak.

“Inovasi ini telah dilaksanakan dengan kerjasama daripada pihak Kyushu Institute of Technology, dan mendapat tajaan geran penyelidikan daripada Japan Science and Technology Agency (JST), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta tersenarai sebagai penerima Geran Validasi Pasaran dari Putra Science Park, UPM,” tambah beliau.

Inovasi nanoselulosa daripada biomas sawit ini pernah menerima anugerah Most Commercial Ready Product dan Most Innovative Product semasa di Bioeconomy Innovation Award 2017. Selain itu, produk nanoselulosa hasil inovasi UPM ini juga telah diperakui keaslian sebagai bahan nano melalui pensijilan logo NanoVerified. iaitu pensijilan di bawah program NANOVerify yang merupakan program pensijilan nano yang diiktiraf di seluruh dunia.

Majlis pertukaran MoA Nanoselulosa Biomas Sawit antara UPM dan ZoepNano telah diadakan secara hibrid (bersemuka dan maya) pada 14 Mac 2022 dengan disaksikan oleh Prof. Dr. Nazamid Saari, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, serta wakil syarikat yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat iaitu Dr. Liana Noor Megashah.

“Kerjasama strategik ini bukan hanya membolehkan pertukaran kepakaran, idea dan wawasan malah dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh kedua-dua belah pihak. Namun yang penting ia sebagai platform untuk mengangkat inovasi tempatan ini untuk dipasarkan ke negara luar seperti Jepun kerana konsep inovasi hijau yang diketengahkan adalah menarik,” jelas Dr. Liana.

Lebih membanggakan, Dr Liana merupakan alumni UPM yang terlibat secara langsung dalam peringkat pembangunan produk nanoselulosa ini. Berikutan keyakinan beliau terhadap potensi produk ini, beliau telah menyahut cabaran dan mengambil risiko menjadi usahawan muda bagi mengetengahkan inovasi nanoselulosa melalui program validasi pasaran InnoHub UPM yang membawa kepada penubuhan syarikat ZoepNano sebagai syarikat pemula (start-up).

Sebagai tambahan, UPM melalui inisiatif program InnoHub amat komited bagi memastikan hasil penyelidikan UPM dapat dikomersialkan melalui program pembangunan syarikat start-up di bawah Putra Science Park, UPM. Sehingga kini UPM telah berjaya membangunkan 77 syarikat pemula yang berusaha membawa teknologi baharu ke pasaran di dalam pelbagai bidang.

Program penubuhan InnoHub melalui Putra Science Park, UPM terbukti berkesan dalam melahirkan usahawan muda yang berani menempuh cabaran dan sanggup menghadapi risiko untuk bersaing hingga ke pasaran dunia.

Turut hadir di majlis tersebut, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hair Bejo, Pengarah Putra Science Park (PSP) memberitahu, UPM sangat komited dalam menghasilkan dan mengkomersilkan inovasi yang dapat memberi kebaikan kepada masyarakat dan negara serta mengalu-alukan kolaborasi daripada rakan industri bagi membawa hasil penyelidikan ke pasaran supaya manfaatnya dapat dikongsi dengan semua pihak yang disasarkan.

 

Nanoselulosa atau nanofibril selulosa (CNF) daripada biomas sawit dalam bentuk cecair – kiri; dan serbuk – kanan

 

Anugerah pingat Emas & Perak semasa Anugerah Inovasi Bioekonomi 2017

 

Nanoselulosa biomas sawit telah diperakui keasliannya sebagai bahan nano melalui pensijilan logo NanoVerified di bawah program NANOVerify, sebuah program verifikasi dan pensijilan nano oleh NanoMalaysia dan SIRIM QAS International serta diiktiraf di seluruh dunia.

 

Program validasi pasaran inovasi nanoselulosa telah dijalankan bersama 25 penyelidik dari institut / organisasi, 20 di dalam industri pembungkusan polimer & kertas dan 3 di dalam industri cat dan salutan.

 

Pameran produk nanoselulosa di beberapa persidangan dan majlis pameran

 

Pameran produk nanoselulosa di beberapa persidangan dan majlis pameran

 

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Professor Ts. Dr. Hidayah Ariffin
Penyelidik
Fakulti Bioteknologi dan Sains Molekul
Universiti Putra Malaysia
E-mel: hidayah@upm.edu.my
Tel: 012-6790378

 

Dr. Liana Noor Megashah
CEO ZeopNano Sdn. Bhd
Unit Innohub
Putra Science Park UPM
Emel: zoepnano@gmail.com
Tel: 019-4921298

 

Maklumat lanjut berkaitan inovasi / pengkomersialan hasil penyelidikan UPM:

Cik Nor Azizah Ismail
Pegawai Eksekutif
Bhgn. Promosi dan Pengkomersilan Inovasi
Putra Science Park UPM
017-6844721   | i_norazizah@upm.edu.my

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Berita InovasiNanoselulosa Biomas SawitNor Azizah IsmailUniversiti Putra Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Kenali Kepelbagaian Spesies Reptilia Melalui Keindahan Fotografi

Next Post

Apabila Pelajar Tadika Diminta Membezakan Antara Buah dan Sayur

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

3 days ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

1 week ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

1 week ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Next Post
Apabila Pelajar Tadika Diminta Membezakan Antara Buah dan Sayur

Apabila Pelajar Tadika Diminta Membezakan Antara Buah dan Sayur

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In