23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, January 25, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Penyelidikan UKM Mempelopori Penggunaan Percetakan 3-D

Editor by Editor
26/06/2013
in Berita & Peristiwa, Tempatan
0 0
0
zahedi

Jurutera penyelidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menjadi perintis teknik revolusi dalam pembuatan menggunakan percetakan 3-Dimensi atau percetakan 3D.

Pensyarah kejuruteraan Bio-Perubatan, Prof Madya Dr Edmond Zahedi dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina berkata tidak lama lagi prototaip awal akan dikeluarkan oleh jurutera UKM kerana kemudahan percetakan 3D kini sudah terdapat di Malaysia.
 
Dr Zahedi dari Jabatan Elektrik, Elektronik & Sistem Kejuruteraan berkata percetakan 3D akan memberikan mereka fleksibiliti untuk mencipta alat-alat secara murah dan cepat. Kemudahan demikian tidak pernah wujud sebelum ini.
Beliau memberitahu perkara itu kepada Portal Berita UKM di bengkel mengenai perekaan sains inovasi hari ini. Beliau sebelum itu telah memberi taklimat mengenai usaha UKM untuk mengamalkan percetakan 3D di bengkel Inovasi rekaan: Bagaimana Pilih dan Berjaya Melaksanakan Projek yang Betul.

Percetakan 3D adalah satu proses membuat objek tiga dimensi dalam pelbagai bentuk berdasarkan model digital. Percetakan 3D dicapai menggunakan proses tambahan, di mana lapisan disalutkan secara berturut yang telah ditetapkan dalam bentuk yang berbeza.

Percetakan 3D berbeza daripada teknik pemesinan tradisional, yang kebanyakannya bergantung kepada pembuangan bahan dengan kaedah seperti memotong atau penggerudian.

Dr Zahedi berkata prototaip rekaan oleh jurutera boleh dihasilkan menggunakan bahan-bahan seperti plastik dan polimer lain. Objek yang dikeluarkan secara penambahan boleh digunakan di mana sahaja di seluruh peringkat pembuatan, seperti pra-pengeluaran hinggalah pengeluaran besar-besaran, di samping aplikasi alat dan penyesuaian selepas pengeluaran.

Beliau yakin inilah kali pertama penyelidik di Malaysia akan menggunakan percetakan 3D.
Peserta-perserta bengkel itu yang terdiri daripada doktor perubatan dan jurutera amat berminat untuk menggunakan teknik baru itu, katanya.

Mereka telah dibawa melawat kemudahan reka bentuk bantuan komputer (CAD) di Petaling Jaya di mana percetakan 3D dan pembuatan dijalankan.

Teknik pembuatan ini bukan sahaja berfaedah kepada jurutera atau pencipta alat malah juga kepada mereka yang terlibat dalam bidang perubatan.

Sebagai contoh, pakar bedah ortopedik kini boleh menghasilkan anggota tiruan yang direka khas untuk pesakit yang kehilangan kaki atau anggota badan lain. Beliau berkata beberapa rekaan boleh diusahakan melalui percetakan 3D itu untuk mengadakan alat untuk dimasukkan dalam tubuh untuk menguatkan tulang dalam badan.

Teknologi ini digunakan untuk kedua-dua prototaip dan pembuatan diedarkan dalam industri barang kemas, perhiasan, kasut, reka bentuk perindustrian, seni bina, kejuruteraan dan pembinaan, automotif, aeroangkasa, industri pergigian dan perubatan, pendidikan, sistem maklumat geografi, kejuruteraan awam dan banyak lagi bidang lain.
Dr Zahedi lega bahawa kos keseluruhan menggunakan percetakan 3D dalam prototaip dan pembuatan amat kompetitif. Bagaimanapun, beliau enggan memberikan angka perhitungan kos.

Pencetak bahan biasanya melakukan proses percetakan 3D menggunakan teknologi digital. Sejak permulaan abad ke 21,  penjualan mesin ini meningkat dengan pesat, dan harganya semakin menurun.
Satu kelebihan percetakan prototaip 3D adalah jurutera boleh cuba mengeluarkan model reka bentuk beberapa kali hingga berpuas hati. Ujian untuk mendapatkan bentuk terbaik menggunakan fabrikasi tradisional amat mahal dan membazirkan berbanding dengan cara penggunaan percetakan 3-D.

Bagaimanapun, Dr Zahedi berkata ia perlu diuji terlebih dahulu sebelum pengeluaran secara besar-besaran boleh bermula. Beliau berkata ada beberapa proses percetakan 3D masih baru dan belum ada di Malaysia.
Namun demikian, beberapa projek dan syarikat sedang giat berusaha untuk membangunkan pencetak 3D yang berharga berpatutan untuk penggunaan di rumah. Kebanyakan usaha ini didorong oleh dan di sasarkan kepada pencipta dan mereka yang rajin membuat alat secara bersendirian, serta ahli akademik.

Sumber: UKM News Portal

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Tahun 2013 - Superkomputer China Mengatasi Amerika

Next Post

Mengesan Masalah Kesihatan Dengan Teknologi Satelit

Editor

Editor

Related Posts

Metarhizium: Inovasi Kawalan Perosak ke Arah Pertanian Lestari
Alam Semulajadi

Metarhizium: Inovasi Kawalan Perosak ke Arah Pertanian Lestari

37 minutes ago
Transformasi Plastik Kepada Tenaga Dengan Teknologi Hijau
Berita & Peristiwa

Transformasi Plastik Kepada Tenaga Dengan Teknologi Hijau

4 hours ago
Kepelbagaian Spesies Pokok di Hutan Tanah Pamah
Alam Semulajadi

Kepelbagaian Spesies Pokok di Hutan Tanah Pamah

12 hours ago
Biojisim Hutan: Lebih Daripada Sekadar Pokok
Alam Semulajadi

Biojisim Hutan: Lebih Daripada Sekadar Pokok

12 hours ago
Next Post
Mengesan Masalah Kesihatan Dengan Teknologi Satelit

Mengesan Masalah Kesihatan Dengan Teknologi Satelit

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In