23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 12, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Portion MastersTM: Belajar Kawal Saiz Hidangan Makanan, Hidup Lebih Sihat

Portion MastersTM: Belajar Kawal Saiz Hidangan Makanan, Hidup Lebih Sihat

Editor by Editor
20/01/2026
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Aliya Ayunni binti Aman, Wan Najma Sofiya binti Wan Hussin  & Dr. You Yee Xing

Pelajar Prasiswazah Program Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Pensyarah Program Dietetik, Pusat Kajian Penuaan Sihat dan Kesejahteraan (H- Care), Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Peranan Saiz Hidangan dalam Amalan Pemakanan

Isu pengambilan makanan berlebihan tanpa kesedaran terhadap saiz hidangan merupakan masalah kesihatan awam yang ketara di Malaysia. Ia sering dikaitkan dengan pengambilan makanan tinggi kalori seperti karbohidrat ringkas, makanan diproses, minuman manis serta gaya hidup yang kurang aktif. Tabiat makan ini menyumbang secara langsung kepada peningkatan kadar obesiti dan penyakit tidak berjangkit dalam kalangan rakyat Malaysia.

Statistik terkini menunjukkan keadaan yang membimbangkan. Menurut National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2023, prevalens berat badan berlebihan dan obesiti dalam kalangan dewasa di Malaysia meningkat kepada 54.4%, berbanding 50.1% pada tahun 2019. Ini bermakna lebih separuh daripada populasi dewasa mengalami masalah berat badan berlebihan atau obes. Obesiti sering dikaitkan dengan pemakanan tidak sihat kerana tabiat makan yang tinggi kalori, gula dan lemak serta kurang pengambilan nutrien seimbang menyumbang kepada peningkatan berat badan. Pengambilan makanan yang tidak seimbang dan gaya hidup yang tidak aktif merupakan antara punca peningkatan obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia (Rameli & Abu Hassan Ashaari 2023).

Walaupun ramai rakyat Malaysia mengetahui konsep pemakanan sihat seperti “Suku-Suku Separuh”, namun begitu masih terdapat kekeliruan dalam mengenal pasti saiz hidangan makanan sebenar. Kesedaran sering tertumpu kepada jenis makanan yang diambil, bukan jumlahnya. Ramai beranggapan makanan sihat boleh dimakan tanpa had, sedangkan saiz hidangan memainkan peranan penting dalam keseimbangan tenaga dan kawalan berat badan. Oleh itu, penekanan terhadap saiz hidangan sebenar amat penting agar pemakanan sihat merangkumi bukan sahaja apa yang dimakan, tetapi juga berapa banyak yang sesuai dengan keperluan individu (Fadzlina 2016)

Inspirasi dan Latar Belakang Projek

Idea pembangunan permainan papan Portion MastersTM oleh penyelidik Program Dietetik, Universiti Kebangsaan Malaysia tercetus daripada pemerhatian terhadap tabiat pemakanan masyarakat umum dan persoalan bagaimana konsep pemakanan sihat boleh dipelajari dengan cara yang menarik. Pembangunan alat ini adalah bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran tentang saiz hidangan makanan melalui pendekatan interaktif.

Permainan papan Portion Masters™ menggabungkan konsep permainan bagi menyampaikan ilmu pemakanan dengan cara yang lebih interaktif. Peserta dapat mempelajari sumber kumpulan makanan berkanji, sumber protein, sayur-sayuran, buah-buahan, susu dan hasil tenusu serta saiz hidangannya mengikut keperluan harian.

Gambar 1: Permainan Papan PortionMaster

Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan tentang saiz hidangan makanan tetapi juga dapat mengubah tabiat makan sihat melalui pengalaman praktikal dan menjadikan pembelajaran tentang pemakanan lebih mudah difahami dan menyeronokkan untuk semua.

Konsep permainan papan Portion MastersTM

Portion MastersTM direka bentuk sebagai permainan papan interaktif yang menggabungkan elemen strategi, pembelajaran dan hiburan. Setiap pemain diberikan kad makanan bergambar, yang mewakili pelbagai kumpulan makanan seperti makanan berkanji, protein, sayur, buah serta susu dan hasil tenusu. Pemain perlu memilih dan memadankan kad-kad ini bagi mencapai keperluan harian berdasarkan garis panduan pemakanan Malaysia 2020 (NCCFN & MOH 2020). Konsep utama permainan ini adalah “pilih, padankan dan timbang rasa”, di mana pemain perlu membuat keputusan dengan bijak yang bukan sekadar memilih makanan yang sihat, tetapi juga dalam kuantiti yang sesuai.

Daripada proses ini, pemain bukan sekadar “bermain”, tetapi sebenarnya melalui satu pengalaman pembelajaran yang dekat dengan kehidupan seharian. Melalui pendedahan berulang semasa permainan, mereka dapat belajar mengenal pasti saiz hidangan yang sesuai bagi setiap kumpulan makanan. Mereka juga menyedari bahawa pengambilan makanan bukan sekadar soal kenyang, tetapi juga kuantiti dan kualiti yang seimbang. Pada masa yang sama, pemain didedahkan kepada konsep keseimbangan tenaga secara tidak langsung. Mereka belajar memahami hubungan antara makanan yang diambil, tenaga yang dibekalkan, dan aktiviti harian yang dilakukan. Konsep yang sering dianggap rumit ini menjadi lebih mudah difahami apabila diterjemahkan dalam bentuk situasi permainan yang realistik dan menyeronokkan.

Lebih menarik, proses ini mendorong pemain untuk menilai semula tabiat makan harian mereka secara praktikal. Pilihan makanan yang dibuat dalam permainan sering kali mencerminkan amalan sebenar, lalu mencetuskan kesedaran tentang corak pemakanan sendiri sama ada terlalu bergantung kepada makanan tinggi tenaga, kurang pengambilan sayur dan buah atau saiz hidangan yang melebihi keperluan. Secara keseluruhan, pendekatan berasaskan permainan ini bukan sahaja menyampaikan ilmu pemakanan, tetapi turut membentuk kesedaran dan pemikiran kritikal terhadap amalan pemakanan seharian. Ia menjadikan pembelajaran tentang pemakanan lebih santai, interaktif dan relevan, selari dengan matlamat komunikasi sains untuk mendekatkan ilmu kepada masyarakat umum.

Kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik UKM melibatkan seramai 40 orang belia yang berlebihan berat badan untuk menilai perubahan dari segi pengetahuan, sikap dan amalan pemakanan sebelum dan selepas intervensi. Hasil kajian menunjukkan peningkatan yang ketara dalam tahap pengetahuan peserta, iaitu daripada purata 24 ± 15.5% sebelum intervensi kepada 84.4 ± 8.8% selepas intervensi. Dari segi sikap pula, skor purata meningkat daripada 33.1 ± 4.4 kepada 37.3 ± 2.8. Secara keseluruhannya, peningkatan yang ketara dalam kedua-dua aspek ini membuktikan bahawa pendekatan interaktif melalui Portion Masters™ mampu memberi impak positif dalam meningkatkan pemahaman dan kesedaran pemakanan dalam kalangan belia.

Membentuk Budaya Pemakanan Sihat

Pendekatan pendidikan menggunakan Portion MastersTM mempunyai potensi besar untuk diaplikasikan dalam pelbagai konteks, termasuk pendidikan di sekolah, kaunseling pemakanan di klinik dietetik, serta kempen kesihatan komuniti. Dengan pendekatan interaktif dan menyeronokkan, permainan ini dapat meningkatkan kefahaman tentang saiz hidangan makanan dan pemakanan seimbang dalam kalangan pelajar dan masyarakat umum.

Diharapkan kesedaran terhadap saiz hidangan makanan bukan sekadar pengetahuan asas, tetapi berkembang menjadi sebahagian daripada budaya pemakanan rakyat Malaysia. Dengan memahami kepentingan kuantiti makanan yang sesuai, masyarakat dapat mengamalkan pemakanan seimbang dan mengurangkan risiko obesiti serta penyakit tidak berjangkit (Kementerian Kesihatan Malaysia 2020).

Jika kita boleh belajar makan dengan betul sambil bermain, mengapa tidak menjadikannya sebahagian daripada gaya hidup harian?

Rujukan

Fadzlina. (2016). Kesedaran terhadap amalan pemakanan seimbang di kalangan  pelajar. Universiti Sains Islam Malaysia. Retrieved from https://www.usim.edu .my/news/in-our-words/kesedaran-terhadap-amalan-pemakanan-seimbang- dikalangan-pelajar/

Institute for Public Health, National Institutes of Health, Ministry of Health Malaysia, Mohd Noh, S. N., Ab Rahim, I., Jawahir, S., Manual, A., Nordin, A. A., Hamid, J. A., Rifin, H. M., Yusoff, M. F. M., & Razali, N. (2023). National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2023: Non-communicable Diseases and Healthcare Demand – Key findings. https://iku.nih.gov.my/images/nhms2023/ key-findings-nhms-2023.pdf

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2020). Modul Makan Secara Sihat. Available from https://share.google/QXAUVieBYGg0TOkJ4

National Coordinating Committee on Food and Nutrition (NCCFN), & Ministry of Health Malaysia. (2020). Malaysian Dietary Guidelines 2020. Nutrition Division, Ministry of Health Malaysia. Retrieved from https://hq.moh.gov.my/nutrition/wp-content/uploads/2024/03/latest-01.Buku-MDG-2020_12Mac2024.pdf

Rameli, F. E. & Abu Hassan Ashaari, S. R. (2023). Obesiti: Faktor, kesan & cara menanganinya. Journal of Engineering and Health Sciences, 7(1), 35–43.

 

Biodata Penulis:

Wan Najma Sofiya binti Wan Hussin dan Aliya Ayunni binti Aman merupakan pelajar prasiswazah Program Dietetik di Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Dr. You Yee Xing merupakan Pensyarah merangkap penyelia pelajar Program Dietetik, Pusat Kajian Penuaan Sihat dan Kesejahteraan (H- Care), Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Portion MastersTM
ShareTweetShare
Previous Post

Budaya Minuman Manis di Malaysia: Di Sebalik Kemanisan Terselit Satu Risiko Yang Tidak Ramai Sedari

Next Post

Imunonutrisi: Bagaimana Ia Membentuk Sistem Imun Badan Anda

Editor

Editor

Related Posts

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan
Berita & Peristiwa

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan

2 hours ago
Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia
Alam Semulajadi

Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia

4 days ago
Teknologi Percetakan 4D Polimer
Berita & Peristiwa

Teknologi Percetakan 4D Polimer

4 days ago
Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama
Berita & Peristiwa

Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama

4 days ago
Next Post
Imunonutrisi: Bagaimana Ia Membentuk Sistem Imun Badan Anda

Imunonutrisi: Bagaimana Ia Membentuk Sistem Imun Badan Anda

Kategori Produk

  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In