23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 12, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Budaya Minuman Manis di Malaysia: Di Sebalik Kemanisan Terselit Satu Risiko Yang Tidak Ramai Sedari

Editor by Editor
20/01/2026
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Nur’Amirah Binti Suhaimi¹, Wong Ke Jie¹,  Prof. Dato’ Dr. Roslee Bin Rajikan² & Prof Dr. Syahrul Sazliyana Binti Shaharir³

¹Pelajar Prasiswazah Program Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia 
²Pensyarah Program Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia 
³Pakar Perunding Rheumatologi, Fakulti Perubatan & Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Tidak dapat dinafikan, minuman manis sememangnya sudah sebati dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Daripada kenduri keluarga hinggalah ke sesi makan lewat malam di restoran mamak, minuman bergula hampir sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia tanpa mengira umur, bangsa atau jantina. Sama ada teh tarik, sirap bandung, minuman boba, kopi berperisa yang sering ditempah melalui aplikasi penghantaran makanan, atau minuman ais berwarna-warni yang kelihatan menarik di media sosial, semuanya mudah didapati dan menjadi sebahagian daripada rutin harian.

Namun, pernahkah kita bertanya, berapa kerap air kosong menjadi pilihan utama apabila makan di luar? Bagi kebanyakan orang, jawapannya adalah jarang sekali. Minuman manis sering dijadikan ganjaran kepada diri sendiri, sumber tenaga lebih untuk berjaga malam, atau sekadar pilihan kerana ia kelihatan menarik untuk dimuat naik di Instagram. Pada pandangan pertama, tabiat ini kelihatan tidak berbahaya. Namun, di sebalik kemanisan tersebut, tersembunyi satu risiko kesihatan yang semakin membimbangkan.

Kebelakangan ini, peningkatan kes gout dilaporkan bukan sahaja dalam kalangan warga emas, malah semakin ketara dalam kalangan orang dewasa muda, khususnya Generasi Z. Fenomena ini menimbulkan persoalan besar: apakah kaitan antara minuman manis dan gout dalam kalangan generasi muda?

Gout: Bukan Lagi Penyakit “Orang Tua”

Untuk sekian lama, penyakit gout ini sering dilabel sebagai penyakit golongan lelaki berusia, malah digelar sebagai “penyakit orang tua”. Namun, realitinya kini semakin berubah. Pakar perubatan di Malaysia dan di peringkat global melaporkan peningkatan kes gout dalam kalangan individu berusia 20-an dan awal 30-an.

Gout merupakan sejenis radang sendi yang berpunca daripada paras asid urik yang tinggi dalam darah. Apabila asid urik menjadi terlalu pekat, ia akan membentuk kristal halus seperti jarum di dalam sendi. Kristal inilah yang menyebabkan kesakitan melampau ketika serangan gout berlaku.

Antara gejala yang lazim dialami seperti sakit sendi secara tiba-tiba dan teruk, selalunya pada waktu malam, bengkak dan kemerahan, rasa panas di kawasan terjejas, serta sensitiviti melampau sehingga sentuhan kain pun boleh menyebabkan kesakitan. Walaupun ibu jari kaki sering menjadi sasaran utama, gout juga boleh menyerang pergelangan kaki, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Mengapa Gout Semakin Kerap Berlaku di kKalangan Generasi Z?

Secara lazimnya, gout dikaitkan dengan pengambilan makanan tinggi purin seperti organ dalaman, makanan laut, daging merah dan minuman beralkohol. Apabila purin diuraikan dalam badan, ia menghasilkan asid urik. Namun, corak pemakanan kini yang pelbagai mendedahkan satu realiti baharu. Ramai golongan muda yang tidak mengambil makanan tinggi purin secara berlebihan masih boleh mengalami gout. Faktor utama yang semakin mendapat perhatian ialah pengambilan fruktosa yang tinggi.

Generasi Fruktosa

Generasi Z merupakan antara kumpulan yang paling tinggi pengambilan minuman bergula. Makanan yang dahulunya untuk sekali-sekala kini sudah menjadi kebiasaan harian. Minuman masa kini bukan sekadar manis, malah mengandungi fruktosa dalam pelbagai bentuk seperti sirap fruktosa tinggi, pati buah, sirap berperisa, susu pekat manis, krimer berperisa serta pelbagai topping.

Apabila fruktosa ditukarkan oleh hati melalui proses metabolisme, proses ini menghasilkan asid urik dengan pantas. Kajian menunjukkan bahawa fruktosa meningkatkan penghasilan asid urik dengan lebih cepat berbanding makanan tinggi purin. Inilah sebab mengapa minuman boba, minuman tenaga, dan jus bergula kini menjadi pencetus utama peningkatan asid urik. Akibatnya, ramai individu muda dengan corak pemakanan yang kelihatan “normal” mula berhadapan dengan masalah gout tanpa disedari.

Faktor Risiko yang Menjadikan Generasi Z Lebih Terdedah

Beberapa faktor gaya hidup moden turut menyumbang peningkatan risiko gout dalam kalangan Generasi Z. Antaranya termasuk sejarah keluarga, berat badan berlebihan atau kurang aktiviti fizikal, pengambilan minuman manis yang tinggi, kurang minum air kosong, tekanan akademik atau kerja, gangguan tidur, serta faktor jantina lelaki yang secara semula jadi mempunyai paras asid urik lebih tinggi. Gabungan faktor-faktor ini menjadikan generasi muda lebih terdedah kepada pembentukan kristal asid urik dalam sendi.

Apakah Risiko Jika Gout Tidak Dirawat?

Ramai individu muda menganggap gout sebagai masalah sementara. Namun, gout yang tidak terkawal boleh membawa kepada komplikasi serius seperti serangan berulang yang semakin kerap dan menyakitkan, kerosakan sendi kekal, pembentukan tophi iaitu ketulan keras asid urik di bawah kulit, pembentukan batu karang dalam buah pinggang, serta kerosakan buah pinggang dalam jangka panjang. Mengambil ringan penyakit gout ini diibaratkan seperti mengabaikan penggera kebakaran. Walaupun api belum kelihatan, kerosakan sudah pun bermula.

Langkah Praktikal untuk Generasi Z

Berita baiknya, minuman manis tidak perlu dihapuskan sepenuhnya. Cukup dengan pengambilan yang sederhana dan bijak sudah memadai. Mengurangkan kekerapan minuman bergula, memilih tahap gula yang lebih rendah, meningkatkan pengambilan air kosong, membuat pertukaran minuman yang lebih sihat, mengelakkan makan lewat malam, meningkatkan aktiviti fizikal, serta melakukan pemeriksaan asid urik bagi individu berisiko adalah langkah-langkah yang berkesan. Perubahan kecil hari ini mampu mencegah kesakitan dan komplikasi sepanjang hayat.

Isyarat Amaran untuk Generasi Kita

Gout bukan lagi penyakit generasi lama. Ia semakin menjadi masalah yang sering dialami oleh Generasi Z, bukan kerana kelemahan individu, tetapi akibat perubahan gaya hidup yang pesat ke arah pengambilan minuman manis, kurang pergerakan dan tekanan berpanjangan. Generasi kini sering minum untuk keselesaan, trend, emosi dan estetika. Namun, tubuh badan mempunyai hadnya. Jika trend ini berterusan, Malaysia berisiko berdepan dengan generasi muda yang mengalami masalah sendi, komplikasi buah pinggang dan penyakit metabolik lebih awal. Kita mungkin generasi fruktosa, tetapi kita tidak perlu menjadi generasi gout. Setiap pilihan kecil hari ini adalah pelaburan untuk kesihatan masa depan.

Rujukan

Aydın, Ü. F., Kozanoğlu, E., & Tuli, A. (2024). High fructose consumption and metabolic syndrome from gout perspective. Cerrahpaşa Medical Journal, 48(2), 191–196 — review of the role of excessive fructose consumption in hyperuricemia, gout, and metabolic syndrome.

Faienza, M. F. (2024). Dietary fructose: from uric acid to a metabolic perspective — narrative review discussing how fructose metabolism impacts uric acid production and metabolic health outcomes.

Lu, Y., Wang, J., Huang, M., Pan, X., Xie, S., Wen, L., & Huang, L. (2025). Sugar-sweetened beverages and the risk of hyperuricemia and gout: a meta-analysis. Meta-analysis including 22 observational studies showing SSB intake associated with increased risk of hyperuricemia and gout.

Vermeir, I., & Roose, G. (2020). Visual design cues impacting food choice: A review and future research agenda. Foods, 9(10), 1495.

Zhang, Y., et al. (2024). Assessment of the correlation between knowledge, attitudes, and practices regarding sugar-sweetened beverages and hyperuricemia. Study highlighting association between high consumption of sugary drinks and hyperuricemia in young adults.

Biodata Penulis:

Nur’Amirah Binti Suhaimi dan Wong Ke Jie merupakan pelajar prasiswazah program Dietetik di Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur. Penulisan ini telah disemak oleh Prof. Dato’ Dr. Roslee Bin Rajikan yang merupakan Pensyarah Program Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur dan Prof. Dr. Syahrul Sazliyana Binti Shaharir yang merupakan Profesor dan Pakar Perunding Rheumatologi di Fakulti Perubatan dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz  (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: asid urikgenerasi ZHCTMMinuman ManisPenyakit goutProf. Dato’ Dr. Roslee Bin RajikanProf. Dr. Syahrul Sazliyana Binti Shaharirrisiko gula tinggi
ShareTweetShare
Previous Post

Terapi Gen: Pendekatan Baharu Memanjangkan Hayat Pintasan Jantung

Next Post

Portion MastersTM: Belajar Kawal Saiz Hidangan Makanan, Hidup Lebih Sihat

Editor

Editor

Related Posts

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan
Berita & Peristiwa

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan

3 hours ago
Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia
Alam Semulajadi

Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia

4 days ago
Teknologi Percetakan 4D Polimer
Berita & Peristiwa

Teknologi Percetakan 4D Polimer

4 days ago
Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama
Berita & Peristiwa

Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama

4 days ago
Next Post
Portion MastersTM: Belajar Kawal Saiz Hidangan Makanan, Hidup Lebih Sihat

Portion MastersTM: Belajar Kawal Saiz Hidangan Makanan, Hidup Lebih Sihat

Kategori Produk

  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In