23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, March 13, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Prof. Mohd Sapuan Jurutera Malaysia Pertama dipilih Felo SAE Amerika Syarikat

Editor by Editor
06/08/2015
in Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh Azman Zakaria

Serdang, Julai – Ketua Laboratori Teknologi Biokomposit, Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP), Universiti Putra Malaysia (UPM), Professor Ir Dr Mohd Sapuan Salit mencipta sejarah menjadi jurutera pertama dari negara ini dipilih sebagai Felo Persatuan Jurutera Automotif (SAE) Antarabangsa, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Anugerah berprestij itu adalah sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada beliau yang memberi sumbangan dengan impak yang signifikan terhadap teknologi mobiliti masyarakat melalui kepemimpinan, penyelidikan dan inovasi.

Hanya 20 orang diberi penganugerahan setiap tahun sejak Felo SAE diwujudkan pada 1975 dan pemilihan untuk penerima Felo dilakukan di kalangan profesional yang cemerlang di seluruh dunia.

Prof Dr Mohd Sapuan yang juga profesor bidang bahan komposit Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan menerima sijil, plak dan pin Felo daripada Pengerusi SAE Malaysia, Encik Khairil Anwar Abu Kassim pada Mesyuarat Agung Tahunan SAE Malaysia ke-13 di Marina Putrajaya, 26 Jun lalu, selepas beliau tidak dapat menghadiri majlis penganugerahan asal yang diadakan di Detroit, Amerika Syarikat.

SAE International adalah persatuan sejagat dianggotai lebih 138,000 jurutera dan pakar teknikal berkaitan industri aeroangkasa, automotif dan kenderaan perdagangan.

Sejak penubuhannya pada 1905, SAE telah menganjur dan melaksanakan program yang memberi pengiktirafan kepada pencapaian luar biasa dalam reka bentuk, kejuruteraan dan penghasilan pelbagai bentuk kenderaan serta komponen, sistem dan bahan yang digunakan untuk kenderaaan.

Prof Dr Mohd Sapuan menyifatkan pemilihannya sebagai Felo SAE Antarabangsa itu sebagai pengiktirafan besar bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga UPM khususnya.

“Saya bersyukur menerima anugerah yang berprestij ini, tambahan pula ia begitu kompetitif,” katanya.

Menurutnya, mereka yang dipilih sebagai Felo SAE lazimnya adalah pegawai dari syarikat-syarikat automotif yang besar dan pensyarah dari Amerika Syarikat, Jepun serta negara-negara maju, dan jarang di kalangan negara membangun.

“Saya harap ini boleh menjadi pendorong kepada rakyat negara ini untuk sentiasa bersungguh-sungguh dalam setiap bidang yang diceburi untuk mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa,” katanya .

Sebelum ini Prof Mohd Sapuan pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk SEARCA Regional Professorial Chair; ISESCO Science Award; Khwarizmi International Award; Kuala Lumpur Rotary Research Award; Alumni Award, University of Newcastle, Australia; Anugerah Fellowship Naib Canselor, UPM; Anugerah Karyawan Putra Cemerlang, UPM; Anugerah Penyelidik Cemerlang UPM;  Anugerah Fellowship, Plastics and Rubber Institute, Malaysia; dan Anugerah Penerbitan FRIM di samping diiktiraf sebagai Five Star Role Model Supervisor oleh UPM dan Outstanding Reviewer oleh Elsevier, Belanda.

Sumber -UPM

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Belajar Membaca Lebih Bergantung Kepada Kemahiran Mendengar Berbanding Melihat

Next Post

Benarkah 'Stress' Boleh Menyebabkan Kegemukan ?

Editor

Editor

Related Posts

Kod Penstabil Kuantum dalam Ruang Fasa Hiperbolik
Berita & Peristiwa

Kod Penstabil Kuantum dalam Ruang Fasa Hiperbolik

1 hour ago
Benarkah Masa Hubungan Intim Boleh Tentukan Jantina Bayi? Antara Hadith, Teori Sains dan Realiti Biologi
Berita & Peristiwa

Benarkah Masa Hubungan Intim Boleh Tentukan Jantina Bayi? Antara Hadith, Teori Sains dan Realiti Biologi

16 hours ago
Senjata Tenaga Terarah (LASER): Satu Pengenalan
Berita & Peristiwa

Senjata Tenaga Terarah (LASER): Satu Pengenalan

2 days ago
Burung Pungguk Jelapang Membantu Mengawal Tikus Perosak
Alam Semulajadi

Burung Pungguk Jelapang Membantu Mengawal Tikus Perosak

2 days ago
Next Post
Benarkah ‘Stress’ Boleh Menyebabkan Kegemukan ?

Benarkah 'Stress' Boleh Menyebabkan Kegemukan ?

Kategori Produk

  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In