23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 12, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Qiskit Fall Fest 2025 Jalin Kerjasama UPM dan UM Semarakkan Sambutan Tahun Kuantum Antarabangsa

Qiskit Fall Fest 2025 Jalin Kerjasama UPM dan UM Semarakkan Sambutan Tahun Kuantum Antarabangsa

Editor by Editor
29/12/2025
in Berita & Peristiwa, Fizik
0 0
0

Laporan: Prof. Madya Dr. Nurisya Mohd Shah
Pensyarah Fizik Teori,
Jabatan Fizik, Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia

 

Bersempena dengan sambutan International Year Quantum 2025, UPM dan UM telah bekerjasama dalam menganjurkan Qiskit Fall Fest 2025 yang merangkumi dua siri penganjuran dengan tema UM-UPM Entangling Workshop on Quantum and NISQ Algorithms. Siri pertama diadakan di iCube, Universiti Malaya (UM) yang berlansung pada 30 – 31 Oktober, manakala siri kedua pula diadakan di Bilik Serba Guna 2, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 6 – 7 November 2025. Tajuk program ini dinamakan “UM–UPM Entangling Workshop on Quantum and NISQ Algorithms”, dianjurkan dengan Kerjasama kumpulan Quantum Exploration Science and Technology (QuEST), Jabatan Fizik, Fakulti Sains, UPM dan Pusat Kecemerlangan, Quantum Information Science & Technology (QIST), UM. Turut terlibat dalam penganjuran bersama  program ini ialah Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), UPM. Seramai 30 peserta hadir yang terdiri daripada pelajar pra-, pasca-siswazah, wakil industri dan juga orang awam yang mempunyai minat mendalam komputer kuantum. Program ini juga merupakan salah satu usaha awal kesedaran perkomputeran kuantum awal yang digerakkan oleh Malaysia Quantum Information Initiative (MyQI)

Qiskit Fall Fest ialah himpunan program dan aktiviti berasaskan pengkomputeran kuantum yang memberi peluang kepada para pelajar, penyelidik dan pihak industri untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti bertemakan kuantum. Pada tahun ini, IBM Quantum telah memilih 150 universiti daripada lebih 600 permohonan di seluruh dunia untuk menyertai Program Qiskit Fall Fest.

Qiskit merupakan kit pembangunan perisian sumber terbuka yang berasaskan bahasa pengaturcaraan Python yang telah dibangunkan oleh IBM Research dan mula diperkenalkan pada 2017. Kit ini diperkenalkan khusus untuk pengguna melakukan eksperimen secara simulasi dengan program komputer kuantum yang seterusnya boleh diuji pada perkakasan kuantum sebenar yang turut dibangunkan oleh mana-mana syarikat yang membangunkan komputer kuantum. Antara kit sedia ada yang terkenal dari syarikat lain adalah seperti Cirq (Google), PennyLane (Xanadu), PyQuil (Rigetti Computing) dan sebagainya. Melalui Qiskit, pengguna berpeluang mereka bentuk, menjalankan serta memaparkan imej litar kuantum dengan mudah. Perisian ini juga menjadi salah satu platform utama yang semakin popular untuk penyelidikan dan pembangunan aplikasi kuantum, termasuk dalam bidang pembelajaran mesin kuantum (quantum machine learning), kimia kuantum dan pelbagai aplikasi lanjutan yang lain.

Di samping untuk menyemarakkan lagi sambutan 100 tahun kuantum yang sedang berlansung di peringkat antarabangsa, program ini turut diadakan untuk memulakan peluang kolaborasi antara kedua universiti, UPM dan UM dan seterusnya sebagai platfom awal kepada peserta memahami asas pengkomputeran kuantum, algoritma kuantum dan algoritma yang dikenali sebagai kuantum skala pertengahan hingar (Noisy Intermediate-Scale Quantum, NISQ). Apa yang menarik lagi, penggerak utama proram ini terdiri daripada pelajar prasiswazah program fizik tahun 4 (UPM) dan juga tahun 3 (UM).

Aturcara program termasuklah bicara saintis jemputan pengkomputeran kuantum dari dalam dan luar negara. Antara tajuk-tajuk yang disampaikan ialah “Control system for superconducting quantum computers” oleh Dr. Yap Yung Szen (Universiti Teknologi Malaysia), “Quantum reservoir processing: NISQ AI” oleh Prof. Dr. Tomasz Paterek (Xiamen University Malaysia), “Photonic quantum computing”, Prof. Dr. Kwek Leong Chuan (National University of Singapore), “Quantum computing for electronic structure calculations”, Dr. Yanoar Pribadi Sarwono (Research Center for Quantum Physics, National Research and Innovation Agency (BRIN), Indonesia).

Selain daripada itu. pengisian Qiskit Fall Fest 2025 adalah berfokus kepada dua komponen utama. Siri syarahan iaitu, pengenalan pengkomputeran dan maklumat kuantum, algoritma Deutsch-Josza, Shor, pengenalan kepada penyelesaian eigen kuantum bervariasi (Variational quantum eigensolver), masalah pengoptimum kombinatorik (combinatorial optimization problem) dan pembetulan ralat kuantum (quantum error correction).  Sesi lain termasuk percubaan hands-on semua peserta mengaplikasi kit Qiskit dengan bahasa pengaturcaraan Python menggunakan platfom Google Colab mengikuti tajuk-tajuk siri syarahan terdahulu. Di UPM, program ini adalah julung kali diadakan dan disampaikan oleh penyelidik pasca kedoktoran Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM) Dr. Choong Pak Shen disamping menyelaras pembentukan modul IBM Qiskit pada program ini. Sekumpulan pelajar fizik dari UM turut berkongsi pengalaman mereka sewaktu menyertai GenQ Hackathon by QAI Ventures di Singapura pada Oktober yang lalu.

Antara yang peserta yang hadir pada siri kedua Qiskit Fall Fest 2025 di UPM
Siri pertama Qiskit Fall Fest 2025 di UM
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Fakulti SainsINSPEMJabatan Fizikkomputer kuantumkuantum fizikNurisya Mohd ShahPusat KecemerlanganQiskit Fall Fest 2025Quantum Exploration Science and Technology (QuEST)Quantum Information Science & Technology (QIST)Tahun Kuantum Antarabangsa 2025UMUM-UPM Entangling Workshop on Quantum and NISQ AlgorithmsUPM
ShareTweetShare
Previous Post

Menyingkap Dunia Nano Minyak Enjin: Peranan Penyerakan Neutron dalam Kimia Koloid

Next Post

Dilema Data Pencil

Editor

Editor

Related Posts

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan
Berita & Peristiwa

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan

3 hours ago
Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia
Alam Semulajadi

Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia

4 days ago
Teknologi Percetakan 4D Polimer
Berita & Peristiwa

Teknologi Percetakan 4D Polimer

4 days ago
Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama
Berita & Peristiwa

Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama

4 days ago
Next Post
Dilema Data Pencil

Dilema Data Pencil

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In