23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, October 1, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Rahsia Tulang Si Kecil

Rahsia Tulang Si Kecil

Editor by Editor
28/07/2025
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Dr. Wan Nur Ainaa Afifah binti Wan Ismail¹ &  Profesor Dr. Abdul Razak bin Sulaiman²

¹Pegawai Perubatan, Jabatan Ortopedik, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia
²Pakar Perunding Bedah Ortopedik, Jabatan Ortopedik, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia

 

Antara sifat istimewa tulang kanak-kanak adalah kebolehan memanjang, membesar, bersifat poros, dan kemampuan membetulkan bentuk.

Bahagian hujung tulang yang dikenali sebagaai epifisis dipisahkan dari bahagian tengah tulang oleh plat tumbesaran (rajah 1b). Pada awal kelahiran, epifisis adalah berbentuk rawan dan tidak kelihatan dalam radiografi biasa (rajah 1a). Bahagian ini akan mengalami proses penulangan kepada tulang biasa secara berperingkat yang bermula dari tengah (rajah 1b). Keadaan ini menyebabkan kesukaran untuk mengesan kepatahan atau peralihan sendi pada kanak-kanak.

Setelah penulangan epifisis menjadi sempurna, akan kelihatan plat tumbesaran yang terletak antara epifisis dan tulang utama. Ia terdiri daripada lapisan sel-sel germinal yang menambah bilangan dengan aktif, membesar dan mengalami perubahan kepada sel tulang matang. Bahagian ini juga tidak kelihatan dalam x-ray dan akan kelihatan seperti jalur kepatahan apabila epifisis telah mengalami pembentukan tulang sempurna (rajah 1c). Kemahiran pengetahuan doktor akan dapat membezakan plat tumbesaran dengan jalur kepatahan. Plat yang aktif membesar ini adalah lebih lembut dan mudah patah jika melalui tekanan  berbanding struktur tulang sempurna. Bahagian yang paling sering mengalami kecederaan plat tumbesaran ialah pergelangan tangan, siku dan lutut. Plat ini akan tertutup dan menjadi tulang matang sekitar usia 14 tahun bagi remaja perempuan dan 16 tahun bagi remaja lelaki (rajah 1d). Selain dari mudah patah, kecederaan bahagian plat tumbesaran  ini jika tidak dirawat dengan betul boleh menyebabkan tumbesaran terbantut. Kebantutan keseluruhan menyebabkan tulang pendek, manakala kebantutan tidak seimbang menyebabkan tulang tumbuh dengan bengkok.

Berbanding orang dewasa, tulang kanak-kanak lebih poros (berliang) dan kurang padat. Ini menyebabkan tulang kanak-kanak lebih senang patah berbanding tulang dewasa. Walau bagaimanapun pun ianya disaluti oleh lapisan luar (periosteum) yang lebih tebal. Periosteum ini memainkan peranan penting dalam bekalan darah, nutrisi, serta penyembuhan tulang. Selain itu lapisan ini menyebabkan tulang patah ini sukar teralih jauh kerana balutannya. Keistimewaan ini menyebabkan tulang kanak-kanak cepat sembuh yang biasanya mengambil masa separuh dari tempoh yang diperlukan oleh orang dewasa.

Selain dari cepat sembuh, tulang kanak-kanak mempunyai keupayaan semula jadi untuk membetulkan bengkokan kecil yang disebabkan patah tulang. Proses ini berlaku dalam masa lebih kurang 2 tahun selepas tulang patah. Ia berlaku dengan baik apabila kepatahan tersebut berhampiran sendi dan kebengkokan itu selari dengan pergerakan sendi. Proses ini adalah lebih baik pada umur yang lebih muda.  Oleh itu kebanyakan keadaan patah tulang kanak-kanak tidak memerlukan pembedahan pembetulan seratus peratus yang dipegang oleh besi dalaman. Pembedahan biasanya diperlukan pada keadaan patah yang teruk terutamanya melibatkan sendi dan plat tumbesaran.

Penyebab Tulang Patah

Patah tulang dalam kalangan kanak-kanak berlaku melalui tiga keadaan utama:

1. Kepatahan Tulang Normal Kerana Hentakan Kuat

Kecederaan akibat hentakan kuat seperti jatuh dari tempat tinggi atau semasa aktiviti lasak seperti bermain panjat, berlari atau berbasikal yang lazimnya menyebabkan tekanan tertumpu pada tulang dan sendi yang terdedah seperti siku atau pergelangan tangan.

2. Kepatahan Tulang Berpenyakit Oleh Hentakan Ringan

Tulang yang lemah akibat penyakit seperti: ketidaknormalan kolagen, ketidaknormalan vitamin D, jangkitan kuman atau barah pada tulang. Kanak-kanak dengan masalah ini mudah mengalami tulang patah walaupun dengan trauma ringan. Tanda-tanda seperti sklera mata berwarna biru, pigmentasi kulit dan bentuk tulang tidak normal, kehilangan berat badan dan keletihan, demam dan penyakit yang sama dalam keturunan adalah antara tanda tulang berpenyakit.

3. Penderaan Kanak-Kanak

Kepatahan yang berlaku secara tidak selari  dengan kecederaan berlaku mungkin direka-reka oleh penjaga kanak-kanak. Kepatahan pada bahagian tertentu seperti di bahagian metafisis atau epifisis perlu menimbulkan syak wasangka terhadap penderaan kanak-kanak. Perkaitan dengan kecederaan pada kulit dengan bentuk seperti bakaran api rokok, pembentukan penggantung baju, luka di bahagian ketiak, lipatan sendi  adalah tanda-tanda penderaan kanak. Penilaian multidisiplin diperlukan termasuk aspek keselamatan dan perlindungan kanak-kanak. Perawatan tambahan kepada kepatahan ini adalah memastikan kanak-kanak tidak akan didera lagi.

Tanda-tanda Patah Tulang dan Pengesahannya

Antara gejala utama tulang patah adalah sakit teruk selepas trauma, bengkak atau perubahan bentuk, dan ketidakupayaan untuk menggerakkan anggota terlibat. Dalam kes lebih serius, mungkin melibatkan kecederaan saraf (hilang deria) atau salur darah (kulit pucat/sejuk).

Diagnosis disahkan melalui radiografi (X-ray), walaupun kadangkala sukar mengesan patah yang melibatkan rawan tulang. Dalam keadaan begini, doktor kadang-kadang membandingkan imej xray anggota yang sakit dengan anggota normal. Kadang-kadang pengimejan teknik khas dengan memasukkan cecair khas ke dalam sendi yang dipanggil arthrography. Kadang-kadang, pemeriksaan ultrasound atau MRI digunakan untuk memeriksa bahagian rawan tulang.

 

Rawatan

Walaupun tulang kanak-kanak cepat sembuh dan mampu membetulkan kebengkokan, tulang kanak-kanak perlu dipastikan tidak bergerak dalam keadaan yang paling baik supaya ianya dapat sembuh bagi fungsi dan kosmetik yang terbaik kerana kebolehan untuk membetul adalah terbatas. Rawatan bergantung pada lokasi, jenis patah dan usia kanak-kanak. Majoriti kes dirawat menggunakan simen ortopedik (Plaster of Paris atau fiberglass) selama 3–6 minggu. Tujuan simen adalah membetulkan, memegang dan mengelakkan pergerakan sendi dan otot yang boleh menyebabkan tulang bergerak yang menghalang penyembuhan tulang atau mengelakkan tulang sembuh dalam keadaan bengkok.

Dalam keadaan tertentu pembedahan perlu dilakukan bagi memastikan permukaan sendi tulang dikembalikan kepada permukaan sempurna bagi pergerakan, patah yang berkaitan luka yang memerlukan pembersihan daripada jangkitan bakteri dan keperluan kestabilan tulang bagi proses pemulihan awal.

Kesimpulan

Patah tulang dalam kalangan kanak-kanak perlu dinilai dan dirawat secara berhati-hati. Bagi memastikan tulang sembuh dalam keadaan sempurna dan mengelakkan komplikasi yang boleh menyebabkan kecacatan atau penderitaan berterusan.

Kredit foto-istock

Catatan Penulis: Penulis mengucapkan penghargaan kepada Dr. Norazlina Binti Mat Nawi, Pensyarah dan Pakar Perubatan Nuklear dalam memberi panduan penulisan dan editing kepada petikan ini.

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Jabatan OrtopedikortopedikperubatanProfesor Dr. Abdul Razak bin SulaimanPusat Pengajian Sains Perubatantulang kanak-kanakUniversiti Sains MalaysiaWan Nur Ainaa Afifah binti Wan Ismail
ShareTweetShare
Previous Post

Jerebu: Mengapa Kanak-Kanak dan Warga Tua Paling Terancam?

Next Post

Selangor dan Arm Latih 10,000 Jurutera Tempatan dalam Rekabentuk Cip Semikonduktor

Editor

Editor

Related Posts

VIDEO: Sejarah Ringkas Komputer Kuantum
Berita & Peristiwa

VIDEO: Sejarah Ringkas Komputer Kuantum

5 hours ago
Pokok Jeremin, Tumbuhan Alternatif Menghalau Nyamuk dan Menguji Keselamatan Air Minuman
Alam Semulajadi

Pokok Jeremin, Tumbuhan Alternatif Menghalau Nyamuk dan Menguji Keselamatan Air Minuman

5 hours ago
Sinus Maksila – Rahsia Pengecaman Forensik yang Jarang Diterokai
Berita & Peristiwa

Sinus Maksila – Rahsia Pengecaman Forensik yang Jarang Diterokai

7 hours ago
100 Tahun Teori Quantum (1925-2025)
Berita & Peristiwa

100 Tahun Teori Quantum (1925-2025)

1 week ago
Next Post
Selangor dan Arm Latih 10,000 Jurutera Tempatan dalam Rekabentuk Cip Semikonduktor

Selangor dan Arm Latih 10,000 Jurutera Tempatan dalam Rekabentuk Cip Semikonduktor

Kategori Produk

  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In