23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, February 8, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Robert Langlands Diumum Sebagai Pemenang Hadiah Abel 2018

Editor by Editor
22/03/2018
in Berita & Peristiwa, Tokoh
0 0
0
Oleh: Lukhman Abdul Taib
Pelajar Sarjana Sains (Teoritikal dan Perkomputeran)
Universiti Islam Antarabangsa

 

Robert Langlands, profesor emeritus di Institute of Advanced Study, telah dinobatkan oleh Akademi Sains dan Persuratan Norway sebagai pemenang Hadiah Abel bagi tahun 2018 di atas “program berwawasannya (iaitu Program Langlands-pen.) yang menghubungkan teori perwakilan dengan teori nombor”.

Hadiah Abel, yang turut diberi jolokan “Hadiah Nobel bagi matematik”, merupakan sebuah anugerah bertaraf antarabangsa sebagai tanda penghargaan ke atas hasil kerja saintifik yang menonjol di dalam bidang matematik, bersama dengan hadiah wang sejumlah $800 000. Hadiah tersebut akan dianugerakan oleh Raja Harold V kepada Robert Langlands di dalam sebuah majlis penganugerahan pada 22hb Mei di Oslo. Semenjak Hadiah Abel dianugerahkan buat pertama kalinya pada tahun 2003, seramai 19 orang pemenang telah diumumkan, dan 17 orang dari mereka merupakan ahli Institute of Advanced Science.

Program Langlands, yang merupakan sebuah set konjektur yang saling berkait rapat, mempunyai pengaruh yang mendalam merentasi sejumlah besar cabang matematik dan fizik teori. Program ini bertitik tolak dari surat yang diutuskan Langlands kepada André Weil pada tahun 1960, di mana ketika itu Weil cuba mengusulkan sebuah teori penyatuan yang menghubungkan konsep-konsep di dalam nombor teori dengan geometri beraljabar dan teori bentuk automorfik yang kelihatan sama sekali tidak ada perkaitan. Salinan surat yang bertaip telah dibuat di atas permintaan Weil dan tersebar secara meluas dalam kalangan komuniti matematik pada penghujung 1960-an dan permulaan 1970-an.

Sejak lebih empat dekad yang lalu, ahli-ahli matematik telah berusaha untuk membuktikan konjektur-konjektur di dalam Program Langlands dan konjektur-konjektur lain yang berkaitan dengannya. Dalam masa yang sama, perkaitan jenis-Langlands telah dimanfaatkan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang kelihatan tidak dapat diselesaikan, antara yang paling masyhur ialah pembuktian Andrew Wiles ke atas Teorem Terakhir Fermat. Pembuktian tersebut menggunakan hasil dari ramalan Langlands mengenai hubungan di antara teori nombor dan analisis.

Idea-idea Langlands yang mendalam di dalam teori nombor dan teori perwakilan di antaranya ialah perumusan prinsip-prinsip umum berkenaan bentuk automorfik teori nombor beraljabar, pengenalan kelas umum fungsi-L, pembentukan teori umum siri Eisenstein, pengenalan kepada teknik-teknik dalam menyelesaian kes-kes tertentu konjektur Artin, pengenalan kepada endoskopi, dan pembangunan kaedah-kaedah dalam menghubungkan fungsi zeta keanekaan Shimura dengan fungsi-L automorfik.

Robert Langlands dilahirkan di British Columbia pada tahun 1936 dan membesar di sebuah bandar kecil di Kanada di mana ayahnya memiliki kedai bekalan pembinaan. Beliau menyambung pelajarannya di Universiti British Columbia pada umur 16 tahun, di mana minat beliau di dalam matematik dipupuk khususnya di dalam pengiraan beraljabar. Setelah memperoleh ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dari Universiti British Columbia, Langlands memperoleh PhD dari Universiti Yale pada tahun 1960. Beliau menggalas tanggungjawab mengajar di Universiti Princeton dan Universiti Yale, menjadi salah seorang Ahli di Institute of Advanced Study di bawah Sekolah Matematik, dan kemudiannya dilantik sebagai ahli Fakulti Institut pada 1972.

Robert Langlands telah menerima beberapa anugerah dan penghargaan sebelum Hadiah Abel, antaranya Hadiah Wolf pada tahun 1996 (di mana beliau berkongsi hadiah tersebut dengan Andrew Wiles), Hadiah Steele pada 2005, Hadiah Jeffery-Williams pada 1980, Anugerah NAS di Dalam Matematik pada 1988, dan Hadiah Neffers di Dalam Matematik pada 2007 (bersama Richard Taylor). Beliau telah dipilih menjadi Felo Persatuan Diraja London (Fellow of the Royal Society) pada tahun 1981 dan felo Persatuan Matematik Amerika pada 2012. Langlands juga telah menerima ijazah kedoktoran kehormat (honoris causa) dari Universiti Laval, Kanada pada tahun 2003.

 

Sumber:

http://www.abelprize.no/nyheter/vis.html?tid=73025
https://www.ias.edu/news/press-releases/2018/abel
https://www.quantamagazine.org/robert-langlands-mathematical-visionary-wins-the-abel-prize-20180320/
https://en.wikipedia.org/wiki/Robert_Langlands

 

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Iklan: Cegah Pembalakan Haram melalui Rainforest Connection

Next Post

Minggu Sains Negara di Seluruh Negara bermula 1-7 April 2018

Editor

Editor

Related Posts

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran
Alam Semulajadi

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran

12 hours ago
Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun
Alam Semulajadi

Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun

1 day ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

1 week ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

2 weeks ago
Next Post
Minggu Sains Negara di Seluruh Negara bermula 1-7 April 2018

Minggu Sains Negara di Seluruh Negara bermula 1-7 April 2018

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Nanoteknologi dalam Sektor Pertanian di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nanoteknologi: Ilmu yang Mengubah Kualiti Kehidupan Manusia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aplikasi Nanoteknologi Dalam Bidang Perubatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In