23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, May 24, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Saintis Temui Lohong Hitam Baru di Galaksi Bima Sakti

Editor by Editor
11/09/2017
in Astronomi & Kosmologi
0 0
0

Oleh: Dr Adlyka Annuar,
Centre for Extragalactic Astronomy, Durham University, United Kingdom

Pada 4 September lalu, kumpulan saintis Jepun daripada Universiti Keio yang diketuai Tomoharu Oka menerbitkan dapatan kajian berkaitan penemuan bukti kewujudan lohong hitam baru di galaksi kita dalam jurnal Nature Astronomy.

Gambar pusat galaksi kita yang menunjukkan lokasi Sagittarius A* dan kepulan gas CO–0.40–0.22, yang dipercayai mempunyai sebuah lohong hitam besar di tengah-tengahnya. Kredit gambar: Oka et al. (2016).

Lohong hitam CO–0.40–0.22*

Petanda kewujudan lohong hitam tersebut pada awalnya dijumpai pada tahun lepas oleh kumpulan saintis yang sama apabila mereka menemui kepulan gas molekul aneh yang bergerak dengan kelajuan tinggi berdekatan pusat galaksi kita dengan menggunakan teleskop radio Nobeyama di Jepun. Kepulan gas molekul tersebut dinamakan CO–0.40–0.22. Berdasarkan kinematik (pergerakan) gas-gas molekul di dalam CO–0.40–0.22, mereka merumuskan bahawa pergerakan aneh kepulan gas tersebut adalah disebabkan oleh kewujudan sebuah lohong hitam yang mempunyai jisim sekitar 100, 000 kali lebih berat berbanding matahari kita.

Susulan itu, mereka mengkaji kepulan gas tersebut menggunakan pelbagai teleskop, terutamanya teleskop radio ALMA (Atacama Large Millimeter/submillimeter Array) di Chile yang mempunyai keupayaan lebih tinggi berbanding teleskop Nobeyama. Dengan menggunakan teleskop ini mereka dapat mengkaji kepulan gas tersebut dengan lebih terperinci. Mereka mengesan sebuah objek tumpat di tengah-tengah kepulan gas tersebut yang mengeluarkan gelombang radio dengan ciri-ciri yang sama seperti gelombang radio yang dikesan pada Sagittarius A*, iaitu lohong hitam gergasi di pusat galaksi kita. Namun begitu, objek tersebut yang dinamakan CO–0.40–0.22*, mempunyai kecerahan 500 kali lebih malap berbanding Sagittarius A*. Berdasarkan data-data baru yang diperolehi, mereka menyimpulkan bahawa kemungkinan tinggi CO–0.40–0.22* adalah sebuah lohong hitam besar, sekaligus menyokong rumusan mereka yang terdahulu.


Lohong hitam perantaraan

Kumpulan saintis tersebut akan terus memantau CO–0.40–0.22* bagi mengumpul lebih banyak data yang dapat menyokong kesimpulan mereka. Jika kewujudan lohong hitam ini dapat disahkan, ia akan menjadi lohong hitam kedua terbesar dalam galaksi kita selepas Sagittarius A*, yang mempunyai keberatan 4 juta kali lebih berat berbanding matahari.

 

Jika benar, lohong hitam ini juga akan termasuk dalam kategori lohong hitam “intermediate” (perantaraan), iaitu lohong hitam yang mempunyai keberatan lebih kurang 100-100,000 kali lebih berat berbanding matahari. Lohong hitam ini adalah lebih besar daripada lohong hitam yang terhasil daripada kematian bintang, tetapi lebih kecil berbanding lohong hitam gergasi yang menduduki pusat-pusat galaksi besar dalam alam semesta kita.

Walaupun terdapat beberapa calon objek yang boleh diklasifikasikan dalam kategori ini, sehingga kini saintis masih belum dapat mengesahkan kewujudan lohong hitam dalam kategori ini kerana masih belum ada bukti yang kukuh. Saintis percaya lohong hitam perantaraan ini boleh membantu kita memahami bagaimana lohong hitam gergasi di pusat-pusat galaksi besar terbentuk.

Bagaimana ia terhasil?

Jangkaan berat CO–0.40–0.22* adalah terlalu besar untuk terhasil daripada kematian sebuah bintang, mahupun kematian sekumpulan bintang. Kemungkinan besar lohong hitam ini merupakan pusat galaksi kerdil yang bergabung dengan galaksi kita berjuta-juta tahun dahulu. Memandangkan kedudukan lohong hitam ini berdekatan dengan pusat galaksi kita, terdapat juga kemungkinan bahawa ia akan bergabung dengan lohong hitam gergasi kita, Sagittarius A*, pada satu masa nanti.


Catatan
: Adlyka Annuar dan pasukan penyelidik Centre for Extragalactic Astronomy, Durham University, United Kingdom pernah menggegarkan Malaysia dan komuniti astrofizik antarabangsa apabila menemukan Lohong Hitam Supermasif. Beliau pernah ditemubual oleh MajalahSains pada Januari lepas

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Bengkel ASEAN Workshop on Frontiers of Physics dengan kerjasama CERN

Next Post

Tiga Saintis Antara Enam Penerima Anugerah Merdeka 2017

Editor

Editor

Related Posts

Keindahan Penjajaran Planet-Planet di Langit Malam 2025
Alam Semulajadi

Keindahan Penjajaran Planet-Planet di Langit Malam 2025

2 months ago
Mengapa Galaksi masih Berlanggar dalam Alam Semesta yang Mengembang?
Astronomi & Kosmologi

Mengapa Galaksi masih Berlanggar dalam Alam Semesta yang Mengembang?

2 months ago
Islam dan Kalkulus: Sumbangan Ibnu al-Haytham
Astronomi & Kosmologi

Islam dan Kalkulus: Sumbangan Ibnu al-Haytham

1 year ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Amalan Kepercayaan Masyarakat Dunia Terhadap Lautan
Astronomi & Kosmologi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Amalan Kepercayaan Masyarakat Dunia Terhadap Lautan

2 years ago
Next Post
Tiga Saintis Antara Enam Penerima Anugerah Merdeka 2017

Tiga Saintis Antara Enam Penerima Anugerah Merdeka 2017

Kategori Produk

  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In