23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, May 2, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Sebatian Kimia Penyebab Kanser dikesan dalam Barang Permainan dan ‘headphone’

Sebatian Kimia Penyebab Kanser dikesan dalam Barang Permainan dan 'headphone'

Editor by Editor
12/04/2023
in Berita & Peristiwa
0 0
0

Sebatian parafin-klorin yang boleh menyebabkan kanser masih digunakan dalam pelbagai produk harian yang dijual di Amerika Utara, walaupun ia diketahui berisiko terhadap kesihatan dan telah dilarang penggunaannya di Kanada selama satu dekad, menurut kajian terkini yang dilaporkan dalam Environmental Science: Processes & Impacts. Para penyelidik mengesan parafin klorin rantaian pendek dalam lebih daripada 85% produk yang diuji, termasuk fon kepala (headphone), mainan plastik, pakaian, produk penjagaan diri, dan cat dalam ruangan yang dibeli di Kanada.

“Kami terkejut mendapati parafin klorin dalam produk-produk jenis ini. Setiap ibu bapa pasti terkejut memikirkan bayi mereka yang menggigit mainan yang diperbuat dari bahan kimia yang boleh  menyebabkan kanser,” kata penyelidik, Hui Peng, di Universiti Toronto. “Kita perlu melindungi anak-anak kita dan masyarakat umum dari bahan-bahan berbahaya ini.”

Parafin klorin rantaian pendek (Short-chain chlorinated paraffins) boleh menyebabkan berlakunya kanser pada tikus yang diuji di makmal dengan sasaran terutamanya pada hati, tiroid, dan buah pinggang. Walaupun belum diuji pada manusia, Pertubuhan Antarabangsa untuk Penyelidikan Kanser mengklasifikasikannya sebagai karsinogen (agen penyebab kanser) terhadap  manusia. Ia juga turut terkumpul di dalam tubuh kita melalui rangkaian makanan, dan alam sekitar.

Sumber -https://pubs.rsc.org/en/content/articlelanding/2023/EM/D2EM00494A

Pada tahun 2012, Kerajaan Kanada menetapkan bahawa “semua klorin parafin dianggap berbahaya bagi kesihatan manusia,” dan mengharamkan pengeluaran, penggunaan baru aktiviti pengimportan. Pada tahun 2017, klorin parafin rantaian pendek disenaraikan untuk dinyahkan di bawah Stockholm Convention on Persistent Organic Pollutants.

Walau bagaimanapun, pengeluaran global mereka adalah besar melebihi dari 1 juta tan setahun dan pengeluarannya semakin meningkat. Bahan kimia beracun ini digunakan dalam produk harian sebagai bahan perencat kebakaran, pelincir, dan pelembut plastik. Sebelum ini, banyak kegunaan tertentu dalam produk tidak diketahui oleh ahli sains dan orang awam.

Konsentrasi tertinggi sebatian klorin parafin dalam kajian ini dikesan pada alat fon kepala (headphone) dan kabel komputer. Konsentrasi tertinggi seterusnya terdapat pada mainan dan pembungkusan mainan. Penggunaan ini boleh menyebabkan pendedahan manusia melalui sentuhan tangan langsung, gigitan oleh kanak-kanak dan melalui debu tercemar yang sampai ke mulut dari tangan.

Oleh kerana produk yang diuji adalah sebahagian besar dikeluarkan untuk pasaran antarabangsa, klorin parafin mungkin juga terdapat dalam produk serupa di Amerika Syarikat, Eropah dan sekitarnya.

“Klorin parafin sangat berbahaya dan tersebar luas dalam produk harian, tetapi ia tidak disedari secara meluas,” kata penyelidik bersama Arlene Blum, pengarah eksekutif Green Science Policy Institute. “Banyak penggunaannya tidak perlu dan harus dihentikan dengan segera bagi menjaga kesihatan manusia dan ekosistem.” @majalahsains

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: bahan kimia kanserkanserkarsinogenMikroplastikpenyelidikanPlastik
ShareTweetShare
Previous Post

Alga dan Lumut: Adakah sama kedua-duanya?

Next Post

Punca Berlakunya Kejadian Tanah Runtuh

Editor

Editor

Related Posts

Implan Gigi: Pilihan Rawatan dalam Pergigian Moden
Berita & Peristiwa

Implan Gigi: Pilihan Rawatan dalam Pergigian Moden

2 days ago
Bersenam Setiap Hari, Tetapi Berat Badan Masih Tidak Berubah?
Berita & Peristiwa

Bersenam Setiap Hari, Tetapi Berat Badan Masih Tidak Berubah?

3 days ago
Bioteknologi: Memanfaatkan Sisa Buangan Nenas kepada Produk Industri Makanan
Alam Semulajadi

Bioteknologi: Memanfaatkan Sisa Buangan Nenas kepada Produk Industri Makanan

5 days ago
Bioreaktor Semulajadi: Memahami Mekanisma Pencernaan Ruminan Untuk Mengurangkan Kebergantungan Import
Alam Semulajadi

Bioreaktor Semulajadi: Memahami Mekanisma Pencernaan Ruminan Untuk Mengurangkan Kebergantungan Import

6 days ago
Next Post
Punca Berlakunya Kejadian Tanah Runtuh

Punca Berlakunya Kejadian Tanah Runtuh

Kategori Produk

  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In