23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, June 15, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Sel Stem: Bukan Sekadar Kosmetik

Editor by Editor
01/07/2016
in Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh: Noor Sabirah binti Husin
Pelajar Sarjana Biokimia, Fakulti Perubatan
UiTM Sungai Buloh

Ramai dalam kalangan kita apabila berbicara berkenaan sel stem (Stem Cell), pasti hanya terfikir kepada kosmetik dan kecantikan semata-mata. Tidak salah beranggapan begitu kerana memang benar sel stem boleh menggantikan sel-sel mati di wajah dengan sel-sel yang baru. Tetapi awas! Sel stem yang berada di pasaran adalah daripada sumber tumbuh-tumbuhan. Boleh jadi kerana berlainan spesis dan sifat semulajadinya yang berbeza, mungkin ada kesan kepada pengguna. Boleh jadi sel stem yang diekstrak boleh mengaktifkan sel stem manusia? Pengguna dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar kulit sebelum mencuba sesuatu yang dikatakan popular di pasaran supaya tidak menyesal di kemudian hari!

Jadi, apa yang lebih menarik lagi tentang sel stem? Sel stem sebenarnya mempuyai kebaikan lebih daripada kosmetik. Sel stem ada di dalam badan kita. Sel stem telah diciptakan khas oleh Tuhan untuk pelbagai fungsi. Ia juga dipanggil sebagai penyelamat sel di dalam tubuh. Sebelum mengenali kebaikannya, apakah maksud sel stem dan daripada mana sel stem ini boleh didapati? Sel stem daripada kata dasar stem iaitu asas kepada sel. Sel stem berada dalam badan kita hampir pada semua tempat, namun ada beberapa tempat yang telah direkodkan merupakan rumah bagi sel ajaib ini. Rumah itu dikenali dalam bahasa Inggerisnya sebagai Bone Marrow atau lebih popular dikenali sebagai tulang sum-sum.

Selain itu, sel stem juga didapati di bahagian lain yang lebih spesifik untuk organ. Contohnya, sel stem kulit, sel stem otak, sel stem darah dan sel stem otot. Kesemua sel stem spesifik ini dipanggil sebagai sel stem yang matang kerana telah dikhususkan untuk kegunaan organ spesifik tersebut. Fungsi sel stem yang matang ini akan membantu sel-sel di organ tersebut untuk memperbaharui sel-sel yang telah mati dan pada masa yang sama sel stem itu membahagikan kepada dirinya sendiri dan tidak akan mati seperti sel-sel biasa. Sel stem adalah sel yang terpenting bagi tubuh badan kita terutama ketika sel kita mati ataupun ketika kita jatuh sakit dan terluka.

Stem embrio

Info lain yang perlu kita tahu tentang sel stem ialah sel stem embrio. Sel stem ini adalah yang paling berkuasa di dalam pembentukan sel biologi. Jangan terkejut kerana sel stem embrio ini sebenarnya sel asas kepada pembentukan manusia ataupun mana-mana organisma. Jika musnah sel stem embrio ini pada peringkat awal pembentukannya, maka anda tidak akan terbentuk sebagai manusia! Sel stem embrio ini terdiri daripada jisim sel dalaman atau inner cell mass iaitu asas kepada sel stem embrio. Sel stem embrio ini terbentuk setelah hasil persenyawaan telur manusia daripada lelaki dan wanita di dalam rahim. Seterusnya telur ini melalui proses pembentukan sel-sel secara berperingkat yang bermula daripada pembentukan dua sel sehinggalah kepada banyak sel (sel stem embrio). Percaya atau tidak, sel stem embrio ini boleh membahagi kepada semua sel dalam badan manusia, seterusnya membentuk tisu dan akhirnya menjadi organisma yang sempurna!

Disebabkan kuasa yang luar biasa sel stem embrio ini, saintis tidak mahu melepaskan peluang untuk mengkajinya di dalam makmal. Ironinya, saintis bingung kerana sel stem embrio ini sukar didapati malah ia melanggar etika pembentukan manusia. Jadi kebanyakan sel stem embrio yang dijalankan di dalam makmal telah diambil melalui proses persetujuan bersama ibu dan bapa yang secara sukarela ingin mendermakan sel stem embrio mereka. Namun begitu, banyak pihak memandang perkara ini sebagai melanggar etika. Walaupun negara-negara Barat seperti Eropah dan Amerika Syarikat membenarkan kajian sel stem embrio termasuklah sel stem embrio daripada haiwan, kajian yang dijalankan agak terbatas kerana memerlukan kos yang tinggi.

Saintis Jepun

Namun begitu, sekitar tahun 2006, sekumpulan saintis daripada Jepun yang diketuai oleh doktor pakar tulang iaitu Dr. Shinya Yamanaka telah berjaya memberikan solusi terbaik untuk sel stem embrio. Mereka telah menemui satu sel stem yang setanding dengan sel stem embrio yang tidak perlu menggunakan sel stem daripada pembentukan manusia. Pesaing sel stem ini dikenali sebagai “sel stem yang terinduksi” atau nama Inggerisnya induced pluripotent stem cell (iPS cells). Walaupun nama bahasa Melayunya agak pelik, namun itulah kata kuncinya. Sel stem ini mempunyai keupayaan banyak setelah diinduksikan oleh beberapa faktor luaran. Faktor luaran ini ialah Oct4, Sox2, Klf4 dan c-Myc. Faktor-faktor yang begitu saintifik namanya ini hanya perlu dimasukkan kepada salah satu sel somatik daripada mana-mana bahagian manusia ataupun haiwan. Antara contoh sel somatik ialah sel kulit kita!

Kajian makmal

Apakah Oct4, Sox2, Klf4 dan c-Myc yang dikatakan seperti di atas dan kenapa? Faktor yang disebutkan tadi merupakan empat faktor terbaik setelah Dr. Shinya Yamanaka melakukan saringan di dalam makmal. Faktor ini bukanlah benda asing yang direka-reka, ia dipanggil ‘faktor’ kerana memberikan kesan kepada sel yang telah diinduksi. Percaya atau tidak, keempat-empat faktor ini ada di dalam tubuh badan manusia dan sebenarnya telah pun memainkan peranannya semasa proses pembentukan sel. Faktor-faktor ini penting kepada iPS cells iaitu hanya perlu diinduksikan kepada mana-mana sel somatik manusia. Mudahnya! Tetapi, apakah kelebihan iPS cells? Adakah sama sifatnya dengan sel stem embrio yang boleh membahagi kepada banyak sel manusia?

Sifat iPS cells sama seperti sel stem embrio yang boleh membahagi kepada semua sel lain. Satu lagi kelebihan iPS cells adalah ia boleh dihasilkan daripada sumber manusia yang sama dan tidak perlu mengambil daripada manusia lain. Maksudnya ialah, sebagai contoh, jika ingin menggantikan sel darah untuk seseorang pesakit, saintis hanya perlu mengambil beberapa sel somatik daripada pesakit itu dan diinduksikannya menjadi iPS cells. Kemudian, iPS cells ini diprogramkan untuk membahagikan dan membezakan dirinya kepada sel darah. Apabila ini berlaku, sel darah yang terhasil daripada iPS cells ini, boleh terus di transplantasikan atau dimasukkan kembali kepada pesakit yang sama. Kebaikan iPS cells ini diklasifikasikan sebagai mesra pesakit. Iaitu tanpa tolakan sistem imun.

Penjelasan ini seperti begitu kompleks bukan? Ianya tidak mustahil kerana telah pun dibuktikan oleh banyak saintis termasuklah di Malaysia! Dengan penemuan ini, secara tidak langsung sel stem semakin banyak diuji kaji di dalam makmal dan semakin banyak juga saintis menghasilkan teori bahawa suatu hari nanti sel stem boleh dijadikan sel terapi kepada pesakit. Justeru itu, diharapkan selepas ini, kita tidak terus menganggap sel stem sebagai benda asing daripada tubuh badan kita dan bukan hanya ditakrifkan sebagai kosmetik semata-mata. Sel stem adalah batu asas bagi pembinaan rumah badan manusia.

 

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Kepercayaan dan Ilusi Ilmu–Musuh Utama Sains

Next Post

Superbendalir:Bendalir Kuantum Luar Biasa

Editor

Editor

Related Posts

Cuaca Panas, Nyamuk Ganas: Apa Kaitan Perubahan Iklim Global dengan Denggi?
Alam Semulajadi

Cuaca Panas, Nyamuk Ganas: Apa Kaitan Perubahan Iklim Global dengan Denggi?

1 week ago
Evolusi Terapi Radionuklid dalam Perubatan Nuklear untuk Rawatan Pigmented Villonodular Synovitis (PVNS)
Berita & Peristiwa

Evolusi Terapi Radionuklid dalam Perubatan Nuklear untuk Rawatan Pigmented Villonodular Synovitis (PVNS)

2 weeks ago
Awas Cendawan Liar Beracun
Alam Semulajadi

Awas Cendawan Liar Beracun

2 weeks ago
Teknologi Perubatan Nuklear – Revolusi dalam Pengesanan Sentinel Kanser Payudara
Berita & Peristiwa

Teknologi Perubatan Nuklear – Revolusi dalam Pengesanan Sentinel Kanser Payudara

1 month ago
Next Post
Superbendalir:Bendalir Kuantum Luar Biasa

Superbendalir:Bendalir Kuantum Luar Biasa

Kategori Produk

  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In