23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 12, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Sistem Perdagangan Fraktal dalam Pasaran Kewangan Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO)

Sistem Perdagangan Fraktal dalam Pasaran Kewangan Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO)

Editor by Editor
18/12/2025
in Berita & Peristiwa, Matematik
0 0
0

Oleh Dr. Mohd Hirzie Mohd Rodzhan,
Assistant Professor,
Department of Computational and Theoretical Sciences,
Kulliyyah of Science UIAM

 

Pengenalan

Pasaran kewangan sering dianggap tidak menentu kerana dipengaruhi oleh sentimen pelabur, faktor ekonomi dan turun naik penawaran serta permintaan. Namun, melalui pendekatan analisis yang berstruktur, pola tertentu dalam pergerakan harga dapat dikesan dan difahami dengan lebih jelas. Pendekatan yang sistematik membantu pedagang membuat keputusan berdasarkan analisis bukannya emosi.

Konsep fraktal merupakan salah satu pendekatan yang memberi perspektif baharu dalam memahami pasaran. Melalui idea matematik yang menerangkan corak berulang merentas skala masa, pedagang dapat melihat pasaran sebagai satu struktur yang konsisten. Perspektif ini membuka jalan kepada analisis yang lebih mendalam serta membantu mengenal pasti perubahan trend dengan lebih awal.

Fraktal dan Struktur Pasaran

Fraktal merujuk kepada bentuk atau corak yang mengekalkan keserupaan apabila diperbesarkan atau diperkecilkan. Dalam konteks pasaran, konsep ini menjelaskan mengapa corak pergerakan harga kelihatan hampir sama pada skala masa besar dan kecil. Keadaan ini membolehkan pedagang memahami sifat pasaran yang berulang dan tidak rawak sepenuhnya.

Pergerakan harga lazimnya membentuk kitaran naik dan turun pada pelbagai skala masa seperti harian, setiap jam, lima belas minit dan lima minit. (lihat Rajah 1) Keserupaan struktur ini menunjukkan bahawa pasaran mempunyai sifat fraktal yang konsisten merentas masa. Keupayaan mengenal pasti pola yang berulang ini membolehkan pedagang membuat analisis yang lebih teratur.

Rajah 1: Struktur arah pergerakan dan kitaran perubahan harga pasaran Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO) pada skala harian dan 15 minit yang mengekalkan corak pola berulang yang sama selaras dengan prinsip fraktal dalam pasaran

Sering kali perubahan pada skala masa kecil menjadi petunjuk awal kepada perubahan pada skala lebih besar. Contohnya kelemahan dalam trend menurun pada skala masa kecil boleh menjadi tanda awal pembentukan arah menaik pada skala lebih besar. Pemerhatian sebegini memberi kelebihan kepada pedagang dalam mengesan pergerakan harga lebih awal.

Dengan menganalisis hubungan antara skala masa besar dan kecil, pedagang dapat mengenal pasti kawasan harga sokongan dan harga rintangan, kekuatan trend semasa serta kawasan yang berpotensi mengalami perubahan arah pergerakan harga. Pendekatan fraktal membentuk asas kepada analisis pasaran yang lebih sistematik dan berasaskan data.

Indikator Teknikal MACD dan Kegunaannya

Moving Average Convergence Divergence (MACD) ialah indikator teknikal yang digunakan secara meluas untuk mengenal pasti arah trend serta perubahan momentum. Kemudahannya menjadikan ia salah satu alat indikator paling popular dalam kalangan pedagang. MACD membantu menentukan sama ada pasaran berada dalam trend menaik, trend menurun atau sedang melalui fasa pembalikan.

Rajah 2: Trend menaik dan menurun bagi pergerakan pasaran FCPO dapat dikenalpasti melalui hubungan antara garisan MACD dan garisan Signal

MACD terdiri daripada dua komponen utama: garisan MACD dan garisan Signal. Garisan MACD diperoleh daripada perbezaan antara dua Exponential Moving Average (EMA): EMA 12 dan EMA 26, manakala garisan Signal ialah EMA 9 kepada nilai MACD. Interaksi antara kedua-dua garisan ini memberikan gambaran jelas tentang kekuatan atau kelemahan trend semasa. (lihat Rajah 2)

Isyarat paling penting dalam penggunaan MACD ialah bullish crossover dan bearish crossover. Bullish crossover berlaku apabila MACD Line memotong Signal Line dari bawah, menandakan potensi permulaan trend menaik. Sebaliknya, bearish crossover berlaku apabila MACD Line memotong dari atas, menunjukkan kemungkinan permulaan trend menurun. (lihat Rajah 3)

Rajah 3: Isyarat bullish crossover dan bearish crossover pada MACD merentas beberapa skala masa yang membantu mengenalpasti perubahan arah pergerakan pasaran FCPO dengan jelas

Dengan meneliti MACD pada pelbagai skala masa besar dan kecil, pedagang dapat menentukan arah utama terlebih dahulu sebelum mencari masa dan harga kemasukan yang lebih tepat. Gabungan pembacaan trend dan masa kemasukan yang tepat ini menjadikan MACD sebagai alat indicator yang sangat berguna dalam strategi dagangan sistematik.

Contoh Perdagangan Fraktal dalam Pasaran FCPO

Dalam amalan dagangan harian FCPO, pedagang lazimnya memulakan analisis pada skala masa 1 jam (1H) untuk menentukan arah utama pasaran dalam seharian serta mengenal pasti kawasan harga sokongan dan harga rintangan yang berpotensi. Skala masa besar ini berfungsi sebagai peta pergerakan keseluruhan sebelum analisis difokuskan kepada skala masa lebih kecil untuk mengesahkan kekuatan trend dan mencari harga kemasukan.

Rajah 4: Gabungan isyarat indikator MACD bullish crossover merentas skala masa 1H, 15m, 5m dan 1m dapat membantu mengenalpasti peluang long position yang jelas sehingga mendapat keuntungan dagangan sebenar rm500 dalam satu hari pada 9/12/25 (seisi petang)

Sebagai contoh long position di Rajah 4, peluang dagangan muncul apabila skala masa 1H membentuk harga sokongan fraktal dan MACD menunjukkan bullish crossover. Pengesahan tambahan berlaku apabila skala masa 15 minit (15m) dan 5 minit (5m) turut membentuk struktur pembalikan yang selari. Pada skala masa 1 minit (1m), kemunculan semula bullish crossover berhampiran harga sokongan memberikan masa dan harga kemasukan yang optimum. Dalam situasi ini, pedagang boleh memasuki long position di 4080 dan menetapkan take profit di 4100, menghasilkan keuntungan 20 tick atau sekitar RM500 (per lot) dalam satu hari.

Rajah 5: Gabungan isyarat indikator MACD bearish crossover merentas skala masa 1H, 15m, 5m dan 1m dapat membantu mengenalpasti peluang short position yang jelas sehingga mendapat keuntungan dagangan sebenar rm500 dalam satu hari pada 11/12/25 (seisi petang)

Contoh short position di Rajah 5 pula berlaku apabila skala masa 1H membentuk harga rintangan fraktal disertai bearish crossover pada MACD. Skala masa 15m dan 5m mengesahkan kelemahan trend melalui siri lower high, menandakan tekanan jualan semakin meningkat. Pada skala masa 1m, bearish crossover berhampiran harga rintangan memberikan masa kemasukan yang tepat untuk mengambil short position. Pedagang boleh memasuki short di 4091 dan keluar pada 4071 sebagai take profit untuk memperoleh keuntungan 20 tick atau kira-kira RM500 (per lot) dalam satu hari.

Kedua-dua contoh ini menunjukkan bagaimana penyelarasan antara struktur fraktal dan isyarat MACD merentas skala masa membantu pedagang membuat keputusan dagangan yang lebih yakin. Dengan memahami hubungan antara skala masa besar dan kecil, pedagang dapat memaksimumkan ketepatan masa kemasukan dan meningkatkan kebarangkalian dagangan yang konsisten dalam pasaran FCPO.

Kesimpulan

Pendekatan fraktal menawarkan cara berfikir yang lebih sistematik dalam memahami pergerakan harga pasaran. Dengan melihat bagaimana corak berulang muncul pada skala masa besar dan kecil, pedagang dapat mengesan perubahan arah dengan lebih awal dan membuat keputusan yang kurang dipengaruhi emosi. Kaedah ini meningkatkan ketepatan analisis dan membantu membina keyakinan dalam strategi dagangan.

Gabungan konsep fraktal dengan indikator teknikal seperti MACD membolehkan pedagang merangka strategi yang lebih kukuh dan boleh diuji keberkesanannya (backtest and forward test). Dalam pasaran FCPO yang dinamik, pendekatan ini memberikan kelebihan kompetitif kepada pedagang yang ingin berdagang secara teratur, berstruktur dan berasaskan data.

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Department of Computational and Theoretical SciencesFCPOKulliyyah of Science UIAMMatematikMohd Hirzie Mohd Rodzhanperdagangan sahamrisikourusniaga fraktal
ShareTweetShare
Previous Post

Penyakit Radang Usus: Keradangan Sistem Gastrousus yang Sering Diabaikan

Next Post

Air Kelihatan Bersih, Tetapi Tidak Semestinya Selamat: Isu PPCPs dan Penyelesaian Lestari

Editor

Editor

Related Posts

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan
Berita & Peristiwa

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan

4 hours ago
Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia
Alam Semulajadi

Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia

4 days ago
Teknologi Percetakan 4D Polimer
Berita & Peristiwa

Teknologi Percetakan 4D Polimer

4 days ago
Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama
Berita & Peristiwa

Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama

4 days ago
Next Post
Air Kelihatan Bersih, Tetapi Tidak Semestinya Selamat: Isu PPCPs dan Penyelesaian Lestari

Air Kelihatan Bersih, Tetapi Tidak Semestinya Selamat: Isu PPCPs dan Penyelesaian Lestari

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In