23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, March 17, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Tiga Masalah Utama Tangan di Kalangan Pekerja Pejabat

Tiga Masalah Utama Kesihatan Tangan di Kalangan Pekerja Pejabat

Editor by Editor
28/02/2026
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Dr. Al Hafiz Bin Ibrahim¹ , Dr Ritzzaleena Rosli Binti Mohd Rosli² & Rita Vivera Pane3

¹Pensyarah Perubatan ,Unit Perubatan Pemulihan,
Universiti Sains Malaysia (USM)

²Pensyarah Perubatan, Jabatan Perubatan Keluarga
Universiti Sains Malaysia (USM)

3Universitas Nahdlatul Ulama Surabaya

 

Pernahkah anda mengalami kebas pada jari ketika menaip laporan? Atau terasa seperti ada “semut berjalan” di hujung jari ketika memegang telefon terlalu lama? Mungkin juga ada antara kita yang bangun pagi dengan jari terasa kaku dan sukar diluruskan, seolah-olah terkunci. Ramai menganggap keadaan ini sekadar lenguh biasa akibat kerja yang banyak. Namun hakikatnya, ia mungkin tanda awal masalah kesihatan tangan yang semakin kerap berlaku dalam kalangan pekerja pejabat.

Dalam dunia moden yang serba digital, komputer, papan kekunci, tetikus dan telefon pintar menjadi alat utama untuk bekerja. Pergerakan berulang yang dilakukan setiap hari, ditambah dengan postur yang kurang ergonomik, boleh memberi tekanan berterusan kepada saraf dan tendon tangan. Tiga masalah utama yang sering ditemui ialah Carpal Tunnel Syndrome (CTS), Trigger Finger, dan De Quervain Tenosynovitis. Walaupun namanya kedengaran teknikal, ketiga-tiganya sebenarnya berpunca daripada penggunaan tangan yang berlebihan dan berulang.

 

Carpal Tunnel Syndrome (CTS): Kebas Yang Tidak Boleh Dipandang Ringan

Carpal Tunnel Syndrome atau lebih dikenali sebagai CTS berlaku apabila saraf median yang melalui satu laluan sempit di pergelangan tangan, yang dipanggil terowong karpal (carpal tunnel), menjadi terhimpit. Saraf median bertanggungjawab memberikan sensasi pada ibu jari, jari telunjuk, jari tengah dan sebahagian jari manis.

Apabila ruang di dalam terowong karpal menjadi sempit akibat bengkak atau tekanan berulang, saraf median akan terhimpit. Keadaan ini mencetuskan pelbagai simptom seperti kebas, kesemutan, rasa mencucuk serta kelemahan ketika menggenggam objek. Biasanya, simptom-simptom ini lebih ketara pada waktu malam atau sejurus bangun tidur. Posisi pergelangan tangan yang bengkok semasa berehat atau tidur turut meningkatkan tekanan dalam terowong karpal, sekali gus memburukkan lagi ketidakselesaan.

Dalam kalangan pekerja pejabat, faktor risiko utama ialah penggunaan papan kekunci dan tetikus secara berpanjangan tanpa rehat mencukupi. Pergelangan tangan yang sentiasa dalam posisi bengkok atau tidak neutral meningkatkan tekanan dalam terowong karpal. Jika dibiarkan tanpa rawatan, saraf boleh mengalami kerosakan jangka panjang dan menyebabkan kelemahan otot  jari.

Rawatan awal biasanya melibatkan penggunaan splint pergelangan tangan, pengubahsuaian ergonomik tempat kerja dan fisioterapi. Dalam kes yang lebih teruk, suntikan steroid atau pembedahan kecil mungkin diperlukan bagi melegakan tekanan pada saraf.

Rajah 1. Ilustrasi tangan yang menunjukkan perbandingan antara struktur carpal tunnel normal dan carpal tunnel yang mengalami simptom .
(Sumber: https://www.med.unc.edu/peripheralnervecenter/conditions-we-treat/peripheral-nerve-compression/carpal-tunnel-syndrome)

Trigger Finger: Jari Yang Terkunci Tanpa Amaran

Trigger finger atau stenosing tenosynovitis adalah satu masalah yang semakin kerap berlaku dalam masyarakat moden, terutamanya dalam kalangan mereka yang banyak menggunakan tangan untuk tugas berulang. Keadaan ini berlaku apabila tendon yang menggerakkan jari menjadi tebal atau meradang. Dalam keadaan normal, tendon bergerak dengan lancar di dalam satu saluran kecil di tapak jari. Namun apabila berlaku keradangan, ruang menjadi sempit dan pergerakan tendon mula tersekat.

Hasilnya, jari boleh terasa seperti “tersangkut” ketika hendak diluruskan atau dibengkokkan. Ada yang menggambarkan bunyi “klik” setiap kali menggerakkan jari seolah‑olah ada sesuatu yang menghalang tendon daripada bergerak bebas. Dalam kes yang lebih serius, jari boleh terkunci dalam kedudukan bengkok, sehingga pesakit terpaksa menggunakan tangan sebelah lagi untuk meluruskannya.

Masalah ini lazim berlaku dalam kalangan individu yang kerap melakukan pergerakan genggaman berulang, seperti pengguna komputer tegar, pekerja pejabat, pereka grafik, dan mereka yang bergantung kepada telefon pintar untuk jangka masa panjang. Menariknya, kajian mendapati bahawa penghidap diabetes mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami trigger finger berbanding individu lain.

Rawatan pula bergantung pada tahap keterukan. Untuk kes ringan, langkah mudah seperti rehat, ubat anti‑radang dan fisioterapi selalunya sudah memadai untuk mengurangkan ketidakselesaan. Suntikan steroid sering menjadi pilihan kerana keberkesanannya melegakan simptom dengan cepat. Jika masalah berlarutan atau jari semakin kerap terkunci, pembedahan kecil mungkin diperlukan bagi melonggarkan laluan tendon dan memulihkan pergerakan jari seperti biasa.

Rajah 2. Ilustrasi keadaan trigger finger yang menunjukkan penebalan tendon dan pembentukan nodul yang menyebabkan pergerakan jari tersekat serta kesukaran meluruskan jari.
(Sumber: https://orthotoc.com/what-is-trigger-finger)

De Quervain Tenosynovitis: Sakit Di Pangkal Ibu Jari

De Quervain tenosynovitis ialah satu keadaan di mana tendon pada bahagian sisi pergelangan tangan, berdekatan pangkal ibu jari, menjadi radang. Keradangan ini menyebabkan pergerakan ibu jari dan pergelangan tangan menjadi menyakitkan, terutamanya ketika melakukan aktiviti harian seperti menggenggam objek, memulas kain, mengangkat barang, atau menggunakan telefon dengan satu tangan.

Dalam dunia kerja moden, terutama bagi pekerja pejabat, penggunaan telefon pintar secara berlebihan menjadi salah satu punca utama masalah ini. Aktiviti seperti menaip mesej atau menatal skrin menggunakan ibu jari secara berulang‑ulang boleh menyebabkan geseran pada tendon, lalu mencetuskan keradangan.

Pesakit biasanya mengadu sakit di pangkal ibu jari yang kadangkala merebak ke lengan bawah. Untuk memastikan diagnosis, doktor sering melakukan Finkelstein test, iaitu satu ujian mudah yang boleh mencetuskan kesakitan khas bagi keadaan ini.

Rawatan awal selalunya agak ringkas tetapi berkesan. Ia merangkumi rehat, penggunaan splint ibu jari, ubat anti‑radang serta sesi fisioterapi bagi mengurangkan beban pada tendon. Dalam situasi tertentu, suntikan steroid boleh membantu memberikan kelegaan yang lebih cepat.

Rajah 3. Ilustrasi radang tendon dan pembengkakan selubung tendon di pergelangan tangan, seperti yang berlaku dalam keadaan De Quervain tenosynovitis
Sumber: Griffin LY (ed): Essentials of Musculoskeletal Care, 3rd Edition. Rosemont, IL. American Academy of Orthopaedic Surgeons, 2005.

Mengapa Masalah Ini Semakin Meningkat?

Dalam era kerja moden, gaya hidup kita banyak berubah dan tangan menjadi antara bahagian tubuh yang paling terkesan. Jika dahulu kebanyakan pekerjaan memerlukan pergerakan seluruh badan, kini majoriti pekerja pejabat menghabiskan masa berjam‑jam di hadapan komputer. Pergerakan tangan yang berulang, digabungkan dengan postur yang kurang ergonomik serta budaya bekerja tanpa rehat, menjadikan tangan lebih mudah mengalami masalah ketegangan dan keradangan.

Selain itu, penggunaan telefon pintar yang tidak pernah berhenti sama ada untuk kerja, hiburan atau media sosial menambah lagi tekanan pada tendon ibu jari dan pergelangan tangan. Pergerakan kecil tetapi berulang seperti menatal skrin atau menaip mesej memberi beban tambahan yang akhirnya mencetuskan rasa sakit atau ketidakselesaan.

Beberapa faktor kesihatan juga memainkan peranan. Individu yang menghidap diabetes, mengalami gangguan tiroid, atau melalui perubahan hormon diketahui mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghadapi masalah seperti keradangan tendon dan kesakitan tangan.

Pencegahan: Langkah Kecil, Impak Besar

Walaupun ketiga-tiga masalah ini kedengaran membimbangkan, berita baiknya ialah ia boleh dicegah dan dirawat jika dikesan awal. Antara langkah pencegahan yang boleh diamalkan termasuk:

1-Pastikan kedudukan pergelangan tangan dalam posisi neutral ketika menaip

2-Laraskan ketinggian kerusi dan meja agar sesuai dengan tubuh

3-Gunakan papan kekunci dan tetikus ergonomik

4-Rehat sekurang-kurangnya 5 hingga 10 minit setiap jam

5-Lakukan regangan tangan dan jari secara berkala

6-Hadkan penggunaan telefon pintar yang berlebihan

Senaman regangan mudah seperti membuka dan menggenggam tangan, memusing pergelangan tangan secara perlahan serta meregangkan ibu jari boleh membantu mengurangkan ketegangan tendon.

Jangan Abaikan Isyarat Awal

Ramai pekerja pejabat cenderung mengabaikan simptom awal kerana menganggap ia perkara biasa. Namun kesakitan, kebas atau kekakuan yang berlarutan bukanlah sesuatu yang normal. Mendapatkan pemeriksaan awal boleh mencegah keadaan menjadi lebih serius.

Tangan merupakan aset utama dalam dunia kerja moden. Tanpa tangan yang sihat, produktiviti dan kualiti hidup boleh terjejas. Oleh itu, jangan tunggu sehingga jari terkunci atau tangan menjadi terlalu lemah untuk menggenggam sebelum bertindak.

Kesihatan tangan bukan sekadar soal keselesaan, tetapi pelaburan jangka panjang untuk kerjaya dan kehidupan. Dalam era digital ini, menjaga tangan bererti menjaga masa depan kita sendiri.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Al Hafiz Bin IbrahimCarpal Tunnel SyndromeDe Quervain TenosynovitisFinkelstein testJabatan Perubatan Keluarga Universiti Sains Malaysia (USM)Trigger FingerUnit Perubatan PemulihanUniversiti Sains Malaysia (USM)
ShareTweetShare
Previous Post

Biofluoresens: Mekanisme, Kepelbagaian dan Kepentingannya dalam Ekologi

Next Post

Isu Padi Angin dan Kawalan Racun di Sawah Padi

Editor

Editor

Related Posts

Kepentingan Bahan Plastik/Polimer dalam Membentuk Dunia Moden
Berita & Peristiwa

Kepentingan Bahan Plastik/Polimer dalam Membentuk Dunia Moden

1 day ago
Antibiotik Tidak Lagi Berkesan? Memahami Ancaman Kerintangan Antimikrob (AMR) Dalam Patogen Penyakit
Berita & Peristiwa

Antibiotik Tidak Lagi Berkesan? Memahami Ancaman Kerintangan Antimikrob (AMR) Dalam Patogen Penyakit

1 day ago
Peranan Jangkitan Virus dalam Perkembangan Kanser
Berita & Peristiwa

Peranan Jangkitan Virus dalam Perkembangan Kanser

1 day ago
Spesies Asing Invasif di Malaysia
Alam Semulajadi

Spesies Asing Invasif di Malaysia

2 days ago
Next Post
Isu Padi Angin dan Kawalan Racun di Sawah Padi

Isu Padi Angin dan Kawalan Racun di Sawah Padi

Kategori Produk

  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In