23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, June 21, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Ubian Tradisional (Dioscorea spp.) sebagai Sokongan Keterjaminan Makanan dan Alternatif Sumber Karbohidrat Negara

Ubian Tradisional (Dioscorea spp.) sebagai Sokongan Keterjaminan Makanan dan Alternatif Sumber Karbohidrat Negara

Editor by Editor
21/06/2026
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Penulis : ChM. Mohd Zulkhairi Azid , Abdul Muhaimin Abdul Kadir dan Dr. Mohd Norfaizal Ghazalli

Program Penggunaan Sumber & Konservasi Agrobiodiversiti
Pusat Penyelidikan Agrobiodiversiti dan Persekitaran (BE),
Ibu Pejabat MARDI Serdang


Profil Global dan Status Tanaman Dioscorea di Malaysia

Dioscorea spp. merupakan genus tanaman ubian yang tergolong dalam keluarga Dioscoreaceae. Tanaman ini dikenali sebagai “yam” (bahasa Inggeris), “ube” (Filipina), “umbi” atau “uwi” (Indonesia), “Shanyao” (China) dan “ubi” di Malaysia. Pengeluaran global tanaman ini tertumpu di kawasan benua Afrika (98%), Amerika (1.2%), Oceania (0.5%), dan Asia (0.2%). Negara seperti Nigeria, Ghana, Cote d’Ivoire, dan Benin merupakan pengeluar utama tanaman ubian ini. Permintaan terhadap tanaman ubian ini menunjukkan tren peningkatan yang ketara, dengan lonjakan pengeluaran daripada 81 juta tan metrik pada tahun 2020 kepada 88 juta tan metrik pada tahun 2022. Sebanyak 600 spesies di bawah genus Dioscorea ini telah direkodkan di seluruh dunia. Di Malaysia, Dioscorea diklasifikasikan sebagai tanaman ubian tradisional atau kurang dimanfaatkan (underutilized crops). Antara spesies yang sering ditemui di Malaysia ialah Dioscorea alata (ubi badak), Dioscorea esculenta (ubi itik / ubi nasi), Dioscorea bulbifera (ubi angin), dan Dioscorea hispida (ubi gadong). Penanaman dan pengeluaran ubian ini masih berada pada skala yang kecil. Berdasarkan statistik rasmi daripada Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia pada tahun 2025, pengeluaran ubi badak hanya merekodkan pengeluaran sebanyak 2 tan metrik dengan keluasan bertanam yang sangat rendah (0.2 hektar) berbanding dengan tanaman ubian komersial lain seperti ubi keledek (54,246 tan metrik, 3,327 hektar), ubi kayu (44,868 tan metrik, 2,554 hektar), dan ubi keladi (2,817 tan metrik, 492 hektar).

Analisis Nilai Pemakanan dan Penggunaan di Malaysia

Isi ubi Dioscorea spp. sememangnya terkenal dengan kepadatan makronutrien karbohidrat yang tinggi. Ciri biokimia ini menjadi faktor utama mengapa ubian diangkat sebagai sumber makanan ruji yang penting di benua Afrika untuk membekalkan tenaga harian mereka. Di Malaysia, ubian ini mempunyai potensi untuk dikembangkan sebagai sumber alternatif karbohidrat selain beras. Sebagai contoh, kandungan karbohidrat di dalam ubi badak dan ubi nasi adalah sebanyak 80 – 83 g/100g. Nilai kandungan karbohidrat yang berbeza dipengaruhi oleh faktor kepelbagaian varieti genetik ubian, iklim dan lokasi geografi di mana ubi itu ditanam. Selain fungsi utamanya sebagai pembekal kalori dan tenaga, ubian ini juga mengandungi nilai protein yang signifikan dan kompetitif berbanding tanaman umbisi lain. Ini sekaligus mampu menyokong keperluan nutrisi dan diet seimbang masyarakat Malaysia. Sebagai contoh, kandungan protein dalam ubi gadong adalah sebanyak 1.13% –  6.20%, manakala ubi badak (4.7% – 8.99%), ubi nasi (7.25%) dan ubi angin (8.83%). Penggunaan ubian ini lebih sinonim dengan budaya gastronomi masyarakat di pantai timur Semenanjung Malaysia serta komuniti Orang Asli, khususnya di negeri Kelantan, Terengganu, dan sebahagian kawasan pedalaman Pahang. Bagi komuniti ini, ubian ini bertindak sebagai sumber makanan sampingan yang amat kritikal terutama menjelang musim tengkujuh atau monsun timur laut (antara bulan Oktober hingga Disember) di mana aktiviti pertanian terjejas akibat faktor cuaca. Selain itu, salah satu kegunaan tradisional yang menarik adalah penggunaan rendaman air daripada ubi ciak (D. piscatorum). Komuniti Orang Asli secara tradisionalnya memanfaatkan air rendaman daripada ubi ciak ini sebagai agen penuba (racun semula jadi) untuk menangkap ikan di sungai. Keberkesanan kaedah tradisi ini adalah disebabkan dengan kehadiran sebatian alkaloid semula jadi yang bersifat neurotoksin (dioscorine). Walau bagaimanapun, memandangkan sebatian alkaloid ini berupaya memberikan kesan buruk kepada sistem saraf, kajian toksikologi lanjutan perlu dijalankan bagi mengenal pasti had ambang selamat, kesan sisa racun terhadap ekosistem air, serta mekanisme kerosakan biokimia atau keracunan sekunder kepada manusia yang memakannya.

Gambar 1. Beberapa contoh tanaman ubian liar (Dioscorea spp.)
Gambar 2. Keratan rentas beberapa ubian liar Dioscorea spp.
Gambar 3. Contoh beberapa varieti ubian liar (Dioscorea spp.) berpotensi sebagai sumber makanan alternatif masa hadapan. a) ubi badak putih (Dioscorea alata) ; b) ubi badak ungu (Dioscorea alata var purpurea); c) ubi itik / ubi nasi (Dioscorea esculenta); d) ubi ciak (Dioscorea piscatorum).

Potensi Bioaktif Masa Hadapan

Kajian saintifik terdahulu telah membuktikan bahawa ubian ini menunjukkan pelbagai aktiviti biologi seperti antioksidan, antimikrob, antidiabetik, antihipertensi, hipolipidemik dan antiproliferatif. Kesan aktiviti biologi ini didorong dengan kehadiran metabolit sekunder seperti sebatian fenolik (flavonoid dan antosianin), karotenoid, dan sebatian saponin steroidal (diosgenin). Melalui pelbagai model ujian makmal (in vitro) serta ujian praklinikal (in vivo), sebatian diosgenin bertindak sebagai agen kardioprotektif (melindungi jantung), neuroprotektif (melindungi sel saraf), anti-radang, anti-trombotik (menghalang pembekuan darah berbahaya), dan imunomodulator (mengawal atur sistem imun badan). Selain manfaat kesihatan secara terus, sebatian ini juga mempunyai nilai komersial yang tinggi dalam rantaian industri farmaseutikal global. Sebatian ini berfungsi sebagai prekursor atau bahan pemula kimia yang utama bagi proses sintesis industri untuk menghasilkan kortikosteroid, hormon seks (estrogen dan progesteron), serta pil perancang kehamilan. Ini menunjukkan, peranan ubi liar sebagai bekalan asas dalam rantaian pembuatan pelbagai ubatan berasaskan steroid.

Keterjaminan Makanan dan Agenda Mengarusperdanakan Ubi Liar

Sebagai kesimpulan, profil nilai pemakanan yang padat serta kepelbagaian aktiviti biokimia daripada ubian ini menunjukkan potensinya yang besar sebagai sumber makanan alternatif masa hadapan. Sistem keterjaminan makanan (food security) di Malaysia sebahagian besarnya sangat bergantung kepada beras sebagai sumber karbohidrat utama. Kebergantungan terhadap komoditi makanan ruji (monokultur diet) mendedahkan negara kepada risiko krisis bekalan sekiranya berlaku gangguan rantaian global, bencana alam, mahupun perubahan iklim yang ekstrem. Justeru, sumber makanan negara perlulah dipelbagaikan bagi memastikan bekalan makanan negara berada dalam keadaan yang selamat dan terkawal. Sumber alternatif daripada ubi liar seperti Dioscorea spp. perlu dipergiat melalui kolaborasi antara agensi kerajaan, institusi penyelidikan, dan pihak industri. Ini merangkumi usaha domestikasi tanaman ke ladang petani, pembaikbakaan tanaman, penambahbaikan teknologi lepastuai dan penghasilan produk hiliran berasaskan ubian tersebut. Melalui strategi pemasaran dan sokongan penyelidikan yang komprehensif, ubian tradisional ini mampu menjadi komoditi komersial yang bernilai tinggi dalam pasaran terbuka Malaysia.

Rujukan

Azahana, A., Dahlia, A.S., Noor Syaheera, M.Y., Noor Haslinda,N.H., Othman, H.S., & Salleh, M.S. (2023). Foliar morphological and micromorphological variation of Dioscorea species in Terengganu, Malaysia. Revelation and Science, 1(1), 29–38. doi: https://doi.org/10.31436/revival.v1i1.379

Azid, M. Z., Ghazalli, M. N., Kadir, A. M. A., Mohd Noor, S. A., Yusof, S. A. M., Yusof, N. D., Prayoga, M. R., & Salleh, S. (2025). Comparative Assessment of Nutritional, Antioxidant and Phytochemical Properties of Wild Yams (Dioscorea spp.) Accessions in Peninsular Malaysia. Biology, Medicine, & Natural Product Chemistry, 14(1), 211–218. https://doi.org/10.14421/biomedich.2025.141.211-218

Adomėnienė, A., & Venskutonis, P. R. (2022). Dioscorea spp.: Comprehensive Review of Antioxidant Properties and Their Relation to Phytochemicals and Health Benefits. In Molecules (Vol. 27, Issue 8). MDPI. https://doi.org/10.3390/molecules27082530

Cui, Y., Zhou, Y., Li, Y., Wang, J., Li, D., & Chen, F. (2023). Chinese Yam and Its Active Components Regulate the Structure of Gut Microbiota and Indole-like Metabolites in Anaerobic Fermentation In Vitro. Nutrients, 15. https://doi.org/10.3390/nu15245112

Department of Agriculture Peninsular Malaysia (DOA). (2025). Perangkaan Agromakanan Luar Bandar dan Tanaman Ubian Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: DOA.

FAO STAT. (2024). World Yam Production Share and Statistics by Region (2020-2022). Food and Agriculture Organization of the United Nations.

Ferriol, M. I. (2023). Morphological Diversity of Edible Yam ( Dioscorea spp ) in Tablas , Island , Romblon , Philippines. 5(1), 33–42.

Godfrey, E. O., Faith, O., & Esther, I. I. (2023). Comparative Assessment of the Proximate Composition, Functional Properties and Amino Acid Profile of Dioscorea bulbifera, Dioscorea alata and Dioscorea rotundata Found in Minna, Niger State. Biology, Medicine, & Natural Product Chemistry, 12(1), 177–185. https://doi.org/10.14421/biomedich.2023.121.177-185

Kuagny, R. B. M., Saha, B. U. F., Achu, M. B. L., Kansci, G., Medoua, G. N., & Fokou, E. (2023). Polyphenol and flavonoid contents, antioxidant activities and glycaemic index of Dioscorea spp and Coleus esculentus from Cameroon. Food Chemistry Advances, 3. https://doi.org/10.1016/j.focha.2023.100500

Mandal, N., Pathak, A., Gauliya, K., Manjhi, M. K., Gupta, A., Upadhyay, D., Khan, M. L., Koiri, R., Saad, T., & Upadhyay, C. (2025). Reprogramming of Diosgenin‐Specialized Metabolism in Plants and Its Medicinal Applications. Physiologia Plantarum, 177. https://doi.org/10.1111/ppl.70621

Mojiono, M., Ajiid, M. D. S., Wulandari, S., Apriliyanti, F., Alamsyah, F., & Fansuri, H. (2022). Profil Umbi Uwi (Dioscorea alata) dan Potensi Aplikasi Pada Beragam Produk Pangan: Review. JURNAL AGROSAINS : Karya Kreatif Dan Inovatif, 7(1), 36–41. https://doi.org/10.31102/agrosains.2022.7.1.36-41

Biodata Penulis

  1. ChM. Mohd Zulkhairi bin Azid merupakan Pegawai Penyelidik Kanan di Program Penggunaan Sumber & Konservasi Agrobiodiversiti, MARDI. Bidang pengkhususan beliau merangkumi kimia sebatian semulajadi dan fitokimia. Penyelidikan beliau di MARDI menjurus kepada pencirian kimia sumber agrobiodiversiti bagi menyokong aktiviti pemuliharaan dan penggunaan sumber genetik bagi keterjaminan makanan negara.
  2. Abdul Muhaimin bin Abdul Kadir merupakan Pegawai Penyelidik di Program Penggunaan Sumber & Konservasi Agrobiodiversiti, MARDI. Bidang pengkhususan beliau adalah merangkumi bioteknologi tumbuhan dalam kultur tisu tumbuhan. Penyelidikan beliau dalam bidang bioteknologi tumbuhan, khususnya kultur tisu,  krioawetan dan konservasi sumber genetik tanaman.
  3. Mohd Norfaizal Ghazalli merupakan Timbalan Pengarah Program Penggunaan Sumber & Konservasi Agrobiodiversiti, MARDI. Bidang penyelidikan beliau merangkumi aplikasi anatomi, mikromorfologi dan palinologi (kajian debunga) dalam pengecaman spesies, pemahaman hubungan evolusi serta pemuliharaan sumber tumbuhan. Skop kerja beliau melibatkan pelbagai famili tumbuhan, yang turut merangkumi sumber genetik tumbuhan untuk makanan dan pertanian (PGRFA).
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: food securitykajian saintifik tanaman ubikarbohidratKementerian Pertanian dan Kertejaminan Makananketerjaminan makanankomuniti orang asliMARDIMohd Zulkhairi Azidnilai pemakanan ubi liarpotensi bioaktifproteinubi anginubi badakubi ciakubi gadongubi itikubi keladiubi liarubi pasirubi woh
ShareTweetShare
Previous Post

Kawalan Biologi bagi Ganoderma boninense, Kulat Perosak Tanaman Kelapa Sawit

Editor

Editor

Related Posts

Kawalan Biologi bagi Ganoderma boninense, Kulat Perosak Tanaman Kelapa Sawit
Alam Semulajadi

Kawalan Biologi bagi Ganoderma boninense, Kulat Perosak Tanaman Kelapa Sawit

3 days ago
Gabungan Sensor IoT dan Kod QR Mampu Menguruskan Ladang Tanaman Cili dengan Lebih Cekap
Alam Semulajadi

Gabungan Sensor IoT dan Kod QR Mampu Menguruskan Ladang Tanaman Cili dengan Lebih Cekap

5 days ago
Keladi Gajah: Sumber Makanan yang Terpinggir
Alam Semulajadi

Keladi Gajah: Sumber Makanan yang Terpinggir

6 days ago
Edu Tourism EdAS: Membina Jambatan Ilmu Bersama Murid Orang Asli SK Tekir
Alam Semulajadi

Edu Tourism EdAS: Membina Jambatan Ilmu Bersama Murid Orang Asli SK Tekir

6 days ago

Kategori Produk

  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In