23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, May 15, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Ulam Raja Berpotensi Kuatkan Minda

Ulam Raja Berpotensi Kuatkan Minda

Editor by Editor
29/09/2021
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh: Wan Azdie Mohd Abu Bakar, PhD & Rozlin Abdul Rahman, MD, PhD

Kulliyyah of Allied Health Sciences, International Islamic University Malaysia

 

Siapa yang tidak kenal pokok Ulam Raja atau nama saintifiknya Cosmos caudatus. Ianya sejenis tumbuhan yang cepat membesar dan dapat dituai dalam masa yang singkat. Daunnya mempunyai aroma serta rasa yang tersendiri menjadikan ia sesuai dihidangkan sebagai ulam untuk dimakan bersama nasi ketika santapan makan tengah hari mahupun makan malam. Ia sering dimakan dengan sambal belacan serta sambal kelapa, ataupun dicicah dengan budu. Selain dari itu, ia juga boleh dijadikan kerabu atau dicampur dalam nasi kerabu dan juga laksa. Ternyata ia adalah ulam penambah selera kebanyakan orang.

 

KHASIAT ULAM RAJA

Ulam Raja telah diamalkan secara tradisional sebagai ulam-ulaman kerana dipercayai mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Secara saintifik, Ulam Raja didapati mempunyai tinggi kandungan flavonoid dan antioksidan serta beberapa lagi kompaun aktif yang boleh bertindak sebagai agen pelindung neuron, selain daripada didapati bermanfaat sebagai antidiabetes, anti-inflamasi, anti-obesiti, antimikrobial, antihypertensi, dan antikanser. Dari segi kandungan nutrien, 100g Ulam Raja membekalkan antara lainnya 18 kkal tenaga, 1.6g fiber, 270mg kalsium, 426g potassium dan 64.6mg vitamin C.

Jumlah populasi warga tua yang berumur 65 tahun ke atas di seluruh dunia semakin meningkat. Malaysia juga tidak terkecuali di mana menurut Jabatan Statistik Malaysia, golongan warga tua menunjukkan peningkatan hampir dua kali ganda di antara tahun 1991 hingga 2020 iaitu dari 5.6% kepada 10.7%. Perubahan fisiologi yang berlaku dengan pertambahan umur merupakan salah satu penyebab kepada terjadinya penyusutan fungsi minda atau otak seperti ‘Dementia’ atau lebih dikenali sebagai nyanyuk. Mereka yang mengalami masalah nyanyuk ini biasanya mengalami masalah hilang ingatan, perubahan tingkah laku, kurang kemampuan untuk berfikir dan seterusnya menghadapi masalah untuk menguruskan kehidupan seharian. Salah satu cara diagnosis yang digunakan, selain melakukan ujian darah dan pengimejan perubatan adalah melalui penilaian fungsi intelektual dengan melakukan ujian saringan neuropsikologi seperti ‘Mini Mental State Examination’ (MMSE) atau pemeriksaan keadaan mental-mini. Kebiasaannya, pesakit yang mengalami masalah nyanyuk akan mendapat markah kurang dari 25-30 yang merupakan markah untuk kognitif normal.

Dalam satu kajian terbaru yang diterbitkan pada awal tahun 2021 di dalam jurnal Nutrients, para pengkaji dari Universiti Kebangsaan Malaysia melaporkan bahawa pengambilan Ulam Raja dapat mempengaruhi fungsi otak. Dalam kajian tersebut, 48 orang warga tua berumur dalam lingkungan 60 hingga 75 tahun yang mengalami masalah kognitif yang ringan dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diberi makan kapsul yang mengandungi 500 mg serbuk Ulam Raja selama 12 minggu manakala kumpulan kedua bertindak sebagai kumpulan kawalan, hanya diberi kapsul yang tidak mengandungi serbuk Ulam Raja.

Berikut adalah tiga hasil dapatan utama dari para penyelidik tersebut:

  1. Memperbaiki tahap kognitif dan fungsi otak.

Pengambilan kapsul Ulam Raja selama 12 minggu di kalangan kumpulan pertama telah menunjukkan perubahan drastik dari segi fungsi kognitif otak. Mereka mendapati markah ‘Mini Mental State Examination’ (MMSE) untuk kumpulan pertama yang menerima kapsul Ulam Raja adalah jauh lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan. Hal ini mungkin disebabkan oleh kandungan flavonoid yang tinggi di dalam Ulam Raja yang berpotensi untuk terlibat di dalam laluan neuroprotektif dan melindungi sel-sel otak dari sebarang kecederaan.

 

  1. Berpotensi mengurangkan stres dan gangguan mood

Ulam Raja didapati memberi kesan positif terhadap stres dan gangguan mood kerana kandungan flavonoid di dalamnya mempunyai kesan anti-depresi serta mampu mengurangkan rasa cemas (anxiety). Flavonoid merupakan kompaun yang boleh didapati dalam kebanyakan buah-buahan dan tumbuhan. Kandungan flavonoid yang tinggi dikatakan mampu memberi kesan perlindungan terhadap depresi dan mengurangkan keradangan sel-sel otak.

  1. Bertindak sebagai antioksidan dan mengurangkan radikal bebas

Ketidakseimbangan di antara kandungan antioksidan dan penghasilan radikal bebas berlebihan akan memudaratkan badan. Ini adalah kerana radikal bebas berlebihan yang tidak dineutralkan oleh antioksidan akan menyebabkan kerosakan sel-sel badan dan seterusnya boleh mengganggu fungsi otak. Justeru itu, pengambilan Ulam Raja didapati telah meningkatkan aktiviti enzim antioksidan (glutathione) dan berjaya menurunkan tahap radikal bebas (malondialdehyde).  Kajian pada tahun 2012 oleh para penyelidik dari Universiti Sains Malaysia turut mendapati Ulam Raja mempunyai kapasiti antioksidan yang tertinggi jika dibandingkan dengan daun selom, daun kari, petai dan pegaga.

 

TANAM ULAM RAJA UNTUK KEGUNAAN SENDIRI

Memandangkan Ulam Raja mempunyai pelbagai khasiat dan mudah ditanam, setiap rumah seharusnya mempunyai tumbuhan ini untuk dijadikan menu amalan sebagai ulam.

Ulam Raja tergolong dalam kumpulan Cosmos berdasarkan ciri-ciri daun serta bunganya. Terdapat beberapa jenis Cosmos yang kelihatan seperti Ulam Raja tetapi ianya merupakan pokok bunga hiasan, jadi kenalpasti betul-betul yang mana satu Ulam Raja.

Untuk menanam, dapatkan biji benih yang sihat. Sediakan tanah yang sesuai dan letakkan biji benih lalu tutup dengan sedikit lapisan tanah. Siram perlahan-lahan dan pastikan tanah sentiasa lembab. Anak pokok akan mula bercambah dan tumbuh dalam beberapa hari. Selain dari menanam daripada biji benih, kaedah keratan batang juga boleh digunakan.  Batang yang matang tetapi tidak terlalu tua boleh dikerat dan pacakkan ke dalam medium tanaman yang sesuai. Selepas dua minggu, pembajaan boleh dibuat sama ada dengan baja organik ataupun baja bukan-organik.

Setelah pokok mencapai tinggi hampir dua kaki, pucuknya sudah boleh dituai. Pucuk baru akan terus tumbuh dan pokok akan menjadi rimbun bila selalu dipetik. Putik bunga perlu dibuang untuk menghasilkan daun yang besar. Akan tetapi, jika bunga dibiarkan, ia akan menghasilkan biji benih yang baru dan anda boleh menanam lebih banyak lagi.

 

RUJUKAN

Bunawan, S. N., Bunawan, H., Baharum, N., Amin, N. M., & Noor, N. M. (2014). Cosmos Caudatus Kunth: A Traditional Medicinal Herb. Global Journal of Pharmacology, 8(3), 420–426. https://doi.org/10.5829/idosi.gjp.2014.8.3.8424

Cheng, S. H., Barakatun-Nisak, M. Y., Anthony, J., & Ismail, A. (2015). Potential medicinal benefits of Cosmos caudatus (Ulam Raja): A scoping review. Journal of Research in Medical Sciences, 20(10), 1000–1006. https://doi.org/10.4103/1735-1995.172796

You, Y. X., Shahar, S., Rajab, N. F., Haron, H., Yahya, H. M., Mohamad, M., Din, N. C., & Maskat, M. Y. (2021). Effects of 12 Weeks Cosmos caudatus Supplement among Older Adults with Mild Cognitive Impairment: A Randomized, Double-Blind and Placebo-Controlled Trial. Nutrients, 13(2), 1–16. https://doi.org/10.3390/nu13020434

Department of Statistics Malaysia (2019). Current Population Estimates Malaysia 2018–2019; Department of Statistics: Putrajaya, Malaysia.

Reihani, S.F.S. & Azhar, M.E. (2012). Antioxidant activity and total phenolic content in aqueous extracts of selected traditional Malay salads (Ulam). International Food Research Journal. 19(4): 1439-1444.

Nutraceutical Business Review.  (23rd August 2017). Flavonoid intake associated with decreased depression risk. https://nutraceuticalbusinessreview.com/news/article_page/Flavonoid_intake_associated_with_decreased_depression_risk/132958

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: fungsi otakkhasiat ulam rajakognitifUIAMulam raja
ShareTweetShare
Previous Post

Elak Pencemaran Aflatoksin Dalam Produk Tenusu

Next Post

Melandaikan Lengkung Jangkitan Covid-19

Editor

Editor

Related Posts

Teknologi Perubatan Nuklear – Revolusi dalam Pengesanan Sentinel Kanser Payudara
Berita & Peristiwa

Teknologi Perubatan Nuklear – Revolusi dalam Pengesanan Sentinel Kanser Payudara

6 days ago
Kitaran Batuan: Nadi Dinamik Bumi
Alam Semulajadi

Kitaran Batuan: Nadi Dinamik Bumi

1 week ago
Rahsia Monsun Timur Laut: Di Sebalik Hujan, Angin dan Gelombang
Alam Semulajadi

Rahsia Monsun Timur Laut: Di Sebalik Hujan, Angin dan Gelombang

1 month ago
Penggunaan Probiotik Bacillus velezensis sebagai Biokawalan Patogen Bakteria dalam Akuakultur
Berita & Peristiwa

Penggunaan Probiotik Bacillus velezensis sebagai Biokawalan Patogen Bakteria dalam Akuakultur

1 month ago
Next Post
Melandaikan Lengkung Jangkitan Covid-19

Melandaikan Lengkung Jangkitan Covid-19

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In