23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, April 15, 2021
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

10 Fakta Menarik tentang Nikola Tesla

Editor by Editor
25/07/2016
in Tokoh
0 0
0

Oleh: K.Nisha

Nikola Tesla, seorang perekacipta, jurutera dan ahli fizik berbangsa Serbia-Amerika yang terkenal dengan sumbangan beliau kepada rekabentuk sistem arus elektrik ulang-alik. (AC current)
Tesla dilahirkan pada 10 Julai 1856 di Smiljan (sekarang Croatia). Walaupun meninggal dunia dalam keadaan miskin pada 1943, reputasi dan semua hasil ciptaan beliau menjadi popular semula kini dan beliau telah dipaparkan dalam filem, novel, muzik dan permainan video.
[Baca – Lagenda Jurutera Tersohor Dunia] 
Pada 1960, General Conference on Weights and Measures telah memperkenalkan istilah “tesla” kepada International System of Units sebagai ukuran unit SI bagi kekuatan medan magnet.
Berikut adalah 10 fakta tentang Nikola yang tidak diketahui umum:
1. Tesla adalah seorang pencinta alam
Tesla amat mengambil berat tentang sumber Bumi yang cepat susut digunakan manusia dan sangat menyokong penggunaan bahan api yang boleh diperbaharui (renewable fuel). Beliau mengkaji cara-cara menggunakan tenaga semulajadi daripada tanah dan langit untuk mengurangkan penggunaan bahan api fosil. Tesla telah mencipta kilat tiruan untuk kegunaan di makmal beliau.
2. Tesla dilahirkan semasa ribut petir yang dahsyat sedang berlaku.
Beliau dilahirkan semasa satu ribut petir yang kuat sedang berlaku. Bidan yang menyambut kelahirannya menyatakan ini adalah suatu petanda tentang anak tersebut akan membawa kegelapan  (child of darkness) namun ibu Tesla menyanggah dan menyatakan anaknya akan membawa cahaya.
3. Tesla mementingkan isu kemanusiaan
Beliau sangat mementingkan keperluan meningkatkan kualiti hidup manusia tetapi bukan untuk kewangan. Oleh sebab inilah beliau meninggal dunia dalam keadaan miskin walaupun telah menghasilkan banyak sumbangan rekacipta yang memudahkan kehidupan.
4. Tesla telah memikirkan tentang internet tanpa wayar pada tahun 1901
Tesla mempunyai imiginasi yang tinggi namun tidak dapat merealisasikan semua ideanya. Semasa membina radio ‘trans atlantic’, beliau telah membayangkan satu sistem yang mengumpul maklumat, mengkod maklumat tersebut, dan menyiarkannya kepada peranti ‘bolehpegang’ (handheld) – sekarang dipanggil internet ‘mobile’ di telefon bimbit kita. Tesla juga membayangkan namun tidak pernah merekacipta, teknologi untuk astronomi radio, radar, x-ray dan alur partikel “death ray”.
5. Tesla mempunyai daya ingatan yang kuat (eidetic memory)
Beliau boleh mengingat semula semua buku-buku dan imej dengan terperinci. Dikatakan beliau menggunakan imiginasinya yang tinggi bagi membantu menghadapi masalah mimpi buruk (nightmares) yang dialaminya semasa kecil.
6. Kerajaan US telah mengklasifikasi semua barang kepunyaan Tesla
Apabila Tesla meninggal dunia, the Office of Alien Property telah mengambil alih semua barang kepunyaan mendiang. Setelah itu sebahagian telah diserahkan kepada keluarga Tesla, dan beberapa barang telah didermakan kepada Tesla Museum di Belgrade. Walaupun Tesla telah meninggal dunia pada tahun 1943, masih ada lagi dokumen-dokumen peribadi beliau yang sehingga kini masih diklasifikasi oleh kerajaan US.
7. Tesla mungkin mengalami penyakit ‘obsessive compulsive’ (OCD) dan insomnia
Tesla mengatakan yang beliau hanya perlu tidur 2 jam sahaja setiap malam. Tidak jelas ini adalah kerana tabiatnya atau tidak boleh tidur lebih lama daripada itu.
Beliau juga taksub dengan nombor 3, dan menggunakan 18 helai kain napkin untuk membersihkan meja makannya sebelum makan malam. Beliau tidak suka objek berbentuk bulat, barang kemas dan menyentuh rambut.
8. Edison dan Tesla tidak pernah bertelagah
Kedua-dua tokoh ini sentiasa bergabung idea merekabentuk generator arus terus sebelum Tesla menarik diri bagi mengejar impiannya untuk mencipta motor induksi arus ulang-alik. Hubungan antara mereka mungkin bersifat pesaing perniagaan.
9. Tesla pernah membantu penulis terkenal Mark Twain dalam masalah peribadi
Semasa sedang mereka lebih kuasa elektrik, Tesla percaya beliau telah mencipta sebuah mesin gempa bumi, yang telah menggoncang bangunan dan kawasan kejiranannya di Manhattan setiap kali eksperimen dijalankan. Tesla kemudiannya mendapati yang beliau telah mereka satu oscillator berfrekuensi tinggi di mana piston di bawah platform makmal beliau bergerak ulang-alik (fluctuated) laju mengikut pergerakan mesin.
Tesla menjemput kawan beliau Mark Twain untuk berdiri di atas platform tersebut semasa oscillator dihidupkan. Twain yang mempunyai masalah penghadaman terpaksa pergi ke tandas selepas itu.
10. Anda boleh mendapat Wi-Fi percuma daripada Tesla
Satu kempen Indiegogo telah dilancarkan oleh pencipta web komik Matthew Inman bagi mengumpul sumbangan untuk membina The Tesla Science Center. Kempen ini berjaya mengumpul $1.37 juta bersama satu geran daripada New York State lalu Tesla Science Center telah dibeli pada Mei 2013.
Sambutan yang menakjubkan daripada kempen tersebut telah mencetuskan satu lagi kempen pengumpulan derma pada Mei 2013 untuk membina sebuah patung tugu Tesla setinggi 7 kaki di Palo Alto, California. Kempen ini berjaya mengumpul $127,000 daripada 722 orang penyokong. Patung Tesla ini telah didirikan pada Disember 2013 dengan sebuah kapsul masa (time capsule) dan hotspot Wi-Fi percuma untuk kegunaan awam.

SUMBER – IFLS

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Pengalaman Belajar Bidang Kimia

Next Post

Penyelidik UPM hasil Teknologi Nano Bantu Sejukkan Suhu Bangunan

Editor

Editor

Related Posts

Srinivasa Ramanujan- Ahli Matematik Terbilang India (1887-1920)
Berita & Peristiwa

Srinivasa Ramanujan- Ahli Matematik Terbilang India (1887-1920)

1 year ago
7 Fakta Menarik Mengenai Terence Tao
Berita & Peristiwa

7 Fakta Menarik Mengenai Terence Tao

1 year ago
Abdus Salam: Genius Fizik yang diabaikan di Negara Sendiri
Berita & Peristiwa

Abdus Salam: Genius Fizik yang diabaikan di Negara Sendiri

2 years ago
Temuramah Bersama Dr. Kevin Koay Jun Yi
Astronomi & Kosmologi

Temuramah Bersama Dr. Kevin Koay Jun Yi

2 years ago
Next Post
Penyelidik UPM hasil Teknologi Nano Bantu Sejukkan Suhu Bangunan

Penyelidik UPM hasil Teknologi Nano Bantu Sejukkan Suhu Bangunan

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bagaimanakah Melegakan Sedu Semasa Berpuasa?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rumah Tradisional Melayu: Antara Seni, Sains & Realiti

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

Majalah Sains © 2020

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Majalah Sains © 2020

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In