23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, July 8, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Pendekatan Holistik dalam Mempromosikan Keselamatan Makanan kepada Masyarakat Orang Kelainan Upaya (OKU)

Pendekatan Holistik dalam Mempromosikan Keselamatan Makanan kepada Masyarakat Orang Kelainan Upaya (OKU)

Editor by Editor
22/02/2024
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Dr. Shalinawati binti Ramli1 , Siti Adriana Ismail2
Pensyarah Fakulti Perubatan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)1
Pelajar Perubatan Universiti Sains Islam Malaysia2

 

Menyantuni masyarakat Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam mempromosikan kesihatan mengenai keselamatan makanan mampu membantu mereka dalam mempertingkatkan taraf kesihatan dan kualiti hidup yang lebih baik walaupun dengan pendekatan yang sedikit berbeza. Justeru itu, kelab pelajar perubatan One Health Students Club (OHSC), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah menganjurkan satu program kesukarelawan iaitu program “Safe Food Today for A Healthy Tomorrow”, yang mana telah mendapat pembiayaan daripada Malaysia One Health University Network (MyOHUN). Objektif program ini adalah untuk memupuk kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat tentang keselamatan makanan. Program ini telah menjadikan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang tinggal di Pusat Pemulihan Orang Kelainan Upaya (OKU) Kampung Aur, Bachok, Kelantan sebagai antara kumpulan sasaran program selain pelajar sekolah.

Melalui program ini, mereka telah didedahkan dengan cara mengenal pasti makanan yang berisiko tinggi untuk tercemar, cara pengendalian dan penyimpanan makanan yang betul dan kaedah pengencaman makanan rosak melalui pameran. Bukan itu sahaja, pengetahuan berkaitan dengan kriteria premis makanan yang bersih dan aktiviti yang boleh mencemarkan makanan juga turut diberi penekanan melalui tayangan video pendek yang telah disediakan oleh Dr Masyita bin Mamot, pensyarah Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Secara umumnya, pencemaran makanan boleh berlaku di mana-mana peringkat rantaian makanan termasuk pembelian, pengangkutan, penyimpanan, penyediaan dan penyajian makanan. Oleh itu, dengan wujudnya program ini, pengetahuan keselamatan makanan boleh diaplikasikan oleh mereka dalam kehidupan seharian.

Wujudnya pusat pemulihan OKU ini penting dalam membantu mereka untuk hidup berdikari dan diintegrasikan dalam masyarakat. Antara  usaha pemulihan di pusat ini ialah melibatkan mereka dalam industri penternakan ayam. Pengetahuan mereka tentang menjaga kualiti bahan mentah penting  untuk memastikan ianya tidak rosak dan tidak tercemar oleh mikroorganisma kepada pelanggan mereka. Ayam selalu dikaitkan dengan kes keracunan makanan dan ianya mungkin boleh berpunca daripada cara penyimpanan dan pengangkutan yang salah sebelum sampai ke pasar dan dimasak oleh pembeli. Bukan itu sahaja, ianya juga boleh berlaku semasa penyediaan dan penyajian ayam tersebut.

Penyakit

Bakteria  Salmonella merupakan bakteria yang biasanya menjangkiti ayam melalui air dan makanan yang sudah tercemar oleh bakteria ini. Bukan itu sahaja, jangkitan vertikal boleh berlaku dari ayam betina yang sudah dijangkiti kepada anaknya semasa pembentukan telur.  Najis  ayam ini juga boleh melekat pada kulit telur semasa bertelur dan mengeram. Jika tidak membersihkan dan memasak dengan sempurna maka, risiko keracunan makanan adalah tinggi. Pada tahun 2021, penemuan Salmonella Enteriditis pada sampel telur ayam oleh Agensi Makanan Singapura (SFA) telah menyebabkan arahan menarik balik telur ayam keluaran Malaysia dari pasaran Singapura. Apabila kejadian ini belaku, terdapat kesan kepada pengeluar dan pada masa yang sama jika perkara ini tidak dikenalpasti oleh SFA, wabak keracunan makanan boleh berlaku di Singapura. Seperti kita sedia maklum, keracunan makanan  boleh membawa kepada kematian.

Kebersihan diri juga amat penting untuk ditekankan sebelum mengendalikan makanan. Selepas pulang berkerja, mestilah membersihkan diri sebelum mengendalikan makanan bagi mengelakkan pencemaran makanan tanpa sedar. Dalam laporan tahunan bahagian keselamatan dan kualiti makanan Kementerian Kesihatan Malaysia yang terkini di portal mereka, telah mendapati penurunan jumlah episod keracunan makanan (KRM) daripada 496 pada tahun 2018 kepada 197 pada tahun 2021. Penurunan ini merupakan cermin kesungguhan dan hasil usaha bersama dalam mencegah keracunan makanan di Malaysia. Statistik ini boleh meningkat pada bila-bila masa sahaja jika kita berhenti mempromosikan perihal keselamatan makanan kepada rakyat Malaysia.

Tuntasnya, ilmu tentang keselamatan makanan penting untuk masyarakat kita. Promosi kesihatan yang bertemakan keselamatan makanan perlulah giat dilakukan tanpa mengira agama, bangsa, umur dan keupayaan seseorang. Hal ini kerana, tanpa ada kesedaran dalam masyarakat kita, sesiapa sahaja boleh menerima akibat buruknya, kerana penyakit itu tidak mengenal sesiapa.

Gambar-gambar sepanjang program

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Fakulti Perubatan USIMkeselamatan makananOKUShalinawati binti RamliUSIM
ShareTweetShare
Previous Post

Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama

Next Post

Mayaca fluviatilis: Tumbuhan Akuatik Eksotik Berpotensi Invasif

Editor

Editor

Related Posts

Satu Ukuran, Pelbagai Maklumat: Kepentingan Diameter at Breast Height (DBH) dalam Kajian Hutan
Alam Semulajadi

Satu Ukuran, Pelbagai Maklumat: Kepentingan Diameter at Breast Height (DBH) dalam Kajian Hutan

4 hours ago
Di Sebalik Kelazatan Makanan Laut Kering Langkawi: Apa Kata Sains Tentang Merkuri?
Alam Semulajadi

Di Sebalik Kelazatan Makanan Laut Kering Langkawi: Apa Kata Sains Tentang Merkuri?

20 hours ago
Cungkil Topik Tersembunyi: Bagaimana AI Menghuraikan Dokumen Panjang dalam Minit
Berita & Peristiwa

Cungkil Topik Tersembunyi: Bagaimana AI Menghuraikan Dokumen Panjang dalam Minit

21 hours ago
Udang Mentah dan Risiko Escherichia coli: Ancaman Patogen Bawaan Makanan
Berita & Peristiwa

Udang Mentah dan Risiko Escherichia coli: Ancaman Patogen Bawaan Makanan

2 days ago
Next Post
Mayaca fluviatilis: Tumbuhan Akuatik Eksotik Berpotensi Invasif

Mayaca fluviatilis: Tumbuhan Akuatik Eksotik Berpotensi Invasif

Kategori Produk

  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In