23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, January 21, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Imunonutrisi: Bagaimana Ia Membentuk Sistem Imun Badan Anda

Imunonutrisi: Bagaimana Ia Membentuk Sistem Imun Badan Anda

Editor by Editor
21/01/2026
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Siti Nur Aisyah Musa¹, Amirul Firdaus Zainal¹ & Dr. Nur Hana Hamzaid²

¹Pelajar Prasiswazah Program Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia 
²Pensyarah Kanan, Program Dietetik, Pusat Kajian Rehabilitasi & Keperluan Khas (iCaReHab), Universiti Kebangsaan Malaysia 

 

Apabila memikirkan tentang sistem imuniti badan, kita sering membayangkan sel darah putih yang melawan kuman, atau vaksin yang melindungi diri daripada penyakit dan jarang mengaitkannya dengan makanan. Namun, tahukah kita apa yang dimakan setiap hari secara berterusan, tanpa sedar membentuk sistem imuniti yang lebih baik. Hubungan yang jelas antara pemakanan dan imuniti ini memberikan istilah khusus , iaitu: Imunonutrisi.

Apa Itu Imunonutrisi?

Imunonutrisi ialah kajian tentang bagaimana nutrien tertentu mempengaruhi sistem imuniti dan kemampuan badan untuk melawan penyakit. Nutrien ini dikenali sebagai imunonutrien. Daripada hanya melihat makanan sebagai sumber tenaga, imunonutrisi menumpukan pada bagaimana nutrien secara aktif menyokong, mengatur, dan membentuk semula tindak balas imuniti. Secara ringkas, imunonutrisi adalah pengaruh nutrien dari makanan dalam meningkatkan fungsi imuniti badan pada tahap yang lebih baik agar kesihatan yang baik dapat dikekalkan dengan lebih berpanjangan.

Sistem imuniti sangat aktif dan sentiasa menyesuaikan diri. Untuk menjalankan tugasnya dengan berkesan, ia memerlukan bekalan nutrien yang berterusan bagi beberapa perkara seperti membina sel imuniti, menghasilkan antibodi, mengawal keradangan, dan membaiki tisu yang rosak. Apabila pemakanan berada pada tahap optimum, sistem imuniti bertindak balas dengan cepat dan efisien terhadap jangkitan. Apabila pemakanan tidak mencukupi, pertahanan imuniti badan menjadi lemah dan risiko mendapat penyakit turut meningkat.

Berbeza dengan pemahaman umum tentang pemakanan yang menekankan keperluan nutrien harian, imunonutrisi memberi fokus kepada nutrien khusus yang terbukti mempengaruhi fungsi imuniti badan secara langsung. Ini termasuk protein, asid lemak omega-3, vitamin A, C, D dan E, mineral, dan sebatian bioaktif yang terdapat dalam makanan secara semula jadi.

Bagaimana Imunonutrisi Berfungsi?

Imunonutrisi berfungsi melalui beberapa mekanisme utama. Pertama, nutrien menyediakan blok binaan untuk sel imuniti dan antibodi. Sebagai contoh, asid amino yang berasal daripada protein diet adalah penting untuk pertumbuhan dan pembaikan sel imuniti. Kedua, nutrien bertindak sebagai isyarat yang mengawal aktiviti imuniti. Antaranya adalah dari vitamin tertentu, seperti vitamin A, C, D dan E serta asid lemak omega-3, di mana ia membantu mengawal keradangan, dengan memastikan sel imuniti cukup kuat untuk melawan jangkitan. Ketiga, imunonutrisi turut menyokong hubungan usus-imuniti. Kebanyakan sel imuniti terletak di dalam usus dan, dengan itu pemakanan sangat mempengaruhi kesihatan usus dan keseimbangan bakteria bermanfaat. Persekitaran usus yang sihat meningkatkan toleransi dan perlindungan imuniti.

Hubungan Antara Imunonutrisi dan Imuniti

Setiap tindak balas imuniti, sama ada keradangan, penghasilan antibodi, atau pemusnahan patogen, memerlukan tenaga dan sumber nutrien. Protein membina sel imuniti dan antibodi, manakala vitamin dan mineral bertindak sebagai pengantara, antioksidan, dan pembantu enzim. Asid lemak pula mengawal keradangan. Apabila pemakanan tidak berada pada aras yang optimum untuk memberikan nutrien yang mencukupi, pertahanan imuniti menjadi lemah. Keadaan ini bukan sahaja berlaku dalam kebuluran teruk, malahan kekurangan nutrien yang sederhana atau tersembunyi juga boleh merosakkan tindak balas imun secara senyap. Kajian dari (Bourke et al. pada tahun, 2016) menunjukkan bahawa malpemakanan adalah salah satu punca kekurangan imuniti yang paling biasa di seluruh dunia termasuk kekurangan zat makanan dan pemakanan yang berkualiti rendah yang hanya menumpukan kepada penyediaan kalori tetapi tidak memenuhi nutrien penting.

Imunonutrisi memainkan peranan penting dalam pencegahan dan pemulihan penyakit. Bagi individu yang sihat, diet yang kaya dengan nutrien membantu mengekalkan keupayaan tindak balas imun dan mengurangkan risiko jangkitan. Bagi populasi yang berisiko seperti kanak-kanak, warga emas, pesakit yang dimasukkan ke hospital atau penghidap penyakit kronik, imunonutrisi boleh menyokong pemulihan dan mengurangkan komplikasi.

Dalam konteks klinikal, imunonutrisi melibatkan diet atau formula pemakanan yang direka khusus dengan nutrien yang menyokong imuniti. Dalam kehidupan seharian pula, ia bermaksud membuat pilihan makanan yang konsisten dalam menyokong kesihatan imuniti badan.

Imunonutrien: Makanan yang Menguatkan Sistem Imun Anda

Untuk mengekalkan sistem imun yang kuat, apa yang anda makan sama pentingnya dengan tidur atau bersenam. Sesetengah nutrien, yang mempunyai kriteria imunonutrien, terbukti menyokong fungsi imuniti secara langsung dengan mengurangkan keradangan berlebihan, dan membantu badan melawan jangkitan. Berikut adalah senarai nutrien utama dan sumber makanannya:

i- Protein dan Asid Amino Utama

Protein penting untuk sistem imuniti kerana sel imuniti membahagi dengan cepat ketika melawan jangkitan dan perkara ini memerlukan asid amino yang mencukupi. Dua asid amino utama yang terlibat adalah glutamin dan arginin. Glutamin menjadi sumber tenaga utama untuk sel imuniti dan menyokong kesihatan usus melalui melalui peranannya sebagai substrat tenaga utama untuk sel epitelium usus (enterosit), membantu menguatkan lapisan perlindungan usus serta mengurangkan kebocoran usus, sekali gus mencegah kemasukan patogen ke dalam peredaran darah. Glutamin boleh didapati dari telur, produk tenusu, daging lembu, ayam, ikan, kekacang, dan bayam. Arginin pula memainkan peranan penting dalam pengaturan imuniti, menyokong penyembuhan luka, dan membantu sel imuniti memusnahkan patogen. Sumber makanan yang kaya dengan arginin adalah kacang tanah, kacang soya, biji labu, dan kacang kuda. Walaupun glutamin dan arginin memainkan peranan penting dalam fungsi sistem imun, tiada cadangan pengambilan harian khusus bagi kedua-dua asid amino ini untuk individu yang sihat. Keperluan glutamin dan arginin lazimnya dapat dipenuhi melalui pengambilan protein yang mencukupi daripada diet harian, selaras dengan keperluan protein yang disarankan.

ii- Asid Lemak Omega-3

Lemak sihat, terutamanya asid lemak omega-3, penting untuk imuniti kerana ia membantu menyeimbangkan sistem imuniti dan mengurangkan keradangan berbahaya tanpa memeberi beban kepada pertahanan semula jadi badan. EPA dan DHA merupakan jenis asid lemak omega-3 yang sering didapati dari ikan berlemak seperti salmon, makerel, dan sardine. Selain sumber haiwan, sumber berasaskan tumbuhan yang turut mempunyai asid lemak ini termasuklah  “chia seed”, dan walnut. Berdasarkan cadangan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan badan berautoriti lain, pengambilan 250-500 mg asid lemak omega-3 jenis EPA dan DHA sehari disarankan bagi orang dewasa yang sihat, dan boleh dicapai melalui pengambilan ikan berlemak sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

iii- Vitamin yang Menguatkan Imuniti

Terdapat beberapa vitamin yang penting untuk fungsi sel imuniti dan melindungi badan daripada tekanan oksidatif. Vitamin A sebagai contoh mengekalkan kekuatan usus dan saluran pernafasan serta menyokong pengawalan sel imuniti, dengan sumber seperti lobak merah, ubi keledek, labu, bayam, dan hati. Vitamin C pula meningkatkan aktiviti sel imuniti dengan melawan kerosakan oksidatif. Ia mudah ditemui dari buah sitrus, strawberi, lada benggala, brokoli, dan kiwi. Vitamin D berfungsi mengawal tindak balas imun dengan mengelakkan keradangan berlebihan dan ia boleh diperoleh dari sumber seperti ikan berlemak, susu atau minuman tumbuhan yang diperkaya, dan sinaran matahari. Vitamin E turut melindungi membran sel imun daripada kerosakan oksidatif dengan menyokong fungsi sel darah putih dan ia boleh didapati dari sumber seperti badam, biji bunga matahari, bayam, dan avokado.

iv- Mineral yang Menguatkan Imuniti

Mineral seperti zink, zat besi, dan selenium penting untuk pertumbuhan sel imun, isyarat, dan pertahanan antioksidan. Zink boleh didapati dari tiram, daging lembu, biji labu, kacang kuda, dan kacang gajus. Zat besi menyokong pertumbuhan dan fungsi sel imun. Sumber yang tinggi dengan zat besi termasuk lah daging merah, ayam, kekacang, bayam, dan tofu. Selenium membantu mengawal tindak balas imuniti dan meningkatkan pertahanan antioksidan, dan ia sering ditemui dari tuna, telur, dan cendawan.

v- Sebatian Bioaktif dari Tumbuhan

Sebatian tumbuhan seperti polifenol, flavonoid dan karotenoid membantu menjaga kesihatan sistem imuniti dengan mengurangkan keradangan dan melindungi sel-sel badan daripada kerosakan. Sebatian ini bertindak sebagai antioksidan semula jadi yang membantu tubuh melawan jangkitan dan kekal sihat. Ia boleh diperoleh daripada makanan harian seperti buah beri, tomato, kangkung, “dark chocolate”, teh hijau, serta pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna-warni. Amalan pemakanan yang pelbagai dan seimbang ini dapat membantu memastikan tubuh badan mendapat manfaat daya tahan imuniti ini secara berterusan.

Pendekatan Praktikal untuk Kesihatan Imuniti

Strategi imunonutrisi yang bersasar dapat membantu menyokong kesihatan imuniti pada setiap peringkat kehidupan. Idea bahawa makanan mempengaruhi imuniti bukanlah sesuatu yang baharu, tetapi sains moden telah menguatkan pemahaman kita tentang kepentingan pengaruh ini. Imunonutrisi menekankan bahawa makanan bukan hanya memberi tenaga, tetapi juga mempengaruhi sistem imuniti dan kesihatan tubuh. Di dalam dunia yang sering melaporkan peningkatan penyakit kronik, kemunculan jangkitan baru, dan populasi yang semakin tua, pengukuhan daya tahan imuniti melalui pemakanan adalah lebih relevan berbanding sebelum ini. Ia menjelaskan mengapa tabiat pemakanan jangka panjang lebih penting daripada pembaikan jangka pendek dan mengapa menyokong imuniti bermula dengan pilihan makanan seharian. Dengan memahami imunonutrisi, kita boleh beralih daripada melihat makanan hanya dari perspektif kalori, namun mula melihatnya sebagai pendekatan yang berkesan untuk mengekalkan kekuatan imuniti dan kesihatan tubuh secara keseluruhan. Akhirnya, langkah membentuk sistem imuniti yang mampan tidak bermula di makmal atau farmasi, tetapi bermula dari pilihan makanan kita sehari-hari.

Kredit foto-pharmdx


Rujukan:

Bourke, C. D., Berkley, J. A., & Prendergast, A. J. (2016). Immune dysfunction as a cause and consequence of malnutrition. Trends in Immunology, 37(6), 386–398. https://doi.org/10.1016/j.it.2016.04.003es

Codex Alimentarius Commission. 2016. Report of the Codex Committee on Nutrition and Foods for Special Dietary Uses: Proposed draft additional NRV-NCD for EPA and DHA long chain omega-3 fatty acids. Rome: FAO/WHO.

Cui, J., Liu, Y., Li, F., Zhuo, W., Huang, L., Xu, C., Li, W., Qin, J., Sun, X., Tian, H., Liang, T., Chen, P., Chen, B., Liu, Q., Ying, J., Li, N., Zhang, A., Yu, Y., Zhou, Z., Wu, X., Guo, X., Zhao, L., Zhai, J., Yang, Z., Yang, J., Li, X., Li, Y., Liu, G., Sun, G., Han, Z., Yang, X., Cui, W., Chen, F., Wu, Y., Liu, L., Li, G., Dai, J., Zhao, Z., Zhao, B., Kuang, X., Zhou, X., Tan, Y. & Shi, H. 2023. Evidence-based guideline on immunonutrition in patients with cancer. Precision Nutrition 2(1): e00031.

Delves, P. J. & Roitt, I. M. 2000. The immune system. First of two parts. N Engl J Med 343(1): 37-49.

Dübüş, E. N., Lamminpää, I., Nannini, G. & Niccolai, E. 2023. Nourishing Immunity and Combatting Neuroinflammation: The Power of Immunonutrition and The Microbiome. Front Biosci (Landmark Ed) 28(8): 178.

EFSA Panel on Dietetic Products, Nutrition and Allergies (NDA). 2010. Scientific opinion on dietary reference values for fats, including saturated fatty acids, polyunsaturated fatty acids, monounsaturated fatty acids, trans fatty acids, and cholesterol. EFSA Journal 8(3): 1461.

Febriane Balafif, F., Rafisa, A., Kuswandani, F. & Najmi, N. 2023. The Role of Nutrition on the Immune Response. Jurnal EduHealth 14(02): 630-634.

FAO & WHO. 2010. Fats and fatty acids in human nutrition: Report of an expert consultation. FAO Food and Nutrition Paper 91. Rome: Food and Agriculture Organization of the United Nations.

Koletzko, B., Uauy, R., Palou, A., Kok, F., Hornstra, G., Eilander, A., Moretti, D., Osendarp, S., Zock, P. & Innis, S. 2010. Dietary intake of eicosapentaenoic acid (EPA) and docosahexaenoic acid (DHA) in children – a workshop report. British Journal of Nutrition 103(6): 923-928.

Munteanu, C. & Schwartz, B. 2022. The relationship between nutrition and the immune system. Frontiers in Nutrition Volume 9 – 2022(

Raczyńska, A., Leszczyńska, T., Skotnicki, P. & Koronowicz, A. 2025. The Impact of Immunomodulatory Components Used in Clinical Nutrition—A Narrative Review. NUTRIENTS 17(5): 752.

Singh, R., Gopalan, S. & Sibal, A. 2002. Immunonutrition. Indian J Pediatr 69(5): 417-419.

Skenderidou, I., Leontopoulos, S. & Skenderidis, P. 2025. Functional Food Ingredients Enhancing Immune Health: A Systematic Review. International journal of molecular sciences 26(17): 8408.

Wu, D., Lewis, E. D., Pae, M. & Meydani, S. N. 2018. Nutritional Modulation of Immune Function: Analysis of Evidence, Mechanisms, and Clinical Relevance. Front Immunol 9(3160.


Biodata Penulis:

Siti Nur Aisyah Musa dan Amirul Firdaus Zainal merupakan pelajar prasiswazah Program Dietetik di Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Kuala Lumpur. Penulisan ini telah disemak oleh Dr. Nur Hana Hamzaid, Pensyarah Program Dietetik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: ImunonutrisiNur Hana HamzaidProgram DietetikPusat Kajian Rehabilitasi & Keperluan Khas (iCaReHab)UKM
ShareTweetShare
Previous Post

Portion MastersTM: Belajar Kawal Saiz Hidangan Makanan, Hidup Lebih Sihat

Editor

Editor

Related Posts

Portion MastersTM: Belajar Kawal Saiz Hidangan Makanan, Hidup Lebih Sihat
Berita & Peristiwa

Portion MastersTM: Belajar Kawal Saiz Hidangan Makanan, Hidup Lebih Sihat

13 hours ago
Budaya Minuman Manis di Malaysia: Di Sebalik Kemanisan Terselit Satu Risiko Yang Tidak Ramai Sedari
Berita & Peristiwa

Budaya Minuman Manis di Malaysia: Di Sebalik Kemanisan Terselit Satu Risiko Yang Tidak Ramai Sedari

1 day ago
Terapi Gen: Pendekatan Baharu Memanjangkan Hayat Pintasan Jantung
Berita & Peristiwa

Terapi Gen: Pendekatan Baharu Memanjangkan Hayat Pintasan Jantung

2 days ago
Garam Premium, Garam Biasa atau Pengganti: Pilihan Bijak untuk Kesihatan
Berita & Peristiwa

Garam Premium, Garam Biasa atau Pengganti: Pilihan Bijak untuk Kesihatan

2 days ago

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In