23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, May 13, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kelestarian Dalam Penghasilan dan Penggunaan Produk Herba Serta Kesannya Terhadap Kesihatan Planet

Kelestarian Dalam Penghasilan dan Penggunaan Produk Herba Serta Kesannya Terhadap Kesihatan Planet

Editor by Editor
13/05/2026
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Penulis: Muhammad Arif Hazim bin Baseli1 , Redzuan Nul Hakim bin Abdul Razak2 , Suhaila binti Rusni2

1Fakulti Sains dan Sekitaran Marin,Universiti Malaysia Terengganu Malaysia.
2Institute of Planetary Survival for Sustainable Well-being (PLANETIIUM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

 

Bumi yang kita diami hari ini sedang menghantar isyarat yang tidak boleh kita abaikan lagi seperti hutan yang semakin berkurang, tanah yang semakin tandus, dan udara yang semakin tercemar. Di sebalik krisis alam sekitar yang semakin mendesak ini, industri herba global terus berkembang pesat dengan jutaan manusia di seluruh dunia beralih kepada produk semula jadi sebagai pilihan gaya hidup yang lebih sihat dan mesra alam. Namun persoalannya, adakah ledakan permintaan terhadap produk herba ini betul-betul membawa kebaikan kepada planet kita atau kita hanya menukar satu masalah dengan masalah yang lain? Kelestarian dalam penghasilan dan penggunaan produk herba bukan sekadar slogan hijau yang sedap didengar tetapi ia adalah tanggungjawab bersama yang menentukan sama ada bumi ini akan terus mampu menjadi rumah kepada generasi yang akan mewarisinya di masa hadapan.

Untuk memahami isu ini dengan lebih jelas, kita perlu melihat maksud kelestarian dalam konteks industri herba. Kelestarian atau sustainability dalam Bahasa Inggeris merujuk kepada keupayaan untuk memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka sendiri. Dalam industri herba, kelestarian merangkumi tiga teras utama yang saling berkait rapat iaitu alam sekitar, sosial dan ekonomi. Dari sudut alam sekitar, kelestarian menekankan kepentingan memelihara ekosistem semula jadi termasuk tanah, sumber air dan biodiversiti tumbuhan. Dari segi sosial pula, ia melibatkan amalan yang adil terhadap komuniti petani dan pekerja termasuk dalam aspek keselamatan, kebajikan dan hak pekerjaan. Sementara itu, dari perspektif ekonomi, industri herba perlu kekal berdaya maju dan menguntungkan tanpa mengeksploitasi sumber alam secara berlebihan.

Yang paling penting untuk kita fahami ialah produk herba tidak terus bersifat lestari hanya kerana ia bersifat semula jadi. Proses pengeluarannya dari ladang hinggalah ke tangan pengguna tetap boleh merosakkan alam sekitar jika tidak diuruskan dengan bijak. Pasaran herba global kini bernilai lebih USD 180 bilion dan terus berkembang lantas menjana tekanan yang tinggi terhadap sumber herba semula jadi. Lebih membimbangkan, lebih 15,000 spesies tumbuhan perubatan di seluruh dunia kini berada dalam kategori terancam atau hampir pupus akibat penggunaan berlebihan dan kemusnahan habitat. Sebagai salah satu daripada 12 negara mega-biodiversiti dunia, Malaysia menyimpan khazanah herba yang luar biasa namun khazanah ini semakin terancam akibat penebangan hutan dan pembangunan yang pesat.

Keadaan ini membawa kita kepada persoalan bagaimana herba dihasilkan. Kaedah pertanian memainkan peranan penting dalam menentukan sama ada industri ini memberi manfaat atau mudarat kepada alam sekitar. Pertanian konvensional menggunakan racun perosak kimia, baja sintetik, dan kaedah monokultur yang boleh menjejaskan kualiti tanah, mencemarkan sumber air, dan membunuh hidupan lain seperti lebah dan cacing tanah. Sebaliknya, pertanian organik mengutamakan penggunaan baja semula jadi, kawalan perosak secara biologi, dan penanaman pelbagai spesies tumbuhan untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem. Kajian menunjukkan tanah pertanian organik menyimpan karbon 25 peratus lebih tinggi berbanding tanah pertanian konvensional, menjadikannya penyumbang aktif kepada pengurangan perubahan iklim.

Selain kaedah penanaman, cara mendapatkan sumber herba juga memberi kesan besar. Pengambilan herba liar secara berlebihan berlaku apabila herba dipungut dari alam semula jadi lebih pantas daripada kemampuan alam semula jadi untuk pulih. Di Malaysia, spesies yang paling terancam termasuklah Tongkat Ali (Eurycoma longifolia) yang populasinya di Semenanjung Malaysia telah merosot sehingga 60 peratus dalam tempoh 20 tahun. Antara contoh lain ialah Kacip Fatimah (Labisia pumila) yang semakin jarang ditemui di hutan. Pemungutan tumbuhan liar kerap melibatkan pengambilan keseluruhan akarĀ  yang boleh membunuh tumbuhan tersebut berbanding dengan hanya memetik daun atau bahagian tertentu sahaja. Penyelesaian yang disarankan bagi masalah ini termasuklah mewujudkan zon pemungutan terkawal, pembangunan ladang herba ex-situ untuk spesies tumbuhan yang terancam, serta penglibatan komuniti Orang Asli sebagai penjaga habitat liar.

Dalam masa yang sama, peranan petani kecil tidak boleh diabaikan. Kebanyakan herba di Malaysia masih diusahakan oleh petani berskala kecil yang mengamalkan pertanian pelbagai tanaman dan menggunakan pengetahuan tradisional yang diwarisi turun-temurun. Namun mereka berhadapan dengan tekanan besar dari segi harga yang ditetapkan oleh orang tengah dan akses terhad kepada teknologi. Kelestarian sebenar tidak boleh dicapai tanpa memastikan kesejahteraan ekonomi petani kerana petani yang hidup susah tidak mampu memikirkan amalan hijau jangka panjang.

Apabila permintaan terhadap herba terus meningkat, kesannya terhadap alam sekitar menjadi semakin ketara. Malaysia mempunyai lebih 15,000 spesies tumbuhan berbunga, menjadikannya antara negara paling kaya biodiversiti di dunia. Namun khazanah ini semakin terancam akibat pengambilan berlebihan dan kemusnahan habitat. Pembukaan ladang herba berskala besar memerlukan penebangan hutan, manakala penanaman herba secara monokultur menggantikan ekosistem hutan yang pelbagai dengan tanaman tunggal yang kurang biodiversiti. Kesan daripada keadaan ini bukan sahaja melibatkan alam sekitar, tetapi juga memberi impak jangka panjang kepada manusia. Antaranya ialah gangguan kitaran air, hakisan tanah, kepupusan pendebunga seperti lebah dan rama-rama, serta pemecahan habitat yang mengasingkan populasi haiwan liar.

Pada masa yang sama, kehilangan spesies herba bermaksud kita turut kehilangan sumber genetik yang sangat bernilai untuk penyelidikan perubatan pada masa hadapan. Keseimbangan ekosistem hutan juga terganggu apabila spesies tumbuhan tertentu hilang daripada rantaian semula jadi. Selain itu, komuniti orang asli yang bergantung kepada herba liar untuk sumber makanan, pendapatan, dan perubatan tradisional turut terjejas. Pengetahuan tradisional tentang kegunaan herba yang diwarisi turun-temurun juga berisiko hilang apabila tumbuhan tersebut pupus. Ini menunjukkan bahawa kepupusan herba bukan sekadar isu alam sekitar, tetapi turut memberi kesan kepada kesihatan, budaya, dan kelangsungan hidup manusia.

Hubungan antara industri herba dan perubahan iklim saling berkait dan memberi kesan antara satu sama lain. Di satu arah, aktiviti dalam industri herba sendiri menyumbang kepada peningkatan gas rumah hijau. Contohnya, penebangan hutan untuk membuka kawasan penanaman herba menyebabkan karbon yang tersimpan dalam pokok dan tanah terlepas ke atmosfera. Selain itu, penggunaan baja sintetik dalam pertanian boleh menghasilkan nitrous oxide iaitu sejenis gas rumah hijau yang kesannya jauh lebih berbahaya berbanding karbon dioksida. Proses pengangkutan bahan mentah dan produk herba ke pasaran global juga menambah lagi pelepasan karbon terutamanya apabila melibatkan jarak yang jauh dan penggunaan bahan api fosil.

Pada masa yang sama, perubahan iklim pula memberi kesan langsung kepada pengeluaran herba. Peningkatan suhu global boleh mengubah kawasan semula jadi di mana herba boleh tumbuh dengan baik. Sesetengah spesies mungkin tidak lagi sesuai hidup di kawasan asal mereka. Corak hujan yang semakin tidak menentu pula boleh menjejaskan pertumbuhan tanaman, mengganggu musim penanaman dan penuaian serta mengurangkan hasil tanaman. Kejadian cuaca yang lebih teruk seperti banjir, kemarau panjang, dan gelombang haba juga boleh merosakkan ladang herba dalam tempoh yang singkat lalu menyebabkan kerugian besar kepada petani. Lebih membimbangkan, perubahan ini bukan sahaja menjejaskan kuantiti hasil, tetapi juga kualiti herba itu sendiri. Kandungan bahan aktif dalam tumbuhan herba boleh berubah apabila terdedah kepada tekanan persekitaran seperti suhu tinggi atau kekurangan air. Ini memberi kesan kepada keberkesanan produk herba yang dihasilkan. Dalam jangka masa panjang, jika keadaan ini berterusan, sesetengah spesies herba mungkin berdepan risiko kepupusan.

Di peringkat pengguna, penggunaan produk herba di Malaysia juga semakin meluas. Selepas pandemik COVID-19, permintaan terhadap produk ini meningkat dengan ketara kerana ramai mula mencari alternatif yang dianggap lebih semula jadi untuk menjaga kesihatan. Golongan muda di bandar, khususnya berumur antara 25 hingga 40 tahun, kini menjadi kumpulan pengguna yang paling cepat berkembang. Cara membeli juga sudah berubah daripada kedai tradisional kepada platform dalam talian.

Namun begitu, ada isu yang perlu diberi perhatian. Ramai pengguna memilih produk hanya berdasarkan cadangan di media sosial tanpa menyemak maklumat yang betul. Ada juga segelintir individu yang tidak mempunyai kelayakan mempromosikan produk dengan dakwaan yang berlebihan. Tambahan pula, perkara tular di internet sering mendorong orang membeli secara spontan tanpa berfikir panjang. Satu lagi masalah ialah kepercayaan bahawa produk semula jadi pasti selamat walaupun tidak semua produk herba sesuai atau bebas risiko. Oleh kerana itu, penting untuk pengguna lebih berhati-hati. Produk herba yang baik kebiasaannya menyatakan dengan jelas sumber bahan yang digunakan, mempunyai pensijilan yang sah, menggunakan pembungkusan yang tidak berlebihan, dan syarikat pengeluar bersikap telus tentang cara pengeluaran. Sebaliknya, jika harga terlalu murah, tiada maklumat tentang asal usul bahan, atau mempunyai dakwaan seperti produk organik tanpa bukti yang jelas, itu adalah tanda yang perlu diragui.

Kesedaran pengguna ini sebenarnya memainkan peranan penting dalam membentuk arah industri herba. Apabila pengguna mula memilih produk yang lebih bertanggungjawab dan lestari, pengeluar juga akan terdorong untuk mengubah cara pengeluaran mereka. Dalam konteks inilah, pendekatan seperti pertanian regeneratif mula mendapat perhatian sebagai salah satu jalan ke hadapan bagi memastikan industri herba berkembang tanpa terus menjejaskan alam sekitar. Pertanian regeneratif bukan sekadar mengekalkan alam sekitar, tetapi bertujuan memulihkan ekosistem yang telah rosak. Pendekatan ini menekankan beberapa amalan utama seperti mengurangkan atau mengelakkan pengolahan tanah supaya organisma dalam tanah terus hidup, menanam pelbagai jenis tanaman dan meningkatkan keupayaan tanah menyerap karbon. Salah satu contoh yang sesuai di Malaysia ialah sistem agroforestri, di mana pokok buah atau pokok kayu ditanam bersama tanaman herba. Kaedah ini membantu mewujudkan persekitaran yang lebih stabil untuk pertumbuhan herba dan pada masa yang sama meningkatkan kepelbagaian biologi di ladang.

Selain pendekatan pertanian ini, perkembangan teknologi moden turut membuka peluang baharu untuk memperkukuhkan amalan pertanian herba yang lebih cekap, telus, dan lestari. Penggunaan sensor boleh memantau kelembapan tanah secara langsung membolehkan petani mengurus air dengan lebih baik. Dron pula memudahkan pemantauan kawasan ladang yang luas dalam masa singkat. Dalam masa yang sama, teknik pembiakan tisu membolehkan spesies herba yang terancam diperbanyakkan di makmal tanpa perlu mengambilnya dari habitat liar. Penyimpanan benih dalam simpanan khas pula membantu memastikan spesies ini dapat dipelihara untuk masa hadapan.

Secara keseluruhannya, industri herba mempunyai potensi yang besar dalam menyumbang kepada kesihatan manusia serta kelestarian alam sekitar namun manfaat ini hanya dapat dicapai sekiranya ia diurus secara bertanggungjawab. Setiap peringkat dalam rantaian pengeluaran daripada penanaman hingga kepada penggunaan memberi kesan terhadap alam sekitar. Sekiranya permintaan terus meningkat tanpa kawalan yang sewajarnya, risiko terhadap kehilangan sumber semula jadi dan biodiversiti akan menjadi semakin serius. Walau bagaimanapun, masih terdapat peluang untuk memperbaiki keadaan. Pelaksanaan amalan pertanian yang lebih lestari, penggunaan teknologi yang sesuai serta peningkatan kesedaran dalam kalangan pengguna mampu membantu membentuk industri herba yang lebih seimbang dan bertanggungjawab. Kerjasama antara pengeluar, pengguna, dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan produk yang dihasilkan bukan sahaja selamat dan berkesan tetapi juga tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar. Kesimpulannya, keputusan yang dibuat pada hari ini akan menentukan kelangsungan sumber semula jadi pada masa hadapan. Jika diuruskan dengan baik, industri herba bukan sahaja berperanan dalam penjagaan kesihatan malah dapat menjadi sebahagian daripada usaha memelihara keseimbangan alam untuk generasi akan datang.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Institute of Planetary Survival for Sustainable Well-being (PLANETIIUM)Redzuan Nul Hakim bin Abdul RazakUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Ludwig Boltzmann: Ahli Fizik yang Tidak Dihargai

Editor

Editor

Related Posts

Ludwig Boltzmann: Ahli Fizik yang Tidak Dihargai
Berita & Peristiwa

Ludwig Boltzmann: Ahli Fizik yang Tidak Dihargai

1 day ago
Antara Mitos dengan Fakta: Adakah Rawatan Salur Akar Menyebabkan Kanser
Berita & Peristiwa

Antara Mitos dengan Fakta: Adakah Rawatan Salur Akar Menyebabkan Kanser

2 days ago
Kenapa Tiba-Tiba Teringin Nak Makan? Sains di Sebalik Mengidam dan Cara Bijak Mengawalnya
Berita & Peristiwa

Kenapa Tiba-Tiba Teringin Nak Makan? Sains di Sebalik Mengidam dan Cara Bijak Mengawalnya

3 days ago
Ameloblastoma: Ketumbuhan yang Membawa kepada Kemusnahan Rahang
Berita & Peristiwa

Ameloblastoma: Ketumbuhan yang Membawa kepada Kemusnahan Rahang

3 days ago

Kategori Produk

  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In