Friday, November 13, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Suntikan Kurus: Jalan Pintas atau Risiko Tersembunyi?

Suntikan Kurus: Jalan Pintas atau Risiko Tersembunyi?

Editor by Editor
13/11/2026
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Dr. Nor Akma Binti Mat Junoh @Yunus
Pakar Perubatan Keluarga dan Pensyarah Perubatan
Jabatan Perubatan Keluarga, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia

Beberapa tahun kebelakangan ini, “suntikan kurus” telah menjadi antara topik kesihatan paling hangat di media sosial. Video sebelum dan selepas, perkongsian selebriti serta promosi penurunan berat badan yang cepat menjadikan ubat ini seolah-olah jalan pintas kepada tubuh yang lebih langsing. Namun, di sebalik popularitinya timbul beberapa persoalan penting. Adakah ubat ini benar-benar selamat? Siapakah yang sesuai menggunakannya? Dan apakah risikonya jika ia diperoleh daripada sumber yang tidak sah?

Apa sebenarnya “Suntikan Kurus”?

Pertama sekali, istilah “suntikan kurus” sebenarnya bukan istilah perubatan rasmi. Antara ubat yang sering dimaksudkan ialah ubat daripada kumpulan GLP-1 receptor agonist, seperti liraglutide dan semaglutide, serta ubat yang bertindak pada dua sistem hormon, GIP dan GLP-1, seperti tirzepatide. Kumpulan ubat ini pada asalnya banyak dibangunkan untuk merawat diabetes mellitus jenis 2. Dalam penggunaan klinikal, penyelidik mendapati bahawa pesakit bukan sahaja mendapat kawalan gula yang lebih baik, malah ramai turut mengalami penurunan berat badan. Penemuan ini kemudiannya membawa kepada kajian khusus dalam kalangan individu yang menghidap obesiti. Akhirnya, beberapa formulasi dan dos daripada kumpulan ubat ini diluluskan khusus untuk pengurusan berat badan.

Bagaimana Ubat ini Menurunkan Berat Badan?

Badan kita mempunyai sistem hormon yang membantu mengawal gula dalam darah, rasa lapar dan rasa kenyang selepas makan. Antara hormon yang terlibat ialah GLP-1 dan GIP, yang dihasilkan secara semula jadi oleh usus selepas kita makan. Ubat seperti semaglutide meniru tindakan GLP-1, manakala tirzepatide bertindak pada kedua-dua reseptor GIP dan GLP-1. Ubat generasi ini mempengaruhi pelbagai sistem yang terlibat dalam metabolisme, selera makan dan keseimbangan tenaga.

Kesan yang paling mudah dirasai oleh pesakit ialah perubahan pada rasa lapar dan kenyang. Seseorang boleh berasa kurang lapar, lebih cepat kenyang dengan hidangan yang lebih kecil dan kurang terdorong untuk terus makan. Apabila jumlah makanan dan tenaga yang diambil berkurang secara berterusan, berat badan juga akan menurun.

Selain itu, ubat ini juga boleh memperlahankan pergerakan kandungan perut ke usus, terutama pada peringkat awal rawatan. Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang berasa kenyang lebih lama selepas makan. Walau bagaimanapun, kesan ini bukanlah mekanisme utama penurunan berat badan dan boleh berkurang apabila tubuh mula menyesuaikan diri dengan rawatan. Bukti menunjukkan bahawa pengurangan selera makan, keinginan terhadap makanan dan jumlah makanan yang diambil merupakan antara mekanisme utama yang menyumbang kepada penurunan berat badan.

Secara ringkasnya, suntikan ini bukan mencairkan lemak. Ia membantu mengubah isyarat lapar dan kenyang dalam badan supaya pengambilan makanan menjadi lebih terkawal.

Siapa yang Patut Menggunakan Ubat Obesiti?

Di sinilah salah faham sering berlaku. Ubat obesiti bukan sepatutnya digunakan oleh sesiapa sahaja yang mahu turun dua atau tiga kilogram untuk kelihatan lebih kurus. Obesiti ialah penyakit kronik, dan rawatan ubat diberikan apabila terdapat indikasi klinikal.

Garis Panduan Amalan Klinikal Pengurusan Obesiti Malaysia 2023 menyatakan bahawa rawatan ubatan boleh dipertimbangkan pada individu dengan indeks jisim badan (BMI) 30 kg/m² atau lebih, atau BMI 27 kg/m² atau lebih sekiranya terdapat penyakit berkaitan berat badan, seperti diabetes jenis 2, tekanan darah tinggi, dislipidaemia atau obstructive sleep apnoea. Ubat juga perlu digunakan bersama intervensi gaya hidup, termasuk pemakanan, aktiviti fizikal dan perubahan tingkah laku. Ia bukan pengganti kepada semua perkara tersebut.

Oleh itu, soalan yang sepatutnya ditanya bukan sekadar “Berapa cepat saya boleh kurus?”. Sebaliknya “Adakah berat badan saya sudah meningkatkan risiko kesihatan sehingga saya memerlukan rawatan ubat?”. Itulah perbezaan antara rawatan obesiti secara klinikal dengan penggunaan ubat semata-mata atas sebab kosmetik.

Perlukah Pemeriksaan Doktor Sebelum Memulakan Rawatan?

Penilaian sebelum memulakan ubat obesiti bukan sekadar menimbang berat dan kemudian terus memberikan suntikan. Doktor perlu mengambil kira sejarah penyakit, ubat yang sedang digunakan, simptom gastrousus, sejarah masalah pankreas atau pundi hempedu, status kehamilan serta kemungkinan terdapat punca lain yang menyumbang kepada pertambahan berat badan. Pemeriksaan juga bukan sekadar BMI. Tekanan darah, ukur lilit pinggang dan tanda-tanda penyakit berkaitan obesiti boleh memberikan maklumat tambahan mengenai risiko kesihatan seseorang.

Ujian darah pula ditentukan berdasarkan keadaan individu. Paras gula dalam darah, profil lemak dalam darah, fungsi hati dan fungsi buah pinggang mungkin diperlukan. Ujian hormon tiroid pula lebih relevan jika terdapat gejala atau tanda yang menunjukkan gangguan tiroid atau masalah endokrin lain.

Berkesan Bukan Bermaksud Bebas Risiko

Ubat obesiti generasi baharu seperti semaglutide dan tirzepatide telah menunjukkan keberkesanan dalam membantu penurunan berat badan, terutamanya apabila digabungkan dengan perubahan gaya hidup. Walaupun digunakan dengan betul, ubat obesiti mempunyai kesan sampingan. Antara kesan sampingan ubat GLP-1 yang lazim ialah loya, muntah, cirit-birit, sembelit dan ketidakselesaan perut. Terdapat juga kesan sampingan yang jarang berlaku tetapi serius seperti radang pancreas, halangan usus dan gangguan penglihatan. Sebab itulah dos lazimnya dimulakan secara rendah dan dinaikkan secara berperingkat, manakala pesakit perlu dipantau oleh doktor perubatan sepanjang rawatan.

Ubat obesiti juga tidak sepatutnya dilihat sebagai rawatan “cucuk sebulan dua, kemudian selesai”. Obesiti merupakan penyakit kronik yang melibatkan perubahan pada sistem kawalan tenaga, selera makan dan berat badan. Walaupun seseorang berjaya menurunkan berat, langkah jangka panjang dan pemantauan berkala masih diperlukan.

Penggunaan ubat obesiti tanpa pemeriksaan dan pemantauan doktor perubatan mendedahkan pesakit kepada risiko-risoko lain termasuk penggunaan produk palsu, kesilapan dos ubat dan kesilapan penyimpanan dan pengendalian ubat obesiti.

Jalan Pintas atau Rawatan Perubatan?

Ubat obesiti generasi baharu merupakan satu kemajuan penting dalam rawatan obesiti. Bagi pesakit yang sesuai, ia boleh membantu mengawal selera makan, mengurangkan berat badan dan seterusnya memperbaiki kesihatan apabila digunakan bersama perubahan gaya hidup. Namun, keberkesanan tersebut tidak menjadikannya produk kosmetik yang sesuai untuk semua orang.

Masalah sebenar bukanlah kewujudan “ubat kurus”. Masalah timbul apabila ubat yang sepatutnya menjadi sebahagian daripada rawatan perubatan dipasarkan sebagai jalan pintas, digunakan tanpa penilaian klinikal atau dibeli daripada sumber yang tidak dapat dipastikan. Sebelum menggunakan sebarang ubat untuk menurunkan berat badan, tanyalah empat perkara: “Apakah ubat ini? Adakah saya benar-benar memerlukannya? Adakah produk ini berdaftar dan diperoleh melalui saluran yang sah? Dan siapa yang akan memantau rawatan serta kesan sampingan saya?”

Matlamat rawatan obesiti bukan untuk menjadi kurus dengan apa cara sekalipun. Matlamat sebenar ialah mencapai berat yang lebih sihat, mengurangkan risiko penyakit dan meningkatkan kualiti hidup melalui rawatan yang berkesan, selamat dan boleh dikekalkan.

Rujukan:

  1. Nauck MA, Tuttle KR, Tschöp MH, Blüher M. GLP-1 receptor agonists and next-generation incretin-based medications: metabolic, cardiovascular, and renal benefits. The Lancet. 2026;407:892–908. doi:10.1016/S0140-6736(25)02105-1.
  2. Ministry of Health Malaysia. Clinical Practice Guidelines: Management of Obesity. Second Edition. Putrajaya: Ministry of Health Malaysia; 2023. 

Biodata Penulis

Dr. Nor Akma Binti Mat Junoh @Yunus
(MD; MMed Family Medicine; PhD)
Pakar Perubatan Keluarga dan Pensyarah Perubatan
Jabatan Perubatan Keluarga, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: DietNor Akma Binti Mat Junohobesitisuntikan kecantikanSuntikan Kurus
Previous Post

Memahami Fungsi Sebenar Jabatan Kecemasan: Antara Nyawa dan Keselesaan

Next Post

Anemia Ketika Hamil: Bukan Sekadar Kurang Darah

Editor

Editor

Related Posts

Anemia Ketika Hamil: Bukan Sekadar Kurang Darah
Berita & Peristiwa

Anemia Ketika Hamil: Bukan Sekadar Kurang Darah

10 minutes ago
Memahami Fungsi Sebenar Jabatan Kecemasan: Antara Nyawa dan Keselesaan
Berita & Peristiwa

Memahami Fungsi Sebenar Jabatan Kecemasan: Antara Nyawa dan Keselesaan

24 minutes ago
Kecederaan Tangan dalam Sukan Boling dan Pencegahannya
Berita & Peristiwa

Kecederaan Tangan dalam Sukan Boling dan Pencegahannya

1 hour ago
Vaksin Kayap: Mampukah Menjadi Perisai Baharu Menentang Demensia?
Berita & Peristiwa

Vaksin Kayap: Mampukah Menjadi Perisai Baharu Menentang Demensia?

1 hour ago
Next Post
Anemia Ketika Hamil: Bukan Sekadar Kurang Darah

Anemia Ketika Hamil: Bukan Sekadar Kurang Darah

Kategori Produk

  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In