23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, May 26, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Simulasi Komputer dalam Pendidikan Fizik

Editor by Editor
29/04/2015
in Fizik
0 0
0

Oleh; Dr. Shahrul Kadri bin Ayop (PhD), UPSI


Teringat sewaktu mengikuti program sarjana muda di universiti dahulu, saya mengalami kesukaran dalam memahami Kesan Doppler. Katakan ambulans bersiren bergerak laju menghampiri kita. Di samping peningkatan pada keamatan bunyinya, terdapat perubahan nada bunyi menjadi lebih langsing. Perubahan nada inilah akibat Kesan Doppler. Saya cuba membayangkan situasi Kesan Doppler tersebut. Namun gagal!

Akhirnya, saya hanya menghafal formula dan kaedah penggunaan dalam penyelesaian masalah. Ia berjaya menyelesaikan masalah analitikal, tetapi masih lagi lemah dari segi konsep dan mekanismanya.

Apabila menyertai warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tahun 2002, saya bertemu sekali dengan konsep ini untuk diajar dalam kuliah. Saya ada dua pilihan.

  1. Ajar seperti mana saya diajar, hafal formula dan gunakan. 
  2. Mencari dan melaksanakan alternatif pengajaran.

Saya membuat pilihan ke-2. Namun sebagai pendidik muda, bagaimana saya boleh melakukannya. Mujurlah saya diperkenalkan dengan program Physlet oleh seorang mentor saya di UPSI.

Physlets adalah sejenis simulasi komputer bagi menggambarkan sesuatu konsep fizik. Saya menjumpai satu Physlet mengenai kesan Doppler (Rajah 1). Saya begitu teruja kerana simulasi ini dapat menerangkan kesan tersebut dengan lebih jelas, ringkas, padat dan yang paling menarik ialah “ia bergerak!”.

Rajah1
Rajah 1.

Rajah 1. Kesan Doppler. Sumber titik bergerak ke kanan menyebabkan puncak-puncak gelombang merapat. Kesannya, panjang gelombang memendek dan meningkatkan frekuensi. Pencerap di kanan sumber mencerap peningkatan frekuensi dan pencerap di kiri sumber mencerap penurunan frekuensi berbanding frekuensi sumber. Selain itu garis ketebalan bulatan menunjukkan keamatan gelombang sekaligus memberikan penjelasan tepat berkenaan konsep perubahan keamatan terhadap jarak dari sumber. [Rujukan 1]

Simulasi komputer seperti physlets adalah model sistem sebenar yang dilakukan melalui penggunaan komputer. Simulasi berbeza dengan animasi kerana pengguna boleh mengubah parameter-parameter tertentu pada simulasi bagi menggambarkan kesan perubahan parameter terhadap sistem yang disimulasikan. Simulasi adalah berbentuk interaktif iaitu pengguna berinteraksi dengannya. Dalam simulasi kesan Doppler di atas, pengguna boleh mengubah nilai laju sumber lalu melihatkan kesannya terhadap corak perambatan gelombang.

Simulasi seperti ini tidak terhad kepada bidang fizik sahaja, tetapi kini mudah diperoleh secara percuma dalam perbagai bidang termasuk biologi, teknikal dan kejuruteraan. Antara sumber popular ialah PhET yang mengumpulkan koleksi simulasi yang sesuai untuk silibus sekolah rendah hingga pengajian tinggi. Bagi bidang fizik, Physlets merupakan sumber yang baik. Selain itu, Wolfram Demonstration Project juga menawarkan simulasi dalam bidang sains dan kejuruteraan pada peringkat pengajian tinggi. Simulasi yang berasaskan platform java juga biasanya saya kecil saiznya. Sebagai contoh simulasi kesan rumah hijau dalam Rajah 2 hanya bersaiz 1.7 MB sahaja. Kebanyakan simulasi boleh diterapkan dalam web. Oleh sebab saiznya yang kecil, tugasan berasaskan simulasi boleh di-e-mailkan kepada pelajar.

Rajah2
Rajah 2: Simulasi rumah hijau dari koleksi PhET [Rujukan 2]
Simulasi bukanlah pengganti kerja amali, tetapi sebagai alat pengukuhan konsep dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Simulasi bukan sahaja dapat menjimatkan waktu PdP jika diterapkan dengan betul, malah meningkatkan keberkesanan PdP. Semoga pendidik dapat memanfaatkan penggunaan simulasi komputer dalam PdP mereka.

Sumber simulasi:

  • http://webphysics.davidson.edu/Applets/applets.html
  • https://phet.colorado.edu/
  • http://demonstrations.wolfram.com/

Nota: Shahrul Kadri bin Ayop (PhD) ialah pensyarah kanan di Jabatan Fizik, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kepakaran beliau adalah dalam bidang pemerangkapan optik dan berminat dalam kajian PdP pendidikan fizik.

Artikel lain tulisan beliau di MajalahSains

  1. Kaedah Instruksi Sebaya dalam Pendidikan Fizik
  2. Teknologi Ultrasonik dalam Perubatan (Artikel bersama pelajar)
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Kesan DopplerPendidikan fizikPhysletsSimulasi komputer
ShareTweetShare
Previous Post

Keluarga 'Kermit' akhirnya dijumpai di Costa Rica

Next Post

Aplikasi Grafin-Hasilkan Elektrik dari Tumbuhan

Editor

Editor

Related Posts

Membangun Intuisi Qubit Melalui Tabii Simetri
Berita & Peristiwa

Membangun Intuisi Qubit Melalui Tabii Simetri

6 days ago
Ludwig Boltzmann: Ahli Fizik yang Tidak Dihargai
Berita & Peristiwa

Ludwig Boltzmann: Ahli Fizik yang Tidak Dihargai

2 weeks ago
Kod Penstabil Kuantum dalam Ruang Fasa Hiperbolik
Berita & Peristiwa

Kod Penstabil Kuantum dalam Ruang Fasa Hiperbolik

2 months ago
Senjata Tenaga Terarah (LASER): Satu Pengenalan
Berita & Peristiwa

Senjata Tenaga Terarah (LASER): Satu Pengenalan

3 months ago
Next Post
Aplikasi Grafin-Hasilkan Elektrik dari Tumbuhan

Aplikasi Grafin-Hasilkan Elektrik dari Tumbuhan

Kategori Produk

  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In