23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, January 18, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Bahaya Penggunaan Putik Kapas (Cotton Bud)

Editor by Editor
05/02/2016
in Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penggunaan putik kapas sebenarnya bukan sahaja tidak mampu membersihkan telinga, bahkan boleh menyebabkan masalah gangguan pendengaran.

Demikian tegas pensyarah Jabatan Otorinolaringologi (ORL), Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Profesor Madya Dr. Irfan Mohamad.

“Itulah hakikatnya jika bertanya kepada pakar telinga di mana-mana klinik atau hospital swasta sekalipun kerana masyarakat tidak sedar bahawa tabiat mengorek telinga secara rutin inilah yang menjadi punca membawa mereka ke klinik berjumpa doktor,” kata Irfan.

Jelasnya, manusia diciptakan dalam sebaik-baik kejadian, lengkap dengan mekanisme yang membolehkan menjalani hidup yang selesa, walaupun tanpa penggunaan perkakasan tambahan.”

Saluran telinga manusia mempunyai bahagian yang dilapisi kulit yang menghasilkan lilin telinga (ear wax) dengan struktur menyerupai rerambut halus di bahagian menghala ke luar, dan bahagian tanpa rerambut yang letaknya lebih ke dalam yang hampir dengan gegendang telinga.

“Lilin telinga, yang orang biasa kenalinya sebagai tahi telinga, terhasil daripada kelenjar yang terletak di bahagian yang lebih ke luar daripada keseluruhan salur telinga yang rata-ratanya menganggap lilin telinga ini kotor dan perlu dicuci walaupun fahaman ini sebenarnya adalah salah,” tegas Irfan.

[BACA – Transistor dari Gentian Kapas]

Kerana itu katanya, mereka yang tidak menggunakan putik kapas akan terasa seperti debu-debu berhampiran dengan kawasan cuping telinga yang sebenarnya ialah lilin telinga yang secara automatik telah disapu keluar oleh petugas-petugas yang sentiasa bekerja di dalam telinga.

“Apabila tugas mereka diganggu, maka semakin hari semakin banyaklah lilin telinga akan terkumpul dan terperosok ke bahagian yang lebih ke dalam yang sampai ke suatu tahap seseorang akan mengalami apa yang dikenali sebagai kurang dengar jenis konduktif,” katanya lagi.

Tambahnya, terdapat banyak kes hujung kapas terlucut daripada bahagian plastiknya dan menyebabkan tertinggal di dalam lubang telinga yang tidak dapat dikeluarkan di rumah oleh pesakit sendiri atau kawan yang ingin membantu.

[BACA – Bateri dari Cendawan]

“Ini adalah kerana lokasinya yang agak jauh ke dalam, ruangnya yang sempit serta susunan saluran telinga yang tidak lurus sepenuhnya dan  pengeluaran kapas berkenaan biasanya memerlukan pemeriksaan mikroskopik dan putik kapas yang tertinggal diambil keluar dengan menggunakan forseps,” jelas Irfan.

Ada juga mereka yang menggunakan benda-benda yang lebih berbahaya seperti pin rambut, lidi, hujung pensel dan sebagainya untuk mengorek telinga.

“Penggunaan alat-alatan ini lebih mengundang padah kerana  akan lebih mendedahkan pesakit kepada kecederaan yang serius seperti luka pada saluran telinga dan kerosakan pada gegendang telinga selain daripada turut mendedahkan kepada risiko jangkitan kuman pada saluran telinga yang dipanggil otitis eksterna,” kata Irfan.

Pesakit selalunya akan hadir ke klinik dan hospital apabila terjadinya masalah pendengaran yang mengganggu tugas harian mereka malah ada juga dalam kalangan pesakit yang menghadapi bunyi bising (tinnitus) di dalam telinga yang setelah menjalani pemeriksaan dan lilin telinga termampat disahkan, doktor akan menggunakan beberapa kaedah untuk mengeluarkannya.

“Bagi sesetengah kes pula, ketulan-ketulan yang terlalu keras dan mampat akan dilembutkan terlebih dahulu dengan sejenis ubat titis telinga dan kemudiannya barulah lilin termampat tadi mudah dikeluarkan.

“Sesetengah hospital, terutamanya hospital besar yang mempunyai perkhidmatan pakar telinga, kaedah penyedutan lilin telinga di bawah pemeriksaan mikroskopi boleh dilakukan yang  apabila lilin telinga telah dikeluarkan, biasanya pesakit akan memperoleh tahap pendengaran seperti sedia kala manakala bunyi bising dalam telinga atau tinnitus akan hilang dan rasa selesa kembali dinikmati,” jelas Irfan lagi.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak lagi menggunakan putik kapas dan  perlu ingat bahawa badan seseorang itu telah diciptakan dalam keadaan yang cukup baik dan serba lengkap. “

Sebarang manipulasi hendaklah disertakan dengan ilmu yang mencukupi agar kita tidak ditimpa mudarat seperti mana pesanan orang tua-tua bahawa menjaga kesihatan dengan cara mencegah adalah lebih baik, lebih selesa, lebih mudah dan jauh lebih murah daripada merawat,” tegas Irfan.

SUMBER – USM News
FOTO – health.com

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Rencana : Matematik, Falsafah dan Realiti

Next Post

Arduino: Ajar Anak Anda Dunia Pengatucaraan & Asas Elektronik

Editor

Editor

Related Posts

Rawatan untuk Kanser yang Sama bagi Individu Berlainan; Mengapa Hasilnya Berbeza?
Berita & Peristiwa

Rawatan untuk Kanser yang Sama bagi Individu Berlainan; Mengapa Hasilnya Berbeza?

2 days ago
Hidup Bersama Alam: Sisi Ekologi Klebsiella pneumoniae di Hutan
Berita & Peristiwa

Hidup Bersama Alam: Sisi Ekologi Klebsiella pneumoniae di Hutan

2 weeks ago
Teknologi Hijau: Benarkah Bermanfaat dan Selamat untuk Semua?
Berita & Peristiwa

Teknologi Hijau: Benarkah Bermanfaat dan Selamat untuk Semua?

2 weeks ago
Program Penurunan Berat Badan di kalangan Kakitangan Kesihatan: Keberkesanan, Cabaran dan Implikasi Amalan
Berita & Peristiwa

Program Penurunan Berat Badan di kalangan Kakitangan Kesihatan: Keberkesanan, Cabaran dan Implikasi Amalan

2 weeks ago
Next Post
Arduino: Ajar Anak Anda Dunia Pengatucaraan & Asas Elektronik

Arduino: Ajar Anak Anda Dunia Pengatucaraan & Asas Elektronik

Kategori Produk

  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In