23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, May 24, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Beras, Kesihatan dan Masa Depan Mampan

Beras, Kesihatan dan Masa Depan Mampan

Editor by Editor
14/06/2024
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Penulis: Muhamad Hafiz bin Abd Rahim, PhD
Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains & Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia

 

Isu kekurangan beras

Menghampiri penghujung 2023, kita dikejutkan dengan lonjakan harga dan kekurangan beras dunia. Namun begitu, bagi pihak pemerhati ekonomi, keadaan ini telah dijangka seawal bulan Julai 2023 lagi, apabila semua beras bukan Basmati di India dikenakan sekatan eksport.

India merupakan pengeluar hampir 40% beras di dunia. Ditambah dengan perubahan iklim yang berpanjangan, Thailand sebagai pengeksport kedua utama beras juga tidak dapat menampung kekurangan ini.

Malah, sebelum Julai 2023 lagi, pasaran telah menunjukkan tanda-tanda kekurangan beras, apabila harga telah meningkat beberapa kali sebelum sekatan sepenuhnya dilakukan. Berikutan tersebut, para pemain industri seperti Mydin dan Kedai Mamak telah turut memberi amaran bahawa “Menu Rahmah” sukar diteruskan jika ianya berlarutan.

Namun begitu, oleh kerana ketidakstabilan politik yang melanda negara ketika itu, isu ini bagaikan tenggelam, sehinggalah peningkatan harga dan kekurangan bekalan ketara yang dialami pasaran baru-baru ini.

Kita sebagai negara menjadikan beras sebagai makanan ruji dan bergantung kepada import beras adalah sangat terkesan untuk memenuhi permintaan domestik. Walaupun beras tetap menjadi makanan utama bagi jutaan orang, kita perlu untuk meneroka pilihan menu alternatif disamping mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat dan masa depan planet yang lebih mampan.

Makanan alternatif untuk mengurangkan pergantungan kepada nasi

Mengurangkan pengambilan nasi bukan perlu ketika krisis; ia juga berpotensi meningkatkan kesihatan kita. Pengambilan nasi yang berlebihan boleh menyebabkan peningkatan paras gula dalam darah, yang boleh menyumbang kepada penyakit seperti obesiti dan kencing manis.

Malah, ramai mungkin tidak cakna berkenaan piramid makanan Malaysia baharu (semakan 2020) yang mengubah makanan berserat sebagai sumber utama berbanding makanan berkarbohidrat. Secara ringkasnya:

  1. Makanan berserat sebagai sumber nutrien utama
  2. Makanan tinggi karbohidrat sebagai sumber kedua, tetapi penekanan adalah kepada yang bersifat kompleks; seperti beras perang, roti bijirin penuh, oat dan jagung
  3. Penambahan 6 – 8 gelas air sehari
  4. Penggunaan cawan sebagai pengukur untuk memudahkan kefahaman; ini termasuklah penggunaan pinggan suku-suku separuh yang lebih mudah difahami

Salah satu pilihan diet yang baik juga adalah dengan memasukkan protein alternatif. Pilihan ini tidak hanya memberikan keseimbangan nutrien yang lebih sihat tetapi juga mempunyai impak alam sekitar yang lebih rendah berbanding pengeluaran daging tradisional. Contoh karbohidrat dan protein alternatif adalah, seperti:

 

Kekacang: Kaya dengan protein dan serat, kacang, lentil, kacang kuda, kacang pea dan soya adalah sumber tenaga yang lengkap. Tempe adalah kaya dengan protein dan berkhasiat!

Biji-Bijian: Biji chia, biji rami, dan biji hemp adalah sumber protein dan lemak yang sihat. Taburkan mereka di atas salad, yogurt, atau campurkan dalam smoothie pagi anda.

Ubi Kentang atau Keledek: Ubi yang berkhasiat ini adalah sumber karbohidrat yang mesra bajet dan boleh dimasukkan ke dalam pelbagai hidangan.

Bijian Penuh: Roti bijirin penuh atau sarapan pagi dengan bijirin seperti oats dan jagung boleh menggantikan nasi, dan mengandungi pelbagai nutrien yang boleh mengurangkan penyakit kardiovascular

Buah-buahan: Buah seperti pisang adalah kaya dengan karbohidrat di samping membekalkan nutrien-nutrien yang berkaitan tumbuhan

 

Kemampanan sebagai solusi jangka panjang

Mengamalkan alternatif kepada beras bukan hanya tentang kesihatan kita tetapi juga tentang kesihatan planet kita. Penanaman beras memerlukan penggunaan air dan tanah yang banyak yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan ekologi.

Baru-baru ini, kerajaan mengisytiharkan sebanyak 50,000 hektar tanah di Sabah dan Sarawak mungkin dikhususkan untuk penanaman padi untuk menampung kekurangan beras di negara kita. Walaupun cadangan ini mungkin baik untuk ekonomi setempat dan jangka masa pendek, perlaksanaannya perlu diperhalusi untuk tidak menambah tekanan ke atas alam sekitar.

Dengan merosakkan flora dan fauna dan menyumbang kepada perubahan iklim, ianya akan mengurangkan pengeluaran beras dalam jangka masa panjang dan “vicious cycle” ini akan berlarutan. Penyelidikan yang berterusan seperti menghasilkan padi yang lebih efektif dari segi hasil, nutrien, ketahanan penyakit, penggunaan air dan perubahan iklim adalah penting. Selain itu, mengurangkan kemusnahan alam sekitar dengan penggunaan tanah yang efektif dan meminimakan kemusnahan alam sekitar perlu dipergiatkan untuk kemampanan jangka panjang.

 

Rujukan

  1. Kadar kebergantungan negara (SSR), https://www.dosm.gov.my/portal-main/landingv2
  2. Piramid Makanan Malaysia 2020, https://x.com/majalahsains/status/1378587747418431488
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Isu BerasJabatan Sains Makanan UPMMuhammad Hafiz Abd Rahim
ShareTweetShare
Previous Post

Perjalanan Ibadah Umrah Bernaratifkan STEM

Next Post

Impak Terapi Pertuturan terhadap Kemahiran Komunikasi Kanak-Kanak Autistik

Editor

Editor

Related Posts

Kenderaan EV Semakin Popular: Masa Depan Pemanduan Lebih Hijau dan Pintar
Berita & Peristiwa

Kenderaan EV Semakin Popular: Masa Depan Pemanduan Lebih Hijau dan Pintar

1 day ago
Teknologi Perubatan Nuklear – Revolusi dalam Pengesanan Sentinel Kanser Payudara
Berita & Peristiwa

Teknologi Perubatan Nuklear – Revolusi dalam Pengesanan Sentinel Kanser Payudara

2 weeks ago
Kitaran Batuan: Nadi Dinamik Bumi
Alam Semulajadi

Kitaran Batuan: Nadi Dinamik Bumi

3 weeks ago
Rahsia Monsun Timur Laut: Di Sebalik Hujan, Angin dan Gelombang
Alam Semulajadi

Rahsia Monsun Timur Laut: Di Sebalik Hujan, Angin dan Gelombang

1 month ago
Next Post
Impak Terapi Pertuturan terhadap Kemahiran Komunikasi Kanak-Kanak Autistik

Impak Terapi Pertuturan terhadap Kemahiran Komunikasi Kanak-Kanak Autistik

Kategori Produk

  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In