23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, July 10, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

HARI LAUTAN SEDUNIA: Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik dan Sejarah Maritim Nusantara

HARI LAUTAN SEDUNIA: Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik dan Sejarah Maritim Nusantara

Editor by Editor
12/06/2025
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Penulis: Prof. Madya Dr. Hasrizal Bin Shaari
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

 

Tiupan angin monsun yang membadai perairan negara kita bukan sekadar membawa hujan atau gelora ombak. Ia pernah menjadi nadi utama tamadun maritim yang menghubungkan pelabuhan-pelabuhan penting dari Teluk Parsi hingga ke Laut China Selatan. Di tengah samudera yang luas dan ganas itulah, bahtera-bahtera gagah dari Alam Melayu Nusantara mengangkat layar, berani mengharungi ribut demi menghidupkan nadi perdagangan serantau.

Jong merupakan satu istilah yang diguna pakai bagi menggambarkan kapal besar yang digunakan sebagai pengangkutan utama semasa kegemilangan zaman pelayaran atau zaman perdagangan silam yang berlangsung di antara abad ke-13 dan 17 Masihi. Kapal-kapal dagang ketika itu begitu gah berlayar  membelah samudera dengan bantuan tiupan angin monsun timur laut dan barat daya.

Bagi aktiviti perdagangan maritim di rantau Asia Tenggara sebelum abad ke-15 Masihi terdapat beberapa kumpulan pedagang utama iaitu terdiri daripada Pedagang Parsi, Arab, India dan China. Masyarakat Melayu Nusantara ketika itu turut dikenali sebagai pelaut yang hebat hinggakan mereka diberi gelaran sebagai penunggang monsun.

Kemudian pada akhir kurun ke 15 Masihi jalur perdagangan di Lautan Hindi mula didatangi oleh kapal-kapal dagang daripada Portugis. Menariknya setiap pedagang yang berdagang ke Kepulauan Melayu Nusantara ketika sebelum dan selepas abad ke-15 Masihi mempunyai identiti kapal mereka yang tersendiri. Kapal-kapal berkenaan berbeza dari segi bentuk dan jenis kayu yang digunakan dalam pembuatan kapal.

Disini penulis lebih selesa untuk menggunakan istilah Bahasa Melayu iaitu bahtera berbanding jong untuk menggambarkan kapal-kapal besar daripada Alam Melayu Nusantara. Ini adalah kerana istilah asal-usul perkataan jong masih lagi menjadi pertikaian samada ianya berasal daripada bahasa Cina atau Jawa.

Menurut catatan ahli sarjana Portugis, Alam Melayu Nusantara pernah mempunyai bahtera-bahtera hebat dan ada diantaranya lebih besar berbanding kapal Sepanyol dan Portugis sendiri. Malahan, bahtera Alam Melayu Nusantara pernah digambarkan lebih besar daripada Galleon milik British.

Bahtera-bahtera besar Alam Melayu Nusantara seperti Jong, Ghali, Pinisi dan Bedar cukup gah menjelajah samudera sehingga mampu sampai ke tanah besar China serta Gujerat di India. Namun, sehingga kini tiada bukti yang menunjukkan kapal-kapal karam yang dijumpai di Laut China Selatan dan Selat Melaka merupakan bahtera yang berasal dari Alam Melayu Nusantara.

Bahan Binaan Bahtera

Salah satu sebab kenapa tiada satu laporan yang menunjukkan kapal-kapal karam yang ditemui merupakan bahtera Alam Melayu Nusantara adalah disebabkan tiada pelaporan yang diterbitkan berkenaan jenis kayu yang ditemui daripada tapak-tapak kapal karam yang telah dilakukan ekskavasi.

Tahun 2024 mencatat detik bersejarah apabila pasukan penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Hasrizal Shaari berjaya mengenal pasti jenis kayu yang digunakan dalam pembinaan kapal karam yang ditemui di perairan Pulau Bidong. Penemuan ini dicapai melalui analisis sampel kayu yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) menggunakan gabungan teknik anatomi dan DNA kayu, satu pendekatan saintifik yang jarang diterapkan dalam kajian arkeologi maritim di rantau ini.

Hasil analisis menunjukkan dua spesis kayu utama digunakan dalam pembinaan kapal tersebut, iaitu Giam (Hopea spp.) dan Meranti Temak Nipis (Shorea roxburghii), kedua-duanya daripada famili Dipterocarpaceae, kumpulan tumbuhan dominan di hutan hujan tropika Asia Tenggara. Fakta ini bukan sahaja memperkukuh teori bahawa kapal tersebut berasal dari Alam Melayu, malah membuka dimensi baharu dalam pemahaman kita terhadap teknologi pembinaan kapal maritim silam.

Penemuan penting ini turut melibatkan kerjasama penyelidik antarabangsa dari Universiti Flinders, Universiti Griffith serta beberapa institusi dari Thailand. Hasil kajian ini telah diterbitkan dalam Journal of Maritime Archaeology, sebuah jurnal Q1 Scopus yang berprestij dalam bidang arkeologi maritim, sekali gus mengangkat sumbangan penyelidikan tempatan ke persada dunia.

Gambar 1: Imej Pokok Giam yang dihasilkan aplikasi kepintaran buatan oleh Dato’ Kamarul Redzuan Mohamed
Gambar 2: Imej pokok Meranti Temak Nipis (Shorea roxburghii) yang aplikasi kepintaran buatan oleh Dato’ Kamarul Redzuan Mohamed

Berdasarkan pemerhatian semasa pensampelan dilakukan, didapati kayu Giam masih dalam keadaan baik dan kurang mengalami kerosakan walaupun sudah lama terendam di dalam air laut. Kayu Giam ialah kayu keras yang dikelaskan sebagai kayu Kumpulan A. Kayu Giam mempunyai kesesuaian untuk pelbagai aplikasi merangkumi pembinaan industri berat, binaan-binaan struktur berkaitan marin dan pembinaan lunas kapal.

Manakala Meranti Temak Nipis yang turut dikenali sebagai Meranti Putih adalah spesies pokok yang berasal dari beberapa negara Asia Tenggara, termasuk Myanmar, Laos, Kemboja, Vietnam, dan utara Semenanjung Malaysia. Spesies ini mampu mencapai ketinggian lebih daripada 30 meter. Kayu daripada spesies pokok ini dikelaskan sebagai kayu ringan, tahan lasak dan termasuk dalam Kumpulan C untuk kekuatan kayu. Secara umum, ia sesuai untuk tujuan papan lantai, tangga dan panel pembahagi.

Merujuk kepada taburan keluarga Dipterocarpaceae, kebanyakan pokok daripada keluarga ini tersebar dengan baik di Malaysia, Indonesia, dan Thailand. Shorea dan Hopea lebih sesuai dengan iklim tropika atau subtropika yang didominasi monsun. Oleh itu, ia bersesuaian dengan idea bahawa kapal karam Bidong berasal dari Kepulauan Melayu Nusantara berbanding tempat lain seperti China, India, atau Arab.

Mengikut klasifikasi yang ditetapkan oleh Penyelidik yang berpakalan di Singapura Micheal Flecker dalam manuskrip corak budaya aktiviti maritim di Asia Tenggara pada abad ke-13 hingga ke-17, anggaran usia kapal karam Bidong adalah diantara akhir abad ke-14 dan ke-16. Oleh itu, terdapat kemungkinan kapal karam Bidong adalah Jong Cina.

Namun, Jong Cina biasanya dibina daripada kayu tiga spesies pokok iaitu pain Cina (Pinus massoniana), cemara Cina (Cunninghamia lanceolata), dan pokok kapur barus (Cinnamomum camphora). Kayu-kayu tersebut adalah kayu lembut berbanding kayu yang ditemui daripada kapal karam Bidong, yang merupakan jenis kayu yang dikategorikan sebagai keras.

Selain itu, andaian untuk mengatakan kapal karam Bidong merupakan bahtera Alam Melayu Nusantara semakin kukuh dengan penemuan peluru meriam kecil yang dikenali sebagai Rentaka. Rentaka merupakan persenjataan hebat yang dihasilkan di Kepulauan Melayu Nusantara.

Rentaka merupakan sejenis meriam gangsa mudah alih yang lazimnya dipasang pada kapal dagang dan kapal perang di Kepulauan Melayu Nusantara. Senjata ini berfungsi sebagai sistem pertahanan utama untuk menghadapi ancaman lanun yang sering cuba menuntut ufti atau menggugat keselamatan para pedagang. Kecil tetapi berkuasa, rentaka menggambarkan keupayaan teknologi tempatan dalam mempertahankan laluan perdagangan maritim yang strategik dan berisiko tinggi ketika itu.

Berdasarkan kepada bukti-bukti dan jumpaan-jumpaan terkini terdapat kemungkinan besar bahawa kapal karam Bidong yang tenggelam di antara kurun ke-14 dan 16 merupakan bahtera hebat Kepulauan Melayu Nusantara yang sebelum ini dikenali ramai sebagai Jong Melayu. Secara naratifnya, bahtera Bidong telah melakukan satu perjalanan perdagangan jauh membelah Laut China Selatan daripada tanah besar China dan singgah di Kerajaan Thai sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kepulauan Nusantara.

Gambar 3: Kerja-kerja eskavasi arkeologi marin yang sedang dijalankan oleh penyelidik dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di tapak dasar laut.
Gambar 4: Penyelidik membersihkan sedimen dalam kawasan grid ekskavasi untuk mendokumentasikan artifak marin seperti serpihan kapal karam dan struktur purba.Kerja-kerja ini memerlukan kepakaran arkeologi, kemahiran menyelam saintifik dan pengetahuan tentang pemuliharaan warisan maritim.

Bersempena dengan sambutan Hari Lautan Sedunia, penemuan seperti ini seharusnya membuka mata kita terhadap betapa luas dan dalamnya warisan maritim yang masih belum diterokai. Bidang arkeologi maritim di Malaysia masih lagi dalam fasa bertatih dan memerlukan lebih ramai individu yang berminat untuk meneroka ilmu lautan yang kaya dengan sejarah dan identiti bangsa. Laut bukan hanya sekadar perairan, tetapi arkib terbuka yang menyimpan kisah silam tamadun kita, terus setia menanti untuk diselami, dikaji dan dihargai oleh generasi akan datang.

 

Mengenai penulis:

Prof. Madya Dr. Hasrizal Bin Shaari merupakan Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan serta pensyarah kanan dalam bidang geokimia marin di Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Beliau berpengalaman luas dalam kajian marin, khususnya dalam penyelidikan berkaitan unsur surih, sedimen dasar laut, dan arkeologi maritim. Dr. Hasrizal juga aktif menjalankan kerja lapangan dan selaman saintifik untuk meneroka tapak-tapak arkeologi marin di perairan Malaysia, termasuk projek penyelidikan kapal karam di sekitar Pulau Bidong. Beliau boleh dihubungi melalui emel: riz@umt.edu.my

 

#LiterasiLautanUntukSemua

 

*Artikel ini diterbitkan atas inisiatif dan tajaan ‘OceanHOPE Project’ dari Universiti Malaysia Terengganu bagi meningkatkan tahap literasi lautan kepada orang ramai bersempena sambutan Hari Lautan Sedunia yang diraikan pada 8 Jun setiap tahun. Sila layari https://oceanhope.umt.edu.my/ untuk maklumat lanjut.

 

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Eskavasi LautHasrizal Bin Shaarikapal Melayukayu-kayan MalaysiaPulau BidongUMT
ShareTweetShare
Previous Post

HARI LAUTAN SEDUNIA: Bukan Sahaja Ombak, Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Next Post

HARI LAUTAN SEDUNIA: Siapa Sangka 'Tanah Mati' Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan

Editor

Editor

Related Posts

Tumbuhan Hoya R.Br. Si Cantik Yang Wangi
Alam Semulajadi

Tumbuhan Hoya R.Br. Si Cantik Yang Wangi

44 minutes ago
Program University Social Responsibility (USR): Menyatukan Ilmu Tahfiz dan STEM dengan Pendekatan Saintifik
Berita & Peristiwa

Program University Social Responsibility (USR): Menyatukan Ilmu Tahfiz dan STEM dengan Pendekatan Saintifik

1 hour ago
Tanah Liat Lembut: Cabaran, Punca dan Penyelesaian Mampan dalam Sektor Pembinaan dan Pertanian di Malaysia
Alam Semulajadi

Tanah Liat Lembut: Cabaran, Punca dan Penyelesaian Mampan dalam Sektor Pembinaan dan Pertanian di Malaysia

4 days ago
Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam untuk Masa Depan
Alam Semulajadi

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam untuk Masa Depan

6 days ago
Next Post
HARI LAUTAN SEDUNIA: Siapa Sangka ‘Tanah Mati’ Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan

HARI LAUTAN SEDUNIA: Siapa Sangka 'Tanah Mati' Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan

Kategori Produk

  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In