23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Monday, September 28, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Ikan Inggu -Jika Ibu Mati, Ayah Akan Menjadi Ibu

Ikan Inggu -Jika Ibu Mati, Ayah Akan Menjadi Ibu

Editor by Editor
27/09/2026
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh: Yusri Yusuf
Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM),
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Siapa tidak kenal Nemo? Tubuhnya kecil, berwarna jingga terang dengan jalur putih, dan hidup di celah-celah sesungut buran laut. Sejak watak ini menjadi terkenal melalui filem animasi, ikan badut atau lebih dikenali sebagai ikan inggu di Malaysia mungkin menjadi antara ikan terumbu karang yang paling mudah dikenali di dunia.

Namun, kehidupan sebenar ikan ini jauh lebih menarik daripada apa yang pernah ditunjukkan di layar perak. Bayangkan sebuah keluarga yang tinggal bersama di dalam sebuah rumah. Di dalam rumah itu terdapat seekor betina yang paling besar dan dominan, seekor jantan yang menjadi pasangan pembiaknya, serta beberapa individu lain yang lebih kecil.

Kemudian, pada suatu hari, betina dominan itu mati. Apa yang berlaku selepas itu? Mereka tidak keluar mencari betina baharu. Sebaliknya, jantan terbesar dalam kumpulan itu akan bertukar menjadi betina. Ya, daripada jantan kepada betina. Dan ini bukan keanehan atau kebetulan dalam biologi. Inilah sistem yang telah dibentuk oleh evolusi untuk memastikan kelangsungan kumpulan tersebut.

Ikan inggu daripada genus Amphiprion tidak hidup secara rawak di dalam buran laut (anemone laut) . Kumpulan mereka mempunyai struktur sosial yang sangat tersusun. Individu terbesar biasanya ialah betina dominan. Di bawahnya ialah jantan pembiak, diikuti beberapa individu lebih kecil yang belum membiak. Saiz badan memainkan peranan penting dalam menentukan kedudukan mereka dalam hierarki tersebut.

Jantan pembiak yang merupakan antara individu terbesar dalam kumpulan akan mengalami perubahan biologi dan mengambil kedudukan betina. Individu berikutnya dalam hierarki pula mengambil alih kedudukan sebagai jantan pembiak. Dalam biologi, fenomena pertukaran jantina daripada jantan kepada betina ini dikenali sebagai protandrous sequential hermaphroditism.

Mengapa tidak cari sahaja pasangan baharu sahaja?

Jawapannya mungkin terletak pada sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan ikan inggu iaitu rumahnya. Ikan inggu mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan buran laut. Bagi kebanyakan ikan lain, sesungut buran boleh menjadi tempat yang berbahaya kerana mempunyai sel penyengat. Namun ikan inggu mempunyai perlindungan yang membolehkannya hidup di celah-celah sesungut tersebut.

Bagi ikan kecil yang pergerakannya terhad, perlindungan sebegini amat bernilai. Buran bukan sekadar tempat tinggal. Ia merupakan tempat berlindung daripada pemangsa, kawasan kehidupan dan pusat kepada struktur sosial kumpulan tersebut. Jadi, apabila seekor betina hilang, meninggalkan tempat perlindungan untuk mencari pasangan baharu bukan semestinya pilihan terbaik. Sistem sosial yang sedia ada membolehkan kumpulan tersebut menyusun semula struktur pembiakannya.

Di sinilah kita dapat melihat sesuatu yang sangat menarik tentang evolusi. Alam tidak semestinya menghasilkan sistem yang kelihatan normal kepada manusia. Alam menghasilkan strategi yang membantu organisma terus hidup dan membiak dalam persekitarannya.

Ikan inggu dan buran: siapa sebenarnya membantu siapa?

Hubungan antara ikan inggu dengan buran laut juga merupakan contoh hubungan ekologi yang menarik. Ikan mendapat perlindungan dengan berlindung di celah sesungut buran. Sebagai balasan, ikan inggu boleh membantu membersihkan parasit, menghasilkan pergerakan air di sekitar buran melalui aktiviti berenang dan menyumbangkan nutrien melalui bahan buangan.

Hubungan seperti ini sering diterangkan sebagai simbiosis mutualisme, iaitu hubungan apabila kedua-dua organisma memperoleh manfaat. Menariknya, bentuk badan ikan inggu juga sesuai dengan kehidupan sedemikian. Sirip ekornya yang membulat menjadikan gaya renang ikan ini berbeza daripada ikan laut terbuka yang lebih pantas dan aerodinamik. Namun bentuk tersebut membantunya bergerak dan bermanuver di ruang sempit sekitar buran.

Dari segi pemakanan pula, ikan inggu ialah omnivor yang memakan antaranya zooplankton, krustasea kecil dan alga. Dalam erti kata lain, hampir seluruh kehidupannya berkisar di sekitar sebuah kawasan yang sangat kecil. Rumah kecil, tetapi dunia yang sangat kompleks.

Ada satu lagi bahagian kehidupan ikan inggu yang mungkin tidak ramai ketahui. Apabila tiba masa membiak, jantan memainkan peranan penting dalam penjagaan telur. Kawasan berhampiran pangkal buran akan disediakan sebagai tempat betina meletakkan telur. Selepas telur dihasilkan, jantan menjaga sarang tersebut dengan mengipaskan sirip bagi membantu pengudaraan telur serta membersihkan telur yang tidak berkembang atau kotoran di sekitarnya.

Telur lazimnya menetas selepas sekitar enam hingga sepuluh hari. Jadi kehidupan ikan inggu sebenarnya mempunyai beberapa lapisan cerita yang luar biasa. Mereka mempunyai hierarki sosial kerana hidup dalam hubungan rapat dengan organisma daripada kumpulan yang sama. Jantan menjaga telur dan apabila keadaan memerlukannya, jantan pembiak boleh bertukar menjadi betina.

Nemo Malaysia bukan hanya satu spesies

Satu lagi perkara yang sering kita terlepas pandang ialah apabila menyebut ikan badut, ramai membayangkan hanya satu rupa ikan iaitu jingga dengan jalur putih seperti Nemo. Hakikatnya, perairan Malaysia mempunyai kepelbagaian ikan inggu yang jauh lebih menarik.

Beberapa spesies yang direkodkan di perairan Semenanjung Malaysia, termasuk Amphiprion ocellaris, A. clarkii, A. akallopisos, A. perideraion, A. sandaracinos, A. ephippium, A. frenatus dan A. polymnus. Ada yang direkodkan di Pantai Timur, ada di Pantai Barat dan ada yang mempunyai taburan lebih luas.

Ini bermakna apabila kita menyelam di kawasan terumbu karang Malaysia, apa yang kita lihat bukan sekadar “Nemo”. Kita sedang melihat sebahagian daripada kepelbagaian biologi terumbu karang negara.

Gambar: Penulis selesai selaman pemantauan terumbu karang dalam negara.

Mengenai Penulis:

Yusri Yusuf merupakan pensyarah kanan di Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Beliau berpengalaman dalam bidang ekologi terumbu karang, taksonomi ikan, serta pemantauan dan pemuliharaan ekosistem marin. Beliau aktif dalam penyelidikan berkaitan biodiversiti ikan terumbu karang dan pengurusan sumber marin, serta terlibat dalam pelbagai projek pemuliharaan dan pemantauan terumbu karang di Malaysia. Beliau boleh dihubungi melalui yusriyusuf@umt.edu.my

 

#LiterasiLautanUntukSemua

*Artikel ini diterbitkan atas inisiatif dan tajaan ‘OceanHOPE Project’ dari Universiti Malaysia Terengganu bagi meningkatkan tahap literasi lautan kepada orang ramai bersempena sambutan 25 Tahun UMT: Menerajui Agenda Ekonomi Biru Negara. Sila layari https://oceanhope.umt.edu.my/ untuk maklumat lanjut.

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Hari Kelautan SeduniaLiterasi Lautan Untuk SemuaOceanHOPE ProjectYusri Yusof
ShareTweetShare
Previous Post

Peluang Terbaik Matematikawan Menjadi Solopreneur

Next Post

Benda Asing di Mata- Kecil Tetapi Mampu Mengancam Penglihatan

Editor

Editor

Related Posts

Sedimen Kuala Gula Membongkar Jejak Pencemaran Logam Berat
Alam Semulajadi

Sedimen Kuala Gula Membongkar Jejak Pencemaran Logam Berat

1 day ago
Penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)
Berita & Peristiwa

Penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)

1 day ago
Sakit Orofasial Meniru Sakit Gigi: Bagaimana Mengenalinya?
Berita & Peristiwa

Sakit Orofasial Meniru Sakit Gigi: Bagaimana Mengenalinya?

1 day ago
Konservasi Sumber Asli Melalui Bidang Kultur Tisu Tumbuhan
Alam Semulajadi

Konservasi Sumber Asli Melalui Bidang Kultur Tisu Tumbuhan

1 day ago
Next Post
Benda Asing di Mata- Kecil Tetapi Mampu Mengancam Penglihatan

Benda Asing di Mata- Kecil Tetapi Mampu Mengancam Penglihatan

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In