23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, September 24, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Jadikan Sains Sebagai Budaya Awam

Editor by Editor
17/12/2016
in Bicara Saintis
0 0
0

Oleh : PROF DR. RAUZAH HASHIM
Google Scholar

Jabatan Kimia, Universiti Malaya

[ http://www.kimia.um.edu.my/]

Saintis adalah golongan inteligensia yang mutlak menurut satu artikel dari internet  yang ditulis oleh John Brockman. Saintis termasuk dalam kumpulan pemikir dipanggil The Third Culture yang menggunakan kaedah empirik untuk memahami alam.

Menurut Brockman, dulu kumpulan pemikir didominasikan oleh mereka daripada bidang kesusasteraan kerana ketika itu saintis malu ke hadapan untuk menyampaikan pendapat mereka. Kini hal tersebut sudah berubah. Di Barat sains sudah menjadi budaya awam. Para saintis menulis dalam media massa seluas-luasnya. Lihat sahaja jumlah buku sains popular yang diterbitkan. Fenomena ketiadaan saintis tampil di media massa hanya berlaku dalam Dunia Ketiga. Maka pentinglah media Dunia Ketiga terutama di Malaysia memberi lebih sedikit pengiktirafan terhadap sains dan saintis. Walaupun apa yang ditulis atau diperkatakan oleh saintis kadangkala nampak terlalu bodoh atau terlalu pandai, berilah ruang dan peluang yang seadanya.

PopularScience kosmik

Kegiatan saintifik sangatlah kreatif dan pelbagai. Namun di Malaysia penekanan terhadap aplikasi sains sangat keterlaluan. Dasar kerajaan terhadap hasil nyata penyelidikan menyebabkan penyelidikan sains terfokus kepada soal kulit yang remeh sahaja. Aspek-aspek dasar sains terpinggir begitu lama, sedangkan kemajuan sains yang mutlak adalah apabila saintis menyoal perkara-perkara yang mendasari sains iaitu hukum-hukum dan teori-teorinya.

Kebanyakan saintis terpaksa mengikut arus perdana demi mendapatkan geran, pengiktirafan dan ganjaran (seperti naik pangkat dan sebagainya). Saintis yang degil meneruskan kegiatan dalam bidang asas dipinggirkan begitu sahaja. Mereka biasanya kelihatan sangat jahil dan kerja yang dilakukan biasa sahaja.

Mungkin inilah yang harus difahami oleh media dan masyarakat, iaitu walaupun kajian untuk memanfaatkan sesuatu idea saintifik itu penting, kebolehan mencetuskan idea asli dalam sains adalah lebih penting. Dalam sejarah sains, banyak contoh yang menunjukkan bahawa idea asas sains itu lebih penting daripada mencipta kegunaan sesebuah idea saintifik.

Curious Mind. jpg

Kita boleh gunakan kejayaan Paul Dirac. Dalam teorinya iaitu menerusi hasil persamaan matematiknya, beliau meramalkan kewujudan zarah semacam elektron tetapi mempunyai cas positif (iaitu berlawanan dengan elektron). Zarah ini dipanggil positron, ia hanya dijumpai kemudian oleh Carl David Anderson yang menerima anugerah Hadiah Nobel pada tahun 1936 untuk penemuan tersebut. Sekali gus, kedua-dua keputusan ini mencetus bidang sains baru iaitu bidang antijirim di mana zarah-zarah anti yang lain diselidiki.

Apa yang mustahak diperhatikan ialah, asas teori yang kukuh merintis laluan, mempelopori dan membimbing sains dan saintis. Sains yang dibimbingi oleh teori atau sains berteraskan maklumat menjadi satu praktis penting bagi sains zaman bermaklumat kini.

Walaupun terdapat kesedaran terhadap pentingnya sains, terutama di Dunia Ketiga, tetapi imej sains dan saintis masih lagi terkebelakang. Saintis masih lagi dianggap sebagai satu profesion pariah (paling rendah). Persepsi masyarakat ialah saintis terpaksa berkerja kuat tanpa ganjaran gaji lumayan. Akibatnya tidak ramai di kalangan anak muda yang berkebolehan tinggi tertarik menceburi bidang sains. Kebanyakan mereka hanya berminat untuk masuk ke bidang Sains Gunaan seperti perubatan dan kejuruteraan.

Saya harap kuasa media dapat memperbetulkan persepsi masyarakat terutama di negara kita sekiranya kita mahukan saintis berkaliber seperti Einstein, Hawkins dan Abdus Salam.


Catatan:// Tulisan ini pernah muncul di Utusan Malaysia. Pihak MajalahSains.Com mengambil inisiatif untuk memuatkan semula rencana ini dengan persetujuan Prof Rauzah Hashim.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: budaya saintifikKimiaSaintis Melayusaintis muslim
ShareTweetShare
Previous Post

Ucapan Pemenang Nobel Fizik Sir Prof. Anthony James Leggett di UNIMAP

Next Post

Pendidikan Sains Untuk Kanak-Kanak Penghidap Autisme

Editor

Editor

Related Posts

Memoir Pendek Seorang Pensyarah Matematik
Berita & Peristiwa

Memoir Pendek Seorang Pensyarah Matematik

3 months ago
Hymenoptera Si Pendebunga Hutan: Penyumbang Kelestarian Makanan Hidupan Liar Herbivor
Alam Semulajadi

Hymenoptera Si Pendebunga Hutan: Penyumbang Kelestarian Makanan Hidupan Liar Herbivor

5 months ago
Menghadapi Perubahan Iklim
Alam Semulajadi

Menghadapi Perubahan Iklim

1 year ago
Enam Saintis Muda Wakil Malaysia di Mesyuarat Nobel Laureate ke-71
Berita & Peristiwa

Enam Saintis Muda Wakil Malaysia di Mesyuarat Nobel Laureate ke-71

1 year ago
Next Post
Pendidikan Sains Untuk Kanak-Kanak Penghidap Autisme

Pendidikan Sains Untuk Kanak-Kanak Penghidap Autisme

  • Nasi Sejuk Bagus Untuk Diet & Kencing Manis

    Nasi Sejuk Bagus Untuk Diet & Kencing Manis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In