23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 12, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Ucapan Pemenang Nobel Fizik Sir Prof. Anthony James Leggett di UNIMAP

Editor by Editor
08/12/2016
in Bicara Saintis, Tokoh
0 0
0

Ucapan Khas Sir Prof. Anthony James Leggett (Penerima Hadiah Nobel Fizik 2003), di Istana Arau Perlis Ketika Menerima Ijazah Kehormat Kedoktorran Sains UNIMAP pada 15 Januari 2013

Diterjemahkan oleh:

1.Dr. Nazri A. Halif
Institut Matematik Kejuruteraan (IMK), UniMAP

2.Dr. Norfaezah Sabki
Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik, UniMAP.
Ianya benar-benar suatu penghargaan dan kegembiraan untuk menerima Ijazah Kehormat ini daripada UniMAP. Ini sebenarnya bukanlah lawatan pertama saya ke Malaysia. Saya pernah berada di sini lebih kurang hampir 50 tahun yang lalu pada 1965. Kami telah berada di Singapura dan memandu kereta naik ke pantai timur ke Kuantan, kemudian merentasi Semenanjung dan berpatah balik melalui Melaka. Ini adalah suatu pengembaraan terutamanya apabila kereta yang kami gunakan agak teruk dan hampir rosak. Saya secara khususnya, mengingati suatu peristiwa di mana kami memandu secara tidak baik dan keluar dari jalan raya, dan berakhir dengan tayar kereta terbenam di dalam pasir. Nasib baik insiden ini berlaku bertentangan dengan sebuah sekolah, dan Guru Besar melihat keadaan kami dan membawa sekumpulan pelajar yang paling kuat untuk menolak kereta kami dan membantu menghantar kami kembali ke jalan raya. Daripada cerita  dan juga insiden-insiden lain yang hampir sama, saya mempunyai kenangan yang terindah tentang lawatan saya ke Malaysia.

Jelas di sini bahawa, terdapat perubahan yang ketara di Malaysia sejak 50 tahun yang lalu. Jika diambil satu contoh, siapa boleh terfikir bahawa sejak tahun 1965 sehingga 2013, universiti-universiti di Malaysia kini menjadi tarikan utama kepada pelajar-pelajar antarabangsa. Sebagai satu universiti yang baru, UniMAP mempunyai peluang yang cerah dan saya berharap pada masa hadapan ia akan menghasilkan seorang atau lebih pemenang Hadiah Nobel.

Hadiah Nobel

Pada ketika ini saya sering ditanya: “Apakah intipati utama untuk mendapatkan Hadiah Nobel?”, maka ada satu jawapan yang mudah: “Tuah!”. Dalam kes saya, saya berada di tempat yang betul, pada masa yang betul, mengetahui apa yang perlu saya ketahui, dan, yang paling penting tidak perlu tahu apa yang saya tidak perlu tahu.

Walaubagaimanapun, pada keadaan seperti ini, di mana saya diperlukan untuk memberikan pandangan dan nasihat, walaupun saya tidak layak untuk melakukannya. Setakat ini, inilah nasihat dan cadangan saya kepada pelajar dan pusat-pusat pengajian di UniMAP: (dan secara umum di tempat-tempat lain juga)

Pertama, cuba untuk ikut rasa ingin tahu anda dan jangan risau jika orang di sekitar anda mempersoalkan anda adalah gila atau remeh (saya pertaruhkan bahawa ketika Einstein bertanya kenapa semua jasad jatuh pada kadar masa yang sama dalam medan graviti bumi? Ramai masyarakat berkata,
“Oh, semua orang sudah mengetahuinya”, disebalik persoalan yang mudah itu, lahir teori yang hebat yang kini kita panggil ‘Teori Kerelatifan Am’.

Kedua, jangan terlalu risau tentang jangkaan orang, hanya buat sahaja dengan cara anda sendiri dan anda akan belajar sesuatu.
Yang ketiga, jangan fikir apa-apa kerja anda yang jujur untuk diberi anugerah, letakkan ia ke tepi, dan saya pertaruhkan bahawa sepuluh atau dua puluh tahun lagi ia akan membantu anda (seperti yang berlaku kepada saya dalam kerja saya mengenai Helium-3).

Dan, akhir sekali (dalam kes pusat pengajian dan fakulti), buatlah tugas pengajaran sekurang-kurangnya sepenting penyelidikan anda.

Pentadbir Universiti

Kepada pentadbiran universiti, adalah tidak begitu manis untuk saya menawarkan nasihat, maka saya hanya menggalakkan anda untuk melakukan perkara yang saya tahu anda juga melakukannya dengan cara anda. Pastikan bahawa setiap rakyat negeri Perlis yang mendapat faedah dari penyelidikan universiti boleh memperbaiki status ekonomi mereka. Cuba untuk menghargai kekuatan sedia ada dan teknologi dengan menggunakan kompenen sains tulen dan juga kesenian (saya menganggap hal ini sebagai komponen penting kepada universiti yang benar-benar bertaraf dunia), dan untuk memastikan warga UniMAP mendapat peluang didedahkan kepada pengalaman antarabangsa (saya tahu yang mana anda telah melaksanakan hal ini di pusat-pusat pengajian, saya mencadangkan anda memulakan pendedahan ini pada peringkat pengajian siswazah dan jika boleh, pada peringkat ijazah pertama).

Bagi diri saya, saya merasakan tidak dapat untuk memberi komitmen untuk kembali semula ke Perlis pada sela masa saya. Saya merasa sangat gembira untuk menyumbang apa jua nasihat dan cadangan yang saya boleh berikan dari jauh, dan khususnya untuk menasihati mana-mana pelajar ijazah pertama UniMAP yang mungkin berfikir untuk memohon pengajian siswazah di University of Illinois at Urbana–Champaign (UIUC). Izinkan saya sekali lagi untuk meluahkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada UniMAP untuk anugerah Ijazah Kehormat ini dan mengucapkan setiap kejayaan pada tahun akan datang.

Kredit foto – Wikipedia

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Buku: Siapa Askar Dalam Badan Kita

Next Post

Jadikan Sains Sebagai Budaya Awam

Editor

Editor

Related Posts

Penyelidik Masa Hadapan: Superhuman atau Mangsa Brain Outsourcing?
Berita & Peristiwa

Penyelidik Masa Hadapan: Superhuman atau Mangsa Brain Outsourcing?

1 month ago
FUNTASTIC STEM Mini Carnival 2025 Memupuk Minat dan Literasi STEM dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah
Berita & Peristiwa

FUNTASTIC STEM Mini Carnival 2025 Memupuk Minat dan Literasi STEM dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah

3 months ago
Nikolai Ivanovich Vavilov: Bapa Bank Biji Benih Dunia
Alam Semulajadi

Nikolai Ivanovich Vavilov: Bapa Bank Biji Benih Dunia

3 months ago
Jejak Kriptanalisis: Sumbangan Cendekiawan Islam Al-Kindi
Berita & Peristiwa

Jejak Kriptanalisis: Sumbangan Cendekiawan Islam Al-Kindi

8 months ago
Next Post
Jadikan Sains Sebagai Budaya Awam

Jadikan Sains Sebagai Budaya Awam

Kategori Produk

  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In