23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, June 7, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kelestarian Nadir Bumi: Menggali Khazanah Peranti Melalui Perlombongan Bandar

Kelestarian Nadir Bumi: Menggali Khazanah Peranti Melalui Perlombongan Bandar

Editor by Editor
07/06/2026
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Penulis: Dr. Nur Suraya Ahmad1 & Dr. Asma Qamaliah Abdul Hamid2
1Penyelidik, Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

2Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Setiap kali kita menyentuh skrin telefon pintar, menggunakan komputer, menonton televisyen atau melihat kereta elektrik (electric vehicle, EV) yang memecut di jalan raya, kita sebenarnya sedang menikmati hasil ciptaan teknologi moden. Namun, pernahkah kita terfikir ke mana perginya peranti ini apabila sudah rosak atau tidak boleh dipakai lagi? Persoalan ini mungkin pernah berlegar di minda sebahagian daripada kita. Tetapi, adakah anda mengetahui bahawa lambakan sisa elektronik (e-waste) ini selalunya akan berakhir di tapak pelupusan sampah? Lebih membimbangkan, beberapa kajian menunjukkan sisa ini telah menjadi ancaman yang signifikan kepada alam sekitar kita.

Menurut laporan Global E-Waste Monitor 2024 (2024), lebih 62 juta tan sisa elektronik dihasilkan dalam tempoh setahun di seluruh dunia dan hanya sekitar 20 peratus berjaya dikitar semula secara rasmi. Manakala, negara seperti Malaysia pula didapati telah menghasilkan lebih 24 juta tan unit sisa elektronik pada 2025 dan tiada data rasmi berkaitan peratusan sisa elektronik yang berjaya dikitar semula. Dalam konteks ini, kebanyakan sisa elektronik yang dikenalpasti terdiri daripada telefon bimbit dan komputer peribadi. Satu persoalan utama yang perlu diberi perhatian ketika ini adalah sejauh mana kesedaran masyarakat kita tentang kepentingan kitar semula sisa elektronik dalam usaha kerajaan mengurangkan penghasilan sisa elektronik ini?

Perlombongan Bandar Dalam Konsep Ekonomi Kitaran

Timbunan peranti yang telah usang atau rosak ini sebenarnya tidak patut dipandang sepi kerana ia menyimpan khazanah berharga iaitu unsur nadir bumi (rare earth elements, REE). Apatah lagi, apabila data kajian menunjukkan berjuta tan sisa elektronik dihasilkan setiap tahun. Daripada menggunakan kaedah perlombongan tradisional yang terus menerus menjarah bukit-bukau bagi mendapatkan bahan mentah baharu, dunia kini mula beralih kepada kaedah penyelesaian hijau yang dinamakan sebagai pelombongan bandar (urban mining). Berbanding konsep terdahulu, aktiviti perlombongan bandar melalui konsep ekonomi kitaran menganggap bandar-bandar moden yang padat dengan peranti terpakai sebagai lubuk alternatif kepada bekalan nadir bumi. Konsep ini bukan sahaja mengurangkan kebergantungan kepada perlombongan primer, tetapi juga menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran Mampan).

Berdasarkan kajian teknikal oleh pelbagai penyelidik, perlombongan bandar melalui konsep ekonomi kitaran boleh dicapai menerusi empat fasa utama iaitu; pengumpulan semula, pengasingan semula, pengekstrakan semula bahan berharga dan pemprosesan semula & pengunaan semula.

Rajah 1: Konsep 4R di dalam perlombongan bandar (Imej janaan AI)

i- Pengumpulan semula (Re-collection)

Fasa pertama bermula dengan mengumpul semula peranti elektronik terpakai. Fasa ini kritikal kerana jika peranti elektronik dibuang begitu sahaja ke dalam tong sampah biasa yang bercampur dengan sisa organik domestik, ia akan mengalami hakisan kimia akibat terdedah kepada kelembapan dan air hujan. Akibatnya, logam berat boleh melarut dan meresap, lalu mencemari ekosistem air bawah tanah serta mengancam rantaian biologi. Selain itu, risiko berlakunya kebakaran secara spontan adalah sangat tinggi apabila bateri litium bercampur dengan sisa lain.

ii- Pengasingan semula (Re-separation)

Di kilang kitar semula yang khusus, komponen sisa elektronik dari peranti akan dileraikan secara fizikal. Bahagian plastik, kaca dan papan litar utama dipisahkan secara teliti kerana tumpuan utama adalah pada magnet kecil di dalam pembesar suara dan cakera keras peranti dimana unsur nadir bumi berkumpul.

Walau bagaimanapun, fasa ini menuntut tahap kawalan keselamatan yang tinggi. Di dalam peranti lama seperti televisyen jenis tiub sinar katod dan komponen sel bateri, terdapat kandungan logam berat yang toksik seperti Plumbum (Pb), Merkuri (Hg) dan Kadmium (Cd). Jika proses leraian fizikal dilakukan tanpa sistem penapisan udara dan pakaian perlindungan yang betul, debu toksik ini boleh dihidu dan akan merosakkan sistem saraf serta buah pinggang pekerja kilang.

iii- Pengekstrakan semula (Re-extraction)

Menggunakan kaedah metalurgi dan kimia, logam berharga seperti emas, tembaga, perak dan nadir bumi diasingkan. Menariknya, unsur nadir bumi iaitu Neodymium (Nd) dan Dysprosium (Dy) yang berjaya diselamatkan daripada peranti lama ini adalah 100 peratus bebas dari sisa radioaktif iaitu Thorium (Th) dan Uranium (U). Oleh kerana bahan-bahan ini sudah dibersihkan semasa pembuatan asal peranti, maka tiada isu radioaktif TENORM (Technologically Enhanced Naturally Occurring Radioactive Materials) atau kesan sinaran terhadap pekerja dan kesihatan awam. Tambahan pula, pemulihan logam berharga daripada sisa elektronik boleh menjimatkan sehingga 90% tenaga berbanding perlombongan tradisional.

iv- Pemprosesan semula dan Penggunaan semula (Re-processing & Re-use)

Logam nadir bumi yang telah ditapis tulen akan dihantar semula ke kilang pembuatan untuk dijadikan komponen peranti yang baharu. Kitaran ini memastikan bekalan rantaian peranti tidak pernah terputus dan menghasilkan sistem tertutup (closed-loop system) yang tidak mempunyai sisa buangan akhir. Model sistem tertutup ini kini menjadi rujukan utama dalam strategi ekonomi kitaran di Kesatuan Eropah dan Jepun.

Manfaat Alam Sekitar

Dari sudut alam sekitar, perlombongan bandar ini menawarkan kecekapan tenaga yang jauh lebih tinggi. Tenaga elektrik yang digunakan untuk mengitar semula komponen papan litar lama adalah jauh lebih rendah berbanding tenaga elektrokimia yang diperlukan untuk melebur batu mentah dari kerak bumi. Kaedah ini juga dipercayai dapat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, dan dapat memelihara kawasan hutan daripada diteroka untuk tapak kuari yang baharu serta menyelamatkan ekosistem alam sekitar. Sebagai contoh, setiap satu tan sisa elektronik yang dikitar semula boleh mengelakkan pelepasan sehingga 1.5 tan karbon dioksida ke atmosfera.

Menariknya, pelaksanaan konsep Tanggungjawab Pengeluar Lanjutan (Extended Producer Responsibility, EPR) di dalam industri direka khas untuk mengalihkan beban pengurusan produk akhir hayat daripada pihak berkuasa tempatan dan pembayar cukai kepada pengeluar. Malah, ia turut menjadi pemangkin utama kepada transformasi dasar kerana ia akan memastikan pengeluar bertanggungjawab terhadap kitar semula produk mereka sepanjang kitar hayat. Apabila dasar EPR digabungkan dengan inovasi perlombongan bandar dan industri hiliran seperti EV dan semikonduktor, maka Malaysia berpotensi untuk muncul sebagai hab kitar semula serantau. Langkah ini akan menyokong ekonomi hijau dan memastikan rantaian bekalan teknologi negara kekal lestari.

Perlombongan bandar membuka mata kita bahawa sisa elektronik tidak sepatutnya berakhir sebagai sampah yang merosakkan bumi dan mencemarkan alam sekitar. Masalah lambakan sisa elektronik ini boleh ditukarkan menjadi peluang ekonomi hijau dengan usaha dan pelaburan. Dengan kecanggihan sains dan teknologi kitar semula yang tepat, peranti yang usang atau rosak di dalam simpanan kita juga mampu membantu kelestarian teknologi masa depan tanpa perlu mewariskan ancaman radioaktif dan pencemaran alam kepada generasi akan datang.

Kredit foto utama-directindustry

Rujukan

  • Xavier, L. H., Giese, E. C., Ribeiro-Duthie, A. C., & Lins, F. A. F. (2021). Sustainability and the circular economy: A theoretical approach focused on e-waste urban mining. Resources Policy, 74: 101467.
  • Recycle Track Systems (RTS). The Complete E-Waste Recycling Process.
  • Mohamed, D., Fayad, A., Mohamed, A.-M. O., & Al Nahyan, M. T. (2025). The Role of E-Waste in Sustainable Mineral Resource Management. Waste, 3(3): 27
  • Quinto, S., Law, N., Fletcher, C., Le, J., Antony Jose, S., & Menezes, P. L. (2025). Exploring the E-Waste Crisis: Strategies for Sustainable Recycling and Circular Economy Integration. Recycling, 10(2): 72
  • International Telecommunication Union & United Nations Institute for Training and Research. 2024. Global E-Waste Monitor 2024.
  • 15 Januari 2025. Malaysia drafts a legal framework for e-waste management with Extended Producer Responsibility (EPR).
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Asma Qamaliah Abdul Hamidbateri lithium-ione-wasteKelestarian nadir bumilogam nadir bumiMatlamat Pembangunan Lestari (SDG)nadir bumiNur Suraya AhmadPencemaran Alam Sekitarperanti elektronik usangperlombongan bandarPusat Pengajian Siswazah Perniagaanrare earth elementssisa elektronikthoriumurban mining
ShareTweetShare
Previous Post

Teknologi, Kecerdasan Buatan (AI) dan Krisis Tumpuan

Next Post

Ancaman Logam Berat dalam Rantaian Makanan: Bagaimana Bahan Pencemar Terkumpul dalam Tubuh Ikan?

Editor

Editor

Related Posts

Ancaman Logam Berat dalam Rantaian Makanan: Bagaimana Bahan Pencemar Terkumpul dalam Tubuh Ikan?
Alam Semulajadi

Ancaman Logam Berat dalam Rantaian Makanan: Bagaimana Bahan Pencemar Terkumpul dalam Tubuh Ikan?

2 hours ago
Teknologi, Kecerdasan Buatan (AI) dan Krisis Tumpuan
Berita & Peristiwa

Teknologi, Kecerdasan Buatan (AI) dan Krisis Tumpuan

2 days ago
Rahsia Di Sebalik Bateri Kereta Elektrik
Berita & Peristiwa

Rahsia Di Sebalik Bateri Kereta Elektrik

3 days ago
Ahli Matematik Antarabangsa Gesa Komuniti Akademik Berhati-hati Terhadap Dakwaan Kecerdasan Buatan (AI)
Berita & Peristiwa

Ahli Matematik Antarabangsa Gesa Komuniti Akademik Berhati-hati Terhadap Dakwaan Kecerdasan Buatan (AI)

4 days ago
Next Post
Ancaman Logam Berat dalam Rantaian Makanan: Bagaimana Bahan Pencemar Terkumpul dalam Tubuh Ikan?

Ancaman Logam Berat dalam Rantaian Makanan: Bagaimana Bahan Pencemar Terkumpul dalam Tubuh Ikan?

Kategori Produk

  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In