23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Monday, December 15, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Mengapa Sesetengah Golongan Mengalami Gejala Perut Kembung Selepas Minum Susu?

Mengapa Sesetengah Golongan Mengalami Gejala Perut Kembung Selepas Minum Susu?

Editor by Editor
15/01/2025
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Siti Nur Rasyidah Md Ramli

Pensyarah, Jabatan Sains Asas
Fakulti Pergigian, Universiti Sains Islam Malaysia

Perut kembung selepas minum susu adalah masalah yang sering dialami oleh sebahagian individu. Gejala ini boleh menyebabkan rasa tidak selesa seperti perut berangin, kerap sendawa dan cirit-birit.

Perut kembung selepas minum susu atau produk tenusu biasanya berkait rapat dengan ketidakmampuan tubuh untuk mencerna laktosa, gula utama dalam susu. Keadaan ini dipanggil sebagai intoleransi laktosa.

Intoleransi laktosa ini terjadi akibat kekurangan enzim laktase di dalam usus kecil. Laktase adalah enzim yang bertanggung jawab untuk memecah laktosa, menjadi glukosa dan galaktosa yang lebih mudah diserap oleh tubuh. Tanpa laktase yang cukup, laktosa tidak tercerna dengan baik dan akan masuk ke usus besar, di mana ia akan difermentasi oleh bakteria, menghasilkan gas seperti hidrogen, karbon dioksida dan gas metana. Gas inilah yang menyebabkan kembung, kekejangan perut dan kadangkala cirit-birit.

Selain intoleransi laktosa, beberapa faktor lain juga boleh menyebabkan kembung perut selepas minum susu, antaranya ialah alergi terhadap protein dalam susu lembu seperti kasein atau whey boleh menyebabkan gejala kembung. Tetapi, tindak balas individu yang alergi susu agak berbeza dengan tindak balas akibat intoleransi laktosa karena melibatkan sistem kekebalan tubuh biasanya diiringi oleh simptom lain seperti gatal-gatal atau ruam.

Intoleransi laktosa lebih biasa dalam kalangan orang dewasa berbanding kanak-kanak. Mereka yang mengalami masalah usus seperti sindrom iritasi usus (IBS) atau disbiosis mikrobiota usus dapat menyebabkan gejala kembung menjadi teruk setelah minum susu, meskipun individu tersebut tidak mempunyai masalah intoleransi laktosa.

Cara mengatasi perut kembung setelah minum susu

Minum susu kambing sebagai alternatif yang lebih sesuai untuk mereka yang mengalami masalah intoleransi laktosa. Susu kambing mengandungi laktosa, tetapi jumlahnya sedikit lebih rendah berbanding susu lembu. Secawan susu kambing (250 ml) mengandungi sekitar 10-12 gram laktosa, manakala susu lembu mengandungi sekitar 12-13 gram. Sesetengah individu yang mengalami intoleransi laktosa ringan mungkin mendapati susu kambing lebih mudah diterima.

Banyak jenama susu tempatan dan antarabangsa menyediakan pilihan susu bebas laktosa atau rendah laktosa yang boleh didapati di pasaran. Jadi, bagi individu yang mengalami masalah intoleransi laktosa boleh pilih susu jenis ini.

Cuba gantikan susu berasaskan tumbuhan seperti susu badam, soya atau oat yang tidak mengandungi laktosa sebagai alternatif bukan tenusu.Individu yang mengalami intoleransi laktosa boleh juga menghadkan jumlah susu yang diminum dan lihat sama ada gejala telah berkurang.

Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Jika kembung perut disertai oleh gejala lain seperti sakit perut yang teruk, muntah atau cirit-birit yang berpanjangan, segeralah berjumpa doktor. Pemeriksaan lanjut boleh memastikan sama ada anda mengalami intoleransi laktosa, alergi susu atau masalah lain yang berkaitan.

Kesimpulan

Perut kembung selepas minum susu adalah masalah biasa yang biasanya berpunca daripada intoleransi laktosa. Namun, ia boleh diurus dengan baik melalui perubahan diet dan penggunaan alternatif susu yang sesuai. Memahami punca masalah ini adalah langkah pertama untuk menikmati susu tanpa rasa tidak selesa. Jika anda mengalami masalah ini, jangan ragu untuk mencari penyelesaian yang terbaik untuk kesihatan dan kesejahteraan anda.

Foto-centralcaliforiasurgery

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: intoleransi laktosaPerut KembungSiti Nur Rasyidah Md RamliSusu
ShareTweetShare
Previous Post

Intervensi & Solusi Mendepani Depresi Generasi Kini

Next Post

Belangkas; Haiwan Purba yang Perlukan Pembelaan

Editor

Editor

Related Posts

Penyakit Radang Usus: Keradangan Sistem Gastrousus yang Sering Diabaikan
Berita & Peristiwa

Penyakit Radang Usus: Keradangan Sistem Gastrousus yang Sering Diabaikan

2 days ago
Pokok Air Mata Pengantin
Alam Semulajadi

Pokok Air Mata Pengantin

2 days ago
Bagaimana Puasa Berselang (Intermittent Fasting) membantu Menurunkan Berat Badan
Berita & Peristiwa

Bagaimana Puasa Berselang (Intermittent Fasting) membantu Menurunkan Berat Badan

6 days ago
Halia dan Sistem Imun dalam Mencegah Kanser
Alam Semulajadi

Halia dan Sistem Imun dalam Mencegah Kanser

6 days ago
Next Post
Belangkas; Haiwan Purba yang Perlukan Pembelaan

Belangkas; Haiwan Purba yang Perlukan Pembelaan

Kategori Produk

  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In