23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, December 9, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Belangkas; Haiwan Purba yang Perlukan Pembelaan

Belangkas; Haiwan Purba yang Perlukan Pembelaan

Editor by Editor
16/01/2025
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Penulis: Prof. Madya Dr. Zaleha Kassim¹, Prof. Madya Dr. Fiona How Ni Foong²

¹Institute of Planetary Survival for Sustainable Well-being, International Islamic University Malaysia
²Department of Chemistry, International Islamic University Malaysia

Haiwan Belangkas

Belangkas dikategorikan oleh ahli kaji purba sebagai fosil hidup kerana telah melalui penyesuaian masa lebih 300 juta tahun lalu sehingga kini tanpa perubahan rupa dan bentuk badan. Perubahan masa geologi yang berlaku adalah melibatkan perubahan keadaan persekitaran; kandungan gas-gas dan bahan kimia di permukaan bumi yang boleh menyebabkan kematian kepada sesetengah haiwan. Walau bagaimana pun, belangkas dapat melepasi tekanan persekitaran yang melalui beberapa era geologi itu sehingga ke hari ini.

Malaysia amat bertuah kerana ketiga-tiga spesis belangkas yang biasa ditemui di Asia dapat hidup di sini. Belangkas boleh ditemui dengan mudahnya di pantai-pantai seluruh Semenanjung Malaysia terutama di pantai barat seperti Perak, Selangor dan Johor. Mereka ialah belangkas laut (Tachypleus gigas) dan belangkas sungai (Carsinoscopius rotundicauda). Sejenis lagi belangkas yang hanya ditemui di perairan kawasan Sabah ialah Tachypleus tridentatus.

Biologi Asas Belangkas

Belangkas mempunyai kulit luar yang dibentukkan seperti perisai dan dipanggil karapas. Dari pandangan dorsal kelihatan pasangan matanya di bahagian anterior sementara di hujung posterior terdapat ekor atau telson. Apabila ditelentangkan, kelihatan apendej lain iaitu anggota tangan dan kaki, bahagian mulut dan lapisan buku insang. Belangkas jantan dapat dibezakan dari belangkas betina kerana mempunyai tangan-tangan yang membengkak dan digunakan untuk memegang karapas betina sewaktu musim mengawan. Tangan-tangan belangkas betina adalah meruncing tanpa apa-apa pembengkakan. Di antara susunan apendej pada kedua belah sisi ialah barisan mulut dan gigi untuk mengunyah. Ia tersusun di belakang pasangan apendej pengapit makanan atau ‘cheliped’.

Di dalam badan betina dewasa yang telah matang, boleh terdapat beribu-ribu biji telur. Telur ini memenuhi kawasan badan betina. Telur-telur yang matang dan bersedia untuk dilepaskan akan berada di bahagian abdomen. Sebab itu menjadi amalan pencari belangkas untuk menebuk abdomen belangkas betina untuk melihat kehadiran telur atau tidak sebelum ditangkap.

Pada setiap kali musim membiak, semasa air pasang besar (sewaktu bulan penuh), betina akan menghampiri pantai dan memanjat bahagian pantai yang tinggi untuk bertelur sambil mengheret jantan di belakangnya. Kitar hidup belangkas bermula daripada telur yang dikeluarkan oleh betina di dalam lubang sedalam 15-30cm di bahagian atas pantai tersebut. Telur-telur ini akan disenyawakan oleh sperma jantan yang direnjiskan oleh belangkas jantan yang berada di belakang belangkas betina.

Belangkas betina kemudiannya akan menutup lubang sarang telur tersebut dan bergerak ke kawasan berdekatan untuk melepaskan lagi telur-telur yang masih ada di dalam badannya. Belangkas jantan sekali lagi akan merenjiskan spermanya untuk mensenyawakan telur-telur tersebut sebelum pulang semula ke laut bersama belangkas betina.

Selang beberapa minggu telur di dalam pasir itu menetas. Anak-anak belangkas akan hanyut mengikut air pasang ke laut. Nasib anak-anak belangkas sangat bergantung kepada makanan yang mencukupi di dalam air laut. Di samping itu, mereka juga bergantung kepada pemangsa. Jika ada haiwan lain seperti ikan memakannya, jumlah yang dapat terus membesar akan berkurangan.

Anak-anak belangkas ini akan berenang meneroka kawasan laut yang agak dalam untuk membesar. Mereka akan melalui fasa salin kulit beberapa kali dan mungkin melebihi 10 kali untuk mencapai saiz dewasa. Mereka mengambil masa 10 hingga 12 tahun untuk menjadi dewasa dan datang semula ke pantai untuk bertelur.

Gambar 1: Struktur badan seekor belangkas

Eksploitasi dan Ancaman Terhadap Belangkas

Belangkas secara tradisinya digunakan oleh nelayan untuk menjadi umpan bagi menangkap belut laut di luar negara. Selain itu ia biasa digunakan sebagai bahan baja. Telur belangkas dimakan di sesetengah tempat dengan cara mengeluarkan telur yang belum dieram dari badan betina dan memasaknya. Sementara itu, darah belangkas amat penting di dalam dunia bio-perubatan sebagai bahan penulen yang menolong mengesan toksin bakteria dan bahan basmi kuman peralatan hospital. Ekstrak daripada darah belangkas digunakan oleh industri pengeluar bahan perubatan dan farmasi untuk mempastikan produk seperti dadah suntikan, vaksin, dan bahan ubatan bebas daripada pencemaran bakteria.

Belangkas di Lautan Atlantik telah lama mengalami tekanan akibat eksploitasi yang berlebihan. Jumlah pendaratan mereka ke pantai sudah jauh berkurangan dan ia membawa kepada gangguan kestabilan ekologi ke atas ekosistem pantai. Kekurangan jumlahnya turut memberi kesan kepada populasi burung laut yang bergantung kepada telur belangkas sebagai bekalan tenaga untuk terbang jauh sebelum musim sejuk bermula.

Status eksploitasi belangkas di lautan Atlantik dan Lautan Pasifik telah memasuki kategori semakin terancam menurut IUCN. Ini kerana darah belangkas Lautan Atlantik iaitu spesis Limulus polyphemus telah digunakan secara meluas dalam hospital dan dalam industri farmaseutikal. Sementara itu negara seperti China, Jepun dan Hong Kong menjadikan hidangan belangkas Tachypleus tridentatus sebagai hidangan ekzotik di restoran-restoran.

Di Malaysia pula, belangkas dikategorikan sebagai komoditi perikanan. Jadi, ia boleh ditangkap dan dimakan sebagaimana sumber perikanan yang lain. Ini berpunca daripada tiadanya rekod jumlah mereka di perairan kita yang dapat menunjukkan kedudukan mereka sedang terancam. Belangkas di Malaysia menghadapi beberapa ancaman yang nyata. Sewaktu mereka berenang di laut dan bergerak menuju pantai untuk bertelur, mereka mungkin terperangkap di dalam pukat yang diturunkan oleh nelayan samada secara sengaja atau tidak sengaja. Belangkas yang mungkin berjaya mendarat di pantai yang mereka pilih boleh berhadapan dengan risiko ditangkap oleh pengutip-pengutip belangkas. Mereka juga berhadapan dengan risiko tidak berjaya mengawan dan melepaskan telur kerana kawasan pantai yang kotor dan penuh sampah.

Kepentingan Usaha Konservasi Belangkas

Belangkas berperanan menstabilkan hubungan siratan makanan dalam kawasan pantai dan muara sungai. Belangkas mengawal populasi siput, cacing dan ketam-ketam kecil. Keseimbangan ini memberikan persekitaran yang baik untuk hidupan lain membiak. Sementara itu, darah belangkas di Malaysia dan kawasan lain Asia masih belum diteroka sepenuhnya. Ini menunjukkan belangkas di Malaysia mempunyai potensi di masa depan untuk dunia perubatan dan farmaseutikal.

Belangkas boleh dijadikan alat untuk menjaga kebersihan alam sekitar sungai dan pantai. Untuk mempastikan belangkas dapat mendarat, mengawan dan melepaskan telurnya, kawasan muara sungai dan pantai mestilah bebas sampah dan bebas struktur-struktur seperti temboik dan tambak laut. Belangkas sukakan pantai yang bersih dan bersifat semulajadi. Ini boleh menggalakkan dan menyokong usaha-usaha eko-pelancongan setempat yang dapat meningkatkan aktiviti ekonomi.

[ARTIKEL LAIN BERKAITAN – Kajian Haiwan Belangkas oleh Universiti Malaysia Terengganu]

Foto-fortune

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: belangkaskajian belangkaskonservasi belangkasProf. Madya Dr. Fiona How Ni FoongProf. Madya Dr. Zaleha KassimUIAM
ShareTweetShare
Previous Post

Mengapa Sesetengah Golongan Mengalami Gejala Perut Kembung Selepas Minum Susu?

Next Post

Gejala 'Sugar Crash' - Apa yang Perlu Anda Tahu

Editor

Editor

Related Posts

Bagaimana Puasa Berselang (Intermittent Fasting) membantu Menurunkan Berat Badan
Berita & Peristiwa

Bagaimana Puasa Berselang (Intermittent Fasting) membantu Menurunkan Berat Badan

3 hours ago
Halia dan Sistem Imun dalam Mencegah Kanser
Alam Semulajadi

Halia dan Sistem Imun dalam Mencegah Kanser

4 hours ago
Menyemai Ilmu, Menuai Inovasi: Memperkasa Kesedaran Komuniti terhadap Pertanian Pintar di Taman Semarak
Berita & Peristiwa

Menyemai Ilmu, Menuai Inovasi: Memperkasa Kesedaran Komuniti terhadap Pertanian Pintar di Taman Semarak

4 hours ago
Peranan Makmal Universiti Ke Arah Kampus Lestari:  Apa Itu Green Lab?
Berita & Peristiwa

Peranan Makmal Universiti Ke Arah Kampus Lestari: Apa Itu Green Lab?

2 days ago
Next Post
Gejala ‘Sugar Crash’ – Apa yang Perlu Anda Tahu

Gejala 'Sugar Crash' - Apa yang Perlu Anda Tahu

Kategori Produk

  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In