23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, May 15, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kepentingan Asid Folik Untuk Ibu Mengandung

Editor by Editor
15/09/2010
in Perubatan & Kesihatan
0 0
0
Oleh : Mazira Mohamad Ghazali
 
Asid folik dianggap sebagai makanan otak juga dikenali sebagai folat atau folasin yang merupakan salah satu vitamin kumpulan B, dikenali sebagai B9. Badan kita memerlukannya untuk penghasilan tenaga, penghasilan sel darah merah dan juga norefrinefrina serta serotonin (komponen kimia dalam sistem saraf). Ia turut memainkan peranan dalam membantu penghasilan DNA (bahan genetik badan), yang akan memulihkan fungsi otak dan merupakan komponen kritikal cecair tulang belakang. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai  koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Asid folik juga turut terlibat dalam metabolisma protein, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan  folik asid anemia.
 
Asid folik adalah sejenis bahan mineral yang diperlukan oleh kanak-kanak demi memastikan pertumbuhan yang sempurna dan amat penting bagi kanak-kanak untuk mendapatkan jumlah asid folik yang diperlukan oleh tubuh mereka. Sungguhpun begitu sumber makanan lain yang mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral, protein dan juga lemak adalah penting dalam memelihara pertumbuhan dan pembesaran badan yang seimbang. Hal ini kerana, makanan berbeza mempunyai jumlah nutrien yang berbeza. Tidak ada satupun makanan yang dapat membekalkan kesemua nutrien makanan yang diperlukan. Sekiranya si kecil tidak mendapatkan jumlah asid folik seperti yang disyorkan. Mereka mungkin mengalami tanda-tanda seperti keletihan, muka pucat  dan kelesuan badan (tidak bertenaga).

Asid Folik sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf  “embryonic” dan “fetal“, yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal.  Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan kepentingan asid folik dalam perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan,sebelum dan semasa mengandung. Ramai wanita yang tidak mengetahui yang pengambilan asid folik perlu dilakukan sebelum mengandung lagi untuk pembinaan sel-sel bayi dalam kandungan. Asid folik diperlukan untuk merangsang kesempurnaan pembentukan saraf tunjang semasa di peringkat awal mengandung iaitu 4 minggu pertama. Ini dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil “Neural Tube Defect” (NTD). Menurut kajian pengambilan asid folik dapat membantu mencegah kecacatan ini di antara 50% hingga 70% kemungkinan daripada ianya terjadi. Terdapat dua bentuk utama NTD iaitu anencephaly dan spina bifida. Anencephaly ialah tiada sebahagian atau keseluruhan otak bayi manakala spina bifida pula adalah keadaan di mana terdapat bukaan pada tulang belakang yang mungkin boleh menyebabkan lumpuh.

Asid folik juga merupakan satu daripada beberapa nutrien yang diketahui mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida, yang berlaku bagi 10 dalam setiap 10,000 orang bayi. Wanita yang tidak mengambil asid folik secukupnya juga akan meningkatkan kemungkinan mengalami keguguran dan kelahiran yang menyebabkan kematian. Ibu yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapatkan anak yang seterusnya dengan kecacatan yang sama. Dalam kes seperti ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi bermula sebulan sebelum hamil, jika boleh, dan diteruskan sehingga tiga bulan pertama kehamilan. Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat kempen-kempen giat dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada wanita tentang kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu yang sedang mengandung. Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan yang diperkayakan dengan asid folik atau dengan pengambilan pil asid folik. Kemungkinan besar asid folik juga boleh mengurangkan lain-lain kecacatan atau masalah bayi seperti sumbing lelangit, kecacatan jantung, pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama panjang (limb reduction), kecacatan sistem pembuangan air kencing dan pucat (anaemia).

Badan Kesihatan Dunia ‘World Health Organisation’(WHO) mencadangkan  bahawa pengambilan sumber asid folik adalah seperti berikut :
  • Kanak-kanak berusia 1-3 tahun: 160ug/sehari
  • Kanak-kanak berusia 4-6 tahun:200ug/sehari
  • Kanak-kanak berusia 7-9tahun:300ug/sehari
  • Ibu mengandung: 600ug/sehari
  • Ibu menyusu bayi:500ug/sehari

Asid folik boleh ditemui dengan banyaknya di dalam sumber sayur-sayuran hijau dan turut terdapat di dalam susu dan sumber tenusu. Makanan berikut mengandungi  asid folik : barli, daging lembu, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan,  oren,  sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin. Asid folik dalam makanan akan dimusnahkan jikalau ia terlebih masak kerana ianya mudah larut dalam air, jadi anda dinasihatkan memasak dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima serta pendekkan masa memasak. Anda juga digalakkan untuk mencuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mentah.

Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan pengambilan asid folik turut dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, strok, kanser usus besar dan kanser pangkal rahim.
 
Catatan : // Rencana ini disumbangkan oleh Pegawai Sains di Jabatan Neurologi USM merangkap Penulis Sains Malaysia

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: asid folik untuk ibu mengandungBiologikesihatan
ShareTweetShare
Previous Post

Tenaga dan Masa Depan

Next Post

Habbatus Sauda' Bijirin Untuk Kesihatan

Editor

Editor

Related Posts

Antara Mitos dengan Fakta: Adakah Rawatan Salur Akar Menyebabkan Kanser
Berita & Peristiwa

Antara Mitos dengan Fakta: Adakah Rawatan Salur Akar Menyebabkan Kanser

4 days ago
Kenapa Tiba-Tiba Teringin Nak Makan? Sains di Sebalik Mengidam dan Cara Bijak Mengawalnya
Berita & Peristiwa

Kenapa Tiba-Tiba Teringin Nak Makan? Sains di Sebalik Mengidam dan Cara Bijak Mengawalnya

5 days ago
Ameloblastoma: Ketumbuhan yang Membawa kepada Kemusnahan Rahang
Berita & Peristiwa

Ameloblastoma: Ketumbuhan yang Membawa kepada Kemusnahan Rahang

5 days ago
Teknologi Implan Khusus Pesakit Tingkat Kejayaan Pembedahan Rahang
Berita & Peristiwa

Teknologi Implan Khusus Pesakit Tingkat Kejayaan Pembedahan Rahang

5 days ago
Next Post
Habbatus Sauda’ Bijirin Untuk Kesihatan

Habbatus Sauda' Bijirin Untuk Kesihatan

Kategori Produk

  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In