23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, March 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kerjaya – Bidang Sains Aktuari

Editor by Editor
30/03/2015
in Matematik
0 0
0
Pernahkah anda mendengar bidang pengajian sains aktuari? Di Malaysia ia bukanlah satu disipin pengajian terkenal yang menjadi rebutan seperi kejuruteraan dan perubatan. Walau bagaimanapun di negara-negara maju bidang ini menjadi tumpuan. Lihat sahaja ranking 200 kerja terbaik di dunia tahun 2010.
Bukan! Sains Aktuari bukanlah bidang pengajian tentang akuarium atau sains marin walaupun bunyinya seakan-akan sama. Tidak sama sekali! Artikel ringkas ini akan menerangkan serba sedikit mengenai sains aktuari.

“Sains aktuari ialah disiplin bidang yang menggunakan kaedah matematik dan statistik untuk menaksir risiko dalam industri kewangan dan insuran”.

Seorang aktuari merupakan ahli perniagaan profesional yang berhubungkait dengan rekacipta insurans, pencen dan program-program kewangan. Melalui aplikasi kebarangkalian statistik, teori risiko dan prinsip-prinsip kewangan, seorang aktuari dapat mengira risiko masa hadapan berkaitan dengan program insura, anuiti dan pencen. Untuk mencapai kesemua ini, seorang aktuari harus terdahulunya mengumpul dan menganalisa data untuk membentuk model matematik. Model-model kebarangkalian penyakit, kematian, kemalangan dan sebagainya serta jadual-jadual kebarangkalian pengangguran dan sebagainya dibina. Selepas kesemua kebarangkalian dan kos syarikat dikira, seorang aktuari mampu menetapkan harga premium yang akan memenuhi keperluan pembayaran manfaat insurans yang dijangkakan.
Seorang aktuari pernah dikenali sebagai arkitek kewangan dan ahli matematik kemasyarakatan disebabkan oleh kombinasi unik kemahiran analisis dan perniagaan mereka dalam menyelesaikan masalah kewangan dan sosial yang kian meningkat. Pengiraan dan perancangan seorang aktuari adalah tulang belakang industri insurans dan sekuriti kewangan. Kerja-kerja aktuari banyak melibatkan matematik, seorang aktuari juga mesti sentiasa mengikuti perkembangan isu-isu semasa dan tren perniagaan, sains kemasyarakatan , undang-undang dan ekonomi.
TEMPAT AKTUARI BEKERJA
Sejarah awal menunjukkan bahawa tugas-tugas aktuari berkait dengan kehidupan dan perniagaan terutamanya kemortalan dan faedah kompaun. Peranan aktuari juga berkait rapat dengan risiko kewangan. Daripada aktiviti-aktiviti ini, tugas aktuari telah tersebar merangkumi insurans dan pelaburan.
Di Amerika Utara dan Australia, di antara penglibatan aktuari adalah dalam lapangan;

-Perancangan strategik
-Risiko persekitaran
-Demografi
-Peramalan cuaca
-Insurans kesihatan
-Pengurusan harta benda & dana
-Firma undang-undang

Di negara-negara lain, peranan aktuari tertumpu di sektor insurans dan pelaburan serta pengurusan sistem sekuriti kewangan.

Terdapat juga aktuari yang bekerja sebagai Perunding. Mereka membekalkan khidmat nasihat kepada syarikat dan badan-badan lain yang tidak menggaji pekerja-pekerja aktuari. Biasanya nasihat perunding merangkumi isu-isu yang luas, tumpuan perunding individu selalunya terhadap perkembangan kepakaran aktuari di dalam penggunaan persekitaran perniagaan.
Seorang aktuari juga boleh bekerja dalam sektor kerajaan. Mereka biasanya ditugaskan untuk menguruskan pelan pencen atau insurans kerajaan. Ramai aktuari juga bekerja dalam profesion pendidikan sebagai pensyarah-pensyarah di Universiti.
SIAPAKAH YANG PATUT MENJADI SEORANG AKTUARI?

1. Pelajar cemerlang yang sangat baik dalam matematik

2. Seorang suka menyelidik dan senantiasa ingin tahu yang gemar mempelajari sesuatu dan suka menyelesaikan masalah rumit.

3. Seorang yang gemar permainan strategi seperti catur dan permainan komputer yang mencabar.

4. Seorang yang gemar menulis dan berkomunikasi dengan orang lain.

5. Minat dalam isu-isu sejarah, sosial, perundangan dan politik.

6. Seorang yang mempunyai motivasi diri dan mempunyai sifat kepimpinan.

Sekiranya anda mempunyai kualiti-kualiti seperti yang dinyatakan, anda mungkin mampu menjadi seorang aktuari.
Di Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti teknologi MARA(UiTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaya(UM) menawarkan kursus sains aktuari pada peringkat sarjana muda. Tetapi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) juga menawarkan kursus ini di peringkat diploma. Program Sains Aktuari merupakan satu daripada program yang terdapat di bawah Pusat Pengajian Sains Matematik, Fakulti Sains Dan Teknologi, UKM.
Sains Aktuari adalah satu bidang profesional. Oleh itu, terdapat badan-badan profesional yang menawarkan peperiksaan profesional. Seseorang itu perlu menduduki dan lulus peperiksaan ini sebelum ditauliahkan sebagai seorang aktuari.
OBJEKTIF SAINS AKTUARI
Program ini diwujudkan untuk mengeluarkan pegawai aktuari yang mahir dalam pelbagai jabatan dalam syarikat insurans seperti jabatan aktuari, pengunderaitan, perkhidmatan polisi, perancangan korporat, pelaburan dan sebagainya. Selain daripada itu, program ini juga bertujuan untuk menyediakan asas yang mencukupi untuk menduduki peperiksaan ikhtisas sains aktuari di peringkat “Associateship“. Tumpuan juga diberi supaya para siswazah dapat memberikan sumbangan yang berkesan dalam sektor kewangan yang lain dan bukan terhad kepada sektor insurans.
Sumber – Kalam Hati
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Apa itu Sains AktuariBidang kerja Sains AktuariBidang SainsBidang Sains AktuariSkop kerja Sains Aktuari
ShareTweetShare
Previous Post

VIDEO: Contoh Eksperimen Sains Yang Mampu Menarik Minat Pelajar

Next Post

Adakah Teknologi Drone akan berakhir dengan kehadiran Rama-rama Bionik

Editor

Editor

Related Posts

‘Messi Matematik’ Dipilih Sebagai Penerima Hadiah Abel 2023
Berita & Peristiwa

‘Messi Matematik’ Dipilih Sebagai Penerima Hadiah Abel 2023

4 days ago
Tujuh Fakta Menarik Daripada Kajian TIMSS 2019 Subjek Matematik Dalam Kalangan Murid Gred 8 (Tingkatan Dua) Malaysia
Berita & Peristiwa

Tujuh Fakta Menarik Daripada Kajian TIMSS 2019 Subjek Matematik Dalam Kalangan Murid Gred 8 (Tingkatan Dua) Malaysia

1 month ago
Matematik Di Sebalik Corak Lantai Gereja
Berita & Peristiwa

Matematik Di Sebalik Corak Lantai Gereja

5 months ago
Pengvisualan dan Penceritaan Membawa Makna kepada Data
Berita & Peristiwa

Pengvisualan dan Penceritaan Membawa Makna kepada Data

8 months ago
Next Post
Adakah Teknologi Drone akan berakhir dengan kehadiran Rama-rama Bionik

Adakah Teknologi Drone akan berakhir dengan kehadiran Rama-rama Bionik

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tanah Runtuh : Sejauh Manakah Kesedaran Masyarakat Terhadap Kesan Kejadian Ini?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2023

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In