23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, January 18, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kos Perubatan Meningkat; Cegah Penyakit Tanggungjawab Bersama

Kos Perubatan Meningkat; Cegah Penyakit Tanggungjawab Bersama

Editor by Editor
08/01/2025
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Dr. Rabihah Md.Sum¹ & Dr. Siti Suriani Othman²

¹Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
²Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM

Baru-baru ini, susulan pelarasan jumlah premium insuran di negara ini, Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC) menasihatkan pemegang polisi insurans yang terkesan supaya jangan tergesa-gesa menamatkan polisi masing-masing kerana Bank Negara Malaysia (BNM) ada memperkenalkan langkah sementara untuk mengawal polemik ini.

Kita resah dengan krisis peningkatan premium insurans kesihatan yang akan memberi kesan kepada ramai pemegang polisi. Sungguhpun bunyinya agak ‘cliché’, kita cuba untuk memastikan prinsip “mencegah lebih baik daripada merawat” tetap dapat kita santuni demi kesejahteraan diri dan keluarga walaupun pasti dengan cabaran yang lebih menduga.

Misalnya, pada 2025 ini, premium insurans kesihatan dijangka meningkat antara 40 peratus hingga 70 peratus tahun 2025. Contohnya, jika kini seorang pemegang polisi insuran membayar premium sebanyak RM300 sebulan, pada 2025 premium yang perlu dibayar adalah RM550.  Pastinya ini akan memberi tekanan kewangan yang besar kepada individu dan keluarga, seterusnya menjadikan perlindungan insurans kesihatan kurang mampu dimiliki ramai atau terpaksa diberhentikan.

Dari persektif ekonomi keseluruhannya, ada penganalisis yang berpendapat bahawa kenaikan ini adalah wajar terutama dorongan faktor lonjakan tuntutan polisi dan inflasi perubatan yang kini berada pada kadar 12.1 peratus pada 2024 dan dijangka meningkat kepada 14 peratus pada tahun ini. Namun, kenaikan yang berlaku nanti perlulah munasabah dan tidak membebankan pemegang polisi.

Dari segi faktor peningkatan premium, peningkatan kos rawatan perubatan terutamanya bagi penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, darah tinggi, dan penyakit jantung, adalah antara punca utama kenaikan premium ini. Selain itu, kadar peningkatan kes kes NCD di Malaysia meningkatkan jumlah tuntutan insurans yang seterusnya meningkatkan risiko kepada penanggung insurans. Selain itu, NCD juga sering menyebabkan pelbagai komplikasi serius seperti kegagalan organ yang memerlukan rawatan hospital yang rapi, mahal dan berjangka masa panjang. Ini juga menyebabkan premium insurans ditingkatkan bagi menampung kos perubatan yang pasti akan lebih tinggi pada masa akan datang. Faktor lain termasuklah tuntutan berlebihan yang memberi tekanan kepada syarikat insuran serta kurangnya pencegahan di pihak pesakit sendiri.

Jika diteliti dari segi perspektif pesakit sendiri, di sinilah peranan prinsip mencegah lebih baik daripada merawat menjadi mantra kepada polemik yang sedang melanda. Sememangnya reformasi sistem kesihatan atau sebarang bentuk program boleh dilaksanakan untuk mengawal premium insuran dilaksanakan di negara ini, namun prosesnya memerlukan masa yang panjang untuk membolehkan kajian rapi dibuat. Dalam tempoh ini, amat wajar jika kita sendiri memainkan peranan besar dalam mengubah cara hidup agar dapat mengurangkan risiko penyakit, seterusnya mengurangkan implikasi kepada tuntutan insuran yang akhirnya boleh mengakibatkan kenaikan premium insuran.

Gaya Hidup Sihat

Kaedahnya berbalik kepada gaya hidup asal azali manusia yang perlu kekal bergerak dan cergas. Misalnya, aktiviti fizikal seperti berjalan pantas selama 30 minit setiap hari boleh meningkatkan kesihatan jantung, meningkatkan tahap tenaga, dan mengurangkan risiko obesiti. Begitu juga, mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan protein. Mengurangkan pengambilan gula dan makanan diproses mampu mengurangkan risiko diabetes dan penyakit kronik lain. Memang hakikatnya mudah kita berkata-kata namun kerana kesibukan seharian, tidak mudah juga untuk kita laksanakan gaya hidup sebegini andai tiada kesedaran, disiplin dan kemahuan yang tinggi.

Dalam masa yang sama, tanggungjawab untuk mencegah penyakit tidak terletak hanya kepada individu semata-mata, tetapi juga melibatkan keluarga, tempat kerja, dan komuniti. Majikan boleh memainkan peranan dengan memperkenalkan program kesihatan di tempat kerja, seperti menggalakkan aktiviti fizikal, menyediakan pilihan makanan yang sihat, dan pengurusan stres dalam kalangan pekerja. Sekolah pula boleh mendidik pelajar tentang kepentingan pemakanan sihat dan aktiviti fizikal. Komuniti juga perlu memastikan kemudahan seperti taman reakreasi boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat

Selain gaya hidup sihat, saringan kesihatan secara berkala merupakan langkah pencegahan yang penting. Kajian oleh Institut Kesihatan Awam Malaysia mendapati hanya 40 peratus rakyat Malaysia tahu tentang status kesihatan mereka, yang menyebabkan ramai yang hanya mendapatkan rawatan apabila sudah di tahap kritikal. Ini menunjukkan kurangnya kesedaran tentang saringan kesihatan yang membawa kesan kepada diri individu, malah meningkatkan kos perubatan dan seterusnya risiko peningkatan premium insurans pada masa hadapan kerana kos rawatan yang tinggi.

Program Saringan Diabetes di United Kingdom (UK) misalnya mengesan pra-diabetes dalam kalangan peserta yang mengambil bahagian dan seterusnya menyediakan program intervensi gaya hidup sihat. Kesannya, dalam tempoh 3 tahun, kadar diabetes dalam kalangan peserta ini menurun sebanyak 28 peratus. Hal ini mungkin boleh dicontohi di Malaysia kerana kadar diabetes yang tinggi iaitu melebih 18 peratus dalam kalangan dewasa, program saringan dan pencegahan seperti ini mungkin boleh dicuba dengan lebih agresif.

Dalam masa yang sama, kita melihat usaha yang dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi program MySihat yang menyarankan saringan kolesterol dan tekanan darah. Menerusi program ini, 25 peratus daripada peserta yang tidak sedar mereka bertekanan darah tinggi berjaya mendapat rawatan awal yang mengurangkan risiko penyakit kritikal seperti strok dan sakit jantung.

Apabila kita membincangkan isu pencegahan penyakit, tidak dapat tidak kita harus melihatnya menerusi perspektif yang pelbagai iaitu dari segi pengamalan individu serta peranan pihak pihak lain seperti pihak kerajaan dan swasta. Dengan kerjasama semua pihak, kita percaya bahawa mencegah penyakit bukan sahaja menjimatkan kos perubatan, tetapi juga meningkatkan kualiti hidup masyarakat secara keseluruhannya.

Penduduk yang sihat lebih produktif, kurang terkesan oleh masalah kesihatan, dan mampu menyumbang kepada ekonomi negara. Di sinilah kesan holistik terhadap gaya hidup sihat yang mendahulukan pencegahan dapat dilihat yang seterusnya mengesani sistem ekonomi yang lebih menjimatkan untuk semua. Tidak berlebihan jika kita boleh katakan bahawa kuasa untuk berubah bermula dengan kita. Tindakan kecil yang konsisten hari ini mampu mencipta masa depan yang lebih sihat dan mampan untuk Malaysia. Pencegahan bukan sekadar pilihan, ia adalah tanggungjawab yang harus kita pikul bersama.

Kredit foto-unland[dot]com

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Cegah PenyakitDr Siti Suriani OthmanDr. Rabihah Md.SumInsuran Perubatankos perubatanUSIM
ShareTweetShare
Previous Post

Teknologi dan Keperluan Bilik Bersih dalam Industri Semikonduktor

Next Post

Intervensi & Solusi Mendepani Depresi Generasi Kini

Editor

Editor

Related Posts

Metamaterial; Penyelesaian Inovatif Atasi Pencemaran Bunyi
Berita & Peristiwa

Metamaterial; Penyelesaian Inovatif Atasi Pencemaran Bunyi

11 hours ago
Rawatan untuk Kanser yang Sama bagi Individu Berlainan; Mengapa Hasilnya Berbeza?
Berita & Peristiwa

Rawatan untuk Kanser yang Sama bagi Individu Berlainan; Mengapa Hasilnya Berbeza?

2 days ago
Landskap Galium Nitrida (GaN) sebagai Semikonduktor Elektronik Kuasa Tinggi di Malaysia
Berita & Peristiwa

Landskap Galium Nitrida (GaN) sebagai Semikonduktor Elektronik Kuasa Tinggi di Malaysia

1 week ago
Transformasi Bidang Kimia: Isu Terkini dan Arah Pembangunan Kerjaya
Berita & Peristiwa

Transformasi Bidang Kimia: Isu Terkini dan Arah Pembangunan Kerjaya

2 weeks ago
Next Post
Intervensi & Solusi Mendepani Depresi Generasi Kini

Intervensi & Solusi Mendepani Depresi Generasi Kini

Kategori Produk

  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In