23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, July 10, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Melioidosis: Beban dan Kesedaran Penyakit di Malaysia

Info Penyakit Melioidosis

Saiful Bahari by Saiful Bahari
04/01/2022
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh : Dr. Vanitha Mariappan
Pusat Kajian Toksikologi dan Risiko Kesihatan (CORE), Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Apakah itu Melioidosis?

Melioidosis, juga dikenali sebagai ‘penyakit Whitmore’, pertama kali dilaporkan pada tahun 1912 oleh seorang ahli patologi, Alfred Whitmore dan pembantunya, Krishnaswami di kalangan pengemis dan penagih dadah ketika melakukan autopsi di Rangoon, Myanmar. Istilah “melioidosis” pertama kali dicetuskan pada tahun 1921, yang mana dalam bahasa Greek ‘melis’ bermaksud ‘penyebar keldai’, ‘eidos’ bermaksud ‘menyerupai’ dan ‘osis’ bermaksud ‘suatu keadaan’. Penyakit ini yang disebabkan oleh  Burkholderia pseudomallei, bakteria saprofit yang hidup bebas di dalam tanah, udara serta air tercemar. Bakteria ini biasa dijumpai di kawasan tropika dan subtropika, serta menyebabkan endemik di negara-negara Asia Tenggara (terutamanya Malaysia dan Thailand) dan Australia utara. Penyakit ini juga boleh menjangkiti haiwan ternakan dan cara penularan bakteria ini adalah melalui sedutan udara, pengambilan makanan atau minuman yang tercemar, inokulasi atau kemasukan organisma secara langsung ke aliran darah melalui luka atau lecetan kulit. Sehingga kini, belum ada vaksin untuk mencegah/ merawat penyakit melioidosis1.

Melioidosis di Malaysia

Di Malaysia melioidosis pertama kalinya dikenal pasti pada tahun 1913 oleh Fletcher seorang penyelidik dari haiwan makmal (Institut Penyelidikan Perubatan, Kuala Lumpur).  Pada tahun 1917, Stanton kemudiannya melaporkan kes manusia pertama dan semenjak itu terdapat banyak kes yang dikesan di kebanyakan wilayah di Malaysia, yang mana kebanyakan kes dilaporkan hasil daripada penyelidkan dan minat oleh penyelidik dalam bidang ini. Namun, sehingga kini, beban sebenar penyakit dan penyebaran melioidosis masih belum diketahui di Malaysia.  Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada kurang pelaporan (under-reporting) mengenai penyakit ini adalah disebabkan oleh kesukaran untuk mendiagnosis memandangkan manifestasi klinikal meliodosis yang hampir sama dengan infeksi bakteria lain seperti penyakit radang paru-paru, demam yang tidak diketahui punca serta septikemia2.  Kumpulan utama yang berisiko mendapat jangkitan ini adalah mereka yang terdedah dengan pekerjaan yang berkaitan dengan tanah secara langusung (contohnya petani, nelayan, pekerja pembinanan). Selain itu, golongan yang mempunyai penyakit kronik predisposisi seperti diabetes mellitus, penyakit ginjal dan talasemia turut berisiko mendapat jangkitan ini.

Setakat ini, melioidosis tidak termasuk sebagai penyakit notifikasi di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Sehingga kini, negeri Pahang adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai pendaftaran untuk penyakit melioidosis peringkat negeri. Di Sabah, pemberitahuan semasa pendaftaran melioidosis di hospital telah bermula sejak 2011 untuk tujuan pengawasan.  Meskipun terdapat laporan sporadik melioidosis di kebanyakan wilayah di Malaysia, namun belum ada tindakan menyeluruh bagi menangani penyakit tropik ini3.  Sehingga kini, tidak ada laporan atau pangkalan data untuk mendapatkan anggaran beban penyakit akibat melioidosis.  Aktiviti kesedaran di kalangan pengamal perubatan dan orang ramai mengenai penyakit, laluan cara penularan dan langkah pencegahan melioidosis juga kurang dijalankan.  Kesedaran mengenai melidiosis perlu diketengahkan dan dengan adannya penyelidikan bertaraf tinggi, ia akan melahirkan pengamal perubatan yang lebih berpengetahuan dan peka selain dapat meningkatkan kesedaran masyarakat. Langkah-langkah ini perlu dilaksanakan dalam pencegahan dan pengurangan morbiditi dan kematian akibat melioidosis. Pengendalian penyakit ini memerlukan pemantauan yang ketat, peningkatan piawai makmal klinikal dan terapi agresif.

Melioidosis sebagai penyakit mencabar

B. pseudomallei mempunyai keupayan untuk menghasilkan eksoenzim, mengkolonisasi, mereplikasi dan hidup secara intraselular di dalam sel. B. pseudomallei telah diklasifikasikan sebagai agen yang berpotensi dalam aktviti bioterorisme (agen Tahap 1) oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC, USA). Ini kerana ia mempunyai risiko menyebabkan penyakit berjangkit, menginfektiviti secara aerosol dan ketahanan intrinsik terhadap sebilangan besar agen antimikrob.  Melioidosis menunjukkan pelbagai ciri-ciri klinikal seperti pneumonia kronik, jangkitan asimptomatik dan pelbagai abses organ dalaman yang boleh menyebabkan kejutan septik. Bakteria ini juga sentiasa disalah diagnos kerana gejala penyakit ini meyerupai penyakit tuberkulosis (penyakit peparu berpunca dari bakteria Mycobacterium tuberculosis). Antara ciri menarik B. pseudomallei adalah kemampuannya untuk kekal hidup dalam sel dengan kadar pertumbuhan yang tinggi walaupun setelah dirawat dengan antibiotik yang sesuai dalam masa yang berpanjangan. Laporan global terkini menganggarkan 165,000 kes melioidosis dengan ramalan kematian mencapai 54.3% setiap tahun4.

Berdasarkan perkembangan penyakit ini di Malaysia, kajian evolusi semasa adaptasi antara sel-bakteria dan penyesuaian bakteria intraselular semasa jangkitan akut ini masih belum jelas. Mekanisme patogenik penyakit yang disebabkan oleh bakteria intraselular belum difahami sepenuhnya, terutamanya interaksi antara sel dan patogen yang muncul semasa awal jangkitan. Persoalan berkaitan dengan bagaimana bakteria intraselular ini beradaptasi dalam lingkungan persekitaran yang berbeza sehingga boleh menyebabkan penyakit menjadi cabaran bagi penyelidik. Selain itu, tiada kajian mengenai sikap, pengetahuan dan amalan terhadap melioidosis di kalangan rakyat Malaysia.

Baru-baru ini, Malaysian Melioidosis Network (MMN) mengambil inisiatif untuk mengumpulkan data mengenai tahap kesihatan manusia, haiwan, alam sekitar, penyelidikan asas dan klinikal, biokeselamatan, dan biosekuriti (yang menggariskan kesan kesihatan dan ekonomi) terhadap penyakit melioidosis.  MMN akan menghubungi dan menyatukan penyelidik bagi  melaksanakan program kesihatan di seluruh negara untuk meningkatkan pemahaman mengenai epidemiologi, diagnosis dan rawatan di kawasan endemik melioidosis.  Kesedaran di kalangan profesyen perubatan dan masyarakat boleh dibuat melalui tinjauan berdasarkan populasi dan kempen menglibatkan orang awam dengan menggunakan klip video sebagai alat pendidikan.  Ini akan membantu mengenal pasti laluan penularan serta mencegah dan mengurangkan morbiditi dan kematian yang berkaitan dengan melioidosis.

 

Rujukan

  1. Wiersinga WJ, Virk HS, Torres AG, Currie BJ, Peacock SJ, Dance DAB, Limmathurotsakul D. Melioidosis. Nat Rev Dis Primers. (2018) 1;4:17107
  2. Nathan S, Chieng S, Kingsley PV, Mohan A, Podin Y, Ooi MH, Mariappan V, Vellasamy KM, Vadivelu J, Daim S and How SH. Melioidosis in Malaysia: Incidence, clinical challenges and advances in understanding pathogenesis. Trop. Med. Infect. Dis. 2018, 3, 25
  3. Kingsley PV, Leader M, Nagodawithana NS, Tipre M, Sathiakumar N (2016) Melioidosis in Malaysia: A Review of Case Reports. PLoS Negl Trop Dis 10(12): e0005182
  4. Limmathurotsakul, D., Golding, N., Dance, D. et al. Predicted global distribution of Burkholderia pseudomallei and burden of melioidosis. Nat Microbiol. 1, 15008 (2016). https://doi.org/10.1038/nmicrobiol.2015.8

 

Kredit Foto : medindia

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr Vanitha MariappanInfo PenyakitMelioidosisPusat Kajian Toksikologi dan Risiko Kesihatan (CORE)Universiti Kebangsaan Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Kepelbagaian Spesies Fauna di Hutan Tropika Malaysia

Next Post

Apa Sebenarnya Ahli Matematik Buat?

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Tumbuhan Hoya R.Br. Si Cantik Yang Wangi
Alam Semulajadi

Tumbuhan Hoya R.Br. Si Cantik Yang Wangi

5 minutes ago
Program University Social Responsibility (USR): Menyatukan Ilmu Tahfiz dan STEM dengan Pendekatan Saintifik
Berita & Peristiwa

Program University Social Responsibility (USR): Menyatukan Ilmu Tahfiz dan STEM dengan Pendekatan Saintifik

24 minutes ago
Tanah Liat Lembut: Cabaran, Punca dan Penyelesaian Mampan dalam Sektor Pembinaan dan Pertanian di Malaysia
Alam Semulajadi

Tanah Liat Lembut: Cabaran, Punca dan Penyelesaian Mampan dalam Sektor Pembinaan dan Pertanian di Malaysia

4 days ago
Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam untuk Masa Depan
Alam Semulajadi

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam untuk Masa Depan

6 days ago
Next Post
Apa Sebenarnya Ahli Matematik Buat?

Apa Sebenarnya Ahli Matematik Buat?

Kategori Produk

  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In